Tuesday, April 22, 2008

catatan harian sebatang tubuhku

nama penuh : lighter @ pemetik api
nama timangan : kiosk
bar code : 8 313321 248689

aku di lahirkan di sebuah kilang yang tak besar mana. tapi, aku sangat gembira apabila dapat di lahirkan. ketika itu, aku berfikir mahu berbakti kepada bangsa dan negara. moga dapat jadi benda yang berguna. mudah-mudahan tercapai doaku ketika itu.

selepas itu, aku di solek secantik-cantiknya, aku telah di hantar ke sebuah bangunan yang sangat terkenal di malaysia bahkan juga di seantaro dunia. KLCC. tetapi, aku telah di tempatkan di sebuah kedai yang keadaannya tidak berapa menarik. sebuah kedai runcit francais. di situlah, aku berehat dan tidur apabila ada ketika tiada siapa yang mahu membelek-belekku. aku berehat panjang benar.

dan satu hari, bertarikh 1 april 2008, telah hadir seorang wanita untuk membeli sejenis pemetik api. dan ketika itu, dalam banyak-banyak harga, aku lah yang paling murah. bakal tuan ku telah mencapai tubuhku. syukur sungguh. rehatku terlampau panjang. mungkin sudah jauh ketinggalan dari rakan-rakanku yang lain.

aku telah di bawa ke luar bangunan tersebut. aku menarik nafas segar. wow! ada juga pancuran air yang kelihatan ketika itu. cantik sungguh. aku bangga terhadap diriku, sebab dapat melihat arus kemajuan yang pesat ketika ini. di sebelahku ku ketika itu, ada sebuah kek. aku mahukannya. aku mahu makannya. tapi, itu semua keinginanku. itu hanya khayalan. khayalan kosong. sedih sungguh.

badanku digenggam erat. kepalaku di petik-petik. terpacul percikan api keluar dari ubun-ubunku. aku sedikit panas dengan keadaanku. tapi, mula sedikit selesa dengan keadaan angin malam ketika itu. ubun-ubunku di cucuh di badan-badan pink putih yang berdiri tegak. ada 2 besar. 4 kecil. satu lagi hilang.

rupa-rupanya, aku hanya di pergunakan. aku hanya alat. semata-mata alat. tapi, aku bangga ketika api-apiku mula marak. sangat bercahaya. tugasku hanya sekejap, tapi aku puas. aku di letakkan kembali di dalam beg besar yang sangat bersepah keadaanya. aku mula lemas. tapi, lama kelamaan aku sudah biasa dengan keadaan tersebut. mungkin sudah nasibku.

sudah lama, tuan melupakan aku. aku sesak. aku punya rehat lagi. aku penat berehat.

dan tidak berapa lama, aktiviti-aktiviti aku mula cargas. aku sudah mengikut jadual tuanku. dimana aku di bawa. aku tetap mengikutinya. lagipun, aku tiada kaki mahu lari kemana-mana.

kini, tubuhku sudah separuh uzur. tenagaku makin kurang. tapi, tetap ku gagahkan jua diriku. demi tuanku. sudah tercapai doaku. aku bernasib baik, tuanku tidak menyalahgunakan ubun-ubunku. betul-betul sungguh bernasib baik.

mungkin hayatku tidak berapa lama lagi. itu, aku hanya serahkan pada tuanku. takdirku padanya.



sekian sahaja cerita untuk kehidupanku sehingga hari ini.

p/s : aku dedicatekan lagu selamanya di sisimu by ihsan kepada tuan punya lighter.

17 comments:

rainz said...

hahah..gler ko nih..
patut la bm dpt A1 wktu spm..haha
tp lawak dowh..hahah...

Ilya said...

tula ni karangan autobiografi ke ape name nye ek..aku pon tak ingat.padan la ustazah normah hitam sayang kat kau dulu

ain fadzal said...

weh..

A2 lah..

tapi, time tu, aku mimpi failed seh bm aku.

:(

Anonymous said...

dh uzur? pompuan ke? owh.. dah dewasa rupanya dia.

lighter ni bukan sue punye ke?

ain fadzal said...

normah itam risau bm aku failed la.

yg aku ingat, time kuor result tu, die carik aku dulu. nak tgk bm aku.

kuikuikui.. nasib lulus..

Soraya Zainal said...

ni lighter yg pakai utk pasang lilin kat kek besday aku~

ain fadzal said...

tu lah. lighter ni mcm pompuan. name de pun kiosk.

x lama lagi nak menopaus nih.. eheh..

lighter ni su beli, tapi aku dah jadi tuan punye lighter.

egegege..

ain fadzal said...

haah.. terang2 ade tarikh besday ko tau..

Anonymous said...

kau merokok? aku bilang sama pacarmu!

rainz said...

gler ah..bley frame kan dowh..
memorable value..historical value..hahah

ain fadzal said...

jane : aku tak merokok ok.. :(

jangan kata pacarku, dengan ibu bapaku mahu membelangkungku nanti..

apork : betul-betul memori tau..

Anonymous said...

membelangkungku? ini kesalahan tatabahasa. saya beri anda F utk subjek BM. wakaka..

ain fadzal said...

aku ade problem ngan cikgu2 jaga bm tau..

membelangkungku tu bahasa belangsuka..

lebih-lebih kurang la maksudnya.

eheh..

AmatMizi said...

Nnti bila minyak dia dah abes ko kena kuburkan dia..sbb dia reti bercakap...tak smpi hati la main campak2 gitu je..

sm_alkaff said...

cakap sama itu lighter aku kem salam....wakakakakkaka...tapi bile korang sebut pasal uzh normah hitam....aku ingat lg aku kena diri kat luar kelas 5/1 sebab buat ayat menggunakan perkataan "di mana"....sungguh tension tika itu...aarrrggghhhhh

Ilya said...

ustazah normah itam sgt2 strict mase itu.satu salah dlm rumusan satu rotan.huhu

ain fadzal said...

amat : klo nak kuburkan kena ade batu nisan weh..

adeh.. nak kena tempah lagi..

mahal..

sm : aku kena ngan ustazah samihah.. ayat aku 'semenjak dua menjak' x bleh pakai dalam bm. pergh.. bengang dowh aku..

aku tgk ade jek org pakai ayat tu..

yoyox : ustazah bm kelas aku, relax jek.. buku latihan bm aku kosong jek time form 5.

die marah pun, aku selambe.. kehkehkeh