Friday, November 28, 2008

aku suka nak balik kampung sebab .....


aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni cuti sekolah. dan rumah aku dekat kampung memang akan jadi haruk-pikuk. walaupun rumah aku banyak kaum perempuan. lelaki yang ada cuma abah dan aiman saja pun. bila adik ipar balik bertambah lagi seorang lelaki. jadi totalnya baru ada tiga lelaki dalam isi rumah kampung aku tu.


aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni adik nombor 4 aku, ijat kerja pizza hut. dan tempat kerjanya dengan rumah aku dekat kampung boleh dikatakan tidak jauh. dan aku suka ambil dia di tempat kerja kerana aku boleh makan pizza jenis baru panas-panas dalam kereta. bila sudah sampai rumah, biasanya pizza yang jenis yang biasa-biasa saja yang tinggal. kadang-kadang bila adik aku closing habis semua isi dalam pizza hut dia bawa balik. sup, salad, spageti dan pizza tak boleh cerita. memang ngam punya.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku malas nak masak melainkan ada sebab. dan dekat rumah aku akan bagi alasan penat dan malas nak ke dapur. aku akan ke dapur untuk buat cekodok tepung dan tambah kentang dan teh feveret abah aku. waktu lain, tengok tahap kerajinan aku. sebab bila pikir-pikir balik tak best juga kalau asyik jadi rajin. kira aku bagi can dekat adik-adik aku yang ramai tu buat kerja rumah.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku rasa best bila terbaring depan sofa melepak sampai tengah malam kalau tak ada kegiatan luar. rasa macam nak simpan tulang belakang dalam beg sandang lepas tu pakai balik bila nak balik ke kl. memang best sebab askar-askar dekat rumah aku suka dengar perintah am walaupun kena bagi upah. cara tu saja yang boleh mengajar budak-budak sekarang untuk jadi lebih rajin dan cekap.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku dalam mood nak belasah adik-adik aku. hari tu, adik-adik aku kata aku dah berubah kerana dah tidak menghambat mereka lagi. tapi tidak semenjak mereka cuti sekolah. aktiviti hambat menghambat ni dah jadi rutin aku balik. dieorang? memang tak senang duduk bila aku ada dekat rumah. kira aktiviti sihat untuk aku juga la bila dapat buat aksi kejar mengejar begitu.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku sedang membuat pelbagai aktiviti persiapan majlis perkahwinan sepupu aku. kali ini, aku jadi pengurus majlis juga sebab tracked record aku memang baik selepas majlis kahwin adik aku haritu. kira tak sia-sialah apa yang aku dah buat dan capai selama ni jadi kenyataan.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni rumah makcik-makcik aku dekat kampung semuanya dah jadi batu. aku juga jadi tukang komplen sana sini untuk kontraktor yang bikin rumah-rumah diaorang. dan aku dengan kontraktor tu juga boleh dikatakan kamceng walaupun tak minum semeja dengan aku bila mengeteh dekat luar.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni mak beserta makcik-makcik aku suka nak lepak pergi luar dari simpang empat. tak kira lah pergi melepak ke kelemak dan melaka untuk window shopping. dan kebiasaanya kalau dah bawak mak-mak orang ni memang besar juga habuan yang bisa dapat. cuma aku ada hutang bawa mereka naik bot di sungai melaka. lain kali aku mahu minta belanja naik eyes on malaysia yang ada dekat situ nanti.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku sangat rindukan keluarga aku. dan aku rasa aku tak sanggup nak berjauhan dari mereka. sebab tu aku kata kl dengan alor gajah tu tak jauh mana. jauh perjalan dan waktu macam dari sentul nak ke kampung melayu subang bila tak ikut hiway. bak kata mak aku, kau jangan kahwin dulu long. nanti tak balik macam anem.


dan sekarang ni,
aku pikir aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni kuku aku dah tersangat panjang dan aku nak ajak adik-adik aku main bumper car dekat melaka.


sekian saja karangan hari ini untuk anda semua.

Thursday, November 27, 2008

mimpi, adalah kunci


mimpi macam mainan tidur.

mula dari minggu lepas, mimpi abah meninggal. aku yang pangku kepalanya. aku menangis, terus aku terjaga. hari pulak dah pagi. malam tu, aku tidur umah adik dekat bangi. aku tak mahu kongsi cerita ni dengan dia.

lepas tu, aku mimpi bulan-bukan. terjaga kejap-kejap. tapi sempat mimpi. sambung-sambung. macam drama rtm. nasib baik tergantung macam tu aje. pagi-pagi tu, aku suruh mak aku gosok baju kebaya hijau aku sebab nak balik kl kerja dan aku dah terbangun lewat hari tu.

