Friday, February 29, 2008

wanita = lelaki

(ORIGINAL VERSION) -

Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga.

________________________________________________________________________________________

(AIN's VERSION) -

> aku mengetag - jane, su, pais, ilya, c'an, ujie, wiwin, amin, poji, dan afat.
>> responden dari lelaki mahupun wanita. so x la nampak berat sebelah kan?


1) Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

aku : aku x kisah kedai mane nak makan, janji makanan die ok. kalo betul2 teragak nak makan tempat yang aku nak mkn, mase tu la aku cerewet sikit.


2) Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

aku : lelaki memang banyak nak fikir. tapi, wanita perlukan perhatian gak. tengok la situation. biasenye win win situation, right?

3) Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

aku : ha... yang ni aku x setuju.. aku x mcm tu.. :(

4) Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

aku : aku gase, aku paham lelaki, tp certain2 part failed la kot..

5) Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

aku : ok.. aku sedang paham..

6) Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

aku : kalo nak shopping, bese aku target dulu barang tu then baru ajak member temankan. baru ngam.. :D

7) Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

aku : mungkin kot.. gegegegee... kelemahan aku, suke bergosip.. ;p

8) Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

aku : kot.. tapi aku suke kalo org tu ckp skali bagi aku paham, lpas tu kalo berat sgt nak cakap lagi, xyah ulang2. kire aku dah fahamkan.. kan senang mcm tu.. dua2 senang ati.. ;)

9) Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.

aku : abah aku mcm tu. ;D. walaupun mak aku bising2 ckp abah aku x sayang die, aku ckp, abah tetap sayang kat mak.

10) Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

aku : aku bagi sepenuh kebebasan. tapi kena pandai kawal diri. :)

11) Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.

aku : wanita tu macam aku je.. kesian nye.. :(

12) Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

aku : i'm independent woman. so lelaki kna paham aku gak..

13) Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

aku : kalo jeruk dalam hati, ok x?

14) Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

aku : hermm... ???

15) Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

aku : betul la kot.. nak ngade lebih.. harhar~

16) Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

aku : tidak la!

17) Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

aku : tapi lelaki pun tak suke perempuan yang layan diri mereka sendiri mcm orang gaji. kan?


Wednesday, February 27, 2008

nyanyian luahan hati sang puitis

1. bilik air
aku gase x penah plak nyanyi kat dalam bilik air/toilet. tapi member2 aku kate nyanyi kat dalam bilik air ni syok. aku nak try gak, tapi x penah plak jadik. macam mane gasenye time tu kan?

2. dapur
orang2 tua plak kate, jangan nyanyi kat dapur or tengah masak, nanti kawen ngan orang tua ganyut. x penah la plak aku tgk kesahihan petua2 dieorg ni. nyanyi kat dapur pun aku gase aku x penah kot. nampak macam senang hati sangat, kan? padehal tengah membusykan diri bertarung ngan periuk belanga. ade betul ke pantang orang2 tua ni?

3. dalam kereta/transport lain2
ha, yang ni memang tempat favorite aku kalo nak nyanyi, lebih2 lagi kalo aku drive sesorang. syok abis, naik highway, turunkan tingkap. layan..... gase kalo ade problem ade, problem tu pun bleh larikan diri. harhar~

4. pangkin umah
ni time bile balik kampung malam minggu. sepupu sepapat aku mesti lepak kat pangkin/penanggah umah aku. for sure dieorg bawak gitar tong dieorg skali. dari lagu 50-an sampai la lagu yang terkini.nak2 lagu rock2 kapak. mase ni bapak aku ilang protokolnye. ayat2 bunga2 abah aku ni menurun kat aku agaknye la.. so jangan salahkan aku ye rakan2.

