Friday, August 29, 2008

lumba-lumba


isnin nanti,
sudah masuk bulan pose. (hi readers... selamat berpuasa!)

dulu hingga kini,
gua selalu sangat dengar fatwa pasal bulan-bulan mulia ni.
bulan minta-minta maaf, bulan yang memenuhkan peti email gua.
bulan puasa, bulan ramadhan, maka akan segala syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah yang berkeliaran keliling kita ni di ikat, di gari dan di penjarakan.

nak carik amalan, nak carik lebih berkat, bulan tulah nanti.
sebab dekat gua nanti dah takde syaitan, takde jin, takde iblis lagi.

agak-agaknya,
gua boleh kurangkan dosa-dosa kering gua tak?
sebab gua pun dah konpius samada gua ni yang dah terlebih setan dari mereka, kot.


p/s : gua mahu tengok
death race minggu ni.

leng chai, leng lui, lu mahu ikut?

Thursday, August 28, 2008

sekutu si bangsa ini


selalu kalau gua rasa fed up,

gua macam nak tutup terus blog gua.

gua nak buat kerja tanpa sebarang hubungan alam cyber.
gua nak duduk dalam gua sorang-sorang layan heavy metal.







Wednesday, August 27, 2008

sold!


dari semalam,

dalam hati bukan main bangga. bukan main berbunga.
gua asyik dok menyengeh bukan main lebar sampai sakit geraham. macam dapat cinta baru.

tapi,
esok lain cerita.

ni pun dah rasa macam ada binatang tengah bertumbuk dalam perut nih.
macam nak muntah hijau pun ada.


serius.

Tuesday, August 26, 2008

alas kepala dengan alas badan


Gua macam hilang semangat. Tapi masih belum hilang pedoman. Dan gua bukan ustazah yang mengajar di tadika pun.


*****

Hendak di ikutkan, gua jenis yang pentingkan diri. Sejak gua masuk sekolah menengah, gua takkan tidur sebilik dengan adik-adik gua. lagipun, bilik gua kecik. Boleh masuk muat satu katil bujang, computer satu set dengan almari je. Tapi, gua tak kisah kalau adik-adik gua lepak bilik gua. Zaman dulu, ada computer, ada internet tu dah kira hebatlah. Lagipun, gua memang rabun pasal semua benda berteknologi ni. Adik-adik gua expertlah pasal benda-benda macam tu sampailah sekarang. Nak dikatakan, gua boleh dikatakan kuno. Fesyen, personality, bla..bla..bla..

Gua bawak perangai gua ni sampai la ni. Pentingkan diri sampai dewasa. Macam ada perkataan NO ENTRY dekat pintu luar bilik gua. Atau perkataan BILIK INI SEDANG DIBERSIHKAN dekat tombol pintu bilik tu. Rumah yang sekarang ni, gua duduk bilik atas. Bilik paling besar dalam rumah gua. kalau susun-susun sorang-sorang dalam bilik gua tu, boleh dapat dalam 20 orang jugak.

Masa adik gua kawen haritu, bilik tu dah jadi bilik pengantin. Set bilik tidur yang baru semua dekat bilik tu. Petua-petua orang tua, kalau dah jadi bilik pengantin, tak boleh tidur dalam bilik tu. Gua adik beradik malam tu takde tempat nak beradu. Rumah bawah semua dah macam lautan orang. Kalau adik gua paling kecik tu lompat kat tangga paling atas pun boleh selamat lagi. Masih boleh melantun dekat badan manusia-manusia tu.

Gua ada tilam ajaib. Tilam tu pun dah lama gua pakai. Sama baya dengan umur gua. tilam tu pun macam jadi NO ENTRY pada orang luar. Family gua je bioleh usik tilam tu. Dalam kepala otak gua, fikir biar adik beradik gua tidur satu tilam. Gua yang bentangkan. Sebab tangan si pengantin dah penuh inai. Yang menyibuk pakai inai pun tidur dengan gua. Borak-borak sebelum tidur, cerita kisah macam-macam. Flashback. Lama.