2 hari lepas, aku mimpi jane sakit. masa dekat court, tiba-tiba dia pengsan. dia paki jubah hitam sambil pegang bukti. memang nampak betapa kecilnya dia dalam court tersebut. dia pengsan, dan aku menangis. apakah?

malam tadi aku, aku dan arfa menganjurkan bachelor's party untuk encik amat. tapi memang tak ada stripper buat pole dancing la pulak.


amat paling kiri. malam tadi dia pakai baju tu jugak. tengah biru la katakan.


si arfa tegah magiskan soraya bagi nampak statik tapi tak jadi-jadi.


ha, aku apa lagi, mentekedarah je la. terkila-kial guna chopstik time tu, sampai give up.


konon-konon balik dah malam, harap tak dapat mimpi apa-apa. lagi sekali, aku termimpi duit simpanan aku dalam bank negara, dah jadi 4 kali ganda. dah jadi teka teki juga sebab aku tak ada saving dalam bank negara bila aku terbangun dari tidur pagi tadi.

kau orang ada duit dalam bank negara?


p/s : aku tahu, sekarang ni musim semua orang ada masalah. aku pun ada. banyak juga. sampai kau orang tak boleh kira. siapa yang aku dah kaunseling tu, faham-faham ajelah. sebab aku ni memang selalu tak betul.


Wednesday, November 26, 2008

mahu jadi 'orang' yang berguna satu hari kelak


di riwayatkan kisah seorang aku.



benar, nama penuhku adalah Soket Elektrik. dilahirkan di sebuah kilang yang tidak berapa besar di daerah Ulu Kelang natijahnya kerana terlalu banyak kawasan yang mengeluarkan perkakasan seperti aku. namun, kira aku bernasib baik juga kerana tidak muncul menjadi barangan tiruan di negara kelahiranku, Malaysia yang cantik gemilang.

sejak aku dilahirkan, pelbagai tangan yang menggamit tubuhku. cuma bezanya, tangan mereka berlapik, dengan getah seakan kondom. entah, tiada ciri khas yang dapat rungkaikan di sini. pengetahuan amku terlampau sedikit. ini bezanya jika dilahirkan dengan ibu bapa dan mesin pembuatan. kasihan juga akan diri ini sekali sekala. namun, apakan daya. jika itu yang telah di takdirkan. aku cuma boleh redha dan pasrah.

sejak aku dibungkuskan ke dalam kotak coklat kuning, hidupku jadi gelap gelita. tiada ruang antara aku dan rakan-rakanku. kami menjadi rapat. berbincang, bertukar-tukar pendapat. setelah bertambah rapat, kami mula dipisahkan. ya, oleh keadaan. dan mungkin juga takdir. sekali lagi aku pasrah. namun, aku tidak keseorangan. ada bebarapa rakan yang lain yang menuju sama tempat denganku. aku bersyukur. masakan tidak, boleh jadi kera sumbang juga kalau dibiarkan tidak berkawan. walaupun disebuah kedai kecil di penempatan taman di sekitar sentul. aku masih baik. kondisi tempat itu bagus. amoi-amaoi beserta nyonyanya masih ganteng.

semalam, ada tiga orang rakan. serumah. 2 orang sebilik. dan satu lagi tinggal seorang dalam sebilik kerana temannya sudah bernikah. itupun, masih mencari lagi teman sebilik yang ok-ok. hah, perempuan. memang begini caranya. mesti mahu cari yang ok. ops... jantinaku, sama seperti mereka. perempuan. aku tak mahu komen lebih pasal perempuan, kerana aku juga seorang perempuan.

tiga orang tadi, sibuk mencari barangan perkakasan. yang pertamanya lesung batu. yang keduanya, pencungkil/agen untuk sinki atau lubang tersumbat dan ketiganya aku. salah seoarang diantara mereka menggelarkan aku, si suis tiga tungku. herm, sedap juga didengar sekali sekala. unik. sambung cerita aku. sebuah soket elektrik. katanya untuk digantikan dengan si tua ganyut yang sudah mula menopaus di rumah ruang tamu mereka. sudah pecah-pecah. cuma ditampal dengan selopene tape. bagi melekat ke dinding.

sampai-sampainya aku dirumah mereka. aku menarik nafas lega. sekurang-kurangnya aku sudah bertuan. walaupun nyonya yang ganteng tersebut menjualku dengan diskaun 90 sen. hah, ini kl. mana ada yang murah, batu dan kayu juga berharga di sini. aku tersadai di atas meja makan yang hitam yang makin menyerlahkan keputihan tubuhku.

selepas ketiga-tiga tuanku mengerjakan apa yang patut, aku masih lagi dibiarkan. salah seorang tuanku, menikmati nasi goreng ayam hasil beliannya di pasar malam berdekatan. yang dua lagi mengerjakan lubang sinki yang tersumbat. sampai mereka berdua putus asa, yang seoarng lagi masih meneruskan kegiatan makan-makannya.

tak berapa lama, mereka bertukar shift. yang seorang tadi sudah habis makan. yang berdua tadi pula sambung makan. yang seorang tadi, mula menjejak kelicikan lubang tersumbat tersebut. memang menyakitkan hati. bauan, sampah. sudah sangat memualkan. tapi masih boleh ditahan. sehingga berjaya juga digodehkan oleh tuanku tersebut. menjerit keriangan. dan akan kembali semula rutin sinki tersebut untuk aktiviti hariannya.

dan, aku masih tersadai di atas meja makan yang hitam yang makin menyerlahkan keputihan tubuhku. lagi.


