Wednesday, December 23, 2009

masalah sejagat


zaman-zaman sekarang, paling-paling kuat pun pasangan mahu 4 anak sahaja. semuanya wang punya pasal. susu, wang. pampers, wang. baju, wang. pergi toilet pun, wang juga. tak ada tempat yang boleh elak dari wang, melainkan duduk diam-diam dekat rumah.

6 perempuan, 1 lelaki, total adik beradik gua.
ini pun dah cukup haru biru.

makan. wayang. games. karaoke. wang.

politik adik-beradik lagi. wang juga. semua ni, boleh buat pening kepala.


mungkin, kasih sayang saja yang tak boleh di beli dengan wang. (thinking).




Monday, December 21, 2009

1 muharram, detik permulaan...



semalam, sudah habis kelas SHO gua. sijil kedatangan pun gua dah dapat, walaupun gua pernah ponteng satu hari. dan, sudah masuk tiga hari klip bumper rabak lepas eksiden dengan teksi itu hari pun gua jadi sangat puas hati sebab sudah dapat pegang sijil yang beharga 4 ribu ringgit sahaja. hati panas pun, gua dapat siram dengan air sejuk. kasik cool macam selalu.

*****

3 hari lepas, adalah hari jumaat. bersamaan 1 muharram 1431 tahun hijrah. khamis senja-senja gua dah baca doa akhir tahun dan awal tahun dengan bertelekung.

dan disebabkan adik-adik gua datang melancong dari melaka ke tanjung malim dan kemudian ke kuala lumpur, gua sebagai kakak-garang-tapi-suka-tak sampai hati tak mahu menghampakan harapan mereka berdua untuk ke kota keriangan walaupun duit dalam bank sudah tinggal paras hidung untuk tunggu gaji hujung tahun ini. seksa betul.

di sebabkan gua rasa macam dah berumur sikit tahun ini, lala sebagai partner in crime telah gua pujuk dengan penuh lemah lembut dan syahdu supaya ikut sekali untuk teman gua dan juga untuk ceriakan awal hujung minggu dia. al maklumlah boyfriend dia pun duduk jauh juga.

pagi-pagi seawal pukul 6 gua dah bangun. siap-siap satu rumah dan satu kereta menuju ke terminal putra. beli tiket, pergi sarap, tunggu sekejap dalam sejam setengah, tumpang baca suratkhabar dan majalah, baru dapat naik bas. seksa betul.



lepas 40 minit dalam bas jadi seksa betul. depan, belakang, tepi asyik dapat tengok orang bermesra-mesra aje. "adik-adik gua kan bawah umur lagi, tunjuk contoh baik sikit tak boleh ke?" ayat ni pun gua monolog aje dalam hati. nak cakap depan-depan gua tak berani. gua tak cukup mafia nak handle cik-cik abang diaorang ni, cakap besar belakang-belakang bolehlah.


gua beserta rombongan telah menaiki satu kereta kabel yang sama bersama ah pek, ah so, ah moi dan ah moi ke-2. totalnya 8 orang dalam satu muatan. ah moi pertama telah berjaya merakamkan suara gua ketawa yang sudah serupa macam jahanam, malu juga. tak lama, sampai jua gua di puncak kota keriangan dengan selamat, walhal dalam hati berdebar-debar juga sikit-sikit.




sebab dah lama sangat gua tak merayau dekat genting ni, gua dan rombongan sesat barat mahu ke theme park, akhirnya sampai juga depan main entrance casino. duit cukup-cukup, ada hati nak berjudi. gila! slow-slow gua pandang signboard cari arah betul, harapkan gua lambat sikitlah baru sampai ke destinasi. itupun adik-adik gua beria-ia serbu main gate padahal tiket dekat lala. nasib baik gua awal-awal pakai pemerah pipi, boleh cover malu siap-siap.



cuaca pun nyaman saja. matahari langsung tak nampak. mulut kalau buka jadi berkabus. tak payah jauh-jauh gua nak pergi alaska. rasa sejuk sampai cucuk-cucuk tulang.


