Tuesday, March 31, 2009

benda pink yang gua ada


Pinker adalah sesuatu yang berwarna merah jambu.


Jika benda-benda mati warna pink yang ada pada gua adalah handphone Motorola v3i, cermin mata rabun yang pada bingkai dalam warna pink, handbag guess yang telah dibeli pada jualan murah di isetan hari raya cina yang lalu, shirt pink yang baru 2 kali pakai, kasut campuran putih pink cleef yang baru disarungkan semalam dan pemerah pipi warna pink keluaran elianto.

2 benda warna pink yang tidak pernah menjadi milik gua, adalah laptop dell yang dibeli secara online yang baru hilang 2 minggu lalu dan laptop pink jenama sony vaio yang mahal harganya di atas kemenangan bergaya lantaran mendapat pointer yang hebat sekali. Kedua-duanya benda tersebut milik pais dan ilya. Sempat juga gua bergaya sakan dengan barang mahal milik pais. Di tambah pula dengan background dinding dapur rumah soraya yang berwarna merah jambu pekat. Maka, terserlahlah nilai-nilai kemelayuan estetikanya.


Pinker adalah sesuatu yang bernilai. Macam mata hati. Macam perasaan. Macam maruah.


Kalau ikut contoh para blogger terkenal. Macam Denver lama milik john hafiz. Macam perniagaan pembuatan air botol berbikabonat milik pakcik luar otak yang seringkali kini menjelajah pasaran di sekitar Malaya. Macam kisah zaman kacip muda-muda pipiyapong yang hilang punca ikutkan runcit-runcit padahal umurnya sebaya pun. Macam jebon yang ambil gambar potong rambut sendiri ketika sesi earth hour baru-baru ini. Macam si dila raden yang berprofaniti karut walhal apa yang dicakapkan iu benar cuma sesetengah orang macam malu nak mengaku benda betul termasuk gua.

Ala-ala tagline juga pinker pada setiap orang. Benda cool. Semua pun ada. Makcik cleaner pun ada. Ingat kalau tak ada pengelap cermin, baldi dengan mop tak boleh mengemas? Tanya makcik cleaner sendiri. Dulu, gua pernah juga selia kerja-kerja housekeeping. Yang penting dalam hidup mereka adalah sabun. Tagline juga pinker mereka.

Past. Present. Future.
Kalau cakap melayu dah jadi DULU, KINI, SELAMANYA. Atau pun DULU, KINI, AKAN DATANG.

Benda lepas biasa boleh cakap macam kenangan atau memori. Macam-macam rasa ada. Benda cinta, benda sayang, benda kasih. Nak cakap benda-benda ni, boleh sampai melulu, merapu. Entah dari mana lautan api nak kasik redah. Inikan pula lautan cinta. Memang pelik. Tapi dah nama pun pinker. Redah sajalah.

Benda sekarang adalah hari ini. Apa yang baru di lalui, apa yang sedang di lalui, apa yang dalam 2,3 saat nak dilalui. Campur baur. Macam baru post pada blog entry kelakar, alih-alih kejap lagi sudah jadi menangis beria-ia. Macam patutnya hari ini puasa sunat 4 rabiul akhir, tapi dah sebab tak tahan keluar bilik air sudahnya jadi terus buka puasa. Tak ke naya jadinya. Tapi pinker juga. Dapat juga minum air panas perisa baru bagi mahu kasik tegang kulit muka.

Benda akan datang memang susah nak jangka. Tapi tak terjangka. Macam mimpi. Macam mimpi jadi nelayan pakai bot besar siap selamatkan adik sepupu mahu mati lemas. Bangun tidur, tengok dah berair pipi sebab menangis dalam tidur. Sekejap tu mimpi siap kasi gua nampak sipi-sipi bakal calon suami, siap sanding, tapi bila tang nak tengok muka calon suami terus pagi. Nasib baik juga tak datangkan apa-apa kecelaruan bila bukak mata. Ini perempuan, mana ada mimpi basah. Pinker juga walaupun khayalan.


