Wednesday, October 29, 2008

pakai topi, pakai spek, dah macam siapa agaknya?


kalau ada orang banyak tanya kenapa gua tak suka kucing?
ini jawapan paling rebel bagi teka teki untuk orang-orang tu. dah lama bermain dalam memori gua sebenarnya.



dulu gua pernah ada kucing. kira kucing tu pets gua. tapi tu dulu. lama dah.


nama kucin gua dulu, comet dan comot. gua jumpa kucin-kucin gua bila cuti hujung bulan dengan cuti semester. kucin-kucin tu mula-mula merempat dari rumah ke rumah. dah mak gua asyik bagi makan, dah jadik pets kat rumah gua dulu. lagipun, gua tak pernah manjakan kucin-kucin tersebut. tapi, kucin-kucin tu semacam manja dengan gua.

alkisahnya,

seekor, mati eksiden. kena langgar dengan kereta dalam taman kat rumah gua dulu. innalillah juga. dan tak berapa lama, seekor lagi menjejak temannya juga. mati menggelupur dalam periuk lauk rumah jiran gua. memang sadis.

dari situ, gua dah tak mahu ada kucin. gua tiba-tiba alergik kat kucin-kucin. sampai sekarang.



gua tahu, kucin memang comel. tapi, gua tak rasa 'dieorang' ni cute. dan kucin memang manja. dan kalau manusia manja semacam juga gua akan samakan mereka dengan kucin.

p/s : malam tadi, gua konpius dengan jantina manusia yang terbabas langgar kereta gua yang tengah parking menyebabkan pintu belah kanan tercalar dan berlekuk. sampai sekarang, gua terpikir-pikir jantina manusia yang tak berapa bertuah tu.

Tuesday, October 28, 2008

beran ke?

Gua nak buang perasaan baran dalam diri dulu hari ini.
Gua dah malas nak libatkan burhan ke, pasa ke, rainbows ke, stopaqt ke, paisqt ke, fikrikachak ke, pekjiPTD ke, apah ke, pidot ke, sultan ke. Tambah-tambah siapa-siapa punya nama lagi yang tak tersebut dalam entry kali ini yang terkait dengan gua.

Lagipun,gua dah lama tak buat kerja-kerja sedikit gila.

Macam nak tiru dalam filem cerita gila-gila remaja lakonan faizal hussien dulu tu. Naik motor scrambler pakai jaket kulit.
Cool, bukan?

Thursday, October 23, 2008

esok cuti, lusa cuti, tulat cuti, bile lagi mau cuti?

Your results:
You are Green Lantern
























Green Lantern
95%
Supergirl
90%
Wonder Woman
85%
Superman
75%
Hulk
70%
Iron Man
65%
Batman
65%
The Flash
60%
Robin
57%
Spider-Man
50%
Catwoman
40%
Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.


Click here to take the "Which Superhero are you?" quiz...



siapa green lantern ni?

tapi ada dengar-dengar cerita juga, stephen chow nak filemkan kisah gue nanti. ;))

p/s : sorrylah, ari ni gue takde mood nak updet blog. nak makan pil vitamin banyak sikit untuk recharge tubuh bagi bertenaga supaya cepat sikit sampai ke destinasi nanti.


malang tidak berbau juga

dah lama saya tak rasa takut macam ni.

malam tadi, on the way saya nak melepak dengan si arfa ni. satu kemalangan telah terjadi. lori yang di pandu lelaki india telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki.

patutlah jammed sangat.

disebabkan kedegilan mahu juga melihat, saya perlahankan kereta dan telah melihat muka lelaki yang telah mati tersebut. sungguh menggerunkan kerana arwah terlentang dengan darah berlumuran di kepala.

masa mahu pulang ke rumah, seorang cik motor telah menghimpit di sebelah 'mascara' saya pula tanpa dia sedari. mungkin keadaan hujan lebat membuatkan dia tak begitu perasan dengan keadaan lalulintas. cik motor tu pun hanya menaiki 4 stroke motor di lane paling kanan. marah juga kalau ikut kata hati saya. nasib baik juga cik motor tu tak apa-apa. jika tidak, mahu juga terlentang seperti lelaki tadi.

yang kebetulannya, kejadian berlaku di tempat yang sama. kalau tidak, mungkin juga saya akan di dakwa di mahkamah. huh! sungguh menggerunkan.

p/s : aku tak boleh bawak diri kalau rasa penakut macam sekarang. harap-harap ada benda kelakar yang akan kunjung tiba untuk melupakan rasa takut tu. harap-harap.

