Wednesday, December 31, 2008

paling-paling

esok bermulalah segala cabaran di tahun 2009. maka, tamatlah tahun 2008. & selamat tinggal 2008. cubaan untuk meninggikan tahap semangat dalam diri.

bak kata wonderpets, yang penting, kerjasama! kerjasama!

setiap hari adalah episod. 366 hari setahun. drama paling lama pernah aku ada.komedi, psikik pun dah jadi lumrah tahun ni.

owh 2009, kau datanglah dengan sinar paling agung yer~



1.
Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.

Yang paling dekat dgn kita adalah MATI.
"Sebab itu janji
Allah bahawa yang hidup pasti akan mati". (Surah Ali Imran :185)

2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.
Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU.

Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.

3. Apa yang paling besar didunia ini.
Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU.

"Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka."
(Surah Al A'raf: 179)

4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.

"Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung ganang dan malaikat semua
tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi (khalifah pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"
(Surah Al-Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia.
Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT.

Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.

6. Apakah yang paling tajam didunia.
Yang paling tajam didunia adalah LIDAH.

Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


p/s : salam maal hijrah dan selamat tahun baru untuk rakan-rakan semua. :)


Wednesday, December 24, 2008

ladies night~

50% off for foods and drinks on every tuesday at Gloria Jean's!


parking ngam-ngam dekat pet wonderland.



teruja~

p/s : bukan senang gua nak menghadap benda mahal melainkan ada off je pun. :D

Tuesday, December 23, 2008

pulau pandan jauh ke tengah, sambung~

dulu,
dalam banyak-banyak tempat, gua paling layan pulau redang.


sebab apa?


1. masa tu gua memang student lagi. muda lela.
2. mak abah gua tak dapat pergi sebab takut baby dalam perut mak due awal.
3. gua pergi dengan 4 beradik yang lain.
4. laut punya bersih macam dasar swimming pool.
5. ada ikan nemo sambil berkejar dengan berenang kayuh hanjing.
6. kawan-kawan abah gua sponsored banyak kami adik beradik.
7. bawak duit rm250 untuk perbelanjaan tu nanti. yang ajaibnya, cukup!
8. lagi satu, sebab gambar ni.




p/s : arfa, nanti kalau pergi langkawi beli coklat Daim banyak-banyak tau untuk gue!

Friday, December 19, 2008

perkelahan mengikut arus permodenan


barang-barang keperluan apabila pergi berekspedisi ke air terjun/ sungai :-


1. pakaian mandi yang bersesuaian. contohnya ; muslimah swimming suit, t shirt warna putih.
2. pakaian dalam bagi wanita dan juga lelaki. contohnya ; boxer, bra dan under wear.
3. pakaian selepas mandi manda. contohnya ; t shirt dan jeans warna gelap.
4. barang keperluan mandian. contohnya ; shampoo, conditioner dan berus gigi.
5. selipar yang tahan gelinciran.
6. beg sandang untuk mendaki.
&
7. makanan dan minuman. contohnya ; mee hoon goreng, nuget tempura, air mineral dan air berkarbonat.



** kamera perlu di bawa untuk saat-saat perkelahan nanti.



p/s : esok pagi kepada ahli-ahli kongsi gelap, rainbow pukul 8 sudah berkumpul di taman kosas seperti selalu.
p/p/s : untuk janez, jangan merajuk sebab aku nak bagi kau sedozen elmo dalam blog ni.


Wednesday, December 17, 2008

arigato ghozaighimaz~

destinasi kali ini ; jepun



siang



malam



gua kadang-kadang teringin nak pakai macam ni



bullet train selaju 280km/j



harga makanan tersangatlah mahal.



konpius antara bunga ros ataupun kobis.



tengah winter tapi takde turun salji








kek-kek atas ni dah buat gua termimpi-mimpi.

p/s : kalau takat nak bawak rm1000, baik bercuti ke bandung nanti. *wink!!!*

Tuesday, December 16, 2008

meowww~


rumah kat kampung gua sekarang dah ada 3 ekor anak kucing.

nama mereka-mereka ni ; MEOW, MEOW-MEOW dan MEOW-MEOW-MEOW.




& gua tak pernah pegang anak-anak kucing ni lagi.

Monday, December 15, 2008

mata tengah pedih-pedih


dua tiga menjak, aku macam dah hilang idea. nak marah-marah pun susah. nak gelak-gelak pun ada masa.
kalau tak caya, cuba tanya
jane.

*****

aku macam dah tak boleh jumpa siang. macam tak ngam pun yer.

yang dapat rasa best sikit hujung minggu ni, sebab mandi manda. tak kiralah mandi air panas dekat gadek ataupun mandi laut kat tanjung bidara. otak aku macam perlukan sesuatu. iaitu oksigen.


p/s : kepada geng-geng rainbow, jom kita carik tempat yang berasaskan air nanti yer.


