Wednesday, April 30, 2008

cuma..


aku cuma tak makan buah:-

1. durian
sebab : aku penah cuba try makan, tapi kuor balik segala isi perut aku tu. lpas tu, aku dapat demam teruk. so, sape2 nak dajalkan aku, bagi je la benda2 yang berasaskan durian. konfem aku demam teruk.

2. durian belanda

sebab : durian belanda ni pun macam durian. kot. entah. susah nak describe plak.

3. nona
sebab : nona ni macam durian belanda. kot.

4. nangka
sebab : nangka macam durian kot. org kata, angin makan nangka.. betul ke?

&

5. buah rosak yang dah busuk.. eheh..

Tuesday, April 29, 2008

si pencari rezeki ditengah kota

mereka adalah 2 ekor haiwan. lembu namanya. nak kata jantan ke betina, aku tak berani plak kata. aku bukan veterinar.

tapi mereka adalah haiwan peliharaan di tengah-tengah kota kuala lumpur ni. masih ada pengembala. keadaan masih seperti di kampung-kampung halaman kita. cuma dapat di bezakan, ada lrt dalam pemandangan itu.

bila dah jadik haiwan kl ni, haiwan-haiwan especiallynya si lembu-lembu ni, khasiat dah kurang. badan tak banyak daging. harapkan tulang je besar.

apa nak di makankan kat situ, rumput dah pendek, 2 minggu sekali dah di tarah, lom sempat panjang dah pendek. nak makan pucuk-pucuk kayu, lagi la takdek. takkan nak panjat-panjat plak pokok-pokok nun jauh dongak kat atas tuh.

* aje gila, korang penah nampak lembu panjat pokok ke? kalau ade, bagitau akak yer..

Monday, April 28, 2008

tajuk dalam pembikinan


Hatta Dolmat (bukan nama sebenar), merupakan seorang jurugambar separa profesional di kota KL.

pekerjaan sebenar hatta adalah seorang it developer/system supporter di bandar shah alam. beliau juga merupakan seorang pekerja yang amat berdedikasi di kalangan staf yang lain.

beliau mengambil keputusan menjadi jurugambar bebas ini demi memenuhkan masa lapangnya pada hujung minggu. di samping itu, aktiviti ini juga dapat menambahkan pendapatan beliau juga.

ketika bersiar-siar pada hujung minggu yang lepas, beliau tertarik dengan satu panorama.

beliau membuka begnya, mengambil kamera, dan terus men'snap'kan tarikan tersebut.





* cerita ini adalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. jcerita ini juga bukan cetak rompak. sekian.

Friday, April 25, 2008

di hari konvo yang havoc

hari semalam takde lah dalam sejarah sangat..

2 ari penat betul sebab jadik macam student balik. beratur, nama kena sebut, naik pentas, amik gambo..

adeh.. boring tahap gaban. dan dengan selamatnye, time pakcik2 yb dok berucap, walaupun dok barisan no. 3, aku dgn otai2 yang lain, selamba jek tido. boring dowh.. ayat ikut teks. ni lah orang malaysia, takde idea sendiri. paste jek apa yang dieorg gase best.


ok, aku ingat aku kuat sangat.. yelah, ni kire kali ke 2 naik stage amik sijil.

tapi, hampeh gak, aku ketaq beb! budak depan aku pun bleh perasan time tu. dalam skrin bleh nampak aku gigil. mungux betul. abis macho aku atas stage tuh.. ahax..

lpas tuh, aku sambung tido balik. ye la, turn dah abis, sape nak tunggu lagi kan?



muke sebek baru bangun tido



lpas turun stage



muke sebek lagi penat bergambo :p




aku ade munge..



eden poyo

yaey!! aku dah konvo lagi..


Tuesday, April 22, 2008

catatan harian sebatang tubuhku

nama penuh : lighter @ pemetik api
nama timangan : kiosk
bar code : 8 313321 248689

aku di lahirkan di sebuah kilang yang tak besar mana. tapi, aku sangat gembira apabila dapat di lahirkan. ketika itu, aku berfikir mahu berbakti kepada bangsa dan negara. moga dapat jadi benda yang berguna. mudah-mudahan tercapai doaku ketika itu.

selepas itu, aku di solek secantik-cantiknya, aku telah di hantar ke sebuah bangunan yang sangat terkenal di malaysia bahkan juga di seantaro dunia. KLCC. tetapi, aku telah di tempatkan di sebuah kedai yang keadaannya tidak berapa menarik. sebuah kedai runcit francais. di situlah, aku berehat dan tidur apabila ada ketika tiada siapa yang mahu membelek-belekku. aku berehat panjang benar.