sebab sejuk sampai dah cucuk-cucuk tulang, perut jadi berbunyi-bunyi lapar. gua dan rombongan makan-makan dulu. kasik badan hangat. borak-borak sampai jadi tukar lifestyle sikit-sikit macam orang pergi kota keriangan juga. asal-asal, adik-adik gua tak tentu arah. sana nak pergi. sini nak naik. yang depan mata tinggi betul lagilah tak boleh nak dikata.


kalau dekat kota keriangan tu ada pembaca berita bahagian cuaca, bagus juga. gua stand by suruh adik gua pergi lari beratur amik aturan dengan senang lenang. umat punya ramai tak boleh kata. orang melayu, orang cina, orang india, orang nigeria, orang arab, orang putih dengan orang-orang berkumpul sama-sama.


tapi nasib baik, rombongan gua cool-cool orangnya. tak bertempik sana sini macam budak-budak baru nak naik. bergaya depan kamera pun ikut budaya indie band. kalau tak percaya, tengok muka sorang-sorang.




ah! ni muka cover-cover juga. depan mata kamera. bergambar pun mestilah nampak hensem-hensem aje pun.


ha!!! yang ini betul-betul true punya gambar. semuanya rombongan gua. gua pulak dah tercampak belah lain. cilake! gua punya malu depan orang-orang yang berbaris tu buat gua jerit shit! shit! aje. yang rakam aksi gua kepit kaki tak tahu berapa ramai. nasib baik gua cool-cool depan mata diaorang semua. yelah, duduk pun sebelah orang yang gua tak kenal langsung. cermin mata pun dah letak dekat tempat barang. nasib baik gua rabun, kalau tidak lama dah gua terbang bila badan gua tak jejak seat masa gua naik space shot tersebut.





lepas insiden super jumbo dengan jet gua yang tak dapat terbang tinggi 2 tahun lepas, kali ni gua berjaya menerbangkan diri gua secara persendirian. tiada lagi penumpang tambahan dalam muatan tersebut. betul-betul bangga, gua tak payah ambil lesen pesawat langsung. cuma tekan butang biru sahaja.






selain itu, ada juga kerja amal yang dapat gua buat.

gua jadi instructor untuk lala supaya kasik cekap memandu nanti bila pindah kerja di putrajaya nanti. gua pergi tukar tayar bas jauh sana sampai dekat london. gua tolong badut ceriakan budak-budak kecik dekat sana. (perenggan ni gua tipu semuanya).



lepas bermain-main dengan cuaca dan separuh dari permainan di situ, gua dan rombongan mengambil keputusan bertolak awal dari puncak kota keriangan untuk megelakkan segala kesulitan yang bakal di hadapi. bak kata pepatah orang tua, sediakan payung sebelum hujan. tetapi, bila sudah hujan-hujan, perut pun lapar memanjang. sikit-sikit nak bergendang saja. nasib baik ada kedai jajan ----> test sampai kenyang. terima kasih yer makcik! lain kali saya bawa pula kawan-kawan yang lain untuk jadi tester dekat kedai ni. ehe!




perut kenyang, hati senang. gambar atas ni pun gua snap atas gambar yang dah siap. tak memasal gua nak labur 35 ringgit sekeping. itu pun, akak kedai gambar rampas balik dari tangan gua. tak cool langsunglah akak ni. gua berkata-kata sambil berlalu pergi.

tepat jangkaan adik gua, dalam 15 minit gua menunggu di stesen, bas muncul dan berlalu pergi dengan semangat ketiduran semuanya. alhamdulillah. gua beserta rombongan selamat sampai dengan kondisi yang ok-ok.



*****

gua turun bas. cari kereta. keluarkan kunci. duduk elok-elok. tegang urat sana sini. gua start enjin kereta, keluar dari parking. gua keluar simpang.

POOM! gua berlanggar!

cilake!

kali itu, gua sangat bersemangat menyumpah-nyumpah dalam kereta.



bersambung.....








