Tuesday, January 29, 2008

BOND 007

x silap aku, mase form 3 penah kuor paper pasal gadis2 BOND 007.

mase tu, kelas2 kat smkas lom bergabung putera puteri. dan bdk2 putera nye yang akan jakun bile bertembung ngan budak2 puteri.. sorry guys.. tapi, korang mmg jakun jumpe budak2 puteri dan akan bertukar menjadik kera lebih2 lagi geng2 cun2 bertembung dengan korang (geng2 jaja). dan seboleh2 nye korang mmg nak bertembung ngan bdk2 puteri, walaupun di tempat taman projek lanskap sekolah- kemahiran hidup pilihan III - pertanian, projek buat lanskap dalam bekas plastik 4 segi.

biasenye satu paper itu akan di kongsi dengan seramai yang boleh untuk mengupdated cerite2/berita2 terkini. duduk hostel bese la macam kna kurung kan. semue tak boleh. kalo boleh suruh sekolah je.. senang betul cikgu2 a.k.a ustaz ustazah zaman kiteorg sekolah dulu. nak di katekan, batch kiteorg la buat revolusi tak mengalimkan sangat diri2 kami ni. xnak ikut rules sangat.. yang ikut peraturan sekolah pun brape kerat jek.. tu budak2 'baik' sekolah la. pelajar2 harapan sekolah. dan aku sure tersasar jauh dari kelompok dalam ramai2 orang tersebut.

satu ari, ade satu pages yang beso skali pasal gadis2 BOND 007. dan kami berebut2 memilih karakter gadis2 bond masing2. for sure, aku yang asyik mengalah ngan member2 aku, walaupun bdk2 ni kate aku kaki buli. benci betul! last2 ade satu watak yang tak terpilih.

minah tu name AKIKO WAKABAYASHI - AKI. criter die YOU ONLY LIVE TWICE. bond die SEAN CONNERY.

bond girls ni tercipta sebab kiteorg suke nak menyiasat ape yang berlaku di balik tabir pade sesebuah gosip hangat di sekolah. kami menubuhkan persatuan yang tak perlu membayar yuran bulanan/tahunan yang pade mase tu sangat perit nak bayor yuran persatuan2 di sekolah. padehal nanti hujung tahun sibuk nak buat jamuan je kijenye..

dan ade satu hari kami menjalankan kerja2 menyiasat selepas waktu prep malam, dan kami tertangkap oleh pengawas yang menyorok di bawah meja kelas sebelah kami. penat buat perangkap tak jadik. bengal betul. gase nak sesah2 jek pengawas 2 ekor tu.

keesokkannye, dek 2 ekor yang mereport bende ni pade ustaz/ustazah kami, name kami naik la. mase tu ceramah bersepah2 konon2 nye nak menasihatkan kami yang konon2 nye kami ni tersangat nakal. kna ceramah ngan cikgu kaunseling, cikgu disiplin, warden yang dah lame attack kami- si jurimah, pengawas2 pun tidak ketinggalan menyekolahkan kami si putri2 ni.

tapi, kami dengan diri kami jugak. dieorg saje buat havoc. kecoh.

argh.. berjela pulak, dan dengan ini, aku mengetag kwn2 aku yang bersekolah di SMKAS seperti jane, sue, ujie, ilya, pais, wiwin, c'an dan sewaktu dengannye untuk menceritakan watak masing2 dlm BOND 007 dan memori yang berkaitan dengan nye.. :D

Monday, January 28, 2008

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM


HIJRAH

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


SAFAR

Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIULAWAL

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


SYA'ABAN

Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan ka wan -ka wan . Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


RAMADHAN

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


SYAWAL

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


ZULKAEDAH

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


ZULHIJJAH

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.


p/s : selalu tengok zodiak je kan.. kali ni aku try paste dari email aku. nilai2 kan tengok perwatakan ni same ngan korg atau tak? aku mcm same la kot.. hehehe..

rupenye salah satu sbb aku suke tengok bulan, sebab aku lahir time bulan penuh rupenye.. kuikui..