Tuesday, November 25, 2008

one , two ka four



gua tengah plan untuk projek tahun depan.


misi, visi dah perlu dirancang dan dilaksanakan. kira macam buat takwim kalendar 2009 la sekarang ni. harap-harap semua berjalan dengan lancar.




Friday, November 21, 2008

1, 2 jus!


antara tenaga dengan otak, gua lebih perlukan tenaga. macam minum pearl kacip fatimah setiap pagi. bagi promote sikit, mana tahu lu semua boleh menang reward 1,000,000.00 ke. nasib orang ade beza bai! untung-untung melekat dapat premium, dapat lak cabutan. apa lagi, sambar la apa yang patut. sebijik rumah dah cukup lah. buat aset.

tapi, bila bekerja gua lebih banyak guna otak. macam mana nak auta klien pasal hal site diary dan perancangan kerja yang di buat dulu tak berapa ngam. mesti sakit. minggu ni, gua suka nak mengupas satu kegiatan, baca blog ke blog. memang penat nak cari. tapi best.


gua nak tekankan pada lu semua, minggu ni gua kuat berfoya-foya sikit. main internet lebih. kerja, sikit-sikit gua settlekan. dateline lambat lagi. lu semua pun tahu, gua jenis last minute punya manusia. tak kisah kena kunci bila balik dah malam janji gua rehat lebih. lagipun, sebab gua belum ada laptop mahupun internet kat rumah. nantilah, bila ada senang sikit, gua akan dapat tibai punya dekat low yat. bagi sebijik.

gua minat banyak blog. tak kira la, mereka-mereka tersebut tu, kuat bohong ke, emo ke, jenis berpeleseran ke, sebab gua punya sukalah. life dieorang. kata muda. bak kata pasa, gua muka sejuk. senang orang nak tegur. tu belum tengok muka gua mengamuk, setan pun lagi cun bai.

gua memang jenis yang tak suka teka teki. dulu, masa sekolah pun dah cukup pening nak jawab walaupun kat belakang buku mesti ada jawapan. gua dengan teka teki pun tak berapa ngam. mesti ada problem punya. tak gua, mesti teka teki tu yang ada problem dengan gua. sebab mesti 'dia' teka dalam hati, gua ni jenis malas nak pikir lebih-lebih.

tapi, apa yang gua dapat teka, benda tersebut dah boleh di sangkal. sebab, gua dah suka permainan minda. macam dalam blog
magenta ni. dan gua rasa, gua lebih gunakan otak kanan gua.

gua kuat pikir. imaginasi. tapi belum lagi pasal sex life gua. tak tentu jodoh dengan siapa pun lagi. kan? mana boleh pikir lebih-lebih. dosa yang ada pun belum terampun. gua minat muzik. kalau dapat drum sebijik gua rasa memang gua dah cukup hangat. gua nak kalahkan andy estranged tu. huh, dia memang ngam. hensem habis. nak-bak muka dia yang terkini. ada bulu-bulu kat muka. maskulin beb. gua kuat juga dengan 3-D. memang ngam. kalau bagi sebarang jenis 2-D, gua akan sedaya upaya nak tingkatkan ketajaman otak ni. sebab autocad sekarang pun dah main 3-D. tak lama lagi 4-D. yang ni gua belum jumpa lagi siapa yang cool nak cerita kat gua. orang sekarang suka nak cerita pasal MLM. cari duit lebih. orang selalu kata gua peramah, senang nak pujuk orang masuk untuk kerja-kerja ni. tapi, gua tahu skil gua takat mana. takat nak cerita kosong dengan kerja, boleh la sikit-sikit. gua ni jenis miscommunication. cepat salah paham. kalau bahasa perli tu, memang dah belajo jugak dari kecik. sebab abah gua treat gua macam tu. bila kena anak zaman sekarang, tak boleh kata apa. janji jangan durhaka sudah. bila tengok gambo otak tu, dah cukup menggambarkan gua selalu pakai otak kanan. sebab tu gua selalu kena migraine. belah kanan. bila sakit tu memang denyut-denyut, campo pulak kalau tengah PMS. tak boleh belah. nak cool pun, tak sempat. kalau dari segi art pulak, nak-nak dari lsegi lukisan, gua failed. kalau buat lukisan pemandangan, mesti ada gambar pantai, rumah kampung, matahari, sampan dengan pokok-pokok. agak-agak kalau masuk galeri art boleh dapat juta-juta tak?



lukisan 1 : gua dah updated bagi nampak colourful. ape macam, bergaya tak?

