Thursday, December 30, 2010

Lusa, tahun baru.



Esok cuti secara automatiknya.


Ya, Terima kasih pada politik bola sepak. Sekurang-kurangnya persediaan sambutan Tahun Baru masih ada satu hari.

Saya masih orang yang sama.
Kasut yang lama.
Kenderaan yang lama.
Perangai yang lama.
Mungkin kekal selamanya.

Owh, pada blog maafkan saya. Sudah lama saya tak kemaskini kamu.

Semuanya salahkan keadaan dan juga idea saya.

2011. Satu tahun baru. Tahun tingkat usia.

2011. Tahun Hijrah. Pergi pada kerja baru. Duduk serumah dengan keluarga.

2011. Kalau boleh mahu tinggalkan 2010 dengan senang hati. Kenangan buruk, sila lesap! Awak langsung tak berhak berada dalam hidup saya.



2011. Saya yang nak terbaik dari awak. Macam selalu.





ya

Monday, November 8, 2010

serabot itu serabai

jenis susah nak sopan santun.









Monday, October 25, 2010

sungguh, ini hati.



kadang-kadang kita terlupa. kita sebenarnya lebih jaga hati orang lain daripada hati diri sendiri. perkara hati yang boleh makan diri. sebenarnya.

hati itu sepatutnya merah dan penuh rasa kasih sayang dan cinta. yang sepatutnya terapung-apung di udara. tinggi mencecah langit.

pokoknya perkara hati ini bukan permainan. ia betul-betul. ia sungguh-sungguh.



sayangnya anak kepada emaknya.
sayangnya anak kepada abahnya.
sayangnya kakak kepada adiknya.
sayangnya seorang sahabat kepada sahabatnya.
sayang kekasih kepada kekasihnya.
sayang pengikut kepada pemimpinnya.
sayang kita kepada pencipta-Nya.

ia tak sepatutnya putus. ia patut utuh.

yang pasti,
di dalam hati ini. ada warna merah menyala.



Wednesday, October 13, 2010

faktor takut



ketakutan paling besar bagi saya sebenarnya adalah jodoh.



*****


antara saya dan lelaki dan keluarga lelaki yang cuba mahukan saya.

(kata saja saya bodoh, saya tak kisah. yang dapat pahala pun saya juga nanti.)
keh keh keh

boleh di katakan semasa sekolah menengah sudah ada makcik pakcik yang mahu bermenantukan saya.

mungkin dari fizikal saya umpama seperti tanah yang subur berbaja agaknya. kih kih kih.

ya, saya tak pernah nak fikirkan masa depan saya dengan lelaki. sebab saya ingat pesan mak abah saya. lelaki lepas kerja nanti pun ada.

lagipun perangai saya pun mengalahkan lelaki.
kah kah kah.

kadang-kadang naik risau juga bila ada kunjungan tiba. bagaikan mahu lari selaju-lajunya. jauh dari semua mata manusia-manusia yang memandang saya.


yang datang kebanyakannya dari kalangan berprofil tinggi. kerja bagus sangat, keluarga kaya-raya, anak tunggal, keluarga pandai-pandai.

ye, saya paling takutkan perkara-perkara dan calon-calon jodoh seperti yang dinyatakan di atas. nasib baik penapis 6 saya pun sependapat dengan saya, kalau tak pastinya saya sudah beranak pinak agaknya.
kih kih kih.


*****

cerita petang hari raya itu hari.

sedang saya berborak-borak dengan ahli keluarga dan kaum kerabat di meja makan dapur rumah belakang, telah datang 5 biji kereta sekaligus.

entah mengapa berat hati saya mahu pergi ke depan rumah untuk bersalam dan bercakap silalah masuk, duduk sekejap, saya nak siapkan apa yang patut.

saya masih duduk berborak-borak dengan ahli keluarga dan kaum kerabat di meja dapur rumah belakang. cuba sibuk bertanya kedatangan siapa.


pap! saya mencangkung bawah meja dapur rumah belakang. lama juga sampai dimarahi oleh ahli keluarga dan kaum kerabat di meja dapur rumah belakang tersebut.

nama saya di panggil-panggil untuk lapor diri ke depan. tapi entah kenapa saya masih lagi di bawah meja dapur rumah belakang. sambil bersila, saya suruh ahli keluarga dan kaum kerabat cakap saya tiada.

selepas dimarahi secara bertalu-talu dari ahli keluarga dan kaum kerabat di meja dapur belakang itu saya lari keluar ke pondok kecil di belakang rumah. menyedut udara sedalam-dalamnya. sedalam hati saya sesungguhnya.

ya, ini berkaitan jodoh.


dan, saya masih rasa dia bukan jodoh saya. sampai bila-bila.





