Thursday, May 28, 2009

realiti sebuah kisah benar


i
ni kisah benar.

ada diantara kami dikalangan muda remaja juga telah bergambar dengan si cilik yang menjadi kebanggaan serta tanda kekuatan kaum-kaum adam yang telah di kenali dari awal zaman persekolahan menengah.


3 gambar berturutan di bawah merupakan anak perempuan kepada adib kamardin. dan gambar ke-4, adalah anak adam lambang kemegahan keturunan syeikh muhammad al attas.



di sini, telah menggunakan model-model yang tidak di bayar bagi tujuan amal jariah sebagai panduan bagi bakal-bakal ibu bapa yang lain.



GAMBAR FOTO:


1. ilya sedondon bersama si kecil.

cara dakapan : letak di sebelah sisi pinggang sebelah kiri dan letak lengan di atas punggung si kecil tersebut. kaedah selamat untuk budak-budak berusia setahun keatas.




2. soraya 2 dondon dengan si kecil.

cara dakapan : rapatkan ke dada bagi tujuan keselamatan bayi dan si pendukung bayi. kaedah ini susah mahu catch up bagi golongan lelaki.




3. fadli abas tiada langsung persamaan dengan si kecil.

cara dakapan : letakkan tangan, lengan dan rapatkan ke sisi kiri anda serta cari keselesaan punggung bayi di dakapan. teknik ini sangat sesuai untuk sesi fotografi.




4. muka pelik si kecil terang-terang terpapar pada gambar.

cara dakapan : peganglah bayi tersebut dengan gaya bebas untuk mencari keselesaan serta posisi bayi yang betul untuk tumbesaran bayi pada masa akan datang.





* sila pilih teknik-teknik dukungan budak selepas ini selepas di beri rujukan mengikut model-model zaman terkini.



apa macam, ada berani?

Tuesday, May 26, 2009

teknologi patut menimbang situasi persekitaran


alat perhubungan komunikasi bukanlah alat untuk berlagak pada zaman kini. sedikit sebanyak ia dapat membantu manusia-manusia yang memerlukan perhatian. dan ia juga merupakan teknologi mudah bawa selain berhubung melalui suara dan sedikit gambar muka jika talian 3G tidak mengganggu di sesuatu kawasan tersebut.



katakanlah,

bila datang suatu hari. apabila bangun tidur. melihat sisi kiri di kepala kamu dan bila kamu cuba buka telefon mudah alih sudah jadi gelap gelita.

apakah yang mahu kamu dapat lakukan?



p/s untuk kawan-kawan semua : sila sediakan tali dan tin susu kosong untuk berhubung dengan gua mulai hari ini.

Thursday, May 21, 2009

sekarang musim mengawan









p/s : cinta itu subjektif.

Friday, May 15, 2009

muka dia sangat garang

masa mula-mula mahu daftar untuk masuk kelas dulu, gua jadik orang hujung-hujung. yelah, tak ada kawan dari melaka. terpaksalah seposenkan muka. syukri, sara, epit, zue, semua tak ada hubungan tali persahabatan lagi.

dulu, kawan-kawan gua kata, gua ni eksyen. mula-mula, gua cuba carik kawan perempuan pun saiz-saiz gua. tak ramai pun,yang ada perempuan yang badan lebih kurang gua cuma seorang aje. dia punya kulit bersih, cantik, badan sedap-sedap gebu. dia senyum, gua senyum.
macam magnet, masing-masing saling berdekatan. bersalaman tanda perkenalan. rupa-rupanya jodoh gua dengan dia bukan sekelas. gua masuk kelas civil, anis, budak yang gua baru berkenalan dari dulu budak elektrik. sekolah teknik pun amik elektrik.

lepas gua amik gambar untuk kad matrik, gua tunggu anis dulu, jalan saing-saing pergi kelas. kelas elektrik sama civil satu tangga, sebelah-sebelah. kira gua boleh hendap-hendap kalau bosan-bosan nanti carik anis.
masa masuk kelas. gua dah berdebar. satu muka pun gua tak cam. gua rasa nak cabut lari masa tu. memang tak konfiden. gua amik satu kerusi, gua duduk paling belakang. gua diam tanda malu. masing-masing berhuha huha. gua aje yang berhuhu huhu dalam hati sorang-sorang.