dan satu hari, bertarikh 1 april 2008, telah hadir seorang wanita untuk membeli sejenis pemetik api. dan ketika itu, dalam banyak-banyak harga, aku lah yang paling murah. bakal tuan ku telah mencapai tubuhku. syukur sungguh. rehatku terlampau panjang. mungkin sudah jauh ketinggalan dari rakan-rakanku yang lain.

aku telah di bawa ke luar bangunan tersebut. aku menarik nafas segar. wow! ada juga pancuran air yang kelihatan ketika itu. cantik sungguh. aku bangga terhadap diriku, sebab dapat melihat arus kemajuan yang pesat ketika ini. di sebelahku ku ketika itu, ada sebuah kek. aku mahukannya. aku mahu makannya. tapi, itu semua keinginanku. itu hanya khayalan. khayalan kosong. sedih sungguh.

badanku digenggam erat. kepalaku di petik-petik. terpacul percikan api keluar dari ubun-ubunku. aku sedikit panas dengan keadaanku. tapi, mula sedikit selesa dengan keadaan angin malam ketika itu. ubun-ubunku di cucuh di badan-badan pink putih yang berdiri tegak. ada 2 besar. 4 kecil. satu lagi hilang.

rupa-rupanya, aku hanya di pergunakan. aku hanya alat. semata-mata alat. tapi, aku bangga ketika api-apiku mula marak. sangat bercahaya. tugasku hanya sekejap, tapi aku puas. aku di letakkan kembali di dalam beg besar yang sangat bersepah keadaanya. aku mula lemas. tapi, lama kelamaan aku sudah biasa dengan keadaan tersebut. mungkin sudah nasibku.

sudah lama, tuan melupakan aku. aku sesak. aku punya rehat lagi. aku penat berehat.

dan tidak berapa lama, aktiviti-aktiviti aku mula cargas. aku sudah mengikut jadual tuanku. dimana aku di bawa. aku tetap mengikutinya. lagipun, aku tiada kaki mahu lari kemana-mana.

kini, tubuhku sudah separuh uzur. tenagaku makin kurang. tapi, tetap ku gagahkan jua diriku. demi tuanku. sudah tercapai doaku. aku bernasib baik, tuanku tidak menyalahgunakan ubun-ubunku. betul-betul sungguh bernasib baik.

mungkin hayatku tidak berapa lama lagi. itu, aku hanya serahkan pada tuanku. takdirku padanya.



sekian sahaja cerita untuk kehidupanku sehingga hari ini.

p/s : aku dedicatekan lagu selamanya di sisimu by ihsan kepada tuan punya lighter.

Monday, April 21, 2008

lelaki VS wanita (PART II)


malas nak cerita bukan2 ari ni. lagipun mata tengah pedih, merah, gatal dan sakit sangat.

-----

situasi 1

setuju?


-----

situasi 2

setuju?


-----

situasi 3


(berlaku pada malam meraikan pengantin lelaki yang akan bersanding pada keesokkannya.)

makcik sape ntah : aku tengok, ain tu tengah kopek kelapa2 kat luar tu, dengan sepupu2 lelaki die.

mak aku : ha, die mana suke dok main telur2 ni. baik die dok luor buat kije yang nak cepat. jap lagi, belah trus parut kelapa2 tu pulak.

mak2 sdare aku : ha'ah, dak ain memang rapat2 ngan yang lelaki dari yang perempuan.

aku terdengar dieorg ngumpat aku. CEH!

pergh.. nasib baik mak back up.

i like! aku kan gedik. nyelit je la kat dieorg.

Friday, April 18, 2008

ikhlas benarkah?

hari ini hari jumaat.

*****

bila saya bertemu dengan 'orang lama' akan jadi sedikit janggal lebih2 lagi apabila berkomunikasi. gaya percakapan yang sangat mendalam maksudnya. mungkin raut wajah saya tak cukup tenang untuk direnung. mungkin sebaliknya. siapa yang tahu. saya tidak mungkin dapat mengorek apa yang sebenarnya 'orang lama' tersebut cuba hendak sampaikan.

selepas selesai diskusi berkenaan kerja-kerja yang perlu di siapkan. saya sudah mahu pulang. sudah bangun sebenarnya untuk meninggalkan orang lama tersebut. en. b namanya. saya senyum ketika kaki mahu melangkah pergi meninggalkannya. tapi ada sesautu yang mendesaknya untuk menuntut perbualan dengan saya. PERIBADI. saya sudah dapat syak selepas selesai saja diskusi tadi. mungkin ada yang bermain2 dimindanya.