Pinker juga macam emosi. Macam fantasi. Macam realiti. Macam ekspresi.


p/s : Apa macam pakcik, gua dah kasik layan sama lu bila time kena tagged. Ada hadiah tempat pertama tak untuk gua? Baucar air gas seratus ringgit pun kali ini gua terima.

Monday, March 30, 2009

belia wanita separa berwawasan



hari ini, 30 mac 2009. & it's my birthday.


ucapan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-26;-


1. syukur Tuhan masih memanjangkan usia saya. terima kasih yang tak terhingga Tuhan.

2. terima kasih kepada mak dan abah saya kerana telah melahirkan dan membesarkan sehingga kini.
terima kasih juga untuk wedges clark malam tadi.

3. terima kasih kepada adik-adik saya kerana mengingati hari ini.
walaupun korang tak baca blog, along dah sms mesti ada hadiah untuk minggu depan.

4. terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana masih mengingati tarikh harijadi saya.
katanya mudah diingati. 300383 la katakan.

bila lagi nak sambut birthday girl?

5. terima kasih banyak-banyak kepada sesiapa yang pernah menyayangi diri saya. :)



pada awal zaman belia, sekurang-kurangnya sedikit cita-cita saya telah dapat direalisasikan sejak 2 bulan yang lepas.







malam tadi,
menyambut juga bersama trio wanita dan seorang kanak-kanak.

girl's day out.



;))

Friday, March 27, 2009

jam bumi

Kerja saya,
berkenaan komunikasi tanpa sempadan dan juga telah banyak menaikkan tahap sosio-ekonomi seseorang.

  • Bumi sikit-sikit musnah
  • Pencemaran semakin berleluasa


Oleh itu, saya seru marilah sama-sama kita padamkan lampu walaupun untuk sejam. Kempen earth hour pada 28 mac 2009 dari 8.30 malam sehingga 9.30 malam.

Bagi ruang untuk bumi bernafas lega. Tanda anda juga amat Sayangkan bumi anda!

Thursday, March 26, 2009

penaakulan mantik


Penaakulan 1

Chocolate moist cake.

Ada; gula, garam, serbuk coklat, telur, susu, minyak, tepung, baking soda dengan air.
Manis, masin, pahit, lemak. Padanan rasa yang enak di makan. Tapi sepatutnya jarang-jarang harus dimakan.

Hidup kadang-kadang ibarat sepotong kek.


Penaakulan 2

Kasino

Ada; dadu, meja judi. penjudi.
Banyak rugi daripada untung. Duit keluar. Emosi tak stabil. Papa kedana.

Hidup selalu ibarat dadu.


Penaakulan 3

Nasi bungkus.

Ada; nasi, ayam, ikan, ulam, sambal belacan, telur masin.
Pelbagai. Situasi masing-masing. Klik sini bagi bacaan dan telahan si bijak pandai.

Hidup memang ibarat nasi bungkus.



Wednesday, March 25, 2009

hari polis vs faiz


selamat menyambut hari polis yang ke 202.


di ucapkan untuk para polis sekalian:-

1. semoga negara aman, damai dan makmur.

2. jauhi rasuah.

3. menjaga keselamatan orang awam.




dan setiap tahun, rakan saya,
en. noorulfaiz akan sama-sama meraikan hari ulang tahun beliau yang ke 26 tahun ni di balai polis bandar baru bangi bagi tahun ini (agaknya) untuk makan percuma.


saya mahu sampaikan lagu hari ulang tahun beliau kali ini dengan lagu remix.





p/s : minggu hadapan, menjelang hari keputeraan sultan kelantan pula. tapi, di kl tidak mahu isytihar cuti pun. sobsob...

Tuesday, March 24, 2009

dare to daring?



kalau berminat hendak bermain bowling bersama saya, anda perlulah :-


1. berbaju kurung / berbaju melayu

2. berkasut tinggi / kasut yang berkilat dan bermuncung tirus

3. memakai make-up dan berpewatakan menarik.





ada berani mahu sahut?