5. karaoke-box/karaoke-room
tang ni, aku nyanyi ngan orang2 yang aku kenal je, lebih2 lagi ngan yang kamceng2. :D. aku start berkaraoke kat vegas, kl. lpas annual dinner. ngan baju kurung tu gak aku gi nyanyi, first time tu gi karaoke. berdebar jek dalam ati. x penah la katekan. hehe.. pergh, show abis bilik tu, ade round table, set karaoke saiz besar beserta kemudahan yang selesa, ade pool table, buat ngonyel2, kekacang ngan buah2 yang di ukir cantik, minum mintak ape jek sampaikan air haram pun ade, tapi of course la aku tak minum. layanan first class. sejam charge 1k. aje giler. satu bilik sampai 5 orang pelayan. nak nyanyi pun dieorg bagi towel panas. aku x tau pun ape gunenye towel panas tersebut hingga ke ari ni. aku buat lap muke je la. layan je la.. yang aku ingat, aku suke lagu tu, saling memuji-shanti feat marcel. bile kna turn aku, aku taram je la lagu tu. walaupun suare aku sumbang, dieorg layan je. kire ok what. dan dari ke hari tu, sampai la ni aku gi jek karaoke ngan yg rapat2 je kat tempat2 camni. sumbang ke, nyaring ke, x sampai ke, pitching lari ke, lantak la.. express kan diri anda.

6. masuk competition
confirm, aku lom buang tebiat lagi. aku lom penah buat lagi.. sure, eliminated awal2 lagi. hakhak.. aku tau, takat mane je aku bleh nyanyi. lagipun, parent aku x galakkan. malu je. tapi aku suke tengok reality show pasal benda2 camgini. tapi, AF aku x boleh belah. sorry to say ye peminat2 AF. ;P


serius!!

dulu aku tak suke menyanyi.. SEBAB

aku gase, aku memang x suke menyanyi. dan abah aku pun x galakkan anak2nye menyanyi. abah ni protokol x abis. skang ni dah kurang skit protokol die. anak buah nak sponsor time kenduri nanti pun susah nak trime.

Tuesday, February 26, 2008

ape yang seronok nye jadik org dewasa?

mase kite kecik -
  • kalo kite tengah sedih, mesti ade mak yg pujuk kite.
  • kalo kite dpt nombor best dalam kelas, abah presentkan something.
  • walaupun kite x kije, xpegang duit, tapi hidup kite gase senang je.
  • orang lain tak penah heran dengan kite pun time dulu2.
  • aku x berangan langsung nak jadik dewasa.
bile makin dewasa -
  • bile kite sedih, mesti pendam dan pikir sendiri.
  • kalo dpt yg2 best2 pun abah still ingat lagi nak presentkan something jgk.
  • bile dah bekerja, baru tau mcm mane susahnye nak senang.
  • bile makin dewasa, org makin heran dengan kite.
  • bile makin dewasa, gase nak masuk balik jek dalam perut mak.

Friday, February 22, 2008

sebelum cahaya - pilihanraya

cuak. seram. takut. < keyakinan.

boleh dikatakan, itulah perasaan aku ketika semakin menjelangnye pilihanraya ni..

sepenggal..

dulu,

aku belum daftar mengundi sebab masih student.

tibe2,

aku dah daftar je, dan x silap aku tahun lepas di zoo ayer keroh.

dan tak lama lagi iaitu 8hb Mac,

aku di pertanggungjawabkan utk menjadik Ketua Tempat Mengundi-KTM.

lpas dengar taklimat semalam, ingatkan senang jek kerja tu, rupe2nye..

byk nye tanggungjawab.. seblom subuh kna bangun & kije sampai malam.

aku tak pnah pun mengundi.. tibe2 aku terlibat dgn kerja2 sedemikian.

walaupun hanye satu hari,

tapi tu tande besarnye tanggungjawab yang perlu di pikul dan dilaksanakan. penentuan pemimpin dalam satu2 politik.

buku2 pun byk di bekalkan, kena baca ke?

nasib baik, ade 2 kerat member2 bawah aku, si kerani pengundian dan si kerani pencalit kuku. harap die maklum dan dpt back up aku..

bile dah terlibat dengan kerja2 pilihanraya ni, makin bertambah pengetahuan dan bertambah dewasa.