Thursday, December 11, 2008

Wednesday, December 10, 2008

perempuan pun berperang tau!


kau orang patut tau, aku memang 'mem'baca blog-blog orang luar. nak-nak blog orang perempuan. dah jadik feveret. sebab aku nak dalami peringkat-peringkat alam pendewasaan orang perempuan. blog-blog dari yang kecik sampai la yang dah berumur sikit.


perempuan, masa kecik memang seronok. nak-nak kalau yang buat blog tu anak orang kaya. bila baca, rasa seronok pun ada. apa mintak, dapat. apa harap, dapat. cemburu jugak, sebab aku tak dapat macam tu. sikit-sikit tu adalah. tu pun, sikit-sikit yang tak melibatkan duit ringgit.

perempuan, masa umur awal 20-an pun banyak rasa best. nak-nak kalau baru belajar merokok. nak-nak banyak dapat elaun sara hidup. mewah. selalu jugak rasa jeles sebab tak macam tu. tapi, kalau aku ada elaun mesti aku dah merokok. dulu, aku pernah belajar nak merokok jugak. masa umur 4, 5 tahun. lepas abah aku buang puntung rokok dalam ashtray, mesti aku rembat punya. depan-depan abah aku rembat. dapat yang dah ujung-ujung puntung. tapi, terasa jugaklah suria gudang garam ori punya. isap puntung pun boleh demam, apa crita? tak ganas langsung. mesti mengerekot dalam bilik.

perempuan, masa umur baya-baya aku. patutnya dah sibuk-sibuk cerita pasal hal kawen. tapi, kalau bab kawen aku trauma banyak. kawan-kawan aku kata, aku tak reasonable. terlebih pikir panjang. mungkinlah, sebab aku bajet kawen ni sekali seumur hidup. teringin jugak jadik macam heroin hindustan sekali sekala. tapi, aku mintak extend dari mak aku 2 tahun lagi paling kurang. kalau dah jadik andartu tu kira nasiblah. sebab golongan saudara mara aku memang banyak yang macam tu. yang kat kampung aku, baya umur aku dah jadik mak janda anak satu apa cerita? baik pulak dengan duda sendiri yang dah kawen lain. tapi, masih skandal lagi. bukan perangai budak-budak ke masih terbawak-bawak lagi?

perempuan, masa umur 30 kira ada perfect life lah. ada anak comel-comel, suami penyayang, mak abah dah pergi haji, kawan-kawan pun ramai. nak shopping sakan pun rasa best sebab umur-umur macam ni memang dapat elaun dari suami tambah pulak gaji sendiri. aku tahu benda ni pun sebab aku dah banyak buat survey. orang lelaki sekarang pun memang tak mahu carik isteri yang kerjanya surirumah sepanjang masa. takut bajet tak cukup katanya. tapi, bila compare dengan orang dulu dengan sekarang memang banyak beza, tak gitu?

perempuan, masa umur 40-an dah ada anak besar-besar. kira anak-anak yang ada dekat rumah tengah membesar. dah boleh buat kerja. masa ni pun tengah bahagia. suami dah start balik lambat sebab ada buat kerja lain. kira macam part time incomelah. waktu macam tu, untuk mak abah dah kurang masa. balik kampung sekali sekala. tu pun, mungkin time-time hari raya aje pun.

perempuan, sampai masa umur panjang mesti menopause. macam mak aku cakap, menopause ni boleh jadik best atau tidak. kalau kau janda mati suami mungkin bestlah. nak-nak ada anak yang dah besar-besar yang boleh sara hidup mak tersebut. ada mak janda yang kalau kawen lain, mesti elaun kena potong dari anak-anak. ini realiti. macam sepupu-sepupu aku buat. kalau suami buat hal, nak start kawen lain sebab tak power memang tak boleh buat apa. cinta dah kira tolak tepi katanya.

perempuan, sampai dah start tua ke arah langsung tak berdaya mesti dah rasa lebih baik mati dari hidup. nak-nak kalau dapat suami yang suruh mati cepat dari menyusahkan hidup dan anak-anak. dari kena cerai sebab dah tak power, apa cerita ye tak?