Wednesday, December 16, 2009

9 6, 9 6





entry yang lama ni adalah sepupu gua
(watak utama) yang jatuh tergolek dekat litar sepang itu hari. tulang rawan pecah, tulang pergelangan tangan patah. besi pun dah masuk badan, dan-dan tak lama lagi bertukar jadi bionik man pula.

sudah, lepas ni jangan harap gua nak bonceng lagi.

Tuesday, December 8, 2009

ciri lelaki idaman - salah satu



Salah satu ciri lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang berasal daripada kampung.


Seorang anak kampung biasanya tahu erti susah senang sebuah kehidupan. Turun naik sebuah kehidupan. Teratur dan tertunggang balik sebuah kehidupan. Mencari kesenangan dalam kepayahan.


Dan betapa realistiknya sebuah kehidupan.


Susah sebenarnya bagi saya mahu berfantasi seperti sebuah kisah dongeng. Berambut panjang mengurai-ngurai, bertubuh langsing ala-ala maria ozawa, memakai dress cantik yang beharga beribu-ribu ringgit, pandai menyanyi lagu-lagu seperti siti nurhaliza yang lemah lembut serta mendayu-dayu, berpekerti sopan santun depan mata semua dan berjalan dengan penuh lemah gemalai. Dan sebuah senyuman yang mengujakan. Nah! Ini semua seperti apa yang lelaki impikan.


Hendak-hendak seperti zaman sekarang, statistik mengatakan perempuan lebih banyak daripada lelaki. Mahu-mahu pula kebanyakan lelaki sekarang pula adalah berorientasikan homoseksual. Mana tak ramainya lelaki berkahwin lebih daripada satu, cabarannya pun sudah nampak di situ. Kata saja kita dambakan cinta nur amina pada adam, tapi berapa ramai saja yang mampu mahu aplikasikan kisah seperti mereka itu? Keluar dari bangunan pun sanggup saja berhujan panas, inikan pula mahu dapat payung emas.



Seorang anak kampung biasanya sayangkan keluarganya. Sayangkan perkara-perkara yang pernah jadi miliknya. Walaupun, depan matanya selalu seperti endah tak endah. Buat tak tahu menahu. Tidak kira baik buruknya sesuatu itu. Saya tak mahu rampas perkara-perkara yang pernah jadi miliknya. Entah macammana, mahu juga jadi sebahagian daripada itu.



Monday, December 7, 2009

baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. sebab aku tahu, tak ramai tahan dengan kelaku aku. kasar dan sangat gila-gila. aku yang kadang-kadang boleh buat mereka pelik. macam aku kadang-kadang pelik tengok kelaku mereka.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. macam tu juga kawan rapat lelaki. sudah tak ramai sebenarnya kerana masing-masing ada komitmen yang nak di jaga dan di pelihara. hal kerja. hal hubungan. cuma selalu juga sibuk-sibuk volunteer untuk dengar permasalahan kawan. kurang-kurang jadi teman luahan hati.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. boleh di bilang dengan jari tangan juga jari kaki. macam tu juga kawan rapat lelaki. boleh di bilang dengan jari tangan juga jari kaki.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. yang boleh teman aku jogging hari-hari dekat taman tasik titiwangsa. setiap hari. dulu aku ada soraya. sekarang aku ada ilya pada hari waktu kerja. juga aku ada lala pada hujung minggu. tapi kalau tak ada teman, aku kena tebalkan muka jogging secara perseorangan dan juga buat gaya garang.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. yang boleh main-main bunga api dekat taman permainanan. yang boleh pasangkan contact lens pada kedua belah mata. yang boleh makan banyak-banyak makanan manis yang boleh buat kencing manis. yang boleh mandi air terjun dan menggelongsor pada batu licin. yang boleh main bowling tapi memanjang asyik masuk longkang. yang boleh tengok wayang cerita dan bising-bising satu barisan. yang boleh jalan-jalan sambil lewa tapi secara tiba-tiba nak camwhore sama-sama.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai.





ah! realistiknya hidup!




Thursday, December 3, 2009

rasa-rasa




baru sedar,

sebenarnya gua rupanya tak banyak kawan rapat perempuan.




owh sedihnya~ dan padan muka sendiri!