*wink*


boleh tambah dlm resume tak? ;p

satu lagi kisah pengajaran


ade criter kelako yang tak berape kelako berlaku malam lepas.

criter cenggini..

ainuddin - sahabat mase sekolah rendah mengajak kami iaitu cik lala dan aku lepak2 bersame2..

ye la.. dah lame kunun2 nak kuor lepak, dan tak pnah jadik.. slalu updated kat ym atau friendster je..

dan di jadikan criter, kami pun kluor jgk selepas aku menonton criter korea - yuu hee the witch. dah abis pun criter tu mlm tadi. lepak2, borak2, makan2 sampai pkul 10 lebih jek. gathering sksr di kl - tapi aku tetinggal kan pais - sorry, aku lupe nak inform ko pais - ad hock plan.. lagi pun, umah die pun kunun2 pun dekat je. kalo ade mase lepak lagi la kot.

dan sesampainye kiteorg di umah, nak bukak pintu bilik. pulas punye pulas. tak bukak2 lagi..

sudah... adohai.. baju semue dalam tu, hand bag semue dlm bilik. mcm mane nak gi kije sok pagi2.. tambah pening aku. rempuh punye rempuh pintu tu, tak nak plak terbukak pintu tu.. ha wau jim nun betul la time tgh2 malam buat hal ni.. dah la umah flat. nak ketuk2 pun piki banyak kali. berderap satu block nanti. dah la umah bujang. ni semue salah aku, tak pnah2 kunci bilik, terkunci jugak akhirnye..

malam tu, mcm2 cara nak buka pintu tu, kunci bilik lala takde, aku lagi la takde. kejut member bilik lain, try bukak pakai kad2. abis kad matrix aku zaman sijil dulu bengkak bengkok. konon2 nak buat mcm dalam tv. cet, tak menjadik gak care tu.. tipu btul la criter tv ni.. menci..

then, option lain, aku try carik tools yg lain utk memecahkan pintu tersebut. dalam kreta aku ntah hape2 jek ade, penat jek selongkar. dan dengan muke tak reti je, aku gi umah auntie 2 pintu jaraknye ngan umah aku.. nasib baik lom tutup pintu. kalo tak tebal gak muke kakak. nasib baik auntie ni cam aku - yela, nak g kije aku slalu tegu2 die kat tangga.. eceh... tak rugi buat muke manis pagi2 ek ni gupenye..

di dalam keheningan malam, t-shirt pun dah naik lenjun cuak punye pasal.. kiteorg buat aktiviti haram dengan memecahkan tombol pintu tu jgk.. aku jadik assistant jek. harhar~


acara pecah pintu

dengan kemahiran mc' gyver, berjaya gak pintu tu di bukak. yay!!! gumbira x terkata..

tima kasih kepada kawan lala di atas jasa baik utk meghulurkan sedikit bantuan kpd kami mlm tu..



pengajaran pade aku : tok sah la nak kunci2 pintu kalo tak pnah pegang anak kunci tu ye ain.. :D

Wednesday, February 20, 2008

cekodok - mana satu pilihan kamu?


semalam ada sedikit perkhabaran gembira.
kedua2 makin pulih.. tapi aku belum masih update mereka pagi2 ni. mgkin sekejap lagi..

*****

saharil conteng-bloggers terhebat.. bukan aku kata, tapi akhbar kosmo yg cetak begitu. rutin harian-jika masa bekerja-dok main tenet sampai boring.. topik saharil ari ni, pasal cekodok. gambo ni pun aku print screen je dr blog die. sori ye saharil tak mintak izin letak gambo ni..

*****

cekodok

herm.. teringin betul nak makan cekodok-kentang buatan mak.. favorite aku kalo mkn sarap atau minum petang atau ngeteh time malam. senang criter bile2 masa pun boleh je la.. hahah!

hajat dah di sampaikan ahad lepas pade mak. ye la, skali skale nak mentel ngan mak kan. tu je caranye. tengok mak tak sempat2, lagipun adik2 aku pun masih dalam kategori terkiak2 lagi. adik beradik ramai la katekan.. tu belum semue beradik aku berkumpul, riuh sangat umah tu.. nasib baik jauh jgk dari umah orang lain.

herm.. pagi tak sempat, petang pun tak sempat, malam pun tak sempat. aku suarakan lagi keinginan nak cekodok tu lagi. mak diam lagi. dah tgh malam mak tanye lagi, nak cekodok tak? aku cakap xmo, sebab dah lewat sangat. lagi pun sok2 pagi yang gelap aku nak siap2 balik kl. aku cakap sok je la mak. mak aku cakap ok!