Thursday, January 24, 2008

biar bulan bicara ~

malam thaipusam

aku bersama housemate aku, lala & mai piki tak tau nak buat ape mlm tu memandangkan aku bercuti ( ye la, 1 muharam aritu kan aku kije).. so, kiteorg decide makan kat luor, regular customer
'kedai abang' bg kwn2 ku berdua ni.

menu pun masing2 lebih kurang same, nasi goreng kampung, nasi goreng cina, nasi goreng cili padi then semue taruk telur mata kebau sorang satu + sup kosong + sambal belacan. lpas makan, kat dato senu ade pasar malam - tapi di kenali dengan pasar malam indonesian. kiteorg mmg jarang gi sane. nanti gase mcm kat indonesia. kuikuikui.. jalan2 tanpa sempadan. masuk sane, pusing sini, same je
jualnye.. boring betul.. lagi pun kiteorg bukan kaki pasar malam..

piki punye piki, ingat nak g karaoke, tapi mcm lewat sangat, so pegi la titiwangsa je. jalan punye jalan, si mai teringin nak makan ais krim yang beli 3 free 1. so kena la beli dengan iklan yang mengatakan satu ais krim beharga rm1 sahaja dengan perisa choc mint, raspberry n cendol, yg free amik choc chip. so, kiteorg bayor la rm3. mase tu lala dah ckp kat aku (murah betul ais krim ni), siap aku jawab (kuor kedai kang baru kite ckp, kang die naikkan harge plak). tapi, tibe2 terdengor bdk pompuan tu sebut 11.70. kat papan tanda rupenye ckp rm1 tu utk student then 3.90 satu paling kecik kat papan tanda tu.

jane, aku nak pakai khidmat ko untuk saman kedai tu, boleh?


pengajaran kiteorg mlm tu, kalo harge kat kl ni murah bebenor, better tanye seblom beli..

jalan2 carik port tepi tasik tengok air sambil tgk gondola beserta air pancut sebelahnye di temankan dengan bulan penuh. nice view.. tak dpt di luahkan dengan kata2... lagu boery kan ade - biar bulan bicara.

satu jek aku tak dpt buat kat situ, baring2 tengok bulan, lagi pun. umat punya la ramai. yang dating lain, yg bwk family lain, kang org kate aku buang tebiat plak.. so, baik jangan..

*****

siang thaipusam

aku tak sempat nak tgk ape2 event pun kat dlm tv, cuti la katekan.. amik mase utk
berehat..

belah petang, dek idea lala kiteorg menuju ke sungei wang. sejak kije kl ni, kire 2nd time masuk, first time tu pun lalu situ je tu pun nak g low yat plaza. pusing punye pusing punye pusing sampai sesat barat kat negeri china, bayangkan la nak carik kbox dari 3.40 sampai dkat pkul 5 baru jumpe floor yang betul..

nasib mmg baik, aku la, trus jumpe kbox yang kosong je. 30 hinggit dek pecah token. so, mesti la kna pilih 30 lagu. kan? bayangkan la kalo aku bawak semue lagu, suare aku mcm mane? dari tribute jadik ratu rock, jadik mat rock, minah dangdut, g balada, cume takde irama malaysia je.. hahaha..

ha, muzik jalanan.. pade aku bdk2 ni pelik2.. tapi aku temankan je la kawan2 aku tu.. muzik tu boleh layan, cume takde sape nak ketengahkan.. bayangkan kalo artis2 kite menggunakan khidmat muzik jalanan.. pendekatan pun dah berbeza. aku dpt snap gambo je, nak interview org2 kat situ, segan la pulak..







i'm susan ok!!

sorry geng.. aku ngan ilya same spesis la pulak.. aku ingat aku bree.. ni pun baru lepas amik kuiz.karakter aku same ngan watak susan. ye ke? x la..

nak di katekan, aku tak addicted langsung criter ni.. pelik2 karakter pelakon masing2.. tapi orang melayu skang pun dah mcm ni jugak.. kan?

dlm byk2 watak, aku suke si susan ni.. tapi mule2 nak kawen tu, die pun ade krisis dengan diri die sendiri.. macam takde pendirian minah ni.. last2 die pergi dekat 'chinta' die gak dlm hutan. kesian..

yang best nye die kawen mcm dlm dunia khayalan..
dalam hutan, tapi tersangat cantik.. romantik yang tidak di buat atau di paksa2..

jane, sue.. aku dah completed kan aku nye task.. :)

Friday, January 18, 2008

definasiku tetap sama dengan kelajuan

afzan a.k.a jane kate aku =

Sesiapa yang pernah kena tepukan maut Ain pasti serik untuk menghampirinya. Tapi sekarang saya akan rasa sunyi jika Ain tiada di YM. She’s not really the man. In fact, she’s emotionally fragile. So please handle with care.

