Monday, May 11, 2009

lain kali, aku buka nurseri sendiri pula.


dekat rumah aku, kini punya 2 orang ibu. seorang ibu kepada 1 orang anak. dan seorang lagi ibu kepada 7 orang anak dan punya satu cucu.


semalam hari ibu.

hari jumaat aku ingat betul hari ibu. masuk hari ahad, aku sudah lupa. mungkin kerja-kerja di rumah menyiapkan itu dan ini untuk adik dan anak buah buat aku lupa semua. patutnya itu rutin mak aku. dia kata, dalam pantang semuanya kerja mak. tapi mak aku lupa nak bagitahu, hari ahad rutin dia pergi pasar borong di melaka. oleh itu, tak semena-mena tugas rumah automatik jadi milik aku. aku berkuasa selepas abah. aku bangun pagi pun tak semena-mena selepas 2 orang adik-adik bising-bising di bilik aku. aku marah dan langsung tak dapat sambung tidur.


lepas mak balik dari pasar, dia duduk-duduk sebelah aku. masa tu aku tengah tengok channel ceria.

mak terus tanya aku. kau tak sayang ke mak, long?
aku jawab, orang tak ada mood nak berkasih sayang pagi-pagi. (dekat rumah, aku memang bahasakan diri dengan perkataan 'orang', walaupun selalu kena perli orang-orang tu mana oleh pakcik makcik aku?
mak tanya lagi. betul kau tak ingat apa-apa? masa tu adik nombor 4 (ijat) datang terjah aku ajak bergaduh rebut nak pegang remote.
aku jawab lagi. betullah! ha mak, cekodok pakai air panas tu mak ada tengok dekat dapur. dah jadik rupa apa? macam lahanat. (sorry, dekat rumah pun aku memang suka mencarut-carut sebab kaum perempuan dah dominasi rumah tu.)
mak jawab, tapi dalam nada tak berpuas hati. bancuh betul? air panas dulu baru masuk air sejuk.
aku tak puas hati, dan muka dah makin berang. hah, tangan orang dah kayu. orang bancuh semua pakai air panas. alih-alih dah jadi lempeng goreng. tak laku! nasib baik ada bubur nasi!
mak tukar topik, malas nak pedulikan aku dengan masalah cekodok ala style mak. dia berterus terang. hari ini kan hari ibu. kau orang tak ingat ke?
aku jawab dengan adik nombor 4 (ijat). hah! lupa! mak nak apa? candle light dinner. suruh abah belanja. makan pergi 2 orang. balik tapau untuk kiteorang. tak pun kiteorang duduk meja lain-lain makan juga. boleh?
mak aku jawab, kepala hotak kau. (sorry, mak aku juga kuat maki-maki!). mak nak hadiah dari anak-anak.
aku jawablah, lain tak ada. mulalah nak ungkit-ungkit. kang 36 jarum jahitlah. susahlah nak beranak. masuk wad dari pagi, petang nak senjalah baru nak beranak. jaga susahlah. songsanglah. masuk buaian dalam tandaslah. prot.. pret.. prot.. pret..
mak diam. mungkin terguris. (sorry, aku berterus terang juga agaknya.)
aku cium mak. tanda minta maaf. (sorry, kalau nak cakap secara lisan berminta maaf aku buat masa pagi-pagi hari raya.) mak pun dah imun. aku sambung kata, aku janji petang nanti keluar beli bunga orkid. tanda hadiah kasih sayang untuk seorang ibu.
mak masuk dalam bilik adik aku yang masih dalam pantang dan keluar sambil tersenyum-senyum. dia cakap, kali ni kau kalah, aneem menang. aku dapat duit beli 2 pokok siap dengan tanah bakar 4 beg sekali.


aku tak puas hati. marah-marah dalam hati.


dan petang tu jugak aku ajak mak pergi nurseri carik pokok bunga orkid. sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang untuk seorang ibu.


2 comments:

rainz said...

ingat pegi nurseri cari budak..

faizbizandry said...

aku pun ingat nurseri budak..hahahaha..haaa..ajuk mak ko bebel..sok luse ko nk hadapi mende yg same gak...kekekeke

(aku pun lupe hari ibu..mak aku dtng tk sempat nk wish mmg tk pernah kasi present..ari jadi,ade kasi)