bile pagi2 aku bangun, aku tgk mak blom bangun lagi.. aku tak sampai ati.. aku biorkan mak tido.. ntah pkul brape mak tido, aku tak tau. time die terjaga, di tanye nye lagi, nak mak buat cekodok tak? aku cakap, dah tak sempat.. mase tu aku serba salah, antara keinginan sendiri dan kesibukan mak. aku terpaksa abaikan keinginan aku yang bukan2.. hanya sekadar cekodok..

tapi,

bila aku sampai kl je.. aku masih teringat2 kelembutan cekodok mak.

sampai sekarang..

bile aku tipun mak, mak tanye lagi pasal cekodok tu.

aku ckp tak kan nak kirim pakai pos laju/pos pakai bas. mak diam je..

mungkin tu naluri ibu, tengok hajat anaknye yang masih belum kesampaian.. kesian mak.. nak mengelonkan anak nye yang ini, sudah dewasa tapi masih banyak songel..

mak tau.. aku mmg nak sangat makan cekodok tu..

*****

nantila mak eh...

along pikirkan ye..

sama ade nak balik ke tak minggu ni..

*****

hanya sekadar cekodok, tapi telah menyusah hati mak..

aku tak mau begitu..

Tuesday, February 19, 2008

keadaan yang masih kritikal

ari ni aku cuba utk menaikkan semangat aku yg makin luluh. pagi2 lagi dah dpt 2 sms yang mengatakan yang ke dua2ya saudara kesayangan aku masih di dalam keadaan kritikal.

  • along azmi
sejak kemasukan aku ke smkas, die dan isterinye along apon yg betul2 amik tau pasal aku kat situ even aku punya saudara mara terdekat ade kat segamat tu. bayangkan la dari form 1 sampai form 5 aku kat peghak/busut tu die jek amik tau pasal keselamatan aku pergi balik kampung yg aku kira jauh jgk. die jgk yg amik tau atau menggantikan mak aku menemankan aku kalo kena masuk bilik kaunseling. kini, aku tak mau die menjejaki seperti keadaan abg kepada syekh muzafar atau pun loloq. hanya terjatuh ketika bermain badminton, sekarang die masih die ccu. koma.. masih dalam keadaan kritikal. ape yg menjadikan aku sedih, hanya die yg mampu menjaga family nye. adik yg masih sakit jiwa yang masih belum2 pulih, kini abgnye pula yg bertarung nyawa masih mengadap ketentuan Ilahi.

  • kak ita
aku mmg manja dengan die.. sbb die jek paham ape yg slalu aku gase. pembakar semangat aku ketika aku dlm krisis. suka duka kami kongsi bersama. masalah die masalah aku jugak. semangat nye kental, aku jadikan die sbagai salah seorang idola aku. tanpa pendidikan tinggi, tapi mampu menyiapkan semua. nasib orang tak selalunye sama. dari tengah malam tadi die berada di labour room, hingga kini belum2 settle2 lagi. ade kontraksi. mungkin faktor umur serta background pekerjaan nye juga menambahkan masalah tersebut. suami tiada di sisi. alangkah sedihnye.. mujur ade family yg menemankannye.

dengan harapan dan doa dari kawan2 semua dapat meringankan penderitaan kedua2 saudara aku.

AL-FATIHAH...

Friday, February 15, 2008

tahi lalat pun ade rahsia..

1. alis kanan suka - menolong, baik hati

2. alis kiri - ramai yang suka

3. bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

4. bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab

5. batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

6. betis kanan - suka berhibur, boros

7. betis kiri - rajin,tidak suka menganggur

8. bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai

9. bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati

10. bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka

11. bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

12. biji mata kanan - suka serong dan pembohong

13. biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati

14. dada kanan - dapat mengatasi masalah

15. dada kiri - berani, jujur dan sabar

16. dagu bawah kanan - jujur dan baik hati

17. dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur

18. hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas

19. hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki

20. hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah

21. hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

22. jari kaki kanan - suka menolong

23. jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik

24. jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan

25. jari tangan kiri - serba baik bekerja

26. jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros

27. jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat

28. kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya

29. kelopak mata kanan bawah - agak malas

30. kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka

31. kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana \

32. kening kanan - cerdas dan cekap

33. kening kiri - cerdas, sopan santun

34. kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun

35. kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita

36. kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan

37. ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia

38. ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

39. leher di tengah - tercapai cita-cita

40. leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita

41. leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

42. lengan kanan - setia dan taat pada atasan

43. lengan kiri - menepati janji dan rajin

44. lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

45. lutut kiri - kurang kuat berusaha

46. pada hidung - banyak rezeki

47. pangkal peha kanan - kemahuan kuat

48. pangkal peha kiri - suka kerja apa pun

49. pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha

50. pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya

51. pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)