wiwin a.k.a fikri kacak ke? kate aku =

shoemaker_handal : kau pompuan eh?
shoemaker_handal : tak perasan plak aku
ainafer : siot jek
ainafer : apsal plak ko tak perasan
ainafer : benci
shoemaker_handal : ntah
shoemaker_handal : mmg tak perasan
shoemaker_handal : kau tak caya?
ainafer : sbb?
shoemaker_handal : aku ingatkan kau lelaki
ainafer : benci la
ainafer : sbb fizikal ke perangai ke?
shoemaker_handal : bukan ke?
shoemaker_handal : kombinasi kedua-duanya
ainafer : ele
ainafer : kang aku mcm pompuan btul2
ainafer : abis cair korg
shoemaker_handal : try la
shoemaker_handal : aku nak tgk gak
shoemaker_handal : dah jemu dengan ain yang sekarang
ainafer : tak yah la
ainafer : siot jek
ainafer : kalo jemu
shoemaker_handal : tahun baru kan?
shoemaker_handal : penampilan baru la beb
ainafer : malas la nak join gathering lagi
ainafer : ala
shoemaker_handal : ada beran?
ainafer : teruk sgt ke penampilan aku?
shoemaker_handal : tak beran ke?
ainafer : aku tanye org gak
shoemaker_handal : tak macho la lu kalau tak beran!

soraya a.k.a sue kate =

Ain : A figure you can't forget. Meet her regularly now...

arfa a.k. a apox kate =

millenniumleo: cume kene ubah style jd pmpuan sket. xder masalah

*****

sebenonye, aku tak tau aku nak definasikan aku ni jenis mcm mane org nye..
lebih2 lagi perspektif dari member2 aku ni. sorang cakap aku macam ni, sorang kate aku macam tu..
yang aku tau, dari kecik samapai beso, aku tak pnah berubah kot. tu mak aku cakap la.. kite mane pnah tau diri kite sendiri macam mane. kan?

cume skang, sedikit sebanyak cerita banyak aku 'compress zip'kan untuk diri aku.. ;p.

Tuesday, January 15, 2008

family day



semlm, pukul 9 lebih aku dah masuk tido.. letih gile baban.. lalala, kerja dari pagi sampai petang. makan pun lupe. patut dah semcm jek aku. balik umah tibai megi, mandi, tgk tv trus zzzzz.. jek. harhar.. dkat pkul 12 staf aku dtg bagi barang, dah mcm org lalok pun ye aku ni. bangun bukak kunci umah turun dari flat amik barang dengor ntah hape die ckp, trus naik bumm balik atas tilam..

pagi2 bangun baru terkial2 call balik ape die ckpkan.. wahaha.. buat lawak sumbing aku sesorang.

*****
sabtu

1310 - check in apartment. makan2, tuko baju2, borak2 ngan family
1450 - kat padang volleyball
1500 - team B vs D ( grup aku), A vs C, final = D vs A (champion). no. 2 ok la kan? hahah.. lagi pun grup A tu ade player main state nye..
1730 - terjun kolam.. sambung main bola tampar dlm pool plak.. harhar..
2000 - ade majlis + makan2

ahad

0030 - tgk movie, what girl's want kat tv3. bikin sedih pagi2
0240 - sangap daa..
0900 - terjun bebas.. hakhakahak.. korang jeles tak?
1230 - check out, drive balik kampung, singgah rembau - sg. timun, kononnye ade udang galah. tapi bengkeng aku di buatnye. telur ngan ayam pun takde.. hampeh!! kalo korang nak g sane, pikir la elok2. name jek kobar2..kuor tv la ape la.. menci..
1820 - member dtg bwk baby die. hehe.. putih giler.. aku kna paksa dukung baby tu.. huwaaa..
2030 - x larat nak tgk tv lagi, tangan lenguh, bahu lenguh, senang criter, dah penat la.. aku mau tido.. sbb sok pagi2 aku nak balik kl balik.. ;p

Monday, January 14, 2008

tagged - panjang bangat..

I

This linky love trail rules:-
When you got tagged, you have to add your name to people who had done the tag and and let the list grow!