Wednesday, October 22, 2008

group hujan pun suka juga


perasan tak perasan juga.
boleh di katakan hari-hari kebelakangan ni memang hujan belah petang sampai nak ke malam sikit. dan boleh nak dikatakan gua suka hujan. hujan buat gua rasa gembira. hujan buat gua rasa lapang hati. walaupun boleh jadi banjir sikit-sikit.

macam kalau gua tengah jalan-jalan kat mana-mana, hujan tiba-tiba. gua tetap nak redah hujan tu. gua suka sangat hujan. tapi, terperanjat juga kalau petir tiba-tiba.

tapi, kelemahan gua bila hujan masa memandu. failed semacam. bukan pasal hal gua. tapi hal orang lain. semacam je bila dieorang memandu tu.

p/s : jumaat malam nanti, gua nak naik bukit merah. doakan gua punya perjalanan berjalan dengan lancar kali ni.
p/p/s : gua mahu carik teropong dan pancing beso juga. hoyeah~
p/p/p/s : hari ni adalah last day gua berpuasa enam. hoyeah lagi sekali...



Tuesday, October 21, 2008

takkanlah tahun 90-an ada ala-ala ago go


apakah yang best sangat tentang tahun 90-an bagi kamu?

a. mula rabun?
b. hormon mula meneroka tubuh?
c. tahu bawa motosikal?
d. tiada buku bank?


p/s : hari ni cepat sangat mati kutu. macam perlukan perhatian dari readers semua.




Your Blogging Type is Pensive and Philosophical



You blog like no one else is reading...

You tend to use your blog to explore ideas - often in long winded prose.

Easy going and flexible, you tend to befriend other bloggers easily.

But if they disagree with once too much, you'll pull them from your blogroll!

apakah?


Monday, October 20, 2008

kalau macam ni nak cakap apa?


hujung minggu kali ini merupakan hari hujung minggu tak cukup tidur.


kronologi aktiviti ringan-ringan adalah seperti berikut :-

1. mencari reddy @ en. redy di low yat. dan bersiar-siar sekitar bintang walk sampai pengsan.
2. melihat-lihat dan memilih cincin emas di sekitar sentul east. haru you~


3. open house dan balas dendam makan sampai muntah-muntah di rumah sepupu-sepupu kesayangan kerana sangat tensen dengan jammed di mrr2.
4. mengambil cik mary sehingga sesat di puduraya sehingga terpaksa bertanya pada en. abg lori untuk mendapatkan direction yang betul.
5. melepak di danau kota berjalan-jalan 3 pusingan bersama cik mary dan sekereta member-member yang turun dari kuantan. berjalan-jalan di sekitar ibukota sampai muntah belalah kerana satu pun program langsung tak dapat direalitikan.
6. menonton wayang yang tersangat disaster kerana kebiasaannya pop corn yang dibawa mesti habis. bayangkanlah ain makan tak habis macam mana?
7. meronda-ronda menemankan member mencari t-shirt quicksilver untuk kawan punya kawan. diri sendiri hanya membeli kasut mickey mouse bewarna hijau.



8. berjalan-jalan dan hi-tea makan nasi goreng ayam dan kopi o di mamak plaza damas dan berjaya menahan sakit kaki yang melecet teruk.
9. mengemas baju-baju dan pakaian-pakaian sendiri yang berlonggok-longgok bertimbun tinggi dalam almari kain sehingga pitam.


ini sahaja dari bilik berita. sekian. terima kasih.

Friday, October 17, 2008

jap-jap naik!

sekarang, pasaran harga minyak tak menentu. macam main saham gamaknya. kejap naik melambung, kejap terjun menjunam-junam.

tapi,
apa yang lagi mustahil kalau ali rostam boleh bagi title dato' pada shah rukh khan, kan?


* laskar pelangi




mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

Thursday, October 16, 2008

belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab

Adik nombor 5 gua sekarang tengah mengadap PMR. Bila balik kampung haritu, bila tengok dia, rasa macam tak prepare apa-apa langsung. Macam gua lagaknya dulu. Kononlah.

Zaman sekolah rendah perkara kira skipped la sebab gua tak pernah buat. Masa tu otak gua suci betul. Tak terfikir benda lain walaupun benda free depan mata.