52. pergelangan kaki kiri - kehendak kuat

53. perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf

54. perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

55. pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup

56. pinggang kiri - disayang pasangan hidup

57. pipi kanan - ramai teman

58. pusat - cerdas, tangkas, tekun

59. pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup

60. pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan

61. siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan

62. siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

63. sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri

64. sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta

65. sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan

66. telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh

67. telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh

68. telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

69. tengah kening - keras hati, berani segala hal

70. tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka

71. tengah-tengah pipi kiri - ramai teman

72. tumit kanan - jujur dan banyak kawan

73. tumit kiri - baik budi

74. ubun-ubun - kurang jujur


* try2 la usha taik lalat sendiri ye kengkwn..

CNY vs MLM

chinese new year tahun ni, boleh dikatakan best jika di comparekan ngan cny yg lepas2.

sebab :
  • cuti lagi lame dari hari raya puasa
  • aku dapat tido sepuas2 nye
  • aku dpt limau gred A sebyk 4 tong
  • dpt angpow ngan blanje beso dari bos ngan staf2 lain
  • sambung cuti sehari lagi sbb kereta lom abis repair
  • shopping mcm aku yang sambut raya :D
  • bdk klinik kata aku mcm umur baru 21 tahun. ;p
  • sukekan perasaan yang sekarang :)

hati sape yg tulus?

Ketulusan Hati
- Anuar Zain

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu

Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu

Kau dengarkan kasihku


****
Mencintaimu tak mengenal waktu

Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu

Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu



p/s : anuar zain, salah sorg penyanyi yg sgt charming. suai dgn karakter die. x sombong langsung.. aku penah tegu die dulu.. aritu aku jumpe ashraf muslim (impian ilyana). sgt2 low profile. aku terlupa nak amik gambo die. eceh...



Wednesday, February 13, 2008

apo kono eh jang..

dah tengahari, tapi masih sunyi.. bagus jgk.. cume aku tak biase..

mood.. bukan takde, tapi kurang.. boring nye..

mamai.. aku ngantuk.. tp seminggu cuti.. malas jek gasenye..

tengok meja.. penuh kije.. tapi aku tgk kan aje..

aku gembira.. sedih pun ade.. rindu jgn kate.. pade die..

Monday, February 4, 2008

aku, pisang goreng, air barli


sabtu petang yang boring, aku melepakkan diri aku ke gerai member kamceng aku yang menjual goreng pisang. ingat sampai sane, nak melepak je, jengah2 member. skali kena tolong da.. ye le, lpas ujan, lagi la ramai umat nak mencarik makanan untuk ngonyel2..

disebabkan xde apron lebih aku kna belah pisang2 tu.. mau gak dekat setandan pisang nipah aku kijekan dalam mase tak sampai 2 jam.. laku pisang tu sebab aku de kot.. wakakak.. takde la.. auta je tu..


rambo as director
si kenit yg ngulor sampai sejam pd ptg tu
epit si penggoreng pisang



yang buat pelaris kat kedai tu, sbb ade 'rambo', 'si kenit' dan jugak firdaus a.k.a epit atau org selalu tanye mcm ni.. anak ni faizal hussien ke? korang boleh bayangkan tak aku nye gelak kalo aku gelak cover2 mcm mane.. harhar~ mungkin sebab aku geng die dan aku tak pnah perasan die ni faizal hussien kmpg aku, kot.. lantak la.. tapi die best frenz aku dari zaman poli dulu smpi skang..

alamak.. gambo aku punye la selebet, so aku tak boleh upload la kat blog ni..

dekat pkul 5 aku blah dr kedai tu sbb nak hntr mak aku naik bas gi kl.. siap salah tarikh hari kije kawen.. heheh..