Those Who Dunnit

Limadang.com
RamblingMoo.com
blogginginmypyjamas
StylewithPassion
Chinneeq
Dora-zooropazoo
Babyshern
Farah (me)
Bani gundu

Frankensteina
Diyanazman
Najmy <3<3<3..haha
AyaqMasakOMGWTFBBQSAUCE
hana ni mo nai

LindoshSlebet
cepotet
Ummi
Soraya
Ilya
Wiwin
Pais

Jojane

Ain Fadzal




II

First name: Nur Ain
Nickname: Ain, Along, Ayong, Ein, Ayin, Nafer, Ainafer
Name you wish you had:
What do people normally mistake your name as: Norain. x suke..
Birthday: 30th March 1983
Birthplace: Hospital Daerah Segamat
Time of Birth: 1830.. remang2 senja.
Parents together or divorced: Together
Get along with them: Mesti la..
Single or taken: Single kot..
Zodiac: Aries


Your appearance
How tall are you: 1.7m kot! Last ukur pun zaman skolah dulu..
Wish you were taller: Nope!! Susah jadik org tinggi2 ni..
Eye color: Dark brown
Eye color you want: Pakai colour lens la..
Natural hair color: Tak hitam sangat..
Current hair color: Tak penah dye la, of course la same..
Short or long hair: Pendek ke panjang..
Ever dye your hair a bizarre color: Teringin nak buat gak, tapi kaler purple+biru+hijau! ok x?
Curly, straight, wavy: Straight
Last time you did something dramatic with your hair: Boyish style..
Glasses or contacts: Specs
Do you wear make-up: Time ade event jek make up.. muahahahha..
Ever had hair extensions: Tak penah
Paint your nails: Never

The opposite gender
What eye color: Boleh pilih2 ke?
What hair color: Biar menjadi diri sendiri..
Shy or Outgoing: Kena pandai2 bawak diri la..
Looks or Personality: Seimbang!
Sexy or Cute: Yang sempoi.. Mcm aku..
Serious or Fun: Ikut keadaan la.
Older or Younger: Ikut jodoh la..
A turn on:
Simple person, caring, respect my parent and love me as I am
A turn off: Mcm budak2, penipu, berlagak handsome. what the hell..

This or That
Flowers or Chocolates: Flowers
Pepsi or Coke: Kopi o
Rap or Rock: Rockeinstein..
Relationship or One-night Stand: Relationship la..
School or Work: School sbb tak yah g kije
Love or Money: Love kot.. hahaha..
Movies or Music: Movies
Country or City: Districh
Sunny or Rainy days: Rainy
Friends or Family: Family first.. :D

Have you ever...
Lied: Yup, dengan musuh..
Stole something: Hati kot.. Hahaha..
Smoked: I love smoker.
Hurt someone close to you: Not yet
Broke someone's heart: Nope!
Had your heart broken: Yes.. :(
Wished you were a prince/princess: x penah..
Liked someone: Hahaha..
Liked someone who was taken: Yucks..
Shaved your head: Boleh ke?
Been in love: Hehehe..
Used chopsticks: Nope!!
Sang in the mirror to yourself: Lupa..
Cried over someone: Nope!!
Wish you could change anything about yourself: Don't know..
Ever think you are attractive: Absolutely not..


Favorites
Flower: Lily, Red roses..
Candy: Halls
Song: By Hujan-sekarang ni la..
Scent: Ikut tempat la bai..
Color: Rainbow
Movie: Banyak la..
Singer: Boys Band
Word: Banyak la ko..
Junk food: Cadbury Chocolates & Ngan Yin Peanuts
Website: Http://ainfadzal.blogspot.com
Lotion: Takde..
Animal: Bukan kucing!

Biggest fear: Mati kena bunuh..
If you had to choose a fairytale as your life, what would you choose: Si putera katak..
Do you play any sports: Pulun semue..


III
The rules:-
Link to your tagger and post these rules. List (8) random facts about yourself and tag (8) people.

8 Random Facts
  1. Keras kepala, degil, kasar
  2. Kuat tido! Kuikui..
  3. Aku sempoi sangat + selebet person. Wahaha..
  4. Benci orang berlagak
  5. Suke dok umah je..
  6. Pulau & laut buat aku jadi nanar..
  7. Aku sayang parent aku lebih dari diri sendiri..
  8. Suke gosip, cakap lepas, over peramah
IV

  • What is your blogging name?
    ainfadzal

  • When did you start blogging - exact date?
    25 April 2007

  • What was your first title?
    xde mood

  • Which post is the best post so far?
    fav. body part.. sbb aku dpt tunjuk gigi..