Monday, March 23, 2009

rumah jalan terbakar


kadang-kadang,
apabila kita berkawan akan wujud rasa rendah diri dalam diri sendiri.

saya memang begitu. kalau mahu berlagak pun hanya dengan teman-teman rapat saya. mereka juga sudah tahu baik buruk perangai saya walaupun kebanyakkan adalah sangat buruk. saya juga tidak pandai berbasi-basa untuk memujuk rayu jika terdapat perselisihan di antara kami. pada saya, hanya baik untuk diamkan diri. maka, tidak akan keluar perkataan yang boleh menyakitkan hati yang lain lagi.

ia, lagu mimpi lagi nyanyian couple berjaya buat hari saya semakin baik.



dan sabtu lalu,
saya keluar lagi dengan rakan-rakan PhD wannabe... dan tak lama lagi, mungkin mereka akan terbang ke London untuk melanjutkan pelajaran.



kami makan bersama. kami bercerita bersama. kami ketawa bersama.



dengan stail koboi.








teka-tekuk : cuba fikirkan, apa yang sedang saya lakukan dalam gambar di atas?

Thursday, March 19, 2009

ku intai cinta dalam rahsia


dengan berpakaian t shirt yang juga selaku baju tidur dan seluar jeans buruk, akak beserta 2 rakan akak yang lain telah membuat percubaan untuk mencuba jus di sebuah restoren intai-intai di jalan mrr2 dari jalan zoo negara menghala ampang. kedai itu tersorok di belakang kedai perabot yi xing bersebelahan dengan bengkel kia. dengan sedikit perlakuan yang sedikit terkejut kerana kedatangan kami, akak, ilya dan juga adha telah di sambut baik oleh krew-krew produksi jalan-jalan cari makan musim baru akan datang nanti.

kami diarahkan oleh maria tengku sabri untuk memenuhkan tempat supaya kedai itu nampak penuh dengan pengunjung yang kelaparan. artis jemputan pada malam semalam adalah atilia dan ezlyn. mereka berjoget lambak ala-ala melayu di tengah-tengah tempat yang sempit untuk nampak hot agaknya.


kalau tertengok jjcm nanti, ternampak orang pakai t shirt bodoh kaler kuning rambut rock serabai, akaklah tu. cool kan?




apa yang menariknya di intai-intai;-


1. nama menunya agak sarkastik.




2. gabungan nama-nama jus yang hebat.





3. restoren yang agak cantik, berkonsepkan Bali. ada chandelier, serta kain langsir dan alas meja yang menarik.

4. ada tasik buatan yang airnya berwarna hijau kelam.

5. dan kumpulan okestra yang menyanyikan lagu-lagu lama.



tambahan,

ada 2 selebriti yang gambarnya di curi-curi tangkap oleh ilya,



1. artis indie paling top di bandar baru sentul



2. selebriti ciplak yang di sangka zaini ntv 7 dari pandan indah.



dan reporter tidak lupa kedatangan untuk menemuramah daripada zine indie tempatan, ilya dari AU 3 Keramat yang tidak dapat mengambil gambar diri sendiri kerana lupa akibat terlalu banyak ketawa melihat nama menu-menunya yang sangat pelik dan ajaib.




p/s : kalau tahu dari awal begini, akak tidak mahu kelihatan selekeh dan serabai. sedih tau!


Monday, March 16, 2009

eh, PD ke tu?




rules number 1 is no rules
-
GO HAN















p/s : Bagi peminat-peminat Dragonball silalah ke pawagam berdekatan dengan tempat anda sekarang juga.