Bila lama borak, tekak jadi kering. Bila jadi kering, gua rasa haus. Bila jadi haus, gua mahu minum. Mahu cari air. Gua turun rumah bawah. Gua cari air dalam peti sejuk. Gua teguk. Hilang rasa haus. Tapi mata gua dah layu benor. Gua naik rumah atas balik. Gua fikir nak carik port tido gua. Rumah atas dah jadi gelap. Gua nak raba-raba umat-umat dekat atas tu pakai tapak kaki gua, walaupun suis lampu betul-betul side kiri gua. Gua dah jadi tak sedap hati. Gua tekan juga suis lampu tu. Gua tengok dah bersusun adik-adik gua atas tilam kesayangan gua. Cuma tinggal toto dekat hujung kaki salah sorang adik gua. bantal gua pun dia rembat.Gua tak fikir panjang, gua tarik bantal gua, gua bentang toto dekat hujung kaki adik-adik gua. Gua terus lelap.

Ni yang buat gua malas nak kongsi harta kesayangan gua dengan yang lain. Esok pagi gua rasa, baru gua boleh marah budak-budak tu sebab tak tinggalkan space untuk gua.

Sekarang, keluarga gua dah bertambah umat. Gua kena kurangkan kepentingan diri. Port gua pun dah berubah. Port gua dah bertukar depan tv dekat kampung gua. Gua dah tak kisah. Tapi, janji mesti ada tilam dan bantal kesayangan gua.


Friday, August 22, 2008

ekspedisi masuk belukar

Semangat Yang Hilang

Artist: XPDC

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam



Semangat Yang Hilang - XPDC


p/s : lagu paling show setiap kali berkaraoke. salah satu lagu favorite gua.




Wednesday, August 20, 2008

vampire vs clown

mari kita gelak ramai-ramai... kali ni gua bagi can!
















***** yok, jangan jeles. muka gua macam anuar zain tau... ngeh~

kompang di palu, pengantin berarak


Condition tuan punya blog tersangatlah tidak stabil. Letih, lemau, penat dan sewaktu dengannya. Rasa bisa-bisa sebadan.

Blog ini juga sudah mula bersawang. Oleh itu, mari kita mula bersihkannya.


*****

Lepas adik saya berkahwin, dia sudah punya suami. Mak abah saya sudah ada menantu lelaki. Dan bermaksud saya punya adik ipar. Adik-adik saya yang lain sudah ada abang ipar. Untung juga ada lelaki dewasa dalam rumah mak abah saya. Masa untuk membuli sudah tiba. Harap-harap, lepas ni saya tak payah nak tukar mentol, lap kipas, panjat tangga tinggi lagi.


Bercerita mengenai kejadian majlis perkahwinan kelmarin, adalah sesuatu yang perlu saya banggakan. Selaku pengurus majlis, hari keraian yang dinantikan penuh debaran penuh dengan kemeriahan dan keseronokkan yang tidak berbelah bagi.

Terus terang.

Saya syahdu juga saat adik mula di nikahkan. Mungkin sebak. Adik sedarah sedaging kita kini jadi milik orang. Bukan saya saja yang menangis, bahkan adik-adik yang duduk bersebelahan antara kami teresak-esak dibuatnya. Pilu juga waktu itu. Makcik-makcik, pakcik-pakcik juga ada yang bergenang air mata. Tengok darah daging kita yang lain-lain juga makin bertambah sebak. Belum pengantin yang mengalir air mata saat abah saya menandatangan penyerahan wali kepada kadi, mahu drama juga kami anak beranak. Semua sudah merah-merah mata. Memang syahdu habis.

Suasana luar rumah, serta merta mendung, hujan lebat diringi guruh. Mungkin hujan rahmat. Mula-mula, memang tak keruan betul waktu tu. Hilang arah sekejap. Kelam kabut jangan cakap. Cari ikhtiar dalam waktu yang singkat. Fuhhh… nasib baik hujan berhenti, rupanya belum tebar baju pengantin atas bumbung. Petua orang zaman dulu main langgar. Pengajaran 1. sebelum majlis, sila tebar baju pengantin atas bumbung rumah.