tapi, ada satu jek macam tak berapa betul. kat gambo dalam link tersebut, kalau pengguna otak kanan, dia jenis left handed control. tapi gua langsung tak kidal. semua pakai tangan kanan. kalau pegang penukul, paku kiri, penukul kanan. kalau pegang screw driver pun kat belah kanan, skru belah tangan kiri. kalau pakai kasut pun mesti belah kanan punya. cuma satu benda je lalu pakai tangan kiri. kat sini, tok sah cakap la apa kegunaan tangan kiri bagi yang tak kidal. buat muntah hijau aje pun. kan? ha, lagi satu. kalau tengah betul-betul lapar, tangan kiri kanan sekali jalan. rupa lahap ke macam tu? tak ar, ada gak gua control sekali sekala. yang ni pun tok sah lah cakap dalam blog. korang boleh teka punya benda macam ni. bukan susah pun nak pikir pun.

gua rasa, ada sikit-skit masalah negara pun boleh jadi beban dekat gua. tapi, pasal obama gua tak boleh belah sangat. orang kata bapak betul dengan bapak tiri dia islam. gua pun belum cek lagi biografi dia. takpelah, takat dalam negara ni boleh la gua nak paham. pasal hal recession pun dah boleh jadi sakit kepala kalau layan lebih-lebih. nasib baik gua bukan tercebur masuk dalam hal-hal ekonomi. mahu lagi serabut bai.

tapi,
kalau lu semua tengok gaya gua dalam penulisan blog ni, agak-agak gua boleh jadi seorang pengajar ke?


p/s : sebab gua seorang ni, macam-macam gua nak jadi. tapi dalam banyak-banyak pilihan kerjaya, gua tak mahu jadi diktator hati. gua rejected awal-awal sebab payah nanti. sampai main osom-osom tak pun 1,2, jus. apa jadahnya?

p/p/s : gua mahu lu semua doakan gua berjaya untuk kuatkan semangat dan teruskan dengan percaturan hidup ni. sekali sekala best juga cabar diri. macam main dam aji dekat warung sambil minum air ketum.


Thursday, November 20, 2008

rikatochido


gua selalu bising dalam hati. pasal filem melayu. tak hal cinta, mesti cerita hantu. pada pandangan gua, memang tak boleh belah. siapa-siapa nak abaikan gua pasal nak tonton filem berkaitan macam tu gua sangat tak kisah. gua tak akan mengumpat. macam cerita i'm not single. kalau tak tengok dekat wayang pun, sebulan lepas tu dah keluar dekat astro.


jangan pandang belakang dengan waris jari hantu pun dah berkoyan-koyan berputar-putar banyak kali di astro. tak cerita hantu, mesti cerita cinta. punyalah streotaip masyarakat kita ni. sampai penat nak tekan info banyak kali. baik layan astro ceria, tak cerita hikayat putera shazlan tak pun geng bas sekolah.

dulu ada juga gua tonton filem indon. budak-budak lagi masa tu. darjah tiga kot. gua masih ingat-ingat lupa. tapi, gua ingat lagi cerita tu. cerita hantu indon. satu satu scene yang mana seorang perempuan dewasa yang sedang membuang air di tandas di sedut ke dalam salur jamban tersebut. sejak gua tonton cerita tu, memang tak keruan. nak pergi tandas pun mesti ada yang kena temankan. paling kurang, kalau gua terflash dalam tu sempat lagi gua jerit lagi. kalau boleh jeritlah. orang kata kalau kita nampak 'sesuatu', mesti terkedu.

haritu, pekji borak juga ada cerita dia pernah kena hempap. gua pun pernah kena sekali masa tingkatan 1. baru lagi duduk asrama. bila sekolah, nak-nak bila jadi junior, mesti dapat katil atas, walaupun kau orang tidur terjulur kaki di palang besi nanti.

sambung cerita balik, gua kena hal tu tengah malam. dalam pukul 1 a.m. dulu, gua selalu ikut hal-hal sunah. kalau tidur mesti mengiring ke kanan. dah jadi tabiat juga masa tu, walaupun katil dirapatkan ke tingkap. nak dijadikan cerita, tiba-tiba terasa badan gua di hempap oleh 'sesuatu'. tapi, tiada satu pun objek yang muncul yang gua boleh lihat walaupun puas gua beliakkan biji mata. muka gua dah mengadap tingkap. pandang koridor. ada 'sesuatu' berjalan di koridor. putih pakaiannya. sedang menyapu. perlahan-lahan, benda berat hilang atas tubuh gua. sikit-sikit mata gua jadi katup balik. gua kemudian sambung tidur sampai pagi.

gua minat cerita hantu omputih, thailand, korea atau pun bangsa-bangsa lain. gua fikir logik cuma satu. hantu-hantu dieorang tak mampu nak pergi sini. jauh sangat. hantu indonesia, hantu melayu boleh sampai sini. bahasa 'dia' pun gua boleh paham kot. yela, cakap melayu. 'dia' punya mengilai pun dah cukup seram. macam cerita puaka niyang rapik ni.





cerita filem dulu, yang mana perempuan masuk lubang jamban tu boleh tambah kalut dalam jiwa gua. sampai sekarang. & walaupun gua tahu badan gua cukup besar untuk memecahkan jamban tersebut tu nanti.



Tuesday, November 18, 2008

masa boleh jadi emas


kadang-kadang aku fikir nak jadi pendiam.
&
cuma harus teruskan kehidupan yang hakiki.