Thursday, March 12, 2009

dan lagi,


semalam, dalam 70 hari tahun 2009 gua rasa sangat gembira selepas sedikit kesedihan kadang-kadang terbang singgah dalam mata hati jiwa. tinggal 18 hari lagi tanggal ulang tahun tanda saya membesar.

selain saya keluar dan agak meracau mencari pejabat kawan saya juga merangkap klien dengan ketiadaan kredit telefon adalah sangat bercelaru selain menghadapi keadaan hujan dan juga jalan sesak juga perut yang berbunyi-bunyi riang.

apakah itu satu petanda?


dan apa yang boleh di justifikasikan adalah mungkin tidak sama sekali.


dan selama berbulan-bulan lamanya, adalah dapat menafsirkan rasa jus buah kedondong bersama asam boi atau lebih dikenali dengan nama umbra. juga dapat menikmati rasa mee jawa buatan orang kelana jaya dan juga ayam goreng rempah panas-panas yang di cecah dengan sedikit sos bercili padi. nikmat makan di hujung petang adalah syok sekali si temani oleh arfa yang telah kekenyangan pada asalnya.


dan dalam perjalanan yang boleh dikatakan sesak pada dinihari tapi telah di sambut baik oleh awal ashaari dan dinas selaku pemilk butik D & A di tingkat 2 hartamas square dan ditemani oleh pembantu mereka elle yang baru tahu mendapat kerja sebagai PTD di bank negara. (ok, dinas sudah mengandung 5 bulan.)
selepas sesi berbual, mencuba-cuba wedges yang masih stok tersimpan di rumah mereka dan mininjau-ninjau butik dan stor mereka kami behasrat pulang. dan janji saya kepada rakan-rakan serumah saya telah di ingkari kerana perjalanan pulang ke bangsar boleh dikatakan panjang.

dan sementelaah saya mahu pulang ke rumah saya, tiba-tiba telefon berdering tanda ada yang menghubungi, iaitu member kamceng meminta bantu pulang ke puchong. dan kerana desakan saya menyuruh member-member kamceng yang lain escort menemani kami.

dan kami teruskan menuju ke kotaraya untuk berjalan-jalan mencuci mata. ke lorong haji taib 5, ke bukit bintang untuk melihat remaja bershuffle, ke bb plaza melihat indie band perfom lagi poco-poco, dan tersangkut dalam kesesakan sekali lagi yang rupa-rupanya ada acara drift di tengah-tengah jalan di depan menara kfc. kereta sport merah dan kuning.
dan seterusnya kami menuju ke awan besar untuk menikmati satay haji samuri di tol kesas. dan di hadiahkan sepotong kek oleh meja sebelah kami kerana ada di antara geng telah meminjamkan pemetik api. dan kami berbual sehingga larut malam. yang rasa kelakarnya, 'die hard fan' man u mengajak menyambung aktiviti melepak dan sehingga bernasib baik saya tetap berkeras tidak mahu menonton perlawanan bola pada pukul 3.30 pagi.

dan seterusnya, ada sebuah terbitan majalah yang bernama geo dunia dan rupa-rupanya saya telah bermimpi lagi.



p/s : lagi sebulan saya mahu terbang bercuti ke KK. dah rasa seram sejuk pun ade...

(ok, saya jakun).

Wednesday, March 11, 2009

perihal aktiviti luar kawalan

hidup di pejabat kini dah tak ngacam seperti biasa. internet kompeni blocked kat pc gua, tapi sepandai-pandai tupai melompat cari makan petai sebelum cukup matanglah gamaknya. cuma, kali ini gua terpaksa pura-pura hidup tanpa internet melainkan yang ada cuma emel kompeni. tak apa, sekali-sekala gua jadi pelakon pun kira handal jugalah.

cuma yang tak bestnya, gua rasa hidup gua dah tak fun fair macam biasa. nak kelakar pada diri sendiri pun dah sekali sekala. kalau dah campur sama perempuan, gua dah start jadik minah gosip. habis cerita versi gua mahu keluar punya, dengan cerita-cerita dalam spa Q pun gua olah. sudahnya, gua jadi benci betul dekat julia tu. kalau julia main masak-masak dalam cerita tu pun, gua dalam hati tak mahu kasi dafi makan. suruh aje si zafrul yang makan.