Seperti yang di harapkan, majlis selepas itu penuh kemeriahan, penuh hilai tawa, penuh jejak kasih. Seronok. Tapi, hari tu saya langsung tak bergambar atas pelamin. Rugi juga rasanya. Rasa tak glemer langsung. Sibuk dengan tetamu lebih penting. Jauh-jauh datang tak dimuakan lagi nampak tak manis bagi tuan rumah.


Ok. ok. Saya adik beradik memang suka cari glemer. Kami mula cari glemer di majlis bertandang. Kali ni, kami pula jadi tetamu. Mestilah rasa excited. Kalau tak rasa excited rugi. Sebab semalamnya asing-masing sudah berhempas pulas menjayakan majlis. Masa ni la, saya sempat bergambar. Tapi, maaflah saya tidak ada kamera. Harap kamera luar sajalah. Protocol mahu juga kena jaga. Kan?


p/s : Lain hari baru saya upload gambar sebab tiada dalam simpanan. :D

Wednesday, August 13, 2008

gua bagi jawapan yang tak peningkan kepala


gua selalu tanya abah gua.


''apsal nama orang pendek je. ain jek. adik-adik semua panjang-panjang. berderet-deret pulak tu.
(dalam nada jeles.)''

''anak sulung, memang nama pendek. sedap la tu. nur ain. ain. cahaya mata.'' kata abah gua.

''nama along dulu, abah ikut nama mak cik ain kau, tapi nama betul dia mewah. yang duduk kota tinggi tu, belah abah kau dekat bukit pasir tu.'' tambah mak gua.


masa gua pergi jb haritu, gua jumpa dengan 3 saudara mara gua yang kait mengait nama dengan gua. kira cam keturunan namalah.

satu makcik gua, mak ain a.k.a mewah.
dua gualah, ain .
ketiga adik saudara belah nenek saudara gua, nama dia nurul ain, tapi disebabkan gua tua dari dia, orang-orang panggil dia buyul.
nama ain, gua jela boleh pakai, sebab gua otai dalam golongan saudara mara sepupu sepapat gua.
masa majlis saudara haritu, baru ramai-ramai sibuk bagitau, nama gua dapat ni supaya dapat contoh mak cik gua tu. baik hati. rajin. ringan tulang. mulut kata yang sopan-sopan je. kira macam perfect la.

dari saat tu, gua memang salute abis kat mak ain gua.

tapi gua pelik, kenapa pakcik said gua ni letak nama gua pula jadi contoh untuk nama si buyul tu.

rupa-rupanya, makcik pakcik gua dah jadikan gua idola masa zaman gua kecik-kecik lagi. kira gua ni memang hebatlah dari waktu kanak-kanak lagi. kan?

tapi, gua memang bangga nama gua ain. sebab gua boleh jadik ain, gua boleh di panggil n, ein, yin. masa zaman kursus dulu, ada motivator ni panggil gua nama nura. macam-macam sudah nama gua. macam jadi produk jamu pun ada.


p/s : pagi tadi bukan gua yang buat panggilan dekat hotfm. gua takda boifren nama hakimi. :))

*** esok gua akan mula bercuti, sabtu nanti, jemput lah datang umah gua yer.


Tuesday, August 12, 2008

sup sap sup sap sambil pakai jaket hujan



hari tu,

tiket gua nak balik dari kampung ke kl langsung habis. gua cari mana-mana kaunter semua sold out. benda ni semua buat hati gua bikin panas. selalu kalau gua beli last minute pun, tetap ada.

sebelum hari gua nak balik tu, abang sepupu-sepupu gua dah buka mulut ajak konvoi sama-sama. gua senyapkan saja. gua bikin diam. sebab gua memang mengantuk habis sebab bantai jamming sama-sama dengan dieorang dekat luar rumah gua sampai pukul 4 pagi. lalok habis gua pagi tu, mana larat nak pikir lain.

pagi-pagi gua dah sms sama gua punya best frenz, si epit. gua tanya la, balik naik apa. lu semua tahu jelah orang lelaki bangun mesti tengahri punya. huh! dalam hati gua, mesti menyumpah-nyumpah punya. last-last, member gua kata nanti balik saing dieorang satu van dengan budak-budak bola melaka. gua terkejut la, sebab gua tak bawak make up kit gua. lagi sekali gua sumpah-sumpah si epit ni.