Naik zaman sekolah menengah, form 1 sampai form 3 pun masih dalam area suci lagi. Masuk form 4, form 5, dajal dah naik. Paling gua benci masa time peperiksaan yang terpaksa duduk dalam dewan. Memang tak keruan. Ada masa SPM, gua nak try-try buat jahat. Tapi manjang tak dapat. Yang belah kiri kuat tidur. Yang belah kanan ngadap kertas sampai nak tembus. Gua pulak terkial-kial. Redha jelah.

Masuk peringkat tinggi sikit, gua dah mula belajar. Mula-mula langsung tak berani. Ada yang kantoi, ada yang repeat paper. Ada member baik gua ni lagi best, baju kurung jadi mangsa toyol. Geliga otak dia. Bayangkan berapa banyak paper yang terpaksa diambil, dan berapa banyak baju kurung yang dah jadi mangsa conteng. Sampai la ni, bekas pen tu masih ada lagi. Gua pulak terlibat dengan mask in tape. Lekatkan formula-formula ciptaan di lengan. Sedikit praktikal.

Berbalik pada zaman gua pernah jaga peksa budak-budak OUM dulu. Memang haru. Yelah, yang gua jaga tu bukannye kecik-kecik anak. Pangkat besar-besar. Kebanyakkan tu cikgu. Ada pulak cikgu sekolah rendah gua dulu. Tu pun gua pakai tibai teka cikgu tu punya nama. Tapi memang betullah dia cikgu sekolah gua dulu. Yang ni tengok dieorang meniru memang bagi inspirasi kat gua. Larat tak larat jugak jaga orang-orang dewasa ni. Banyak cenekih. Ada yang nak tarik perhatian lagi nak bagi member jalan meniru. Bab muka nak kena buat muka cengih. Kasik nampak garang baru dieorang respek. Kalau tak, selamba bukak toyol depan gua. dalam 3 semesterlah juga gua jaga peksa OUM nih. Tapi, memang menyamarlah nak jaga orang besar-besar nih. Ada yang tak makan saman. Gua panggil big boslah.

Bila masa belajo part time dulu, keberanian mula timbul. Paper mula-mula je, bersih. Dah lama-lama , mana boleh tahan. Tengok kanan, tengok kiri, berterabur member-member yang bawak toyol. Mana boleh jadi. Hulur kepala belah sana, belah sini, mintak ikhsan pulak. Jeling-jeling dapat tangkap sikit sudah. Janji nampak jalan.

Bila dah mula timbul idea keji, baru gua start tulis formula kat pemadam, pembaris dengan high lighter. Lagipun, gua agak-agak belum ada yang buat lagi, kan?

p/s : cikgu famizah, cik anum, jagalah pelajar-pelajar kamu yer. :D
p/p/s : jom layan reaper malam nih. yeyaey!
p/p/p/s : i missed my burhan so much. :(

Wednesday, October 15, 2008

macam loser kadang-kadang

Kebanyakkan orang memang tak kenal aku, memang susah nak paham. Yang dah kenal aku pun kadang-kadang tak boleh baca apa yang ada dalam benak fikiran aku. Sebab kadang-kadang aku langsung tak nak paham pasal diri aku pun. Itu yang susah.

Jarang-jarang aku tengok abah menangis. Tapi, ada masa aku paling kerap buat dia menangis. Macam hal pilih kasih anak-anak. Dalam hal ni, aku selalu bawak diri. Sebab aku anak sulung. Tapi aku kenal mak abah aku dari raut wajah mereka. Lagi satu, sebab aku dah dewasa, aku tak mahu nampak terlalu bergantung kasih sayang pada mereka. Sebab aku tak mahu nampak loser.

Mak abah aku kata, walaupun dia ada anak menantu, mereka tetap nak bergantung dengan aku. Dalam segala hal. Sebab aku macam anak lelaki mereka. Dan aku tak mahu adik-adik aku terlampau bergantung pada mak abah dalam hal ni. Macam hal susah cari sendiri. Macam mana hal kalau bukannya susah nak susah nak bukannya senang nak senang. Kadang-kadang benda-benda ni terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Setiap kali aku susah hati.