Friday, November 14, 2008

bimbo itu seronok juga!

*****
updated : rasanya dah perlu ditetak rambut ni, nampak berselirat semacam.
*****

Pagi tadi, sambil menikmati buah salak dari Sabah.

Perbualan seorang lelaki dan seorang aku. Melalui telefon.

Lelaki : Mahu duit?
Aku : Mahu! Itu duit!
Lelaki : Esok kita berjumpa.
Aku : Baik!
Lelaki : Jangan lupa bawa barang yang diperlukan sekali.
Aku : Kena melawa ke?
Lelaki : (Ketawa!!!)

Kamu semua, ini bukanlah hanya semata-mata provokasi. Tapi yang benar, saya menang ini.


-----

Bergembira bersama rakan-rakan semalam, di tambah lagi dengan kedatangan seorang wanita sempurna yang sudah penuh warna warni kehidupannya. Puan Nurezza Syafiq a.ka. Jaja.


Hanya gambar-gambar di bawah ini yang dapat menggambarkan betapa seronoknya juga aku kadang-kadang bila menjadi seorang bimbo without brain (aku jer...)


(soraya si penjenayah foto & aku)



(gambar curi pertama : melahap si j. cos donut)



(gambar curi kedua : muka comot paling horror)



(arfa & jaja)



(pais dan samel yang dah berkurun tak jumpa)



(korang dah boleh hafal dah muka-muka ni, kan?


Thursday, November 13, 2008

en. wiwin


TIADA KATA SEINDAH BAHASA : UNTUK WIWIN YANG SEDANG MELELAKIKAN DIRINYA

~

Esok, saya bakal meraikan ulangtahun kelahiran seorang rakan tapi majlis yang adakan adalah secara telepati atau jarak jauh. Cukuplah sekadar saya tahu dan dia tahu saya menyambut bersama. Dan ini bukan kontroversi. Sekadar sedikit ucapan dari seorang yang sangat teruja dengan perubahan yang bakal dilakukan oleh rakan ini. En. Mohd Fikri Bin Misti~

~

Mungkin agak sukar untuk dia melakukan perubahan dek kerana faktor usia yang semakin meningkat, faktor persekitaran; dalaman dan luaran, faktor adik beradik mungkin, faktor kewangan mungkin. Saya yakin bahawa sekarang ini dia semakin giat berubah dari dia yang dahulu. Yang pernah saya kenal dulu.
~

Zaman sekolah. Dia agak konservatif berbanding dengan rakan lelaki yang lain. Bermulut senyap dan berperwatakan sedikit lembut. Namun ciri-ciri lelaki timur masih dijaga. Dalam dia cuba bersifat kelelakian, saya dapat lihat bahawa jauh dalam lubuk hatinya, nilai keperempuanan itu masih menebal. Saya tidak begitu rapat dengan dia. Saya tidak selalu bergaul dengannya. Jarang sekali dapat berborak dari hati ke hati dengannya. Apatah lagi bersembang kosong dengannya. Tapi dari apa yang saya lihat waktu itu, dia bersifat perempuan, cuma tidak mahu menyamatarafkan dirinya dengan lelaki-lelaki lain di dalam kelasnya. Dia suka dibuli. Tidak suka di pandang tinggi. Dia tidak mahu suaranya didengari ramai. Tidak diambil peduli. Tidak minta perhatian. Dan tidak lebih dari itu.
~

Selepas sekolah. Agak lama terputus hubungan dengannya. Cuma sesekali terdengar beritanya dari beberapa orang rakan lain. Kali pertama selepas zaman persekolahan ialah pada reunion NTMTTS di Port Dickson pada tahun 2004. Quit a long time. Dia masih lagi sama macam dulu. Bersuara agak perlahan. Gelak sangat kecil dan perlahan. Tapi sedikit perubahan pada rambutnya yang memang pendek. Sangkakan saya, dia sudah berubah selera ke teman sejenis. Rupanya salah sama sekali. Sorry.
~

Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah pada majlis perkahwinan seorang rakan pada malam krismas. Ya, dia masih lagi seperti dahulu. Cuma kali ini lebih semakin sopan. Dia tidak pernah menyerang bahagian seksualiti. Terpandang-pandang “barang baik” rakannya. Mana yang best, mana yang tak. Mahu compare dengan barang baik miliknya. Bergurau pun malu-malu.
~

Kamu ada rupa yang charming. Ada suara yang kecil. Susuk tubuh melindungi. Tapi bila tiba bahagian bersosial selain dengan teman terdekat, bagi saya anda gagal. Agak susah nak meninggalkan tabiat lama. Ketawa perlahan-lahan. Suara pun asyik susah nak keluar. Anda boleh berubah. Dan saya merindui untuk melihat perubahan itu.
~

Saya tak janjikan apa-apa jika anda berubah. Saya tak akan berjanji untuk masuk meminang. Saya tak akan berjanji untuk belanja makan di restoren mewah ala metropolis. Tapi yang saya boleh janji, i will treat you as a men.. Real men. I meant it. Try me.
~

Jika ada apa-apa yang tersentap, tersentuh hati, terguris perasaan atas entri ini, seribu jutaan ampun dipohon. Tapi inilah dunia. Sampai bila nak dengar yang baik jika yang buruk yang orang asyik perkatakan. Aku mahu kau berubah. Tak dapat banyak, sikit pun jadi la.
~

Mulakan dengan membaca novel lasak. Ia berkesan :-)


p/s : lagu paling best kala ini. cuba kamu semua layan. pasal hal nak tutup blog, minta maaf banyak-banyak dulu.


