Tuesday, February 24, 2009

seperti ku bernafas dalam air


dia comel. dia bergaya. dia degil. dia ego. dia ada banyak personaliti. dan kami sama-sama banyak persamaan.


mak, abah dan mak cik, pak cik saya kata, dia umpama saya. mereka gelarkan beliau ketika kecil si ain nombor 2. cuma hidung saya tak sekecil beliau ketika kecil.


kini,
dia benar-benar sudah membesar. dari ketika lahirnya beliau, saya tatang dengan kasih yang tak
berbagi. saya mandi dan bersihkan urinya, supaya pada masa depan, beliau akan sayangkan saya. kerana itu, saya memang percaya kata-kata keramat orang-orang tua.

saya sedang rindukan dia ketika ini. benar-benar rindukannya. air mata cepat benar mengalir tika ini. deras bagai ada satu kuasa yang kuat untuk rindukan dia.

tuhan maha hebat, laju jari saya mahu cepat-cepat mendail nombor mak untuk cuba berbual dengan beliau. mahu dengar keletah beliau. untuk dengar dia meminta-minta saya barang baru. untuk dengar dia mengadu sesi persekolahan yang memenatkan. dan mahu dengar beliau jerit nama saya dengan kuat untuk panggil adiknya sambung perbualan dengan saya.


beliau adalah adik bongsu perempuan saya. si intan payung kakak-kakaknya, along dan anem. wawa juga si tembam, si gemuk, si kuat makan kami sekeluarga.

mak cakap, semalam dia jatuh ketika menjadi penunggang motor di belakang si tasya. jatuh pula masuk semak. sudah penuh luka-luka di badan wawa. sayu pula dengar sampai saya termati kata. patutlah saya rasa bagai serba tak kena hari ini. semuanya pasal beliau si intan payung saya.





Monday, February 23, 2009

si penyedut lucah

kadang-kadang bila sang comedian tidak berada di dalam keadaan yang sepatutnya, kita nak gelarkan dia apa?


sesi monolog ain fadzal;
damn!!! comedian pun manusia.

period. tak sempat nak senggugut. ada masa sangat sibuk. pening-pening lalat untuk cari idea. gembira untuk semua. hati sendiri, selalu ketepikan.

bodow ain, kau pun manusia... ada dosa. tak cukup sempurna. ego, kadang-kadang ada masanya. selalunya, puas hati dengan hidupnya. jangan aspek lebih.

bila rasa nak makan super ring jangan tanya kenapa. untuk breakfast dan juga lunch. gigi kuning-kuning oren pun takpe. aku puas hati dengan gigi.



p/s : sesi monolog ini berlangsung tanpa idea. saya tak suka berdialog dengan orang yang pentingkan diri ketika ini.

p/p/s : hah, gambar tini dengan suami dia pun dah termasuk blog ni. suami dia ex-smkas. maksudnya, satu sekolah dengan saya. tapi bila form 4 dah cabut keluar. jangan tanya saya kenapa, sebab saya langsung tak kenal en. sulhi ni.

Friday, February 20, 2009

NUMBE( mirror E)RS


Saya tak suka bersendirian. Lebih-lebih lagi kalau saya sangat senang dengan waktu. Maksudnya waktu tak mahu bergerak dengan laju. Sedetik-sedetik. Lambat. Saya akan rasa langsung tidak produktif. Maksudnya malas. Kemalasan akan datang bermaharajalela. Maksudnya saya akan jadi seorang yang pemalas dan serabai.


Bila satu keadaan itu berlaku, maka dapat dirungkaikan saya akan terasa kebosanan dengan mendadak. Tiada siapa-siapa dirumah ketika saya berada di rumah pangsa kami berempat atau konon-konon dikenali dengan nama pangsapuri. Atau dalam ketika, kawan-kawan rainbow saya dalam keadaan sibuk dengan ‘presentation’, sibuk dengan kursus, sibuk dengan ‘assignments’, sibuk sana, sibuk sini. Maka akan bermulalah waktu sunyi saya.