  • Who promote/source of inspiration for you to blog?
    member2 aku..

  • When d'ya usually post entries?
    time x bz..

  • Have you met other bloggers? Who?
    bloggers aku tu member2 aku..

  • How many entries you made in a month?
    20-30 entries

  • Would you reveal your face or your family in your blog? Why?
    herm.. kalo tak, nak letak mane lagi..

  • Would you promote your friends to blog? Why?
    yup. sbb boring2 boleh baca2 gak benda bukan2

  • Would you feel restless/guilty conscious/incomplete if you didn't blog for a month?
    tu mcm takde ceritera jek..

  • Define blogging
    tempat luah perasaan, tempat mengarut, tempat berangan
  • Friday, January 11, 2008

    gadis hari jumaat

    girl friday - butterfingers

    Ain't that hard to live alone
    Ain't that far to be from home
    Cause gravity can never pull me down

    Calculate the days
    I've spent proscinating

    God knows when
    Grow in silence feverish or flu
    And again it's me and myself and I
    Fall on me

    Stand aside trying to keep my cool

    Stand in line feeling like a fool

    It's getting late now get back in your bed
    Then remembered a what my daddy said

    What' cha gonna be

    And again it's me and myself and I.....
    Stay with me



    Wednesday, January 9, 2008

    asakan yang mampu menumbangkan tuan punya diri


    http://www.mysoju.com/nodame-cantabile/

    Nodame Cantabile


    drama siri jepun kat 8tv. baru start last sunday.
    apox, thanks bagi link ye. kalo terlepas tengok kat tv, boleh layan net je.

    pade aku, serius criter ni klako gile, mulut aku pun seiring bising ngan drama ni. chiaki & nodame aka gadis sampah. style jepun kan ckp kuat gak. serupa ngan tuan punye blog jugak la. ahaks!

    *****

    minggu ni letih la, lebam rasenye mata. tengok monitor, tengok paper2, macam nak bulau bijik mata.

    jangan kata meja, siapkan lantai skali aku conquer letakkan document sebab meja org lain aku dah sebat sekali. tamak tak aku?

    sok kna kije, lambat ngan cepat je la aku nak masuk opis. letih awal muharam sesorang dalam opis. ni semue klien punye pasal. benci la. takde rest langsung.

    *****

    sabtu ni nak mandi laut. walaupun PD tak serupe ngan pulau2, tapi ok what, layan kan jek. bekayak, naik banana boat, mandi pool, mandi air laut. yeyey!! dpt gak release tension. kan? kulit terbakar pun tak pe la.

    tapi kalo nak snorkeling, jangan harap la, kang dapat tengok ape yang korang takmo tengok jek.. muahahha..

    *****

    kalo duit menjadikan manusia ni lalai, baik rasenya pakai sistem barter. dunia yang penuh dengan materialistik, penuh keegoan. kalo duit jadik tiang pengukur, manusia hilang nilai kewarasan. hanya memikirkan duit semata2. kalo duit boleh beli persahabatan, kebahagiaan, pasti jadi lupa semua.

    duit kita jadikan hanya sebagai keperluan. bukan matlamat untuk kita berada atas dunia ni.

    *****

    dah2.. gi sambung kije masing2 balik. aku nak tengok Nodame ni.

    to be continue..

    Monday, January 7, 2008

    aku bukan ning...

    cik jane, apesal la hang buat tag yang cam gini..

    sambil menyelam minum air. heheh. kalo buat kije je pun senak gak kepale.

    4 lelaki yang di gemari??

    1. my abah la..


    abah sumber inspirasi aku. aku tak manja ngan abah pun. nak ikutkan, anem lagi rapat ngan abah. tapi, semue abah cakap, kebanyakkan nye aku ikut. mak cakap aku anak abah. tak reti nak manjakan diri. kayu jek. mak cakap panas kalo muke lebih kurang sama. tapi, btul la. perangai aku memang mcm abah. aku kan anak abah.