dah petang, sepupu-sepupu gua datang rumah. dah siap sedia nak pulang ke kotaraya. gua belum siap apa-apa pun. dalam 5 minit, gua siap, gua dah tenggek belakang motor salah sorang sepupu gua. lagipun, motor tu paling baru. gua pakai juga jaket hujan sebab gua tak ada jaket lain lagi.
kali tu gua balik ala maria mariana ramai-ramai dengan dieorang.

nasib baik gua decide macam tu.

sekali masa gua tengok highway, bukan main jammed lagi.
tapi naik motor bonceng belakang memang macam buat action habis, nak kena jaga lutut jangan sampai boleh lari alignment tu. sup sap sup sap kat lane no 3.

masa tu, puas juga gua ingat ada benda tak siap dalam kepala otak gua. puas gua pikir sampai gua pegang helmet buruk gua jangan bagi terbang. gua buat aksi thriller di petang tu juga. gua ambil beg belakang yang gua sandang, gua buka beg, gua tengok dah berapa banyak missed call dari member gua. kata dia dah nak sampai umah gua, amik gua saing-saing balik. gua mesej, gua cakap gua dah sampai seremban.

tak pasal-pasal petang-petang yang sedikit mendung tu gua kena maki terang-terang dari member gua tu. last-last, gua nak matikan air, gua suruh kirim salam daun selasih je la pada budak-budak bola tu. gua cakap, gua tak bawak make up balik kampung time tu. heh~


nota tapak kaki : kepala asyik terhuyung hayang ke sana dan ke sini sekitar perimeter kehidupan.


Monday, August 11, 2008

bila king bertemu queen = dapat baby



gua tahu mak abah memang concern dekat gua,
sebab :


1. abah kata gua, cakap cara gua berseronok malam sabtu hari tu macam orang zaman-zaman dulu.

2. mak membebel panjang bila gua tipu gua tak dapat cuti untuk majlis adik gua nanti.


kesimpulannya,

gua = anak emas




p/s : kalau orang tanya, movie apa kalau gua nak tengok banyak kali.

gua akan kata : 21 la beb! i luv watak choi dan ben!


Friday, August 8, 2008

tak harap orang paham pasal semua ini



Aku tahu,
aku makhluk tuhan yang sememangnya irritating, degil juga keras kepala.

Tapi, kadang-kadang aku pikirkan balik setiap apa yang pernah melanda kehidupan aku sehingga saat ini.


Seriously,
keras kepala tak dapat bawa pergi mana pun. Ego pun ada sampai satu tahap optimum. Dendam kadang-kadang buat hati kita jadi sakit yang terlampau.
Once,
aku perlu letak dalam recycle bin apa yang tak patut dalam diri. Dan kadang perlu untuk di restore untuk memori nanti.


Aku dah terlampau tengok drama kehidupan.
Diri sendiri, persekitaran serta yang tak pernah sama sekali terlibat dengan kehidupan aku.
Ada yang buat aku serik. Buat aku takut. Buat aku hilang keberanian. Buat aku boleh hilang arah. Buat aku hilang perspektif.


Nasib aku punya tuhan, punya kepercayaan kepada yang rukun islam yang 5, rukun iman yang 6, aku punya keluarga yang memahami sifat-sifat mahmudah, mazmudah dalam diri aku dan kawan-kawan yang sedikit sebanyak jadi penilai kepada watak seorang aku dalam diari kehidupan masing-masing.


Pengalaman yang buat aku belajar bagaimana aku perlu untuk berdiri tanpa bantuan orang lain even parent aku pun tak involve untuk diri aku.

Kamu pernah rasa bila kamu eksiden berlanggar polis sevan pada pukul 1 pagi tanpa minta bantuan siapa-siapa melainkan kamu cuma punya diri kamu sendiri. Kamu pernah rasa eksiden dengan pakcik yang mahu mengerjakan solat berjemaah di masjid berhampiran rumahnya sambil membonceng 2 anak-anaknya yang sampai luka di tangan di kaki. Berhadap dengan orang kampung yang mahu menyerangku tatkala azan maghrib berkumandang. Semua aku hadap sendiri. Tanpa orang lain. Menunggang motor dalam keadaan hujan lebat sehingga tercampak di belakang trailer dan bila kamu buka mata, terpacul kereta berhenti 3 kaki dari tempat kamu jatuh. Nasib aku punya jasad yang masih be'roh' untuk menulis pengalaman waktu lalu dulu.