Thursday, December 4, 2008

kau orang mesti jeles sebab aku ada abah ni...


aku, anak sulung. di besarkan macam lelaki yang terperangkap dalam badan perempuan. itu mak aku pernah kata. abah aku dulu harap aku lelaki. itu pun mak aku yang kata, aku masih ingat lagi walaupun waktu itu masih kanak-kanak.

asal degil kena sesah. asal besar kepala kena sesah. asal buat budak lain menangis kena sesah. nasib baik badan aku dah kalis dengan sesahan. waktu zaman kecil, abah aku akan buat satu mahkamah kecil, biasanya dalam bilik tidur aku dengan anem. aku dengan anem cuma beza 1 tahun 9 bulan. biasanya kalau ada dalam mahkamah tersebut adalah pada waktu malam. abah hakim, mak peguam, aku dengan anem adalah pesalah. mak kadang-kadang jadi peguambela
dan kadang-kadang jadi pendakwaraya. abah, memang suka jadi hakim.

abah, memang tak pukul banyak kali. tak macam mak. mak asalkan sempat. kalau nampak hanger, sampai patah dikerjakan. kalau nampak getah paip, yang ada air dalamnya pun sempat. tapi, pukulan perempuan takat mana sangat. kalau menangis, mesti suruh tutup mulut. suruh diam. sebab tu sampai sekarang aku ada bantal kesayangan. aku namakan bantal tu ; bantal susah senang.

abah, memang tak pukul banyak kali. tak macam mak. tapi, abah pukul boleh sampai putus nyawa. kalau balik kampung, mesti kena terkumpul salah. bukan aku yang jahat, tapi sepupu-sepupu lelaki aku yang jahat. suka ajak aku pergi meronda kampung. aku ikut je. masa tu memang glemer pancing buluh buat sendiri. asal ada banjir, redah. bersampan. asal lalu sungai, berhenti usha ikan. tanah, air sungai, air banjir, dah jadi saksi pembesaran aku.

abah, memang tak pukul banyak kali. tak macam mak. tapi, bila abah kejar aku keliling rumah dekat Pogoh dulu, aku rasa dia champion sekolah juga. bila dah dapat aku, mesti bersepai belakang badan. bila mak letak minyak, memang rasa nak putus nyawa rasanya. tidur pun mesti telangkup badan. tak berani nak pusing-pusing. rotan pun dah jadi saksi pembesaran aku. sampai adik aku, ekin suka sorok rotan sebab kesiankan aku.

abah, dia suka bagi bidalan. '' dah bagi pancing, kena cari umpan sendiri ''. bayangkan.

masa aku dah mula jadi gadis sunti, abah memang susah nak tengok aku dekat asrama. masa tu, keluarga kami tak berapa senang sangat. asal ada. mak mesti berniaga nak tampung kehendak keluarga. kalau mahu duit, mesti ambil upah dengan mak. dari situ, aku belajar masak. sehari sepuluh ringgit kira dah cukup hebat walaupun terpaksa bangun pukul 4 pagi. aku buat kerja-kerja tu bila aku balik dari asrama. dan aku paling suka cuti sekolah. mesti dapat tiga ratus ringgit sebulan walaupun terpaksa bersengkang mata. kalau aku nak suruh mak tengok aku hujung minggu dekat segamat, aku mesti suruh dia bawa nasik lemak. nanti, aku mesti meniaga dekat asrama sekejap. itu sebab mak boleh tengok aku dekat segamat. abah, memang susah nak tengok aku melainkan bila balik rumah nenek. kawan-kawan aku nak jumpa abah, bila ada solat hajat ataupun keraian yang lain dekat sekolah dulu.

bila aku demam tak boleh bangun, dia pernah tampar aku sebab tak buat air tehnya. dalam bilik air aku tahan nak menangis. sampai mak aku balik berniaga jumpa aku tertidur dalam tandas.

tapi, bila mak abah aku bergaduh, mesti nak rebutkan aku. dari kecik sampai besar. sampai jadi trauma pada aku.dulu, aku selalu pikir aku anak angkat abah, sebab abah tak pernah manjakan aku. dan aku paling kuat kena kerah tenaga dan otak.

tapi, bila besar. aku tahu abah sayangkan aku. cuma dia tak pandai tunjuk sayang dia pada aku. tak macam adik-adik yang lain. dulu, masa aku mula-mula duduk dekat kl, dia suka duduk dalam bilik aku. suka tidur dalam bilik aku. itupun, mak dan adik-adik yang mengadu dekat aku.


walaupun macam manapun, abah itu tetap abah aku. dia yang banyak ajar aku tentang erti hidup susah senang.



takpe bah. selagi ada hayat ni, orang tetap sayang kat abah. dan orang sangat berharap, orang jadi macam abah nanti. :D

p/s : kau orang kena terima abah kau orang baik buruk sementara dia masih hidup. esok bila dah tak ada baru nak menangis menyesal buat apa?


Wednesday, December 3, 2008

paranoia semalam


Aku suka nak berkawan. Dan aku mungkin banyak kawan. Itupun kalau kawan aku anggap aku kawan. Tapi jangan anggap aku lebih dari seorang kawan.

Aku suka nak bercakap. Dan aku mungkin memang banyak cakap. Itupun kalau ada orang yang dengar cakap aku. Tapi jangan sampai aku tak mahu bercakap dengan siapa-siapa lagi.