Monday, October 11, 2010

bukan abang-abang biasa


(ini muka teruja lepas dapat uniform parap pap pap pap)



ye, gua kerja cara sambilan dekat mekdi. tapi tak pernah kerja sambil lewa. kalau gua buat kerja sambil lewa, manjang kena komplen. gua paling malas dengar komplen sebab gua bukan jenis komplen-komplen kerja orang melainkan orang tu adalah pemalas.


boleh di katakan kerja di sana mencabar jugak. sudah 4 kali jugak gua tergelincir dekat dapur. macam-macam stail gua jatuh. ke depan, ke belakang, lalu sisi pun ada juga. memang cilake punya kasut hitam sekolah. sampai sekarang, lebam-lebam kaler ungu dekat tangan dengan kaki tak hilang-hilang lagi.


boleh di katakan dekat sana gua perasan muda. lagipun, yang sama-sama kerja dengan gua pun ingat gua budak-budak lepasan sekolah. gua kalau kena up sikit, macam biasa gua sengih aje. kalau gua kena kondem, gua buat muka cilake dekat dapur belakang ataupun pergi ambil barang-barang tambahan untuk kaunter.


dekat sana, kerja gua juga adalah menyengih. kadang-kadang rahang gua naik kebas. mana nak bercakap, mana nak senyum, mana nak ketawa dengan krew-krew yang datangkan gila-gila kalau kerja datang menggila. tambahan, gua pun memang lagi gila dari mereka-mereka dekat sana. nahtijahnya, budak perempuan skema-skema tak boleh masuk dengan gua. gua, kalau orang tak boleh masuk dengan gua, gua seperti biasa buat diam sahaja. lu tak sakit, gua pun tak sakit. tapi gua tahu, lu mesti sakit hati punya tengok gua tak boleh berborak dengan lu punya. gua bukan suruh lu borak sama gua, gua suruh senyum aje pun.


sudah masuk bulan ke-2 kerja sana. kerja siang menggila, kerja malam menggila. kadang-kadang gila gua pun dah tak terserlah lagi. kadang-kadang gua lihat diri sendiri dekat cermin, gua serupa lihat sesumpah tengah tengok cermin.




sudahlah, gua tengah demam. otak gua tengah mengeras tak boleh fikir apa-apa.





Thursday, September 30, 2010

indahnya sungguh di pagi raya



ok! ini gambar pagi raya gua.

Wednesday, August 18, 2010

uh uh! i'm luvin' it



baru semalam gua pergi training dekat Mekdi. 2 hari pertama, gua OJE. maksudnya, hari ini gua OJE lagi la gamaknya. kerja gua pun pasal kentang kentang aje pun semalam. hari ini gua tak tau, kerja gua apa pula. siapa-siapa yang gila kentang, boleh pergi kaunter, order dan bayar sahaja. kot-kot terkena buatan air tangan gua tu, konfem sedap punya. tapi gua amik shift lepas berbuka. tenaga penuh punya!



*****

banyak kali gua fikir. dari semua aspek. dari segala segi. gua redha. gua nekad. gua perlu tekun. gua kena pastikan bertekad.


*****

kan gua dah cakap, gua dah biasa hidup susah. tapi jangan susahkan emosi gua. emosi tak tenteram, gua cukup geram. geram-geram gua pun cuma boleh pergi menangis aje pun. nak marah-marah pun stail ayam-ayam aje.


*****

manusia hidup dengan kastanya tersendiri. perasan atau tak perasan, hanya kauorang aje yang tau.





Friday, August 13, 2010

hai Ramadhan!




sudah hari ke tiga, kita-kita semua berpuasa.




tekad gua kali ni, kena rajin pergi terawikh berjemaah.

keh keh keh!







Thursday, July 29, 2010

Mak Mah tak ada, tapi Pakcik ada Nak.


Gua. Selalu nak penuhkan masa gua. Dan perut gua. Dari menhadap televisyen pasal cerita keretapi. Walaupun host itu Hendry Golding. Kacak dan menarik. Popular juga.

Selepas gua setting gps, gua hidupkan juga enjin kenderaan yang tak berapa pacu di atas jalanraya. Gua setting sampai landmark jalan tersebut saja. Keai makan yang gua nak pergi ini, belum masuk gps lagi. Lepas tu, seperti selalu gua buat muka tak segan dengan abang burger seberang landmark tersebut untuk pergi ke kedai makan yang gua teringin sangat mahu makan.

Dan-dan abang burger tu cakap 100 meter ke hadapan lagi. Dengan muka manis gua berterima kasih. Penyeri-penyeri gua dalam kereta pun mungkin tunjuk muka manis juga agaknya. Yang itu gua tak perasan.

Selepas 100 meter kehadapan, gua tak jumpa-jumpa lagi. Tambah 100 meter kehadapan lagi juga tak jumpa-jumpa. Gua bersumpah-sumpah seperti biasa. Tambah 100 meter lagi, baru betul. Itu pun, selepas nampak papan tanda Warong Soto Berlada.

Hilang gundah. Hilang gulana sekejap.

Gua juga 2 gadis yang lain, memasuki ruang paling belakang. Dari jauh gua nampak muka garang Adlin Aman Ramli. Gua tunjal-tunjal pinggang gadis-gadis yang datang dengan gua.


Baru saja mahu melabuhkan punggung gua, satu abang baju putih datang dengan senyum manis. Kopiah pun ada di kepala. Itu pun gua sudah jadi terpaku.

Terus gua tak jadi order yang runcit-runcit. Gua order yang special punya.