en. b berjaya menahan saya. sedikit rasa hormat saya sebenarnya. seperti bapa dengan anak. saya duduk kembali. saya mula tidak selesa. en. b perhatikan lagi raut saya. saya hanya tersenyum. tak mahu fikir yang bukan2. takut tersalah tafsir.

soalan pertama yang keluar dari bucu mulutnya, bila nak kawen? saya tersenyum. kalau saya malas nak menjawab, saya suka sangat tersenyum. dia cuba korek lagi, mula tunjukkan gambar2 yang lain, anak2 saudaranya yang baru berkawen, rakan2nya yang berkawen 2, 3. en. b tanya lagi, bila lagi? ooo, saya cakap, bulan 8 ni adik saya akan berkawen. jemput datang ye, tapi kad pun belum buat lagi. dia tanya lagi, saya tanya awak. ooo.. saya belum hendak lagi. muda lagi. dia tersenyum. wah, sudah nak mengikuti gaya saya nampaknya en. b. saya mula rimas. saya tukar topik.

betul lah, die betul2 orang lama. setelah pusing2, dia sampai ke tempat tujuannya yang sebenar. ok, cara saya matikan perbualan pasal topik tu dengan perkataan ikhlas.

ikhlas.. (dalam kepala saya teringat filem dunia mau kiamat. tak ingat judul yang sebetulnya, tapi jalan ceritanya saya ingat.)

berapa ramai orang yang betul2 ikhlas pada tuhannya, pada rasulnya, pada dirinya, pada orang lain, pada keluarganya, dan pada kenalannya? susah nak jawab, kan? sebab ia bersifat umum. kita sendiri tak tahu nak mengklafikasikan ikhlas itu seperti apa? kenapa? dan bagaimana?

saya katakan padanya, saya kena benar2 ikhlas pada diri saya sendiri, baru saya fikirkan hal2 yang lain. en. b terkedu dengan jawapan saya. saya hanya menunduk. mungkin bila berbicara begini, saya tampil sangat dewasa mungkin.

dan, saya angkat kaki dan terus berlalu pergi.

*****

IKHLAS

renung2kanlah dan selamat bermesra.

Wednesday, April 16, 2008

all my life

belakang dari kiri : ijat, anem, ain, eqin, tasya
depan dari kiri : wawa, abah, mak, aiman

bile aku tengah susah hati, aku akan tengok gambar2 yang orang yang aku sayang. seperti gambar family nih.

aku tengah ada angin nak describe sesorang dalam family aku.

1. abah

orang kate, aku ngan abah banyak persamaan. muke lebih kurang, perangai lebih kurang. sama2 panas. abah cakap A, aku akan ikut A jugak. tapi, aku ngan abah tak byk kongsi ceriter pun. kalau borak2 pun mesti pasal ape yang aku nak buat masa depan aku. pasal kerjaya, psl kereta, psl bisnes ape yg aku nak buat kalau aku still tak dpt kije gomen. mcm anak lelaki kan abah treat aku?

2. mak

suku sifat mak, aku dapat. over peramah, banyak mulut, ringan tangan, time bz mesti ringan tulang. tu sifat mak aku. tapi, mak ngan aku cepat sangat sensitif, nak2 bile aku start dok jauh ngan die. die kate aku tak sayang die. bile aku tak balik kampung, die cakap aku tak sayang die. sensitif kan? tapi, time parent aku gi kl, dieorg tak penah gi umah aku. tak penah tau pun umah aku kat mane? so, kalo aku nak buat dajal, boleh je kan??

3. anem

ni adik bawah aku. die cantik. tu sebab die kawen dulu. mak cakap, aku ngan die kuat berebut dulu, ye la lagipun jarak kiteorg 2 org dekat sgt. aku tak pnah rapat ngan minah ni pun. mase die mula2 cakap nak kawen dulu pun, aku tak terperanjat, sebab die memang nak kawen dulu dari aku. aku x kisah pun. sebab aku nak kawen lambat lagi. adik-adik aku ramai. yang kelakonye, die pikir aku nak buat skali ngan die nanti time kawen nanti. die cakap tak grand nanti. lagipun, aku takmo gak. sebab aku gase, aku lom pikir pasal kawen lagi. banyak agenda lain.

wiwin, sila take note. aku lom terdesak nak kawen tau..

4. eqin

die ni, suke ikut kepala sendiri. dari segi belajo ke, dress up ke, suke2 die jek. tapi, kadang2 die suke nak jadikan aku contoh die. contoh tu dari segi karier la. pasal cintan, champion nih. aku tak bleh lawan adik2 aku. semue dah tahap master dah. aku suke perangai die ni, kalo aku tak larat, die akan buat semue kije kat dalam rumah tu walaupun merungut2. merungut2 pun dapat upah dari abah aku. ngelat betul. aku gak je dok buat kije amal.