Saya tak suka dengan keadaan sunyi. Saya akan jadi sangat rasa tak berguna. (Tiba-tiba saya berimaginasi yang saya sangat takutkan keadaan hutan batu ini). Saya sendirian di kota (walaupun ada adik yang sedang mengandung di bangi yang perlukan kasih sayang saya sebagai kakak sulungnya). (Saya malas mahu memandu ke sana dan juga akan perlu pergi ke rumah mertua mereka juga). (Nanti mereka mahu carikan pasangan untuk saya secepat mungkin).

Saya benci dengan keadaan sunyi itu.


Saya akan rasa takut bila rakan-rakan serumah saya diam. Maksudnya beserta dengan saya akan rasa perlu diamkan diri supaya jangan rasa dibenci sebab sangat kepoh dan kecoh. Biasanya, saya memang banyak mulut. Macam mak-mak dalam rumah bujang tersebut. Kurang-kurang saya rasa di sayangi juga kalau ada yang melayan cakap-cakap saya. Saya benci jadi pendiam. Macam tak serupa dengan karakter saya. Kan?


Saya akan rasa takut bila kawan-kawan rainbow saya berada dalam keadaan masalah masing-masing. Masing-masing akan diamkan diri. Nanti saya akan merapu sendirian. Tak ada siapa nak dengar saya bising-bising. Mungkin sangat menjengkelkan bila saya merapu agaknya. Saya suka nak melawan cakap-cakap Pais walau ada ketikanya saya sangat tak paham dengan status dia.


Saya juga takut bila kawan-kawan petir, kilat, hujan (beserta cuaca-cuaca lain) jadi pendiam. Rasa nanti mudah nak mendengar lagu-lagu sedih. (Kan saya jiwa acoustic rock).


Saya akan cari penyelesaian. Mudah dan serta-merta.


Saya rasa, saya mahu cepat-cepat berada dengan ahli keluarga saya di kampung. Dengan adik-adik saya yang sangat ‘high maintenance’, kurang-kurang saya terhibur dengan telatah sarkas mereka. Saya boleh belasah mereka dengan suka hati dan kemudian upah mereka dengan air tebu di masjid simpang empat dan jajan-jajan yang banyak. Yang sama-sama saya turut serta dengan aktiviti itu. Nasib baik saya berjiwa riang-riang emo. Mak abah saya kadang-kadang ‘open minded’ pasal kegiatan ala-ala haram saya. Kadang-kadang suka-suka nak marah saya. Macam manapun, Saya suka juga escort mereka ke mana-mana. Tapi lebih kepada perkataan supir sebenarnya. Saya tak mahu suatu hari nanti, saya akan terkilan sebab tak merealisasikan kehendak mereka. Nampak macam derhaka pun ada. Pada saya, ada sedikit ‘fair and square’ dalam kehidupan kami anak beranak.

Dah namanya pun ∏j2D = Luas bulatan. Betul tak?

Wednesday, February 18, 2009

orang tinggi memang tak patut bermegah


ada satu benda yang buat saya bangga hari ini. sedikit kata ucapan dari kakak-kakak senior saya.
+
+
+
+
+
kak melah juga telah bertanya akan perihal ketinggian saya di facebook. perbualan secara alam maya rentetan daripada shoutbox yang sempat saya print screen di blog kak nani.



bukan kerana ketinggian mahupun kebesaran fizikal saya. cuma teruja kerana ada yang masih mengingati dan merindui saya. kak natrah kata, dia ingatkan saya kerana saya begitu mudah dibuli. sedikit bulian dah boleh buat saya merajuk. kak syasha juga kata begitu. mereka kakak-kakak senior dorm saya. dorm safiah. cuma saya tak begitu setuju dengan perkataan merajuk. perkataan begitu adalah sangat tidak sesuai dengan saya. cuma saya perlukan masa untuk betulkan emosi segala buli-bulian pada zaman dahulu. itu zaman pra-remaja saya. pasca remaja. sudahlah mak abah jauh nun di melaka. cuma dapat pulang ke kampung pada hujung bulan. itupun naik bas cepat express ataupun bas sangkut-sangkut dari segamat ke tangkak kemudian bertukar bas dari tangkak ke melaka. itu pun sudah buat saya berderau darah. cukup takut. untuk mengelakkan ketakutan itu dapat di hidu oleh pengguna-pengguna bas yang lain, saya kadang-kadang terpaksa bergelut dengan diri sendiri supaya buat muka bengkeng ataupun muka tak puas hati untuk mereka jauhkan diri daripada saya. bencinya bila duduk berseorangan di tempat awam.