Tak sampai 3 minit, air datang. Soto-soto sedulang pun datang. Abang-abang yang hantar. Wah! gua ingat kedai tu memang di datangkan dengan abang-abang manis.



Soto special panas campur kicap berlada dengan kopi o kaw. Memang buat gua menangis kesedihan juga teresak-esak hidungnya menghadap rezeki.






Hilang sedikit rindu. Hilang rasa lapar. Itu yang gua mahu. Seperti selalu.



Tuesday, July 27, 2010

Rambutan Gading kepunyaan siapa?


Berambut lebat, bulat-bulat panjang sedikit, berkulit nipis, berisi kenyal-kenyal lembut lembut dan rangup, berbiji keras. Dan tak lupa, warnanya kuning-kuning keorenan.

Dan berdoa musim itu tidak hilang sekelip mata. Dengan keadaan tergantung. Masih tergantung.

Terhuyung-hayang, terkapai-kapai di buai angin panas, sejuknya hujan, gemuruh bunyinya dentuman guruh dan lajunya kilat sambar-menyambar.

Di pohon yang kelilingnya, cuma semak samun. Yang bisa mengundang mala petaka.

Mungkin sebab kedegilannya, yang buat ia masih tergantung.

Di situ. Menunggu sesuatu yang tak pasti. Mana arahnya nanti.



*****



Cerita lain.


Kuala Lumpur

Di hujung kesibukan laluan menuju ke luar kota. Dia masih di situ, dengan egonya sendiri. Kaku dengan emosinya sendiri. Yang ada cuma resah erti sebuah kerinduan. Yang tak berbelah bagi. Yang bisa bikin banjir besar secara tiba-tiba. Datangnya sebuah mala petaka.

Dia. Selalu sedar diri. Sibuk dengan prinsip yang manusia-manusia tidak mahu pakai lagi. Sudah lapuk. Sudah lama. Bila-bila saja mungkin di telan zaman. Tapi, dia sibuk dengan prinsip yang nampak bodoh itu depan manusia-manusia lain.

Ya. Dia memang bodoh. Bodoh dengan kehidupan dunia. Kehidupan dunia yang warna warni. Gemilang bak pelangi.

Sebabnya, dia sendiri tak pernah yakin dengan dirinya sendiri. Yang tak mahu berpura-pura dengan kehendak dan keperluan hidup untuk penuhi erti sebuah kehidupan. Sebab dia sentiasa yakin dia tak sesempurna mana. Yang tak berani menjamin sebuah kehidupan yang bahagia. Yang selalu bisa mengundang ketidakselesaan pada manusia-manusia lain. Yang juga tidak pernah menjanjikan apa-apa. Kerana dia selalu tidak pasti.

Dia. Sibuk dengan egonya sendiri. Sibuk dengan emosinya sendiri. Sibuk dengan dunia juga manusia-manusia sekelilingnya di dunia ini yang mahukan dia. Perlukan dia.



*****



Cerita lain.

Di mana-mana.

Datangkan beliau. Dengan keadaan natural. Dengan raut wajahnya penuh kasih sayang. Dengan rasa cinta yang besar. Juga dengan rasa nafsu.

Bukan dimatanya nanti, cuma nampak wang. Cuma nampak darjat. Cuma nampak nama besar. Juga, dunia bukan dalam genggamannya. Bukan itu cita-citanya.

Beliau, mahu ada rasa melindungi. Membimbingi. Mahu selalu bertanggungjawab. Tanpa janji. Tanpa kata-kata. Tanpa rasa yang beliau sendiri tidak pasti. Dan itu yang dia paling pasti.

Sebuah hakikat. Sebuah kebenaran yang boleh dia selesa saja.

Yang juga tidak putarkan kepalanya selalu. Yang juga tidak tundingkan jarinya saja. Tanpa rasa bersalah. Bukan itu kehidupan yang dia cari.




Friday, July 23, 2010

nama dia, Lala


gua ada kawan.



dari kecil sampai dewasa.



kawan yang boleh buat muka samseng sama-sama. kawan mahu ponteng aktiviti sekolah sama-sama. kawan yang tak cari populariti dan meraih dunia glamour. kawan yang suka cakap terus terang. kawan dari sekolah rendah sampai habis sekolah rendah.


tanpa dunia komunikasi. gua pernah hilang dia.


berbelas tahun gua cari dia. dan-dan tanpa di duga, gua terjumpa juga.

masih seperti dulu. putih, kecil kementot dan bermuka garang.


Lala, nama dia.


sejak dari itu, kami serumah. juga sebilik. berjiran bersebelahan tilam. dekat 4 tahun juga kami bersama-sama.


suka. duka.


air mata ketawa, air mata menangis, ba
nyak berlaku depan dia. selalu kebodohan gua memang depan dia.



Lala,

Terima Kasih Kawan!




Wednesday, July 21, 2010

Tapak yang masih ketinggalan



Lama juga gua berehat dengan blog.



____________________________________



Lagipun, gua sibuk dengan hal dunia.

Keluar masuk dunia siang malam. Tanpa henti.

Melihat hakikat sebuah kehidupan.