Mungkin aku jenis yang terlampau berdikari. Tak perlukan orang lain untuk manage diri aku. Mungkin sebenarnya aku pentingkan diri. Untuk kamu lihat aku punya kekuatan luar biasa untuk hadapi semuanya sendiri.
Awal-awal lagi sifat tu memang tertanam penuh serta di bajai pula oleh orang tua aku sendiri.


BONUS : Ni semua sebab pusar dekat kepala. Ada 2 pusar. Satu kat atas kepala, satu lagi dekat rerambut tengkuk belah kiri, orang tua-tua kata tu punca aku akan jadi semakin degil.


So, bagaimana aku mahu ubah semua yang berlaku dalam diri aku?

(sila baca lagi sekali dengan nada yang amat tenang.)

Thursday, August 7, 2008

tatkala jubah di sarung, tanda shut up you!


(gara-gara tak sebz yang di sangka bila gua memang ms. octopus)

*****

Jeng jeng jeng…. Kali ini…

Gua nak cerita pasal salah seorang ahli rainbow gua. Kali ni gua nak perkenalkan Jane dengan lebih terperinci.

(Sila rujuk gambar diatas).

Nama sebenar, Afzan Abd Kahar. Lu semua boleh google nama sahabat gua ni. Mesti jumpa dalam senarai peguam cara, pendakwaraya negara.


Mula-mula gua kenal minah ni pun, masa gua sekelas dengan dia. Umur 13 tahun. Nak di buat perbandingan, dari segi fizikal, mentality, bagai langit dengan bumi gua dengan dia. Nak di ikutkan gua dengan minah ni pun tak berapa rapat dulu.
Sejak sekolah, gua dengan dia selalu gaduh mulut juga. Gua jenis main-main, dia jenis serius. Dulu, boleh dikatakan minah ni memang anti dengan gua. Cara dia belajar gua memang respek habis. Kalau dalam kelas pun, minah ni duduk area depan-depan. Gua memang cop duduk area belakang je pun.


Jane duduk smkas tak lama, form 4 dia dah pergi mrsm. Satu sekolah dengan Helmi Sihat. Ada gak budak smkas yang teman dia kat sana. Gua lost contact sampai dia habis belajar dekat uia.


Tapi, masa berjaya mengubah perpektif gua pada minah ni. Perpektif minah ni pada gua, gua tak tahu pula. Boleh dikatakan, gua rapat dengan minah ni sejak gua berpindah ke kuala lumpur. Selain daripada budak rumah gua, gua memang takde kawan perempuan lain kat sini.


Mula-mula gua jumpa budak-budak smkas, gua jumpa Jane dulu. Kemudian baru yang lain-lain. Kira dia ni macam network gua la. Lama-kelamaan, gua, jane, sue, arfa, ilya, pais jadi semakin rapat. Mana kitaorang lepak, mesti berenam. Kemudian baru ada si zen pula. Ujie datang kl sekali sekala je pun. Kira aktiviti bersama-sama la tu. Persamaan kitaorang mula-mula semua status single. Tapi jane memang dah tak available la,
tapi, gua saja juga nak letak dia status single but not available. Sebab marka minah ni dekat Ukraine.


Satu gua suka pasal minah ni sebab gua dengan dia macam magnet. Bila gua cas positif, dia jadi cas negative. Bila gua jadi cas negative, dia jadi positif. Dia tahu kelemahan gua, kekuatan gua. Dia suka bagi gua pikir apa yang gua boleh buat, apa yang gua tak boleh buat. Kira dia suka bagi gua option la. Minah ni golongan sinis, suka berterus terang teramat-amat. Macam Sinyu. Walau macam mana pun kitaorang tetap boleh bersengkongkol. Dah nama pun kawan, kan?