Kalau pasal gossip, aku masih boleh mengelak lagi, sebab biasa yang aku tahu apa yang aku buat tu memang tak salah. Karakter aku tetap sama walaupun aku nak berubah depan siapa-sapa pun. Yang ni, aku tahu cuma mak abah aku je yang expert pasal anak dia yang seorang ni. Kadang-kadang aku rasa, aku memang anak yang mengada-ngada yang masih duduk celah kangkang mak abah sendiri, sebab aku lebih rasa secured begitu.


p/s : Mamat 2 orang di atas ni dah umpama adik beradik. Mak abah kami masing-masing pun dah kenal sangat tahap hubungan kami bertiga. Aku paling kakak walaupun paling pendek antara kami. Nampak cool, kan?

p/p/s : Minta maaflah, entry ni nampak emo. Sebab kadang-kadang aku rasa penat jadi diri sendiri. Kalau hal nak berpura-pura macam susah sikit sebab aku bukan jenis begitu walaupun kena paksa berlakon depan semua.

p/p/p/s : Seronok juga tahu harga minyak dah makin turun. Dapatlah naik bukit merah nanti dengan lapang hati.

update : Hendak jadik family simpsons kakak kuning-kuning juga rasanya.

Tuesday, October 14, 2008

bekam lintah


pagi ni gua nak bagi perasaan geli kat lu orang semua.
hamik nih!



p/s : kalau nak try buat kat kampung gua, sekor lintah gua caj sepuluh ringgit. mahu?

* http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_03.htm

Monday, October 13, 2008

rainbows



url : http://www.youtube.com/watch?v=8EXONuhDI5s

p/s : ape yang lebih hebat lagi bila gua dah 2 kali kena penyengat tebuan tanah. video kat atas ni dah buat gua terharu pagi-pagi buta lagi.

Friday, October 10, 2008

degil tu takat mana la sangat, kan?


zaman dulu-dulu, kalau dapat terpilih pergi rombongan memang cukup abis bangga. satu bas, 44 orang. 40 orang student. 4 lagi pensyarah pengiring. dalam banyak-banyak student pulak, 2 saja pompuan. dan yang balance tu lelaki.

mula-mula kena panggil bagi tujuan rombongan ni, memang pelik. nak kata handal masa semester satu tu, luluh jugak.
bayangkan budak ala science stream pergi poli. kalau ada yang dapat tunjuk skil pun masa dekat bengkel je pun. tu pun, masih teringat balance-balance zaman belajo kemahiran hidup dulu. di sebabkan skil yang tiada tolok bandingan antara pompuan-pompuan dalam kelas gua dulu, lecturer memang siap selidik background gua. bila dieorang tanya. gua jawab. sampai ada satu scene, gua lambat nak jawab. rasa nak reply via sms. malu pun ada. masa gua cakap, gua bukan budak sekolah teknik, heboh nak tau lagi. gua tebalkan jugak muka. gua penuh bangga, gua cakap, gua budak sekolah agama dulu.

dah tak boleh bayang, dieorang punya gelak satu kelas. memang banzai!

berbalik kepada pokok di atas, mengenai rombongan tersebut. gua amik paperwork atas meja ketua jabatan tu. selidik mana yang patut. gua tengok senarai nama. budak-budak ni bukan golongan dean list. tapi, nama selalu je pun naik. glamour.

tertancap pulak dalam kertas tu, ke mana hala tuju nanti. bla..bla..bla..

bila waktu dah di tetapkan, gua sama lagi sorang budak pompuan serta budak lelaki-lelaki lain amik tempat dalam bas. port gua seperti biasa, seat sebelom yang paling belakang. faveret seat gua.

selang 2 jam, dah sampai tempat tuju kami. RUMAH PENGASIH. jalan-jalan. rumah drug addict, rumah penghidap hiv, pondok rokok. jauh round. sampaikan kantin pun gua lawat bila dieorang sesak-sesak tengok drug-drug addict ni berlenggeng sambil mandi air sejuk. ape hal?

bila ada soal jawab, gua tenang. malas nak amik tau. sebab gua tak isap dadah. tak isap rokok, dan mungkin gua takde suspek ade hiv positif pun. mase tu.
bila nak abis ceramah-ceramah dari engineer yang pernah isap dadah, arkitek yang pernah isap dadah, profesional yang isap dadah sebab tertekan dengan keadaan. gua buat muka toye je pun. dah ade kerja hebat-hebat, yang nak isap dadah tu buat ape. kan mahal benda alah tu. taulah lu semua mampu.