____________________________________


Gua harap, gua sabar dengan keadaan yang lebih luar biasa.

Nasib baik gua dah biasa.







Monday, June 7, 2010

mak saya tak dangdut langsung!

Saya punya emak yang kasar. Perlakuannya, percakapannya. Juga hilai tawanya. Suaranya sangat garau dan kasar. Kalau pergi berkaraoke agaknya, mahu terus tutup kedai tersebut. Enak lagi suara anak sulungnya, si Ain itu.



Tapi dia punya hati yang baik. Yang buat abah saya menyayanginya. Walaupuan abah saya suka kutuk-kutuk mak saya punya tahi lalat yang besar di tepi hidung, rambut yang keriting dan juga punya uban sebesar kawasan penumbuk tangan adik saya, si Wawa.



Apa saja barang miliknya, mahu saja di berikan pada orang lain. Makan minum jangan cerita, sekampung tak jadi masalah padanya. Kadang-kadang naik pelik saya jadinya, masakan tidak kalau pagi-pagi hari cuti, satu kampung boleh makan nasi lemak air tangan mak saya. Siap bungkus pula tu. Kalau kanak-kanak bermain di kawasan rumah kami, habis lauk simpanan untuk malam di jamunya. Katanya, budak-budak punca rezeki.



Ya, saya pernah rasa zaman tersebut. Mana saya beraya jalan-jalan waktu kecil, di hulurkan sepuluh sen di depan pintu pagar rumah orang kaya kampung nenek saya. Bila besar, mahu di jadikan pula menantu. Hello makcik, lupa pada saya yang berhingus dulu ke? Kalau kerja abah kita besar sikit, ada pula duit raya tambahan. Kadang-kadang naik kasihan saya pada sepupu-sepupu yang lain. Tahun hadapannya pula, terus di tinggalkan saya beraya dengan orang-orang tua di rumah nenek saya sahaja. Sedangkan mereka beraya sakan mengumpul wang untuk beli mercun nanti. Naik kasihan pula pada diri sendiri.



Berbalik pada cerita mak saya. Kalau di tinggalkan baju di rumah, harus saja sudah sampai ke tangan orang lain. Jangan di tinggalkan baju bersepah, mati kami tak berbaju nanti jadinya. Kadang-kadang, balik kampung saja saya nak berlenggang. Pakai saja baju mereka. Hahaha! Besar pun besarlah. Apa saya kira, janji sudah berpakaian. Kadang-kadang macam janda anak 5 jadinya.



Saya ada abah yang suka memerhati.Berat mulut, tapi bila bercakap agak berkesan di jiwa. Selalu juga berbahasa 2 makna. Jadi anak, faham-faham saja sudahlah. 27 tahun saya dengan dia, apa yang saya aspek? Hahaha!



2 setengah tahun yang lepas pertemuan semula antara mak saya dan bekas kekasihnya. Kekasih yang ke berapa tidak pula sempat saya mengorek dari mak saya. Tahi lalat di hidung itu pujaan ramai jejaka juga rupanya. Hahaha!



Baru-baru ini, saya menemankan mak berjumpa dengan keluarga bekas kekasihnya. Bekas kekasih mak saya yang katanya cinta sejatinya untuk mak saya sahaja. Depan isterinya, bekas teman lelaki mak saya buat pengakuan. Anak-anak pakcik tersebut macam berdendam juga dengan mak saya selama ini. Maklumlah, hak mak mereka diketepikan juga oleh ayah mereka.



Kedatangan kami 2 beranak sedikit sebanyak mengeratkan jurang yang ada sedia ada selama ini. Syukur juga saya ada sifat yang cool seperti abah saya. Pendamai situasilah katakan. Kisah lama, jangan di ungkit. Teruskan saja kehidupan yang pasti mendatang selagi nyawa di kandung badan.



Owh, Abah saya Cuma tergelak-gelak sebab dia tak ada jiwa yang romantis sebegitu rupa. Nah! Mulut abah saya memang kering, Cuma saya yang tahu betapa taman hatinya. Hahaha! Masakan tidak, saya punya DNAnya. Klon lain jantina sahaja.

Thursday, April 29, 2010

upgrade lagi kasi tambah hebat

sudah tambah link baru.

http://www.formspring.me/ainfadzal




kalau nak tanya pasal kawen pun, ok jugak.

Monday, April 12, 2010

gua pergi berlada malam tadi


gua tak tahu juga kadang-kadang bila datang mereng gua.


adakah sebab gua dah berjalan dari jalan hang tuah ke pudu raya untuk naik lrt yang sampai jadi kepenatan?

masakan.....


*****


kasihan juga tengok bedmate gua, si Lala merenung gua dengan rasa penuh kelaparan. sedangkan gua yang sedang berkeadaan berpeluh-peluh itu, gua ajak pergi keluar makan jam jam tu juga.

tak sampai 15 minit gua sudah sampai ke midvalley, tempat tujuan utama pada malam semalam. dan setiap kali gua ke sana, mesti melilau-lilau cari tempat tujuannya. manjang gagal gua jadinya kalau pergi sana.

bank dah tuju, kedai makan pun dah tuju.
tunggu pun dah tunggu. last-last abang kedai makan tersebut tunjukkan tempat duduk untuk kitaorang.