Wednesday, November 12, 2008

dia bukan orang itu


hari ni emosi mewarnai ruang lingkup hidup saya.


riang ceria, sedih pun juga.
petang terus hambar.



siapa setuju,
blog ini ditutup? atau orang perseorangan saja yang mahu di jemput untuk membaca blog buruk ini.


p/s : dah rasa suxx sebab langsung tak pro bila rasa semacam. haih...
p/p/s : en.fikrikachak dah ready nak sambut besday ke jumaat ni?

Tuesday, November 11, 2008

kadang-kadang supir



ilya sahabat kami.

nama penuh beliau adalah ilya yasnorina ilyas. kami sekawan menggelarkannya ilyok atau yoyok untuk nampak lebih cool.


dia tak boleh di golongkan dalam cerita SATC. sebab dia terlampau tulus dan suci. mungkin dia boleh jadik watak anak yang baik.

nak di ikutkan, sudah lebih 13 kali beliau menunaikan umrah semenjak tingkatan 1. lusa, beliau akan pergi menunaikan haji. malam ni dia sudah ada janji, ingatkan kami boleh beramah mesra dengan beliau sehari dua ni. tapi, apakan daya. teman yang dijanjikan itu lebih istimewa.

mungkin gambar ehsan yang dalam entry yang lepas itu adalah teman beliau? jengjengjeng~

p/s : yoyok, selamat jalan. selamat menunaikan haji dengan sempurna.
doakan kami yer. kemu nak wish list dari kami tak?


Monday, November 10, 2008

sex and the city

Career Inventory Test Results

Extroversion |||||||||||||||||| 53%
Emotional Stability ||||||||||||||||||||| 66%
Orderliness |||||||||||| 36%
Altruism |||||||||||||||||| 56%
Inquisitiveness |||||||||||||||||| 60%

You are an Idealist, possible professions include - information-graphics designer, college professor, researcher, legal mediator, social worker, holistic health practitioner, occupational therapist, diversity manager, human resource development specialist, employment development specialist, minister/priest/rabbi, missionary, psychologist, writer
Take Free Career Test
personality tests by similarminds.com


Do any of you have a completely unremarkable friend or maybe a houseplant I could go to dinner with on Saturday night?
member gua cakap, kita perlu berani berangan-angan.
tapi, gua masih tak mampu bai. dunia ni bukannya plastik.

at least, gua dah jadi komuniti blogger. ngam jugalah dengan writer, kan?

p/s : puas juga pergi beriadah dan meronggeng dengan budak-budak kecik. rasa belia muda remaja gamaknya. :D


Friday, November 7, 2008

warna-warni kehidupan


sudah 2 tahun saya mahu make over rumah sewa yang di diami sekarang. diam tak diam masa berlalu.

cat, perabot, barangan elektrik dan perkakasan yang lain. tapi budget terhad.

saya mahu selongkar ikea jumaat malam minggu depan. selongkar hardware. selongkar apa yang patut di tempat harga patut. masih kena tunggu claim dulu.

saya sudah ada idea, tapi belum dapat di realitikan. mahukan sesuatu yang berbeza tetapi menarik.
semangat, ceria, harmoni. cubaan yang patut berjaya. saya rasa.



p/s : mak dah belikan ikan sungai feveret di segamat tadi. lalalalala~
tidak boleh katakan tidak jika ia ikan tersebut.

Thursday, November 6, 2008

mamalia

cerita 1.

bulan november dan bulan disember adalah bulan perang. tiap-tiap tahun. macam sumpahan.

perang majlis perkahwinan.


tak payah la nak teragak-agak nak pergi lepak maplay kat mamak ke, bangi ke, apatah lagi bp.
sedangkan kita punya rakan-rakan yang boleh pekena beriani kambing kat khemah majlis dieorang
nanti.

kan?

encik matang, puan zila, encik amat, siapa lagi?

ayuh kawan-kawan~
kita serang~


*****


cerita 2

semalam hari yang sangat malang bagi gua.

mula-mula, gua kena herdik. kena tengking.

kemudian, kerja gua datang melambak-lambak, urgent tiba-tiba.
datangkan cerita hantu, gua dah mula malas nak pikir.
gua terkunci dalam gelap.

bila sampai rumah, dah mula rasa nak pengsan. - tapi tak jadik sebab ada masakan
kasih sayang daripada roomate gua. udang masak sambal campo petai. sungguh mengujakan.
sambil menikmati hidangan, rasmikan dvd player gua. layan cerita hindustan sampai habis sambil buat kerja opis.



dan bila di fikir-fikirkan balik,
gua rasa lagi ramai yang malang daripada gua.


hari ini,
bos gua ingat dia kelakar.
ok, langsung tidak. sebab gua malas nak layan. dan gua sangat penat dan mengantuk.
dia tukar topik pasal semua.