tup tap, tup tap. kreeekkkk.... pintu separa cermin di buka. dah tersentap satu kelas. magik. semua dalam kelas duduk tempat masing-masing. seorang perempuan berbaju kurung masuk. muka lawa, cengih. muka memang dah tak dapat nak rasa manis. dia amik meja depan. tak
duduk-duduk. kemudian, dia bagi salam, dan gua satu kelas jawab. setelah selesai dia memperkenalkan diri,

rupa-rupanya, dia pensyarah kelas gua. nama dia cik manisah abu.
kami kena berdiri sorang-sorang pula perkenalkan diri. entah apa pasal, hati gua berdebar aje. nasib baik gua giliran paling last. dalam kepala otak dah reka nak cerita macam-macam, tapi last-last gua cuma cakap nama gua dan asal dari mana aje.

tak sampai seminggu dalam minggu orientasi, gua dah kenal ramai kawan. mulut semua memang mulut melaka. cuma yang kebanyakan perempuan aje yang jaga adab. yang sikit tu adalah geng-geng gua. masa tu, satu batch kenal gua. sebab gua paling banyak bersuara. pensyarah-pensyarah pun dah kenal juga.


entah macam mana, cik manisah abu ni gua memang tak berapa kenan. muka manjang masam. garang. susah nak senyum. cakap pun tak ada ritma. lurus. panjang. bosan. kalau gua dah bosan, tengah duduk pun gua boleh lelap mata. bila dengar suara dah memetir, gua memang sentap. nanti, gua kena jawab soalan yang dia tanya.


yang gua tak puas hati,
gua dah jadik trademark budak nakal. langsung cik manisah abu ni tak mahu back up gua. bukannya gua banyak buat salah pun. kadang-kadang gua tinggal kad matrik kat rumah. kadang-kadang gua malas pakai stoking. kadang-kadang gua masuk lewat dalam kelas. kadang-kadang gua pakai jeans masa amali. kadang-kadang gua buat bising dekat tangga bawah kelas gua. kadang-kadang gua ponteng kelas teori.

masuk semester ke-4, cik manisah abu punya riak wajah dah berubah. asal masuk kelas mesti senyum. baru gua nampak muka dia makin manis. makin berseri. dan tak berapa lama tu, dia kasik kad undangan ke majlis perkahwinan. akhirnya, dia jadi juga berkawen dengan seorang tentera. dengar-dengar pangkat besar juga.


lepas dia berkawen, dia mula buat baik dengan gua. selalu slow talk dengan gua. hingga sampai habis semester, semua subjek dia gua dapat skor. dan akhirnya dia mengaku juga dia bangga dengan gua.



untuk PUAN MANISAH ABU, terima kasih puan. semoga Tuhan sentiasa memberkati hidup anda.



p/s : untuk ucapan kepada cikgu-cikgu dan tenaga-tenaga pengajar di luar sana,
SELAMAT HARI GURU, cikgu Malaysia.

Tuesday, May 12, 2009

sekarang. aku sedang keseorangan, kesejukan dan kebosanan.


kalau tengok dalam gambar bawah ni,

aku up diri sendiri macam selebriti.



kau orang nampak tak muka excited aidid marcello?

Monday, May 11, 2009

lain kali, aku buka nurseri sendiri pula.


dekat rumah aku, kini punya 2 orang ibu. seorang ibu kepada 1 orang anak. dan seorang lagi ibu kepada 7 orang anak dan punya satu cucu.


semalam hari ibu.

hari jumaat aku ingat betul hari ibu. masuk hari ahad, aku sudah lupa. mungkin kerja-kerja di rumah menyiapkan itu dan ini untuk adik dan anak buah buat aku lupa semua. patutnya itu rutin mak aku. dia kata, dalam pantang semuanya kerja mak. tapi mak aku lupa nak bagitahu, hari ahad rutin dia pergi pasar borong di melaka. oleh itu, tak semena-mena tugas rumah automatik jadi milik aku. aku berkuasa selepas abah. aku bangun pagi pun tak semena-mena selepas 2 orang adik-adik bising-bising di bilik aku. aku marah dan langsung tak dapat sambung tidur.


lepas mak balik dari pasar, dia duduk-duduk sebelah aku. masa tu aku tengah tengok channel ceria.