(gaya rambut baru si Lala)


(gua tengok menu pun sudah jadi teruja)







sedappppppppppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, April 7, 2010

rare juga la bila tengok balik


gambar ni di tangkap pada tahun 1998.

maksudnya, masa ni gua baru tingkatan 3. jamuan kelas hujung tahun.

zaman ni tubuh badan gua pun belum cukup kembang. tapi sudah kurang peminat tahun tu, maklomlah perangai pun makin dajal. muka comel pun dah tak ada.







tak sangka jugaklah gua, muda-muda lela lagi gua dah berani dressing macam Dato' Shahrizat.




Monday, March 29, 2010

happy happy 27

esok,
umur gua 27 tahun. tepat-tepat.



serius, gua rasa macam nak menangis pun ada. bodoh kan?

mega sale!



amirullah.
nama sebenar member yang bergambar sebelah gua semalam.



personaliti di atas pernah kata nak stok perempuan yang boleh buat bini pada gua. agak-agak siapa yang berkenan boleh add beliau dekat fesbuk gua.

pakai
nama omputih. rasa nak lempang laju-laju pun ada.

Thursday, March 25, 2010

mahu otak bergeliga macam pakcik einstein


sejak kebelakangan ini, gua selalu sangat melepak dengan budak-budak rumah gua. pergi makan-makan. pergi window shopping. pergi pesta pesta buku pun baru sudah semalam.


*****

tajam pukul 5.30 petang saja, gua sudah start enjin 'mascara' gua. gua sampai rumah, gua keluarkan baju senaman dalam bagpack gua. gua ala kadar pergi pwtc hensem ala kadar saje naik lrt depan rumah gua ni.

sampai sana, gua risau-risau tak jumpa 2 orang umat. lala dengan erin. gua paling cuak kalau pergi tempat banyak orang tapi tak berteman. dup dap dup dap, jantung gua mengalahkan orang nak mengorat aje pun.

yang pergi pesta buku ni muka ulat buku. tengok dahi pun dah tahu ilmiah saje dalam kepala otak mereka. gua dapat sms, cepat-cepat gua bergegas ke tempat karangkraf. mula-mula gua dah tersesat naik tingkat satu. ini semua budak kedai lain yang tunjukkan. saja la tu nak pekenakan gua petang-petang balik kerja. tak tahu gua berpeluh penat ke? nasib baik gua tak marah-marah pada orang lain. gua sambung senyum je macam selalu. kot-kot boleh sangkut boipren seorang dua.

lega gua jumpa 2 minah ni. gua selak-selak majalah remaja. wah! remaja ke gua? sebab gua sedar diri, gua pun berlalu pergi dengan mereka-mereka ini untuk mencari kedai yang lebih sesuai.

jalan punya jalan punya jalan. sampai naik letih tulang belakang gua. pusing sikit punya jauh. macam separuh taman tasik titiwangsa pun ya. tempat gua pergi mengorat abang polis dengan askar hari-hari. tapi dah sebulan lebih juga gua tak mengorat diaorang dekat sana. nantilah abang-abang, dah ada inspirasi balik gua jogging balik. gua tau, korang rindu punya nak tengok muka samseng gua dekat sana.

bila jalan dah sampai. kedai-kedai dah banyak. gua searching satu-satu. mula-mula meliar tengok orang hensem-hensem. yang tak hensem, gua tak boleh pergi tengok. mata gua nak tengok yang halwa-halwa je pun. pandai memilih! lepas tu, baru gua tengok buku-buku yang berkenan pada hati gua. susah juga kalau jadi ulat buku ni. hati gua membuat isyarat bimbang tiba-tiba. duit! duit!

sejajar dengan anjakan paragdigma yang berkuat kuasa semalam, mata gua sudah tertancap pada satu kedai. gua masuk. gua borong yang murah-murah punya. al maklumlah, sudah tengah bulan. belanja pun man-man macam biasa.



jeling-jeling kedai lain. tak ada yang kenan lagi. mata tak kenan. sen pun tak kenan. komik-komik zaman sekolah dulu pun tak ada jual semalam. penat gua meround-round. naik sayur kepala gua jadinya.

dan dan, seorang yang ajak makan, semua bergerak pergi the mall depan tu je pun untuk makan-makan. bergambar pun nak bergambar. sudah nama pun perempuan. layan sajalah.

sebab gua tak mahu diaorang kecik ati, gua paste ajelah dekat sini kasik "one day in history".




p/s : tak payah berangan nak mengorat yang lain. sebab gua sorang je yang single. hahaha!

Wednesday, March 24, 2010

belon panas


(nuqman azfar, anak amat)
gua teringin nak jadi belon panas.

asal kembang, terbang.

asal kembang, terbang.






gua teringin nak jadi belon panas.


Thursday, March 11, 2010

motor buruk abah warna kelabu



tiba-tiba rasa rindu zaman kanak-kanak.