5. ijat

baru lpas spm, hala tuju, tak tau gi mane. die kate, die tak bleh ikut aku. give up dulu awal2. aku pun tak suruh die jadikan aku contoh. aje giler.. aku sendiri terkontang kanting. die ni plak, suke ketipkan aku kuku, siap asah2 then bagi kilat2kan kuku2 aku. best! kalo aku nak terapi, aku mintak jek tolong die. janji top up 10.

6. tasya

ingatkan die paling last skali. so, aku terlebih la manjakan die dari time darik kecik. kepala batu macam aku, degil! tapi, aku tak bleh tengok kalo parent aku nak belasah die. seblom parent aku angkat tangan, aku dah bagi dulu tangan aku. apesal ntah.. eii.. jahatnye aku..

7. wawa

time umur aku 20 tahun, tibe2 mak aku cakap, die pregnant. wow!! tergezut beb! dan die ni konon2 paling manja la ngan aku. konon2 jek tau.. tapi, parent aku dah banyak hand over tugas mendidik budak2 ni pade kakak2 nye. aku pun layan, ala2 askar yang tak berapa kijam la.. eheh.. time manja2, time bagi, aku bagi.. eheh. wawa ni ringan tulang. macam orang tua.

8. aiman

mamat otromen dalam umah aku. ngigau pun boleh sebut otromen siap buat gaya lagi. die ni susah nak bace, lagi pun aku dah biase membesar dengan adik2 pompuan. bile kna lelaki, ade payah skit. lagipun, die ni jenis takmo dengar arahan. susah..

*****

dah la.. malas nak ngarut lagi, nak prepare minute meeting. sat lagi nak jumpe client.. menci..

banyak cerita

mukadimah

cerita 1, 2, 3 dan 4 tercipta ketika aku sedang melipat drawing di rumah malam tadi. carita atas no .1 tercipta selepas selesai aku lipat drawing.


-----

cerita 1


mungkin ramai yang tak ikut drama tv3 pkul 6.30 ptg. BELLA. criter ni, asalnye tak masuk dalam rutin aku pun, sebab takde yang menarik dan sesuai di tonton bagi kebanyakan masa aku. baik layan berita. cewah, tipu giler... ;p


episod semalam, betul2 sakit ati. (ayat emo)

BIATCH! sama nak tuju pade bella atau dr. ryan. tapi dua2 sama. kesian sangat pada dr. mia. insan paling baik atas dunia. tapi di lukakan org yang betul2 die percaya dan die sayang.

kesian kan? tapi, tindakan die memang betul. just let it go. jangan toleh ke belakang lagi. teruskan hidup. kalau nak paksa pun, tak boleh. tu mungkin bukan jodoh kau. so, lepaskan saja.

-----

cerita 2


sebab selalu layan korean drama (dek terkena jangkitan dari apox), aku terlupa CSI vegas rupenye semalam. tu pun dok teraba2 carik channel lain.

orang anexrosia, bolimia tak sesuai nak menonton siri tu. wow!! tabiat makan yang melampau. (aku tau, jane tak suke tengok benda seram2). bagi yang sedang makan, criter ni tak elok untuk di pertontonkan. :D

bayangkan, bile perut kite di belah, terbarai 6 liter campuran sisa makanan yang belum hancur beserta air umpama kumbahan. macam tempat kumbahan yang baru dalam proses nak di kitarkan untuk tujuan pengasingan bendasing. eceh, dah macam ayat indah water pulak dah.

so, moral of the story, makan jangan buruk lantak. nak2 kalo buffet. relax2 la beb. kalo tak, sure nanti dah macam lembu yang ada 4 perut. eheh..

-----

cerita 3

daniel meade belum boleh jadik ketua kat mode publication, sebab die tak bleh decide ape2. yang selalu bagi idea pun cume cik yang pakai spek merah yang pagarkan gigi kaler biru. cik betty la tuh. aku suke alexis. damn hot! body, otak superb!! nasib baik ko menang paintball alexis.

amanda, mark. super best frenz. idea jahat tak penah kering. tu yang show. kalo tak jalan criter kayu jek..

-----

cerita 4

housewive yang desperate. dah nak tido pun, aku boleh tergelak2 sesorang. lawak giler..

aku suke lynette. si pesakit kanser. asal2 tak bleh nak telan pun makanan. tapi, dek sebab mak die sayang dan tengok anak die mcm tu, die masukkan dadah tu skit dlm brownies utk anak die.

dan.. korang tau je la jalannye macam mane dah.. hahaha..

