Thursday, July 29, 2010

Mak Mah tak ada, tapi Pakcik ada Nak.


Gua. Selalu nak penuhkan masa gua. Dan perut gua. Dari menhadap televisyen pasal cerita keretapi. Walaupun host itu Hendry Golding. Kacak dan menarik. Popular juga.

Selepas gua setting gps, gua hidupkan juga enjin kenderaan yang tak berapa pacu di atas jalanraya. Gua setting sampai landmark jalan tersebut saja. Keai makan yang gua nak pergi ini, belum masuk gps lagi. Lepas tu, seperti selalu gua buat muka tak segan dengan abang burger seberang landmark tersebut untuk pergi ke kedai makan yang gua teringin sangat mahu makan.

Dan-dan abang burger tu cakap 100 meter ke hadapan lagi. Dengan muka manis gua berterima kasih. Penyeri-penyeri gua dalam kereta pun mungkin tunjuk muka manis juga agaknya. Yang itu gua tak perasan.

Selepas 100 meter kehadapan, gua tak jumpa-jumpa lagi. Tambah 100 meter kehadapan lagi juga tak jumpa-jumpa. Gua bersumpah-sumpah seperti biasa. Tambah 100 meter lagi, baru betul. Itu pun, selepas nampak papan tanda Warong Soto Berlada.

Hilang gundah. Hilang gulana sekejap.

Gua juga 2 gadis yang lain, memasuki ruang paling belakang. Dari jauh gua nampak muka garang Adlin Aman Ramli. Gua tunjal-tunjal pinggang gadis-gadis yang datang dengan gua.


Baru saja mahu melabuhkan punggung gua, satu abang baju putih datang dengan senyum manis. Kopiah pun ada di kepala. Itu pun gua sudah jadi terpaku.

Terus gua tak jadi order yang runcit-runcit. Gua order yang special punya.



Tak sampai 3 minit, air datang. Soto-soto sedulang pun datang. Abang-abang yang hantar. Wah! gua ingat kedai tu memang di datangkan dengan abang-abang manis.



Soto special panas campur kicap berlada dengan kopi o kaw. Memang buat gua menangis kesedihan juga teresak-esak hidungnya menghadap rezeki.






Hilang sedikit rindu. Hilang rasa lapar. Itu yang gua mahu. Seperti selalu.



Tuesday, July 27, 2010

Rambutan Gading kepunyaan siapa?


Berambut lebat, bulat-bulat panjang sedikit, berkulit nipis, berisi kenyal-kenyal lembut lembut dan rangup, berbiji keras. Dan tak lupa, warnanya kuning-kuning keorenan.

Dan berdoa musim itu tidak hilang sekelip mata. Dengan keadaan tergantung. Masih tergantung.

Terhuyung-hayang, terkapai-kapai di buai angin panas, sejuknya hujan, gemuruh bunyinya dentuman guruh dan lajunya kilat sambar-menyambar.

Di pohon yang kelilingnya, cuma semak samun. Yang bisa mengundang mala petaka.

Mungkin sebab kedegilannya, yang buat ia masih tergantung.

Di situ. Menunggu sesuatu yang tak pasti. Mana arahnya nanti.



*****



Cerita lain.


Kuala Lumpur

Di hujung kesibukan laluan menuju ke luar kota. Dia masih di situ, dengan egonya sendiri. Kaku dengan emosinya sendiri. Yang ada cuma resah erti sebuah kerinduan. Yang tak berbelah bagi. Yang bisa bikin banjir besar secara tiba-tiba. Datangnya sebuah mala petaka.

Dia. Selalu sedar diri. Sibuk dengan prinsip yang manusia-manusia tidak mahu pakai lagi. Sudah lapuk. Sudah lama. Bila-bila saja mungkin di telan zaman. Tapi, dia sibuk dengan prinsip yang nampak bodoh itu depan manusia-manusia lain.

Ya. Dia memang bodoh. Bodoh dengan kehidupan dunia. Kehidupan dunia yang warna warni. Gemilang bak pelangi.

Sebabnya, dia sendiri tak pernah yakin dengan dirinya sendiri. Yang tak mahu berpura-pura dengan kehendak dan keperluan hidup untuk penuhi erti sebuah kehidupan. Sebab dia sentiasa yakin dia tak sesempurna mana. Yang tak berani menjamin sebuah kehidupan yang bahagia. Yang selalu bisa mengundang ketidakselesaan pada manusia-manusia lain. Yang juga tidak pernah menjanjikan apa-apa. Kerana dia selalu tidak pasti.

Dia. Sibuk dengan egonya sendiri. Sibuk dengan emosinya sendiri. Sibuk dengan dunia juga manusia-manusia sekelilingnya di dunia ini yang mahukan dia. Perlukan dia.



*****



Cerita lain.

Di mana-mana.

Datangkan beliau. Dengan keadaan natural. Dengan raut wajahnya penuh kasih sayang. Dengan rasa cinta yang besar. Juga dengan rasa nafsu.

Bukan dimatanya nanti, cuma nampak wang. Cuma nampak darjat. Cuma nampak nama besar. Juga, dunia bukan dalam genggamannya. Bukan itu cita-citanya.

Beliau, mahu ada rasa melindungi. Membimbingi. Mahu selalu bertanggungjawab. Tanpa janji. Tanpa kata-kata. Tanpa rasa yang beliau sendiri tidak pasti. Dan itu yang dia paling pasti.

Sebuah hakikat. Sebuah kebenaran yang boleh dia selesa saja.

Yang juga tidak putarkan kepalanya selalu. Yang juga tidak tundingkan jarinya saja. Tanpa rasa bersalah. Bukan itu kehidupan yang dia cari.




Friday, July 23, 2010

nama dia, Lala


gua ada kawan.



dari kecil sampai dewasa.



kawan yang boleh buat muka samseng sama-sama. kawan mahu ponteng aktiviti sekolah sama-sama. kawan yang tak cari populariti dan meraih dunia glamour. kawan yang suka cakap terus terang. kawan dari sekolah rendah sampai habis sekolah rendah.


tanpa dunia komunikasi. gua pernah hilang dia.


berbelas tahun gua cari dia. dan-dan tanpa di duga, gua terjumpa juga.

masih seperti dulu. putih, kecil kementot dan bermuka garang.


Lala, nama dia.


sejak dari itu, kami serumah. juga sebilik. berjiran bersebelahan tilam. dekat 4 tahun juga kami bersama-sama.


suka. duka.


air mata ketawa, air mata menangis, ba
nyak berlaku depan dia. selalu kebodohan gua memang depan dia.



Lala,

Terima Kasih Kawan!




Wednesday, July 21, 2010

Tapak yang masih ketinggalan



Lama juga gua berehat dengan blog.



____________________________________



Lagipun, gua sibuk dengan hal dunia.

Keluar masuk dunia siang malam. Tanpa henti.

Melihat hakikat sebuah kehidupan.


____________________________________


Gua harap, gua sabar dengan keadaan yang lebih luar biasa.

Nasib baik gua dah biasa.