*****

pergi jalan-jalan dengan abah. naik motor buruk dengan abah. peluk erat-erat pinggang abah.

masa itu, abah tak gemok macam sekarang. abah suka bawak gua pergi jalan-jalan naik motor buruknya. masuk mini estet, keluar mini estet. naik bukit, turun bukit lalu jalan merah. kalau hari hujan, mesti becak dan naik merah warna motor kelabu abah.

abah suka bawak gua pergi tempat kumpul susu getah. kadang-kadang ada getah keping yang naik bacin dibuatnya. kembang kempis hidung gua dibuatnya selalu.

abah suka buat muka ketat kalau gua tanya soalan pasal pokok getah dengannya.
kenapa perlu potong senget batang getah. kenapa tak boleh potong tegak. kenapa pokok getah tinggi melangit. kenapa pokok getah selalu nampak sebaris. kenapa potong getah pagi gelap-gelap.

kadang-kadang abah naik pening dengan gua. sebab gua banyak sangat bertanya.

kalau ada makcik pakcik dekat kebun getah, abah gua akan berhenti menyapa mereka. gua pun sama-sama menyapa mereka. teknih peramah gua memang di iktiraf daripada zaman gua budak-budak lagi rupanya.
kadang-kadang makcik pakcik akan jemput kami datang rumah untuk basahkan tekak dan hilangkan dahaga. kalau terlebih rezeki, kuih muih pun turut serta. apalagi, tibai aje ler.

selalu pagi sabtu, gua akan bangun pagi-pagi ikut abah pergi kerja. mula-mula gua kena punch kad abah dekat pejabat. sudah minum-minum, gua bonceng abah gua naik motor buruknya.

kalau gua bosan-bosan tengok abah buat kertas kerja dalam pejabat usang itu, gua akan keluar jalan-jalan dekat mini estet sorang-sorang. gua suka kumpul biji getah untuk di bawa ke sekolah untuk buat kira-kira. kalau ada makcik pakcik dekat pejabat usang tersebut, gua minta izin mahu kacau-kacau, godak-godak getah cair dalam tangki sebelah pejabat usang abah. kalau ada getah kering, sempat gua tengok makcik pakcik mesin getah-getah tersebut. kadang-kadang gua cuba juga nak pusing-pusing mesin getah tersebut, tapi selalunya tangan gua selalu naik terpiuh di buatnya.


*****

pergi pulang balik dengan abah. naik motor buruk dengan abah. peluk erat-erat pinggang abah.

gua suka naik motor buruk abah.




Wednesday, March 10, 2010

usaha sudah, tawakal sudah, tapi takdir jua yang tentukan

Kadang-kadang saya naik kasihan pada mak saya, makcik-makcik saya, nenek-nenek saudara saya yang setiap kali akan bersungguh-sungguh bercerita tentang hal-hal perkahwinan dengan saya. Al maklumlah umur saya pun sudah makin maju ke hadapan. Kedut-kedut pada celah anak mata pun sudah terbit apabila saya sedang ketawa. Nasib baik jugalah muncul ketika ketawa saja. Kalau tidak, mahu jugalah tambah kos baikpulih sana sini.



Bukan senang bila berlaku putus perkara kasih, sayang dan cinta. Dan bukan senang bila mahu menjalinkan kembali perkara kasih, sayang dan cinta sekaligus. Semuanya mengambil masa. Tapi, ini semua kerja Tuhan, biar saja ditentukan nanti.



Makin lama, saya makin bijak menangani emosi sendiri. Rasa marah, rasa kecewa, rasa tak selesa buat saya menjadi semakin matang dalam hal-hal hubungan kasih, sayang dan cinta. Itu semua asam garam dunia. Rasa sakitnya hati bila di lukai sehingga bertukar kepada tidak sakit lagi. Sebenarnya bukan senang mahu positifkan sesuatu perkara yang telah melukakan hati kita, tapi kekuatan semangat sangat diperlukan untuk itu.



Busu saya pernah pesan kepada mak saya supaya mengajar cara-cara bercinta kepada saya.


Damn!

I kena ada mentor lah gitewnya.






p/s : i saje nak upload gambar moncit ni. T_T


Wednesday, March 3, 2010

doakan gua tabah ok!



cerita minggu lepas.


baru 2 jam setengah baru gua discharged dari wad. satu hari satu malam. seperti pengembaraan pesakit dalam wad bermula.

pukul 9 pagi daftar dengan konsultan doktor. pergi sana sini. ambil beg. ambil dokumen. gua naik lif ikut staf check in dekat admin wad surgeri. gua usyar keliling gua. ditemani pula dengan emak. gua buat peramah dengan semua orang. dah peten gua macam tu pun, nak sombong bukan cara gua. mamat-mamat admin beserta nurse-nurse di perkarangan wad surgeri bajet umur gua awal 20-an. student teka mereka. lepas tu, reka-reka cerita gua model sambilan dengan berat 50 kilogram. ofkos lah semua itu fake. bila gua cakap, umur masuk 27 tahun, semua terkedu. ok.ok. i know, i awet muda kan? sudahlah gua berangka besar, berat tulang, kaki besar mestilah lebih beratnya. hahahaha! semua nurse-nurse gelak kucil-kucil dengan mamat-mamat yang nak try usyar-usyar gua.