-----

cerita atas no. 1

malas nak layan member aku sorang ari ni. apesal ntah. die bleh bagi aku sakit ati jek ari nih. bangkai btul!! geram pun ade. macam siyyal!! dari mood nak lunch, berkecai selera aku..

elok2 mood aku baru nak stabil, die buat hal. aku tau la ko dah tunang. tapi, tak yah la lahabau nak kutuk aku kaw2. geram seh..

aritu siap nak putus tunang, aku tak kasik putus. suruh bersabor jek ngan tunang die. dah tunang die perangai manja manja tu. tahan kan je la. bertahun2 boleh sbor, biler baru nak pulangkan cincin, dah nak nangis depan aku.

korang tau die kutuk ape?

eh ain, lain kali pakai la baju kurung ketat2 skit. bagi nampak body skit. ni dah macam nenek2. dress up mcm tu.

aku diam lagi.. malas nak layan. kalo aku layan, aku bagi penyepak jek.

ko tuh.. pakai la lens, pakai baju fit2 skit. cube tengok mcm tunang aku.. comel jek..

what the hell!

tu tunang ko.. aku member ko jek ngok.. suke aku la nak dress up camane.. dah aku pun asal2 orang kampung. buat la cara kampung. aku sedar diri..

Tuesday, April 15, 2008

kawalan minda

aku perlukan sesuatu saat ini.

*****

bukan rokok. bukan dadah. bukan sex. aku tak layan bende tu semua. saat ini..

*****

aku perlukan lebih daripada acara lepak2 biasa. yang ada agenda. bukan makan-makan seperti cheese tart yang sedap. bukan shopping atau window shopping. bukan manicure or pedicure.

aku perlukan lebih dari itu.

aku nak buang sikap stress aku. bile stress, aku bengang. mulut aku macam siol nanti. oppss.. lasposa. sory rainbows, aku terlepas..

*****

aku perlukan lebih dari itu, aku rase bosan bile buat bende-bende yang sama. aku lain. aku rumit. makin rumit.

aku dah lame tinggalkan bende yang aku sukekan dulu. pegi stadium dengan geng. tengok bola. bersorak!!

atau, bile aku perlukan saat sunyi sendiri, aku suke mengail. umpun-umpun. cacing. sebahagian binatang-binatang fevret aku. kadang kala udang. tapi, udang boleh di jadikan lauk. seperti sambal udang letak petai. yummy..

bile aku rase nak marah, aku suke menyanyi. aku suke karaoke. walaupun selalu sangat aku akan salah rentak atau salah lirik. aku tak penah peduli semua tu. janji aku nyanyi. dan nyanyi lagi.

bile aku betul-betul marah, aku suke main game. aku layan game kereta. game fight2. game tembak2. aku tak reti main game bola. kalo aku reti main, sure pais ngan wiwin kalah dalam tangan aku.

*****

bile aku rase nak tido. aku akan tido. tido lame2. tido sampai malas nak bangun.

tido sampai aku terlajak macam pagi tadi. ingatkan hari cuti pulek. ahah.


p/s: ntah camane 2 kerat ni bleh masuk mimpi. mimpi faizal tahir ngan suki french kiss beb.. :D

Friday, April 11, 2008

owh bebeh...

situasi 1

e : dah isi form tu?

a : lom.. ade kat kampung..

e : abis, bile nak isi? dah nak tarikh tutup nih.. ko kena pegi jugak. kalo tak akak pegi umah ko.

a : boleh tak kalo tak pegi? malas la..

e : jangan nak ngengada.. kena pegi gak, ko takde tak meriah..

a : kalo mcm tu, tolong la isikan. ade kat umah sane.

e : ok.

a : huargh.. akak memang cun. baik betul..

e : ko jangan lupe kontek en. tu nanti.

a : orait.. ingatkan jumaat tu nanti.

situasi 2

+ dah beli kasut putih ko lom?

- lom.. nanti la.. tudung pun lom carik lagi..

+ owhh.. ok

- nanti temankan eh.. susah la nak carik bende2 tu..

situasi 3

m : dah beli tiket?

a : lom.. nanti la..

m : kau memang mcm tu..

a : org dah bank in kan dah tu.. suruh sape2 tolong gi bayarkan bil2 tu eh..

m : huh! ok..



-----

3 situasi ni.

dan,



baru perasan..



semue..



LAST MINUTE!