dan sejak dua menjak gua mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, gua dah jarang nak melepak keluar berhu ha hu ha. sebab gua tak tahan dengan dugaan warung-warung yang sampai masuk dalam astro. lagi satu, sepatutnya peringkat-peringkat umur macam gua ni dah patut telan semua supplement. vitaman C, vitaman E. detoxin sana, detoxin sini. paling baru, budak rumah gua promote barang baru. cairan ekstrak manjakani, sireh, jarum emas, madu, kurma. gua suruh dia test dulu mahu tengok otot-otot jadi kencang atau tak, baru gua berani cuba. kira-kira dia ni boleh jadi barang eksperimen gualah. sebab gua pun dalam proses eksperimen diri gua.

yang jadi semangatnya gua sekarang, sebab gua ngan mak abah gua dah jadi pekebun setengah berjaya. kalau dah dapat pungut hasil tanaman tu kira gua dah berjaya penuhlah. gua tanam pisang berangan, pisang nipah, ubi kayu, keledek, kentang, jagung, betik, nenas, bendi, cili api, cili akar, tomato, bayam, sawi, kangkung, kunyit dan tak lupa sama tebu yang gua buat pagar keliling kebun. nampak semulajadi. kalau tak menjawab jugaklah seribu dua invest beli pagar kawad. asal sampai rumah kampung, gua dah nampak cangkul sama penggali. kulit pun dah semangat nak terbakar. kadang-kadang dah jadi berkilat.


dan diam tak diam, adik gua mengandung dah 7 bulan. lagi 2 bulan, gua akan jadi mak long. gua asyik tanya adik gua apa perasaan jadik emak? takut tak nak beranak? seronok tak nak jadi emak? sakit tak menghidap? mungkinlah jugalah perasaan seronok tak berbelah bagi bila start tengok gambar 3D baby. hidung kembang ikut siapa? hidung ada batang ikut siapa? bulu mata lentik ikut siapa? mulut muncung ikut siapa?



p/s : heh, tak lama lagi jadi mak long pun gua. mak long betul-betul punya. ;))

Thursday, March 5, 2009

bunga mawar tahun 6



ini gambar kali pertama muka terpampang dalam suratkhabar. Didik. tahun 1995. popular juga umur kecik-kecik dah masuk suratkhabar.


kau orang ada?


p/s : aku duduk paling hujung belah kanan. budak-budak lain semua nampak setengah badan, tapi aku sorang je tak. ;))

Wednesday, March 4, 2009

berita buruk! rejimen askar kecil datang menakhluk dunia!

semalam kawasan saya memandu kereta pergi dan balik dari pejabat ke rumah rupanya kawasan banjir. cuma saya di selamatkan oleh keadaan yang terlalu sibuk di pejabat. kurang nasib buruk. lala kata, pwtc juga banjir. tow truck juga berpusu-pusu di kawasan itu. arfa kata, putra lrt pun di terganggu sistemnya.


dan lagi cuma mahu dikhabarkan berita buruk,


keadaan saya yang tak berapa baik. dan saya sangat sedih. malah bertambah lagi kesedihan saya. emosi saya semakin terganggu. lagi-lagi perkhabaran dari abah malam tadi. sangat menyayat hati. umpama batu jatuh ke kepala.




mak,
sudah bakar tilam kesayangan saya!

kini, tiada lagi tilam kesayangan saya.



abah cuma kata, akan mahu gantikan dengan yang baru serupa dengan yang lama. adik-adik kecik saya sudah gunting-gunting permukaan tilam saya.




huh! benda lama tak serupa dengan benda baru. tilam itu penuh dengan nostalgia.benda baik. benda buruk. semuanya pada tilam itu.
sudahlah, fikir bagaimana mahu hadapi hari-hari saya di kampung nanti?


***** seruan : sila baca ini!

Monday, March 2, 2009

cinta saya akan pada dia, macam tak mungkinlah!




sila layan video raja lawak musim 3. hey, saya suka betul pada jejaka-jejaka SEPAH ni. rasa benci betul pada amir yang dapat pergi final. macam dapat undi kesian.


p/s : saya mahu bercuti blog buat seketika. hip! hip! hoooray!