Lagi satu, gua tak tahu minah ni dapat gen siapa. Suka sangat bagi nama benda-benda ciptaan manusia. Kira otak dia kreatif la. Hp ke, kereta ke, patung ke, habis semua benda dia nak bagi nama.
Baru-baru ni dia bagitahu sama rainbows, dia dapat kerja government. Posting pergi mana belum di tentukan lagi. Tapi, gua harap dia menetap je dekat KL ni. Ada gak teman si sue kat rumah besar tu nanti.

Jane, walau macam bagaimana pun rupa ko nanti, kami tetap sayang ko!


p/s : Dah kaya raya, jangan lupa kawan ko ni tau!


insiden atau eksiden?


i nak bagi tahu sedikit rahsia i untuk bergembira.


cuba u try selitkan komedi dalam diri.
pasti u rasa diri u kelakar sangat. owh, atau berkemungkinan sedikit spastik.


*****

macam i 'ter'buat last night.
i baru nak lepak luar lagi, then ada cicak masuk dalam tracksuit i.


kalau u all, buat apa?


i cuma ketawa sambil tangkap cicak sampai putus ekor tau!

dah la, hidup i memang nampak spastik pun. mana ada orang tangkap cicak dalam tracksuit sendiri. tak payah lastik-lastik lagi. yang penting, i dah dapat reward tangkap cicak. u all pula?

Wednesday, August 6, 2008

mana ada main surat-surat lagi zaman sekarang


kisahnya....

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur .

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam.

Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...

Dear Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are
really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie
me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct,
because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..

Tijah


lu semua bayangkan kalau gua berchinta dengan lelaki bukan bangsa gua.
pasti perkara macam ni terjadi atas diri gua.


boleh terima tak alasan gua yang tak seberapa konkrit ni?


Tuesday, August 5, 2008

thanks for everything


terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi mengambil berat secara lisan, perbuatan atau secara telepati tentang diri aku kebelakangan ini.


kepada silent readers, terima kasih juga untuk kunjungan-kunjungan anda ke blog ini walaupun cerita-cerita ini hanya bersandarkan kepada harian kehidupan seorang ain yang meng'horton'kan dirinya sendiri.


dude,

terima kasih banyak-banyak. :D



Monday, August 4, 2008

esok mungkin ada untuk ganti hari ini


gua baru rasa penat. penat sangat. penat gila. gua gila-gila sibuk sekarang ni. sibuk kerja, itu biasa. sibuk dengan persiapan dekat kampung, itu yang buat rasa gua macam nak rebah.


nasib baik kelebihan gua, multi skill. macam ms. octopus. satu masa, macam-macam kerja boleh buat. tapi, tangan gua ada 2 saja. kalau gua ada 6 tangan, gua pasti dah masuk guinness book of record edisi malaysia punya.

*****

mak gua buka mulut nak buat kuih koci. gua dah mula senyum simpul. malam ahad tu, mak gua dah masak inti untuk di kuih kocikan nanti.

esoknya, bila gua bangun, gua tuju dapur dulu. gua buka tudung saji. gua tengok inti kelapa tu. gua senyum.

kemudian,
masa gua bau dulu inti tu, gua dah rasa nak meleleh air mata, gua dah nak start merajuk. mak gua dah betul-betul lupa gua. sudahla kenduri hari tu pun lupa gua juga.

tragedi bubur kacang merah pun jadik macam kuih koci ni. gua rasa nak suruh mak gua buat resepi baru. letak isi rambutan dalam juadah pencuci mulut nanti. mak gua kata, nanti dia buat lain. dia janji. tapi, gua malas nak ambil peduli. gua betul-betul kalut.


gua tengah berperang dengan diri gua kali ni. betul-betul perang punya. gua rasa macam nak angkat bendera putih pun ada.


Friday, August 1, 2008

pengumuman !!!!!!!!!!




dengan ini,

gua mahu buat pengumuman dengan menggunakan kad di bawah.

adik gua, nur aneem binti fadzal akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hatinya asral falah bin ahmad asnawi pada 16 ogos 2008.




( klik lagi untuk paparan lebih jelas )



jemput datang ke rumah gua nanti pada tarikh tersebut. gua mesti terjonggol sebelah mak abah gua nanti.
segala makan minum akan ditanggung free oleh gua. duit minyak, tol semua sendiri la. :P