Thursday, April 10, 2008

my word..


spesifik topik ari ni. TIADA..

*****

BLUR..

word paling mudah bagi aku.

*****

malam tadi,

tala megi pelbagai rencah, separuh jek dapat abiskan, ade pisang goreng pembelian osmate aku yang tak dapat di kenal pasti sape pembelinye, mangga sebijik, jambu takde biji suku ngan air nestum.

aku kenyang.

tak caya? aku memang kenyang betul.. serius!

*****

tadi,

kak zi : bos nak gi the loaf. nak kirim?
me : xmo la. nak kirim ape?
kak zi : cheese tart macam aritu punye.
me : ooo.. ntah la. sedap tu memang sedap, tapi tengah tak sedap nih.


p/s : harga sekotak ni rm25. buy 5 free 1.

Wednesday, April 9, 2008

adakah itu penawar lara?

bila tengah2 posa ni, asik terpikir nak masak ape, nak makan ape jer.

apox : ayam golek
- huhuh... sangat2..

pais : ais krim
- adohai... lazatnye..

jane : bubur
- bagus untuk demam tau..

apox : horlick ice
- aku tak minum bende2 kaler putih ni.. pesal ntah.

*****

bile teringat makan2, teringat zaman kegemilangan time sekolah menengah dulu..

makan kena cukup! bior lebih, jangan kurang!

sehari 6 kali makan. 5 kali kat dewan makan, 1 kali kat kantin. yang ni rutin wajib la..

fevret menu :-

1. breakfast : nasik lemak + sambal lebih + telur rebus sebijik, dapat lebih tala..
2. rehat pkul 10 : mee sup 80 sen + donut sambal
3. lunch : nasik tomato + ayam mau lebih
4. tea break : bubur kacang cair meleleh
5. dinner : ayam masak kicap + sayur kobis
6. supper : kek kena lebih bro..

++

7. kadang2 tapi selalu jek, tapau nasik goreng kampung atau burger daging time lpas prep malam.

++

kalo kaco member2 stay up, bese tibai

8. megi kari campo air paip - yang ni darurat..

*****

aku paling suke time weekend,

time petang2 ade jek makan free dalam dorm. pergh... sungguh best..

salah satu sebab malas nak buli budak2 kecik tu la pasalnye. nak2 kalo baik ngan parent dieorg, siap kirimkan makanan lagi..

*****

dah lame tak buat kije2 cam ni la..

rindu balik saat2 tuh..

egegege...

sedikit cuma

ari ni mood saya sedikit stabil, walaupun pade awal2 pagi saya membebelkan diri sendirian.

ye lah,
lebih2 lagi jika pagi2 lagi saya sudah di kejar.

dan saya juga berhak mengejar.

-----

tengahari sedikit, banyak kerja sudah di bereskan. seronok kan? sedikit rajin cuma.

mungkin jiwa saya pantas, sedikit sama dengan motto say
a.

"definasiku tetap sama dengan kelajuan."

-----


saya rase sedikit pandai meredeemkan rm1 untuk 1500 sms. untuk masa seminggu kepada pengguna maxis sahaja. Noted ok.

dan selang tidak berapa hari, ok, rm3 akan di charged jika tidak menghabiskan sms2 tersebut.

datang sedikit kebodohan pada masa itu.

sekarang, sms datang bertubi2 yang kebanyakannye mesej2
foward dari rakan2. kebanyakannye mesej2 yang berunsurkan sedikit kel**cahan dan kelawakan tahap dewa.

-----


kuku tangan dan kaki sudah panjang.

saya perlu balik ke kampung minggu ni.



lagipun, angin saya dah baik..

Tuesday, April 8, 2008

saya dan mungkin kehidupan akan datang

semakin hari, semakin complicated hidup ni..

-----
kenapakah?

-----

saya sukekan yang orang2 lain kurang sukekan.

golongan @ kategori = minoriti.

-----

saya suke pikirkan segala keburukan yang akan datang walaupun dalam jangka masa yang amat jauh.

contoh seperti perbualan semalam,

+ aku rase, nak bukak law firm sendiri la..
- jangan la, nanti ko tak ade mase untuk family ko, ok..
+ ko suke pikir benda negatif eh..
- dah tu, aku memang pikir jauh mcm tu.

lebih kurang la ayat tu. saye pun lupe butir2 perbualan semalam.

ish.. berkemungkinan saye bleh mengalami komplikasi ingatan short term.

-----

lagi satu,

saye suke jadik perosak idealisme2 orang lain.

makin spastik minda.

-----

nah..

anda ade kawan seperti saya rupenye..