mak terus tanya aku. kau tak sayang ke mak, long?
aku jawab, orang tak ada mood nak berkasih sayang pagi-pagi. (dekat rumah, aku memang bahasakan diri dengan perkataan 'orang', walaupun selalu kena perli orang-orang tu mana oleh pakcik makcik aku?
mak tanya lagi. betul kau tak ingat apa-apa? masa tu adik nombor 4 (ijat) datang terjah aku ajak bergaduh rebut nak pegang remote.
aku jawab lagi. betullah! ha mak, cekodok pakai air panas tu mak ada tengok dekat dapur. dah jadik rupa apa? macam lahanat. (sorry, dekat rumah pun aku memang suka mencarut-carut sebab kaum perempuan dah dominasi rumah tu.)
mak jawab, tapi dalam nada tak berpuas hati. bancuh betul? air panas dulu baru masuk air sejuk.
aku tak puas hati, dan muka dah makin berang. hah, tangan orang dah kayu. orang bancuh semua pakai air panas. alih-alih dah jadi lempeng goreng. tak laku! nasib baik ada bubur nasi!
mak tukar topik, malas nak pedulikan aku dengan masalah cekodok ala style mak. dia berterus terang. hari ini kan hari ibu. kau orang tak ingat ke?
aku jawab dengan adik nombor 4 (ijat). hah! lupa! mak nak apa? candle light dinner. suruh abah belanja. makan pergi 2 orang. balik tapau untuk kiteorang. tak pun kiteorang duduk meja lain-lain makan juga. boleh?
mak aku jawab, kepala hotak kau. (sorry, mak aku juga kuat maki-maki!). mak nak hadiah dari anak-anak.
aku jawablah, lain tak ada. mulalah nak ungkit-ungkit. kang 36 jarum jahitlah. susahlah nak beranak. masuk wad dari pagi, petang nak senjalah baru nak beranak. jaga susahlah. songsanglah. masuk buaian dalam tandaslah. prot.. pret.. prot.. pret..
mak diam. mungkin terguris. (sorry, aku berterus terang juga agaknya.)
aku cium mak. tanda minta maaf. (sorry, kalau nak cakap secara lisan berminta maaf aku buat masa pagi-pagi hari raya.) mak pun dah imun. aku sambung kata, aku janji petang nanti keluar beli bunga orkid. tanda hadiah kasih sayang untuk seorang ibu.
mak masuk dalam bilik adik aku yang masih dalam pantang dan keluar sambil tersenyum-senyum. dia cakap, kali ni kau kalah, aneem menang. aku dapat duit beli 2 pokok siap dengan tanah bakar 4 beg sekali.


aku tak puas hati. marah-marah dalam hati.


dan petang tu jugak aku ajak mak pergi nurseri carik pokok bunga orkid. sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang untuk seorang ibu.


Friday, May 8, 2009

kelahiran satu lagi tanda kasih sayang tak terhingga

aku sedang gila memblog.



jual diri! jual diri! jual diri!



semuanya, pasal bab bisnes dan persiapan untuk majlis perkahwinan. lagi dan lagi.

& sedang dalam proses memikirkan kelahiran blog dan tajuk blog yang baru.





kalau semuanya cerita dekat blog ini, dah tak samalah dengan tajuk lagi. kau orang pun boleh fed up nanti.


kawan-kawan,
kalau aku mahu letak, www.gila-gilajadipengantin.blogspot.com ok tak?


jangan nampak seperti kau memperbodohkan diri lagi


ini hal serius.


kalau nak cari pandangan pasal hal-hal hubungan, pilih yang berlawanan jantina. mereka tahu.

perempuan sama perempuan tak boleh minta pandangan daripada kaum sejenis. walaupun kau puas bagi semangat dan kekuatan, nanti tetap di tuduh menghancurkan hidup atau perampas bakal kekasih. kononnya.




entry ini, buat aku senyum mengumam.




pakcik luar otak kata :

"To all girls out there, especially yang single ones yang rasa sendiri tak cun, tak cantik, tak seksi, tak cute, tak adorable, tak mempunyai cutting mantap, tak itu, tak ini, aku nak share satu rahsia macam mana nak dapat bf.

Bagi hati jadi cantik."



tak payah susah-susah mahu pikir bukan-bukan lagi. kan?



perempuan. lain kali, cuba minta nasihat dari lelaki.



p/s : kau tak payah nak mention dalam hati nak kata aku hot. sebab aku sangat cool.

Wednesday, May 6, 2009

ammar fawwaz, si kecil 2.5kg



gua rase,
gua dah macam saspek diri gua sendiri dapat penyakit chikukunya. tarikh mc pun sama tarikh dengan kelahiran ammar fawwaz, anak buah sulung pertama gua.



apa macam,
ada iras-iras gua tak? dan yang penting tang hidung tu tak berapa macam gualah.


p/s : 17 mei ni ada kenduri aqiqah si ammar. mailah ramai-ramai turun alor gajah makan kambing masak manis.