    2. syeikh muzafar


    kan best kalo ade abang long mcm die. nampak cool jek. even, lelaki2 lain kat malaysia ni cakap die gay or whatever. aku tetap suke. tapi suke yang biase la. lom sampai tahap nak jadikan laki pun. rase tak sesuai pun. lagipun die dah de tunang. dan aku tak suke nak amibil hak orang pun. tak berminat.. nak rebut pacar orang, what the hell.

    3. akshaye khanna


    mata die. pergh.. meruntun jiwa. kuyu. die kalo berlakon, cair beb di buatnye. nak2 kalo pandang pompuan. tapi, of course la dlm filem.. menusuk jiwa. tapi die ni tak sesuai jiwang sangat. klako sgt pun tak sesuai. tak best.

    4. johnny depp @ jack sparrow



    aku suke die , dalam watak jack sparrow aka kapten jack. real life die aku tak suke sgt. hahah.. gile macho dalam ni.

    tapi, aku tak suke men yang rambut panjang. hensem mane pun tak gune. x suke. x suke. selebet!

    kalo man yang ade misai ngan janggut kire advantage la. nampak matured.

    Friday, January 4, 2008

    perihal sekolah yang membimbangkan - chapter II

    darjah 1, aku skolah kat area2 tadika aku gak. sek.keb. buloh kasap, awal tahun aritu genap la sekolah tu dah 100 tahun hayat die. 1 abad!

    bangga la jugak, walaupun aku dok darjah satu dlm setahun lebih gak, kire sampai darjah 2 la kan.

    tengah2 blajo darjah 2, aku pindah umah dan skolah kat pogoh. area segamat la. paya pulai dalam lagi masuk pogoh. kalo x bleh imagine, jangan la imagine. aku suke dengar bunyi jambatan kat situ, setiap kali dan tak penah muak dengar pun. berderap derup bunyi kalo ade roda melintasinye. aku dok solok mase tu. jauh gile dari orang ramai. satu buah umah, sebatu2 jauh nye.

    kalo bapak aku takde, kena jalan kaki berkilometer jauhnye. pkul 6 dah kna jalan kaki lintas plak kubur. cekal betul aku. tak penah cuak langsung kalo melintas perkuburan tu. mase tu, abah bagi duit belanje 30sen jek satu ari. air sirap/kaler2 dulu baru seposen. lagi 20 sen aku simpan tabung. mak dulu prepared breakfast utk aku. housewife la katekan.

    start dok situ, aku dah de geng, anak2 pakcik musa ngan mawi. baru aku perasan, aku takde kawan pompuan start dari kcik2 dulu rupenye. patut la asik kna sesah jek. aku betul2 jadik budak kampung. main polis entry, blajo panjat pokok2 tinggi, main acar galah,main bola, baling2 selipo, mancing ikan, mandi sungai, kalo ade banjir parent aku tak bleh halang dah, gi lastik burung2. aku betul2 mcm kampung boy oh silap, girl.

    aktiviti aku ni, parent aku tak pnah tau melainkan mandi banjir jek. sebab time banjir sure umah aku ni bumbung bawah tak nmpk dah. naik bot tau setiap kali banjir. best btul gasenye.

    satu hari, spupu2 aku dari kl datang umah, sure la lelaki, sebab aku takde sepupu pompuan yang sebaya. dieorg tanye lubok mancing, aku jadik tukang bawak. masing2 dah de pancing, aku suruh spupu aku tu spare utk aku. sebab pancing2 ni bdk2 aku yang buatkan, sorok kat umah si mawi. nak carik cacing pun same2. balik dr memancing, abah aku tunggu belakang umah. pergh, keliling umah die kejor aku, tak larat lari2 lagi, aku dok jek tunggu abah tibai. sampai pecah rotan tu die kije kan. mase tu aku gase, bapak aku orang paling zalim. tapi, terubat gak tengok ikan2 tu. nasib baik abah tak buang. aku buat muke donno je ngan sepupu2 aku. cover siot. nanti kalo gembeng, aku takde geng spupu2 lagi. balik kampung sure tak best lagi.

    malam, pkul 8.30 mesti dah kena ade dalam bilik. nak tido pun kna paksa. kalo tgk tv pun rancangan ilmiah je ngan berita. kena layan mcm tentera gasenye time tu.