Monday, April 7, 2008

perempuan kan cepat membesar



istilah-istilah kuat makan, berperut, diet.

semua hal orang perempuan.

post ni lelaki tak yah baca la..

*****

weh, sekeping roti canai kosong boleh buat gemuk tau.

at least, dalam seminggu nak kena jogging. berkilometer2 jauhnye..



argh...

sudah... enak per roti canai letak kuah kari + dal + sambal. fevret tuh.

*****

skang ni, tengah trend sibuk2 nak diet.

"cubalah jamu mak dara walaupun ko anak dara."

berapa sebotol??

45 ringgit jek tahan 2 minggu.



ooo... ye ker?



malas nak pikir sebenarnye.. nanti2 aku pikirkan..


*****

kak, nak kurus senang je.. kite tak yah makan..

*****






sekarang aku kuat tido. bestnye tido.. eye bag pun dah kurang.. ;)

Friday, April 4, 2008

dear abah,

baru sekejap aku tertidur,

tapi dalam sekejap aku termimpi abah.

-----

aku teringat, bile melangkah ke alam sekolah, terpaksa mengisi kertas keras bewarna kuning. sampai row cita-cita, aku diam. cikgu tanya, cita-cita ain apa? ada 3 column, aku cakap, nak jadik polis, doktor dengan pramugari. mungkin masa tu pekerjaan-pekerjaan tu yang paling glamour dalam kotak minda aku.

-----

tingkatan 5, kat depan meja akan di lekatkan kad manila. cita-cita aku : BOTANIST. tapi, kawan-kawan aku suruh tukar jadi chef. aku kata, orang perempuan memang wajib kena pandai masak.

-----

lepas dapat result spm,

pok long : ain, awak tak nak isi maktab ke?

abah : (geleng kepala). tak payah la ain. tak sesuai dengan watak. amik civil je.

dalam diam, aku isi juga borang untuk pergi ke diploma pertanian.

tapi,

abah aku marah sangat.

aku diam. kecewa.

abah kata lagi, nanti beli borang masuk poli. amik civil.

aku dengar. aku ikut. tanpa bantahan. walaupun kata hati meronta. dulu abah tak kasi aku masuk teknik.

-----

bila dah meningkat dewasa ni, aku gase, cita-cita aku masih belum tercapai.

BOTANIST?? jauh panggang dari api.

-----

huh.. dalam hati abah, aku ni umpama anak lelaki.

-----

terima kasih abah..

sangat menjengkelkan!


JENGKEL


aku try buat ayat gune perkataan ni..

ayat 1 : si mangkuk B tu jengkel betul la.. asik nak kondem gua jek..

ayat 2 : awak nampak jengkel la bile berfashion macam tu!

ayat 3 : jangan nak buat muke jengkel ngan aku ye.. aku x suke.

ayat 4 : bile aku pandang jek, terasa jengkel plak ngan die.

ayat 5 : jengkel tu ape??

-----

apa maksud jengkel?

FS!!

Thursday, April 3, 2008

senyum itu satu sedekah


ari ni mood saya begitu baik..

tapi, tak tau la boleh bawak sampai ke petang ke tidak..

*****

saya menaiki lrt star dan putra hanya dengan senyuman walaupun ade muka2 yang tidak seronok untuk di pandang, mungkin kerana saya tersenyum sendiri. ahhh.. peduli hape saya.. suke saya la nak senyum.. *wink*

ketika saya menuju ke pejabat klien saya yang terletak di menara N, tiba2 sesuatu yang saya dapat sangka telah terjadi..

oppss. kaki saya terpelecot la ketika hendak melintas jalanraya.. nah, keliling saya sudah ramai mentertawakan saya.. (dalam hati saya tetap mengatakan, peduli hape saya). beserta muka tersenyum dan dengan melangkah ala2 awek kampung dengan keadaan tapak kasut yang sudah tercabut separuh, saya gagahi jua menuju ke pejabat tersebut. saya masih senyum sendiri.

ketika menemui klien A tersebut, dengan tidak semena2 dia mengatakan mata saya sudah seperti panda. tetapi saya tetap tersenyum dan ketawa. saya cakap ini fesyen orang kampung seperti saya. klien A kata saya asyik senyum. dan saya hanya senyum.

dengan kegagahan saya, menuju pula ke pejabat rakan pilihanraya saya, en. S. saya tetap tiba dengan senyuman sepanjang2 perjalanan tersebut.

tujuan saya datang untuk tandatangan bagi pihak saya dan rakan2 yang lain. ini kerana saya mengambilkan claim2 rakan2 saya yang lain yang berjumlah rm1470. banyakkan?