berbalik kepada shoutbox tersebut, mungkin perbualan di atas juga melibatkan ketinggian adik-adik junior mereka apatah lagi ketika mereka bertemu dengan sang arfa yang agak tinggi daripada mereka. saya pun tak pasti sewaktu en. penchu berkahwin, kak melah ada atau tidak. saya sangat tidak percaya, arfa telah menjangkaui mereka. mungkin sumber kalsium mudah di dapati pada zaman uitm beliau agaknya.


rasa-rasanya, saya mahu bagi sedikit penghargaan pada mereka kerana masih mengingati saya. cukupkan dengan hug & kiss secara alam maya. dan pastinya saya rindukan mereka. lebih-lebih lagi pada kak a'a yang merangkap kakak angkat saya sehingga sewaktu di tingkatan 2. kak a'a sangat cool sebab sudi mendengar saya bercerita. selalu. dan semestinya setiap hari saya akan ke dormnya.


dahlah, saya malas nak bercerita lagi. saya tak sabar-sabar mahu tunggu si jane di pudu esok petang. saya perlu sediakan buah tangan khas untuk beliau. encit elmo yang merah. untuk ilya, saya mahu ucapkan selamat hari ulang tahun kepada kamu hari ini (bayangkan saya menyanyikan lagu imran ajmain yang baru lagi). segala yang terbaik pasti untuk kamu.


p/s : si pais juga sudah tinggi dari dulu. dan kamu semua dari sksr dan smkas patut teruja ok...
p/p/s : amat, gue tak rindu kat lu pun. :D


Monday, February 16, 2009

laksa sekati 20 sen!

entah kenapa,
saya rasa, cerita Man Laksa itu sungguh kelakar. sungguh sarkastik. dan sungguh oldskool. walaupun heronya tak seberapa. si man tu cuma watak tempelan dalam filem ni. peneraju utama cerita ni, rasa-rasa macam pakcik emcee tersebut.

filem itu buat saya sunguh-sungguh ketawa dari awal cerita sampai habis.





pakcik emcee sepupu kepada tuan DO tu sangat cool serta dinamik.

Friday, February 13, 2009

indie sikit-sikit lama-lama jadi bukit granite


apa yang saya suka dengan lagu-lagu indie?



1. puisi/lirik lagu mereka berada di dalam keadaan realiti dan persekitaran. tidak terlalu di awang-awangan.

2. sesuai juga untuk di nyanyikan sewaktu berkaraoke.

3. arfa dan jane, amat sukakan lagu cinta gila dari grey sky morning. dan saya pula peminat si gadis yuna. saya sudah ada cd yuna 2 bulan yang lepas. dan saya yang mula-mula meminati meet uncle hussien dan hujan di kalangan rakan-rakan pelangi saya.



4. mereka nampak hebat dengan fesyen masing-masing. nampak bajet, tapi ada kelas tersendiri.

5. saya suke mendengarnya ketika keseorangan. apa lagi, ia hanya dalam kereta sajalah.



p/s : hartamas ada port baru. artis-artis indie di lepaq cafe. warung haji don pun di area-area situ juga.

p/p/s : saya mahu indie di kampung belakang rumah saya esok. tak sabar nak tengok berkat usaha membanting tulang saya pada cuti yang lepas.

gotcha!!!

Thursday, February 12, 2009

kisah syukur di sebalik keresahan

saya orang yang jenis suka bercerita.

dan kawan-kawan semua, tolong pastikan saya akan tetap bercerita hingga akhir hayat saya.
(owh, memang pasti saya sebenarnya si horton yang suka bercerita.)