    takat darjah 3 dok situ, tgh tahun pindah simpang renggam plak. cam nomad beb family aku. pindah randah. sejak dok situ, aku dah tak mcm champion kampung lagi. sbb byk campo ngan bdk2 pompuan gak. join jek ape yang gase nak join, kompang ke, main anklung ke, clarinet ke, kawat senyap ke, melodian, menari zapin, ntah sukan ntah hape2 lagi. mase main kompang aku paling suke, tapi aku tak ingat cikgu tu, die kate org pompuan kna pakai tudung dan tak elok berkompang2. sorang2 umat pompuan blah dari persatuan tu. pakai tudung pun tengok umat lain dah start pakai. dulu, tukar baju PJ pun dalam kelas.. hahahahak.. kire pendedahan sekolah la bagi kaum2 pompuan mase tu.

    ntah gen mane aku dpt, aku meninggi bagai johan. start dari darjah 4 (tapi mase tu lom lagi la ape2). kalo beratur manjang dok belakang. kalo nasyid, koir, menari ke, aku cepat2 dok belakang. sebab mmg tempat ku layak di situ. kang blocked bdk2 kecik plak kang. aku jadik pustakawan sekolah pasai pa pun aku tak ingat. talent rase langsung takde. buku tak rajin baca pun. dah la aku kuat buat bising. perangai yang aku tak bleh sampai la ni.

    kena sakat tu, bese la, main tarik2 tudung, kejo2 keliling sekolah agama, main2 kat surau, main ceper blakang kelas, main tali getah kat kaki lima, gaduh2 ngan kelas sebelah, main congkak, batu seremban. semue start blajo kat sekolah. same la mcm kire2 a.k.a matematik. dulu, latih tubi, mak aii.. hari2 kna buat. tak siap berdiri atas kerusi. aku la manusia tu. kehkehkeh. aku tak bleh lupa rase tempe dan keledek goreng dekat sekolah agama dulu. bestnye. ade sambal cicah. :D. ari2 makan pun tak muak.

    darjah 5 dah khatam quran. gi ngaji jalan kaki jek ari2. sehari 2 mukasurat. time nak qatam, bantai 8 muka trus. sebab aku kna khatam quran time anak mak endon kawen nanti. ceh, gigil ngan mic mase tu. mase tu takde istilah caiyok2 pun. semue bantai sendiri. naif nye dulu.

    lagi satu, suare aku sebenarnye memang tak sedap dari zaman dulu lagi. aku tak wakil sekolah pun mase bab nasyid ke, koir ke. nyaring yang memekik. tak bleh masuk seprano or whatever. tapi, kalo suare aku sedap. mesti aku lagi lalai.

    ringkasan rentetan daripada kisah benar waktu kanak2 dulu. ;p

    michael jackson version tamil



    watching dis video just for fun..

    bukan pasal hindraf or whatever. tapi, lirik die ade campo2 melayu jugak. tu yang aku bleh layan. ni kire sharing la kan?

    layan.. zassssss..

    Thursday, January 3, 2008

    perihal sekolah yang membimbangkan - chapter I

    pagi2 tadi, mak called. cakap wawa- my lil' sis dah masuk PASTI. die babai kat mak aku suruh balik dulu, padehal mak aku risau die nangis. tapi before that, die nak beli kuih2 untuk cikgu2 kat situ even die lom masuk kelas pun. betape riang nye hati die nak ke sekolah. tak macam aku langsung. aku malas nak gi skolah. perangai tu tetap terbawak2 sampai sekarang pun. ;p. mak cakap, perangai die sebijik macama anem-adik bawah aku yang akan melangsungkan perkahwinan die tengah bulan 8 tahun ni. bagus la.. jodoh & seru die dah sampai. nak tunggu aku, alamat la..

    berbalik kat story wawa. mak cakap wawa pakai tudung-sure mesti cute. tapi baju die takde saiz. kena tempah lain. lagi pun yang aku ingat, die tak banyak pun baju2 kurung. macammane la nak gi sekolah tu. nasib baik dulu aku kecik jek. pakai ape pun muat. wakakaka..