masa sesi soal jawab, gua tangkap drama luar tingkap. tup tap tup tap, semua mata tengok gua. gua kena dengan orang depan. bukan ke dalam kes ni gua yang patut tanya dieorang. bukannya dieorang yang tanya kat gua. ade sorang mamat tanya gua. apa sebab datang sini?

gua cakap, sebab disiplin mungkin.
pertama, gua suka buat bising dalam kelas, nak buat macam mana, gua punya volume memang palat nak kecikkan. dah sedia ada.
kedua, sebab tak pakai stokin pergi kelas, tag kena ambil bagi pulak kat ketua jabatan.
ketiga, tak pakai tag masa pergi kelas. what the fook. takkanlah dah tertinggal tag gua terpaksa nak balik alor gajah naik balik pergi melaka.
& keempat, gua selalu tolak pelawaan pensyarah-pensyarah lelaki gua pergi clubbing, mungkin dari situ dieorang attacked gua takut gua bocor rahsia kerajaan dieorang depan ketua jabatan.
nombor empat tu, saje je gua nak tekankan. sebab gua tak salah!

tu semua hal satu semester. belum campo 3 semester lepas tu. bayangkanlah macam mana.


p/s : bila bulan lepas gua jumpa pensyarah yang ajar ukur dulu, gua patut tabik spring terbalik kat dia sebab nasib baik gua tak jadik bini la nih. imagine la, bini die yang merangkap geng gua dulu nampak terseksa.

p/s/s : bila gua berblogging ni memang takde niat nak suruh mana-mana mamat obses jatuh cinta kat gua. itu hal dia sendiri. konon-konon nak tunjuk romantik dalam blog gua. apa hal?
p/s/s/s ; esok petang nak start baca buke 'the secret'. thanks ya, bro. :D

try la layan GODA.




Thursday, October 9, 2008

wanita kuat?

Orang kata, tangan wanita yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.
HEBAT!
Tapi sejauh mana kehebatan seorang wanita?

Situasi 1.
Desas desus dari seorang sepupu menceritakan perihal seorang kerani (perempuan melayu Terengganu) main cinta dengan bosnya (lelaki cina yang sudah bekeluarga).

Sebab : Bermewahan
Taktik : Pujuk rayu

Situasi 2.
Seperti yang pernah diceritakan daripada entry yang lepas mengenai kemalangan seorang wanita dengan beberapa anggota polis. Mengakibatkan kedua-dua kenderaan yang di pacu tersebut kemek.

Sebab : Tiada duit mahu ganti
Taktik : Menangis


Kekaburan imej dalam memori, hanya 2 situasi yang dapat dihuraikan untuk entry kali ini.

p/s : Mahu layan video klip ini dahulu.





p/s/s : kepupusan sistem maklumat semakin berleluasa.
p/s/s/s : gurls, topik kita dalam emel tadi, sila cut off.

Wednesday, October 8, 2008

Tuesday, October 7, 2008

seminggu berhari raya


tahun ni gua beraya tanpa tradisi. ikut cara orang melaka. memang koboi habis.


*****

mula-mula, cermin belakang 'mascara' gua berkecai. tapi entah macamana gua memang sabar habis. mungkin tuhan bagi kekuatan yang luar biasa untuk itu.

ya, tahun ini gua beraya tanpa apa-apa yang baru untuk gua. walaupun rambut raya. gua tak sempat nak pergi salon. cuma kali ini, gua buat rawatan lintah di muka. so, gua beraya juga dengan muka ala-ala komunis bintang 3.

sekali lagi mak gua buat drama. drama di pagi raya. rendang air mata. cuma gua berdua dengan mak kat dapur belakang tanpa atuk dan nenek di pagi raya. tahun depan, mintak-mintak atuk gua duduk diam-diam beraya dekat rumah sendiri sudah. tak payah nak ronda-ronda umah anak-anak. takde feel nak beraya gamaknya.

raya ketiga, bila tiba turn atuk nenek beraya di rumah gua, mak gua memang tak keruan. kelam kabut. dengan tangan gua pun di curahkan air panas menggelegak. nasib air. kalau minyak, jam-jam tu gua mintak gelang emas sampai lengan. pedih weh. sampai meleleh air kat mata gua.

nak di ikutkan, tahun ni rumah gua macam pintu shopping centre. bukak pukul 9 tutup pukul 2,3 pagi. sampai gua terpaksa EL semalam. penat tak habis weh.

p/s : rainbow, gua mintak mahap banyak-banyak sebab langgar janji.