+
+
+
+
+

walaupun keadaan saya kini berada dalam kondisi demam. ataupun lebih kepada dedar. sekejap demam, sekejap tidak. yang pastinya, selera makan saya sangat kuat walaupun perut saya tidak berupaya menampung kapasiti yang terlampau. itu juga mungkin petanda untuk saya menghantar isyarat supaya berhenti makan dan otak saya mungkin tidak dapat mengakses laporan tersebut dengan betul. padahnya, setiap kali makan dengan banyak saya akan termuntah. saya benci muntah. dan saya sangat benci bahan muntahan itu. ia menjijikkan!




saya tahu, ada di antara rakan-rakan saya cuba merahsiakan sesuatu perkara daripada pengetahuan saya.

contohnya, kisah pertunangan rakan saya, antara si S dan si A. mereka sama-sama bersekolah dengan saya di smkas. pada saya, sesuatu yang baik tak elok untuk dirahsiakan. katakan tiba-tiba saya jatuh cinta dengan si A, tetapi saya tidak pernah tahu statusnya, rasa-rasanya perlu disalahkan pada siapa? saya atau si A atau rakan-rakan yang cuba merahsiakan perkara tersebut dari saya. ok, nampak saya cuba memperbesarkan cerita yang tak berapa hangat, tapi pada saya semangat setiakawan pada kami agak berkurangan kebelakangan ini. atau di cuba untuk menjauhkan diri dari saya. who knows? dah lah, saya malas peduli walaupun isyarat naluri saya mengatakan saya perlu peduli dengan sebuah kisah persahabatan saya dengan si NbA.


saya juga tahu, sejak kebelakangan ini saya sedikit serabut. saya tipu diri saya. saya katakan pada diri saya, saya tidak pernah ada apa-apa masalah. dan jika ada, saya masih boleh selesaikan seorang diri dengan apa cara sekalipun.


dalam blog ini, tidak perlu untuk di ceritakan apa masalah yang sedang melanda. dan bagaimana untuk saya lari daripada kenyataan tersebut. nampak sangat tidak cool, kan? sedikit benar, tak semua hidup saya bagus dan indah. tapi, saya perlu lawan dengan masalah. selesaikan dengan betul. mungkin mudah untuk saya untuk menghadapi hari-hari mendatang. saya perlu jadi ain yang kuat dan gagah macam selalu. orang pun mungkin muak untuk mendengar luahan yang bukan-bukan, atau yang nampak selalu sedih padahal dalam hidup saya serba mencukupi. ada tempat tinggal, ada kereta, ada rakan-rakan serumah, ada rakan-rakan yang dah tak berapa pelangi, ada keluarga dan juga ada hutang. dah nampak tak rock la beb, kalau zaman sekarang tak hidup dengan hutang. hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pinjaman pendidikan. tengoklah kalau tahun depan cuba nak sambung hutang ptptn pula.



hari ini,
saya mahu berseru pada rakan-rakan semua supaya bersyukur dengan kehidupan yang telah ditentukan untuk kita walaupun tak sehebat mana. mungkin satu hari nanti, pasti yang positif akan datang. saya juga selalu nak mengingatkan diri sendiri supaya betul-betul percaya kepada qada' dan qadar.

Wednesday, February 11, 2009

rock star!!!!!


dua menjak yang lalu,
si penggunting rambut atau si barber atau hair stylish adalah sangat 'kacip' (penggunaan ayat pipiyapong yang telah mempengaruhi sebahagian besar gaya percakapan. umar, sila take note. pelajaran nombor 1 hari ini.) dengan saya.

dalam masa setahun, kepanjangan rambut saya sudah pada masa paling optima.


keadaan gigi yang jongos 2 bulan yang lepas.



dahi bertuah yang kelihatan jendul.



tapi sejak baru-baru ini,
saya mahu kelihatan nampak segar dengan gaya baru.

(KREDIT untuk cik arfa, kerana sudi meluangkan masa wiken yang panjang bersama-sama dengan cowoknya. terima kasih juga untuk anda kerana sudi temankan saya ke salon di kotaraya, mydin jalan pudu dan lain-lain).





apa macam?
ala-ala drastik jugak la...


gua dah cakap, gua memang nak nampak rock!