    wawa sebijik mcm muke aku




    *****

    memori aku kuat lagi start dari 4 tahun. minah kecik ni mengingatkan aku time aku masuk tadika dulu. kat kedah. for sure la, mak kena tunggu aku luor skolah tapi kejap jek, nasib baik tadika dalam taman perumahan gak. mak temankan aku gi tadika. mak jalan kaki, aku naik beskal bmx kaler merah yang aku dah cabut roda kecik dua tu. tu pun, puas jatuh atas jalan. mule2 training dalam rumah, dah pandai skit, lepak ngan member2 la.. tengok, kecik2 aku dah tunjuk otai. mase first day tadika, aku tak ingat ape2 pun. tau nak rehat ngan nak balik jek. nasib baik, geng2 taman pun same2 skolah gak. saing2 dieorg la balik. petang2 pun lepak2 ngan dieorg jek. geng basikal. part yang paling aku ingat skali, aku ade blajo satu word tu, ba alif ba ya a.k.a babi la senang, pergh.. kena cili padi beb ngan mak aku. dok dalam wad 3 ari aku. puas bapak aku marah kat mak. kesian mak.. dulu, binatang tu pun aku tak pnah tengok. serius!!

    *****

    abis setahun kat situ, family aku kena pindah belah johor, segamat. mak abah aku cakap, puas nak training aku dok situ. training lidah cakap johor lagi. ye la nak2 dok kat umah nenek kite kan. lebih2 lagi aku ni lasak. tau nak main jek. pokok jambu belakang umah atuk aku pun dah takde dah. takat darjah 6 jek aku sempat lepak2 situ. pergh bersepah pokok2 kat umah atuk aku tu. carik port jek. siap ade ran skali. atas pokok asam jawa. muahahha.. pegi balik skolah, atuk aku yang amik port. lagipun, ayah aku pagi2 dah kuor umah. pagi2 kena jerang air nak mandi, ye la, pkul 6 kecik2 dah bangun tau. kat skolah ni pun, aku blajo bende yang same, nulis, baca, mewarna, makan2 time rehat, ngan tengok orang kna inject BCG. dulukan pakai api. lpas tu, aku kna perform jadik peladang yang mencangkul la utk pertandingan2 ntah hape2 dulu. piala2 dulu pun still ade lagi. wakil buloh kasap beb mase tu. mase tu adik aku mmg menonjol dari aku la. aku cume jadik protector die jek. dok jadik back up boleh la aku ni. huhuh.

    *****

    tu semue kenangan silam aku, ibarat kain rentang putih yang di corakkan.

    aku pun banyak adik2 yang nak kena jage. ni turn yang nak mule skolah. wawa degil macam aku gak. keras kepala pun ye. tapi semangat macam anem.

    dengan ini aku nak mentag member2 aku yang lain untuk menceritakan perihal korg2 mase mule2 skola, tadika ke whatever la sperti :- jane, pais, sue, ilyok, c'an, wiwin, kacak ke?, ujie utk buat task ni.. jangan nak ngelat yek.. ;p

    Wednesday, January 2, 2008

    fav. body part??!!

    as per requested from my frenz, jojane - fav. body???

    satu cepumas yang buat aku terpikir2, saat aku mengantuk mengadap excel drpd pagi tadi, psl best part dari my body. 1.RAMBUT ngan 2.GIGI. kot.. sbb yang lain aku gase mcm biase. huh!!

    1. rambut. sebab:-
    • pakai syampoo apepun, takde kelemumur. cume kalo tukor2 sgt, rambut kering sangat. nmpk messy.
    • tak payah nak highlight or dye pun, sbb rambut aku tak 100% hitam legam.
    • rambut aku lurus, tapi tak mcm rebonding la. melengkuk belah luor. mcm org dulu2 pun ye..
    • sebab, dulu aku penah simpan sampai butt tu pun sebab nazar. abis nazar jek, manjang atas leher jek rambut aku.
    • dalam proses penyimpanan kepanjangan dr segi strukturnye.
    • rambut aku kalo tak bersikat pun, ok lagi. harharhar..
    • nak gunting ke trim ke, boleh adjust sendiri, sbb suke aku la nak buat camne.



    2. gigi. sebab:-
    • walaupun aku ade tampal 3 lubang kat geraham aku, bukannye ade org perasan pun. tu zaman skolahnye la.
    • gigi aku kelakar. nampak center, tapi tak la sangat pun. tapi tu belah dalam la.
    • walaupun tak putih, tapi gigi aku kuat kot. buktinya, masih kekal lagi gigi kapak asalku.
    • kalo aku senyum tak cover, sure gigi aku nmpk dulu. kan?
    harap, korang puas hati la ngan fakta2 tersebut. muahhahaha.. :D.

    aku takmo tag sape2 benda ngarut2 ni. sengal.