gua admit dekat hospital pantai ayer keroh di wad nombor 333 di tingkat 3. di beri pula baju seksi untuk masuk dalam operation theater. dekat-dekat pukul 12 tengahari, gua kena naik atas stroller, atau gua panggil cruise dekat situ. nurse-nurse suruh diam-diam buat muka macam pesakit. gua turut je. sebelum bergerak menuju ke OT, gua istighfar banyak-banyak. mak gua bagi ciuman dekat dahi dengan air mata meleleh. gua sempatlah pesan, gua pergi sekejap je operate, bukannya nak pergi mati pun. itu pun sebab gua tak mahu mak gua risau lebih-lebih. nanti gua pulak makin risau.

dari atas stroller ke stroller yang lain. gua berpindah randah. gua dah rasa gua macam ayam yang nak kena panggang dalam oven macam kenny rogers. gua buat-buat steady macam selalu. tanpa keberanian, mimpi tak boleh jadi kenyataan.

gua ditolak di dalam OT, bukan main berdebar jadinya. bunyi baby, bunyi orang tua menangis. macam-macam bangsa. macam-macam generasi. stroller gua di tolak di tempat menunggu. pakar bius tanya gua nak buat bius ikut dengan prosedur macam mana. gua cakap nak pengsan semua asalnya, dan atas bantuan dan nasihat dari pakar bius, gua tekad untuk di bius pada area yang akan di kelar nanti. LA nama prosedur tersebut. gua kena berani macam selalu kata hati gua. hahaha. sedang gua mengumam-gumam menahan kesejukan walaupun telah ada 2 lapisan selimut atas badan gua, perlahan-lahan 2 orang nurse menolak gua masuk ke bilik OT. sempat gua gurau-gurau dengan semua orang untuk hilangkan cemas dengan diri sendiri. dalam bilik operasi, gua di suruh mengiring ke kanan dengan lampu yang terang yang buat gua rasa dalam sesi photoshoot dan gua rasa macam artis. satu bilik gelak-gelakkan gua sebab gua releks sangat. hahahaha! padahal gua cemas diaorang je tak tahu. dok tor mintak keizinan gua untuk buat ini. buat itu. gua terkilan juga pada mulanya, ingatkan gua dapat tengok prosedur dengan mata kepala gua sendiri rupanya kain dah tutup muka. gua cuma dapat rasa. dan rasa. doktor cucuk dekat leher gua. tepuk-tepuk sampai gua rasa kebas, tapi lama juga ubat nak buat gua punya bius mengalir pada leher gua. karang hidup-hidup gua kena kelar dekat leher. itu pun gua bercakap banyak. gua tanya itu. gua tanya ini. sebab gua cemas. bila ubat bius gua dah masuk betul-betul, doktor pun dah tepuk-tepuk leher gua sampai gua tak rasa apa-apa, baru mula kerja. dari dalam penutup muka, gua nampak bayangan pisau. tiba-tiba gua dah dengar leher gua kena kelar. berbunyi lagi. lapisan demi lapisan sehingga mencapai tempat tujuan. gua dah mula layan perasaan nasyid jam-jam tu juga. sampai gua dengar doktor kata ok, baru debar gua hilang. rupanya, lagi teruk perasaan selepas kena kelar. gua dengar dieorang bincang-bincang pasal uraf saraf gua. sampai ada ketika gua dapat rasa refleks kejutan elektrik pada saraf otot lengan belah kiri gua sebab lengan gua terangkat dengan sendirinya. bukan main berdebar takat tu. gua pendam sorang-sorang perasaan takut. masa doktor mintak benang dengan jarum, gua pura-pura cool buat tak tahu. tiba-tiba gua macam terasa leher gua macam terangkat-angkat sebab nak ketatkan jahitan. gua mula rasa syahdu sebab gua ok rupanya. tak lama lepas tu, semua kerja di leher gua siap sepenuhnya sehingga ditampal dengan plaster.


gua siap test suara gua. mana tahu pitching gua boleh masuk AF ke lepas ni. rupa-rupanya tetap sama. gua cuma boleh terus mengharap akan tiba keajaiban pada suatu hari nanti. lama gua menanti gadis-gadis nurse amik gua. sudahnya, gua punya jasad macam pemindahan kerja loading, unloading. berangkat dari stroller ke stroller. punya debar pun dah hilang sampai masuk wad gua.

gua punya bercakap pun dah macam bertih jagung. perut gua pun dah mula lapar. macam gua mintak makan dari mak gua. manakan tidak, satu malam gua berlapar. mak gua marah-marah gua merenyah tak mahu duduk diam. bergilir-gilir nurse datang check gua. rasa nak tidur pun tak pernah senang. last-last gua ajak dieorang melepak bersembang dengan gua sampai masing-masing kena panggil dengan leader mereka. hahahaha!

satu malam gua menetap dalam wad dengan adik gua. cepat juga masa berlalu tapi tidur tak boleh senang. pagi-pagi doktor dah datang check gua, zup zap zup zap, gua akhirnya discharged dari wad.