Friday, February 6, 2009

bukan kelab malam sekolah


kalau dulu-dulu masa zaman sekolah menengah kami, kelab penulisan kreatif boleh dikatakan agak begitu popular. ini kerana, segala pembuatan dalam 'zine' sekolah adalah didapati dengan sebahagian besar daripada kelab tersebut. segala idea-idea dan bahan-bahan penulisan didapati daripada ajk-ajk serta manusia-manusia kreatif yang di selektif mengikut kesesuaian dengan bahan dan persekitaran sekolah kami. sudah nama pun sekolah agama kebangsaan, takkan segala bahan gosip-gosip liar akan di dapati dalam majalah sekolah tersebut? lawak yang sedikit lucah pun mesti di 'rejected' oleh para ustaz, ustazah mahupun zulhazmifitri selaku ketua pengawas di tahun 2000.

haih, zulhazmi memang tidak langsung lucah dari awal penglibatannya dalam sekolah tersebut sehingga tamatnya kami belajar di situ.


nak dikatakan, daripada zaman sekolah saya memang merupakan pelajar yang sangat tidak mementingkan kehidupan buku latihan di sekolah. ataupun papan hitam. apatah lagi buku teks. cukuplah sekadar mendapat pinjaman buku teks dari sekolah. kalau dapat yang bersampul rapi memang sangat berkadaran terus dengan saya. tak payah nak sampul-sampul lagi. sangat leceh!

begitu juga sebarang karangan-karangan untuk dibuat latihan di bawah pengawasan ustazah-ustazah bahasa melayu saya akan tetap di'skipped' walau bagaimanapun caranya. saya memang dah dibiasakan terlatih dengan sikap tidak ambil hirau perasaan marah ustaz, ustazah pada masa lampau. mungkin kebanyakan daripada mereka sangat kecewa dengan sikap tegar saya itu. mungkin, jika ustazah jurimah yang mengajar saya matapelajaran bahasa, mungkin ada banyak peningkatan dalam pembelajaran saya. tapi, sejarah tetap tinggal sejarah. tidak boleh di ulang balik, cuma hanya boleh diingati untuk dijadikan kenangan lampau.

dan saya juga bukan merupakan seorang pelajar yang mementingkan seni dalam hidup saya. cukuplah sekadar gambar pemandangan di sawah yang dihiasi gunung ganang dan disebaliknya punya mentari yang terbit indah. juga burung-burungan yang berterbangan bebas. serta sebuah rumah kampung diatapi dengan daun mengkuang. lukisan-lukisan saya juga berdasarkan sebuah tema seperti, jauhi dadah kerana ia membunuh merupakan lukisan huruf, jarum suntikan dan gambar tengkorak sahaja. adalah sangat tidak menakutkan.

tapi, di dalam gambar yang satu ini, saya tidak nampak di mana relevannya saya di situ.
adalah sangat menghairankan dan janggal bila nampak berada di kalangan orang-orang yang bijak mengutarakan pandangan dan memaparkan idea-idea bernas.


kelab penulisan kreatif tahun 199?


tapi,
kalau diwujudkan ruangan penulis gosip liar, mungkin calon utamanya hanyalah saya.
& atau saya cuma slapstik.



p/s : malam nanti, saya cuba nak jadik minah rock. dan minggu depan saya akan update gaya baru saya. wohooo~

Thursday, February 5, 2009

auuuuuuuu~

kawan-kawan sekalian,

kalau nak tengok movie yang laju dan ganas, apa kata try tengok movie ni.




vampire vs werewolf seh~

Wednesday, February 4, 2009

cinta tak sempurna


kalau macam biasa kat pasar-pasar malam batu 4 port dickson dan kampung puah seberang mesti ada telur masin rebus separuh, kalau kuning oren isi banyak kira dia lagi ngancamlah. ada ikan selar goreng. juga mesti daging bakor.

kalau ikut gambar atas ni,
memang banyak kurang. telur masin takde. ikan selar goreng takde. daging goreng kunyit. ape barang... tak cara langsung!

cuba tengok gambar belah bawah ni ;



tapi, punyalah tak colorful macam selalu, dapat gak gua perabihkan semua. ye tak?

Tuesday, February 3, 2009

ntah hape-hape la~

hari ini,

saya tengah malas.
saya tengah benci.
saya tengah sakit kepala.
saya tengah kayu.
saya tengah marah.
saya tengah-tengah.
&
saya tengah rindukan fairly odd parents dan jimmy neutrons.