&

yang penting,
dia telah belikan gua kek. masih panas. dari kedai.

takpe kek, petang kang gua bantai lu lawankan dengan nescafe panas.

syok ohhh...


Wednesday, November 5, 2008

otak kamu?


ini perlu,

lagu tema, dugaannya by hujan. kalau tak tahu, google kan saja.

+
+
+
+
+

keadaan sepi. maksudnya switch off aircond. dan kamu semua perlu tahu. keadaan persekitaran saya sekarang memang tengah sunyi.
ada masa untuk tidur. makan. tidur. dan saya pilih option yang lain.
saya googlekan pencarian otak lelaki vs otak perempuan.

sekarang ni,
terlampau banyak 'benda' dalam kepala. tapi boleh jadi sampah kalau tak digunakan elok-elok. pasal hal hati, ketepikan dahulu.


"Melalui pelbagai artikel dan kajian yang telah saya dalami, terdapat tiga pekara besar yang membezakan antara lelaki dan perempuan.
Pertamanya adalah struktur fizikal atau biologinya,
kedua; organ pembiakannya.
Dan ketiga adalah cara berfikir atau cara ia menggunakan otak untuk berfikir dan bertindak balas.

Memang banyak pekara yang perlu disentuh tentang perbezaaan antara lelaki dan perempuan berdasarkan struktur otak kedua jantina ini. Jika para lelaki lebih kepada system analisisnya (lebih pada otak kiri), tetapi yang nyata, perempuan berat bertindak balas berdasarkan emosinya (lebih pada otak kanan dan lebih seimbang penggunaan kedua-dua belah otak). Ini kerana kadar keluasan sistem limbik (satu struktur di dalam otak) yang lebih pada perempuan berbanding lelaki. Sistem limbik ini juga adalah tempat di mana pengaturan emosi manusia berlaku.

Kerana itu , perempuan perlu didepani dan lebih sensitif pada emosi mereka. Maka tidak hairan perempuan mudah menangis, gembira, takut, cemas, ceria dan sebagainya sebahagian dari refleksi dari dalam diri mereka kerana tindakbalas neurotransmit yang berlaku di dalam otak mereka. Malah kemurungan juga lebih banyak berlaku pada perempuan kesan dari kecenderungan dan cara otak mereka bekerja yang lebih kepada emosi. Kerana itu juga para wanita menjadi ibu iaitu menjaga dan membesarkan anak-anak berbanding lelaki. Kesan dari pengaruh emosi yang kuat bagi perempuan."

(petikan dalam blog daripada en. amar mahmood).


kita ambil contoh di atas, fikir logik. ikut deria. itu penting.

1. lelaki sangat percayakan fakta. perempuan pula sangat pentingkan gosip.
2. lelaki fikirkan sesuatu perkara terus ke Z. perempuan pula mahu mulakan dengan A dan blablabla...

dua perbezaan yang saling berkaitan. tapi wujud networking. simbiosis. itu perlu.


(gambar ehsan)

kamu rasa, gambar lelaki di atas ni manis tak? dan saya rasa dia sangat sweet~

well... my dear frenz,
dia bukannya burhan. itu kamu perlu tahu. dan dia memang bukannya burhan saya.

Tuesday, November 4, 2008

tarik nafas panjang-panjang


***
sambil membuang masa memikirkan ayat-ayat rasmi untuk tujuan kerja adalah sangat memenatkan. lebih baik saya ambil masa untuk fikirkan sedikit kegembiraan. dan itulah personaliti saya.

kamu cemburu tak dengan saya?


***


petang ini saya mahu cerita pasal kartun. ya cartoon.

seperti puan jane, saya juga adalah peminat cerita siri yang berunsurkan kartun. kamu perlu tahu, saya merupakan peminat encik spongebob squarepants. spongebob mempunyai personaliti yang sangat baik. dan saya juga bukan peminat encik squidward yang tersangat sombong itu yer puan. saya tersangat suka sangat-sangat apabila encik spongebob itu di alihsuarakan kepada bahasa melayu. ia nampak lebih tipikal dan kelakar. ditambah pula dengan suara encik patrick yang sangat besar itu.

saya dapat merasakan suara saya dan encik spongebob mempunyai persamaan. tersangat nyaring dan tidak merdu. itu suara saya. ya, memang tidak enak di dengar. puan arfa, saya tahu kamu sedang menyanyikan lagu wonderpets sekarang ni, kan?

sejak kecil, saya merupakan peminat cerita-cerita kartun. di ulang sekali lagi. siri kartun. bukan AF ya kawan-kawan. dulu, ada satu kartun woodpecker. dan ada pokok ini.