*****



cerita sabtu lepas.

pukul 8.55 pagi gua dah tersadai depan pintu doktor. appoinment gua pukul 9. lepas nama gua dah kena panggil, gua masuk sorang-sorang dalam bilik doktor. doktor buat muka serius risau-risau dengan gua. yang gua pula boleh gelak-gelak sebab gua rasa ok saje. doktor tanya gua punya sejarah hidup gua. dengan kucing. dengan bengkak dekat leher gua. dengan kerjaya gua. dengan persekitaran gua.

tak lama lepas tu, doktor tunjuk report pada gua. doktor kata gua tak boleh berkahwin buat sementara waktu ni. dan boleh mengandung dalam masa 2,3 tahun lagi. rupa-rupanya gua ada penyakit. toxoplasmic lymphadenitis namanya. gua bukannya tahu penyakit apa. kalau gua mati pun akibat saraf otak dengan saraf lain yang tak boleh berfungsi. dan gua malas nak ambil kisah dengan diri sendiri. doktor suruh gua kuat semangat. badan gua pun tak ada imun yang kuat dan cekap. gua tak boleh jatuh sakit. doktor yang rawat gua pun suruh tanya konsultan bahagian lain, tapi gua minta postpone sampai bulan depan.


hah! pasal bulan depan, bulan depanlah gua cerita. itupun kalau gua ingat. hahahaha!



Tuesday, February 9, 2010

abang awie badan tough !!!

serius!
gua dah lama tak berkaraoke. mungkin sebab dah lupa jalan pergi sana. atau gua tak cukup korum nak pergi sana. atau suara gua memang sumbang sampai kawan-kawan gua pun tak mahu mengajak lagi pergi sana.

itu, biar kawan-kawan rapat gua saja yang tahu kenapa gua tak pergi berkaraoke lagi.

bosan juga. dan-dan gua sudah jadi semakin perahsia sekarang.


*****


dulu,

kalau gua nak berkaraoke. gua akan select lagu high pitch. betul. gua suka yang high pitch. walaupun pitching gua selalu lari jauh-jauh ke laut.

disebabkan perangai gua yang macam haram sekali sekala ni, gua pernah sekali testing berkaroke atas pentas menyanyi depan public. itu pun gua nak berebut menyanyi dengan adik gua untuk perform dinner family day abah gua itu hari. ada pertandingan berkaraoke katanya. mungkin sebab gua sedar diri, suara gua sumbang aje selalu, nak-nak kalau bawak lagu dangdut. gua terus tarik diri jam-jam itu juga. abah gua kalau dengar gua menyanyi agaknya mahu tak mahu mengaku gua ni darah daging dia agaknya. nasib baik adik gua dapat tempat kedua itu hari. taklah malu mak abah gua kali itu. tengok, bukan main semangat adik gua berkaraoke itu hari walaupun dah ada anak sorang.





gua godek-godek gua punya simpanan dulu-dulu. gua ade video gua tengah menyanyi. lagu feveret gua. tiap-tiap kali berkaroeke gua mesti pilih lagu tersebut. gua pun tak tahu apa pasal. padahal gua tak suka pun abang awie yang tough tu. menyemak mata gua aje pun kalau gua terpandang body dia. kadang-kadang gua segan sendiri tengok body abang awie tersebut. gua pun tak tahu kenapa.



kali ini,
gua persembahkan video paling rare untuk kau orang semua buat santapan pagi ini.
FOC lagi.




Thursday, February 4, 2010

obsesi





Hujan - Obsessi

Tak sabar ku tunggu hujung minggu
Ku saksikan kugiran kegemaranku
Melodi indah yang selalu ku tunggu
Ku saksikan kugiran kegemaranku

Obsesi obsesi!

Ku jenguk irama angkasa raya
Warna-warni pelbagai gaya
Di lantai dansa inilah oh tempatku
Ku saksikan kugiran kegemaranku

Obsesi obsesi!

Orang muda
Tak ada yang dapat di duga
Orang muda
Masa depan di tangan mereka
Tak selamanya muda
Tak selamanya muda
Akan mati juga

Obsesi obsesi!

Orang muda
Tak ada yang dapat di duga
Orang muda
Masa depan di tangan mereka
Tak selamanya muda
Tak selamanya muda
Akan mati juga



p/s : maafkan gua penunggu blog semua.

Tuesday, January 12, 2010

Bukit Broga banyak "pemandangan indah".

hujung minggu yang lalu, gua beserta 5 rakan yang lain menuju ke satu destinasi yang tak pasti geologi tempat tersebut dengan berbekalkan hanya semangat dan azam semata-mata.

ke bukit broga kali itu untuk melakukan aktiviti mendaki bukit. semuanya secara tiba-ti
ba tanpa perancangan.

























sempat lagi gua berkenalan dengan akak abang amanah raya.




"pemandangan indah" - gambar 'curi' ehsan dari akak amanah raya.




*** banyak lagi gambar akan di upload kemudian. tengah tunggu ehsan dslr pak lah dengan anip.



p/s : lepas ni gua ingat nak mendaki ke bukit tabur, melawati pulak. dan yang paling penting, aktiviti ni FOC. hohohohoho!