*****

Aku ingat aku paling cool dengan sendiri. Tapi aku rasa aku semakin paranoid. Entah kenapa. Mungkin sebab aku dah semakin dewasa.

Aku pernah dengar orang kata, Tuhan jadikan air mata untuk buang segala rasa kesedihan. Tapi, aku rasa air mata buat aku macam orang bodoh dan tak berguna.


Hari ini, aku nak lancarkan HARI MAKI HAMUN DI BLOG aku. aku cabar kau oranglah boleh tahan aku nak maki balik atau tidak.


Tuesday, December 2, 2008


hari minggu yang lalu (kasik nyanyi lagu twinkle-twinkle little star)


sabtu aku : cuci mata di titiwangsa sambil pakai kasut sukan yang baru. saja nak rasmi. sarap gigit kasut baru pagi-pagi bagi tak melecet teruk. pagi, taklah sangat. pagi lagi cik lala kami bangun. aku cuma bangun untuk gosok gigi dan pakai jersy. nak lawan bola la katakan. ahah! aku nak prank korang sebenarnya. aku saja-saja buang masa berjalan kat situ, tengok belon panas dengan orang rtm rakam senam robik. kalau aku pakai baju kaler oren bolehlah menyelit mintak glamour sikit.


ahad aku : tak pagi sangat bangun. nak pergi ke banting. antara lawak-lawak lucu antara kami bertiga adalah pasal seorang pakcik dan seorag gadis bertudung-berlegging-pakai skirt-but tinggi. pakcik tu memaki 'barang kepunyaan ibunya' kepada gadis tersebut kerana cara gadis tersebut menggayakan diri. apakah?

setibanya kami, menunaikan kewajipan memenuhkan perut. jauh kami datang dengan hiway kesas rm2.20 sebanyak 3 kali. tayar kereta masuk lopak lecak, sudah jadi kejadian luar biasa.



oh, encik amat dan puan bubu tak dilupakan juga. kami digamit dengan rasa keprihatinan oleh mereka berdua. tak nampaklah kekok sangat rasanya. tapi, kalau betul timing, boleh juga semeja dengan si pasangan pengantin. dari sebelah cuma nampak udang tercacak gagah pada nenas.



si amat ajak juga aku pergi menepung tawar. tapi, yang eloknya biar yang dah berkahwin saje yang merenjisnya. ikut aku, simbah sekali sejag air bandung dah cukup havoc.


nak menunggu memang lama sungguh. lama pula main tepung-tepung tawar ni. merasa juga satu kampung rasanya. kami tunggu kak noi bersama partnernya. baju pink. auwww~ dah jadik sup gopenya kami ni kat bawah pokok rambutan ni tau kak noi.


acara borak-borak kami adalah berdasarkan acara orang dewasa. kira kena nampak matured, kalau tak kena rejected keluar awal-awal lagi. tapi, van kuning atas ni dah jadi tagline haritu. yang bergambar dengan van pun dah nampak terserlah.



dari kiri : fendi, kak noi, bubu,
amat, arfa dan pekji
dari belakang : aku
gambar ni nampak sangat tak aci sebab aku sesorang duduk berdiri belah belakang. mengelat!

belah petang, kami bertiga iaitu aku, arfa dan pekji buat misi 'hijrah'.
+
+
+
+
+
nak cerita, tapi nantilah dulu.

hanya kau yang mampu


apa yang kebanyakan orang lelaki mampu buat tapi aku tak mampu nak buat :-

1. makan banyak tapi badan tetap kurus kering
2. merokok dekat mana-mana tempat walaupun dalam hospital
3. berlenggeng bila duduk bersidai dekat pintu depan rumah
4. main bola berlenggeng dan ada bulu ketiak tapi nampak hebat
5. boleh usha bontot orang perempuan tengah jogging dengan hati lapang
6. bangga sangat bila tengok blue film.
7. bertekak dan bertumbuk kat tempat awam depan orang ramai
8. walaupun dah tak ada teruna lagi tapi bajet suci
9. pergi disko teguk arak sampai muntah-muntah
10. selebet nak pergi audition realiti tv
11. kalau paling banyak awek kira menang besar
12. ada misai, janggut dan nampak sangat kachak


apa yang kebanyakan orang lelaki mampu buat tapi aku mampu buat tapi aku tak mahu nak buat :-

1. bela rambut panjang paras bahu kemudian rebonding
2. hidup dengan kepoyoan yang super saiya
3. pasang kekasih gelap
4. menipu bulat-bulat
5. hadapi krisis identiti
6.
7.
8.
9.

yang lain aku akan tambah kendian.

p/s : aku baru tahu, kebanyakkan saudara mara aku adalah gay dan pondan. tapi sangat cool macam aku jugak.