(gambar sekadar hiasan)

di sebabkan saya sangat percayakan cerita kartun tersebut, saya telah meletak kepala paip pada batang pokok kaktus di atas. kamu percayalah, tiada air pun yang keluar dari kepala paip tersebut.

& owh... saya tahu, saya tersangat bodoh ketika itu. dan kebodohan saya kadang-kadang memang menyerang apabila saya menonton cerita kartun. dan saya mahu anggap ia patut di realitikan. nampak lebih berkesan. sehingga kini.
+
+
+
+
+

(saya mahu sambung buat kerja. ia lebih rare!)

raya dah lepas la bai...


kadang-kadang gua tak boleh pikir dengan rasional. maksudnya sekarang ni gua tengah sedih. tapi, takde la sangat. gua masih boleh handle diri lagi. cuma rasa je tak best.

&

kalau gua rasa tak best, gua mesti tengok gambo family gua. gambar raya tahun ni.
ada rasa best.




p/s : adik beradik gua memang ramai. ni baru satu emak satu abah. belum banyak ibu, banyak ayah lagi ni.

p/p/s : kalau nak menipu tu pun kadang-kadang kenalah hagak-hagak jugak. boring gak kalau asyik kena tipu manjang. rasa macam ada peluru hidup dalam kepala. tahu?

p/p/p/s : gua paling benci lelaki yang kuat menangis untuk perkara yang tidak perlu. contohnya, norman hakim. suxx!!!

p/p/p/p/s : untuk perempuan sahaja.

Monday, November 3, 2008

bukit merah lake town resort (suara ala-ala seprano)


rentetan daripada peristiwa ber'holiday' di bukit merah lake town resort minggu lepas bersempena Deepavali.


jumaat


pukul 6 sehingga dekat pukul 7 p.m : menapau apa yang patut dan bergaduh dengan seorang pemandu lori di sentul boulevard yang tidak mahu mengalihkan lorinya yang panjang sehinggakan adik gua terpaksa menelefon encit polis. cool, kan?


meng'candid flat number si penjenayah mungux


pukul 7 sehingga pukul 10.40 p.m : dari tol jalan duta merembat si mascara dengan penuh kemarahan menuju ke bukit merah dan akhirnya sampai dengan kelaparan yang amat.


pukul 2 lebih : tidur. takkan lagi mahu cerita mimpi ke?


sabtu

7.30 a.m : bangun dengan penatnya dengan pakaian semalam untuk makan. cuma basuh muka dan gosok gigi.


eh. ni adik gua yang nombor 4 dan 7.
pemandangan bukit merah, tak sehebat mana.


si wawa ini yang meng'candid gambar di bawah.
hebat, bukan?



muke sememeh gua adik beradik

pukul 10 a.m : mandi manda di water park yang tak best!
ok, gambo buruk. terpaksa di rahsiakan untuk tontotan umum.

yang lain, aktiviti bebas. gua buat apa-apa yang patut je pun. tak lebih dari itu.


ahad

pagi : tidur, bangun, makan. macam biasa.

balik ke bilik, gua duduk lepak-lepak tengok beruk-beruk dekat depan pintu hotel gua. at least, ada sumting yang menarik perhatian gua. kasik beruk-beruk tu makan kerepek.


makcik gua kata, beruk-beruk tu boleh jadi daya penarik tempat tu.

tengahari samapi esoknya : jalan-jalan ipoh melawat saudara mara. dan melepak di tanjung malim sehingga selasa pagi.

p/s : ada gambar gua dengan motor zaman dulu masih belum di upload lagi.
p/p/s : tak payah la pergi bukit merah lake town resort. indah khabar dari rupa je pun.

cerita 1 di bulan november


gua dah cuti 4 hari. campur 2 hari sabtu ahad, gua amik cuti sakit cuma 2 hari. kalau ikutkan hati gua masuk opis jugak, tapi di sebabkan musabab yang lain, gua cuma duduk di rumah qadakkan tidur mana yang patut dua hari yang dulu. macam rebah bangun hendakkan tidur. addicted.

dan kalau boleh minggu ini gua nak buat lagi. tapi tak boleh. kerja gua dah sampai penuh satu meja. kena juga ambil peduli, walaupun mula-mula ingat nak buat dunno. hendak senangkan kerja. tapi kerja kan mahu carik duit.

gua rasa, gua makin kelakar bila duduk kl ni. hati gua dah tak ada dekat sini. menerawang tempat lain. kalau boleh, tak mahu pikirkan hal kl. serabut.

kelmarin, bila gua masuk putrajaya. gua ada rasa sikit tenang. bukan sebab temankan mak abah pergi majlis kerja kawen sepupu emak yang dah berkawen 3 yang mahu kawenkan anak sulungnya. mungkin sebab sepanjang jalan nampak pokok. bangunan tak berapa banyak. kalau sesat pun boleh pusing u-turn lain carik jalan yang betul walaupun die bagi map macam tunggang langgang. tapi, nasib juga gua ada instinct pasal hal jalan-jalan ni. serupa gps. dan niat gua nak beli hp ada gps, kena pikir kendian.