tiba2..


nah duit..

tapi, sudah semestinya bukan untuk saya. ia untuk en. S. tapi saya tak berpaling melihatkan wang tersebut. bukan kerana insan yang membawanya. tapi kerana wang tersebut. wow!! makin lebar senyum saya.

en. S kata, wang saya dapat boleh beli kasut baru. tapi, saya tak mahu. saya hanya mahu betulkannya di kedai kasut sahaja. saya sayang kasut tersebut. *wink*

di dalam handbag saya, ade ribuan ringgit wang rakan2 saya. saya panik juga. mana la tau. kalau ada apa2 terjadi pada handbag saya. kalau peragut hanya mencederakan saya, tidak apa. saya tak kisah. tapi, jangan ambil duit rakan2 saya ini. saya tiada duit nak ganti nanti..

*****

saya selamat sampai ke pejabat saya..

beserta dengan senyuman.. :)

Wednesday, April 2, 2008

idealisme yang amat janggal

aku gase, aku suke blog.

sebab,

aku suke buat criter2 aku, dah macam luahan hati pun ye.. lpas tu, ape yg ade kat kepale otak yang dah bersimpul2 senang2 jek kluor. padehal tajuk criter aku semue kosong.. x nmpk betapa rasional nye patut aku menggunakan blog aku untuk berkarya.. pergh.. ape aku merepek ni??

lagi satu,

aku suke bace blog orang yang merapu2.. tak tau ape yg die ceritakn tu betul ke tak. tapi ape aku peduli.. suke aku la nak bace blog.. lagi skali, ape la aku merapu lagi ni.. persetankan je la..

tapi,

kalo boleh, aku takmo jadik mcm si genius kite si sufiah yusof. kesian tengok die..

Psikiatri mania?

ni aku tak tau la, harian metro yang tulis.. suke2 jek nak letakkan si sufiah ni dalam kategori tu.. dan aku ade terbaca post psl si sufiah ni yg ade gambo naked die. serius, mase tu, aku tak tau ape aku gase sepatutnye..

sebab pandai sangat kot.. egegege..

DULU,

time skolah, aku ingat lagi ade satu insiden dalam kelas..

wei, rohaidi tu terror betul la.. fizik, add math, kimia cikai2 senang jek die nak jawab..

ntah sape jawab la, aku tak ingat.. die ckp camni..

jangan jadik pandai sangat la.. orang pandai/genius ni cepat mati.. atau jadik gile..

huh.. time tu dalam hati doa gak la jangan pandai sgt.. :))

huh, ko tu, kelas add math ke ape ke, mane ade datang.. suke2 jek nak outing..

laaa.. dah sekolah suruh gi outing, baik aku kluor, dok terperap dalam sekolah pun tak elok utk diri tau..

hahah.. alasan aku jek tu.. sebenonye memang MALAS!!

bile pikir2 balik, mcm betul jugak la member aku tu ckp kat aku.. tengok aje pasal sufiah tu.. terlampau banyak tekanan.. so aku gase, better aku cube ngan cara hidup baru..

'HIDUP TANPA MENJADIKAN TEKANAN ITU SATU BEBANAN'

cewah... poyo dol aku...

sory la korg, aku ni memang suke pade bende2 yang bukan2.. fakta ke, auta ke, gosip ke, semue aku balun.. selagi orang tu cakap tu x tipu, aku percaya..

harhar~ betapa lemahnye aku..

p/s : korang.. kalo umur aku tak panjang ke atau ilang ingatan ke.. aku mintak maaf la kalo buat criter tak betul ke ape ke..

terima kasih kerana mengunjungi blog saya.. (ceh ayat skema plak)..

Tuesday, April 1, 2008

jumaat yang panas

ok.. patutnye aku posting bende ni awal.. tapi lantak la..

-----

ok, jumaat lepas aku balik naik bas balik melaka. dari pudu pkul 9. sampai kampung aku dalam 10.30 malam.. sampai2 umah pegi dapur bukak tudung periuk, tengok takde lauk..

dan,

"mak, abah, org nak gi air panas la mandi.. susah nak tido la skang..". mak dah tau, pegi la.. ko bukannye reti penat.."

"eqin, ijat! jom gi gadek, air panas.." me sengih je.. jom long..

dengan merembat kreta parent aku, pegi la kami adik beradik..

along, ko tak lapo ke? ijat la ni.. lapo beb! makan jom dulu.. kat mane? ijat ngan selambe tongong, mc'd la.. sian aku baru balik plkn..

kan aku dah ckp, aku syg adik2 aku.. so, tgh2 mlm tu aku g 24 hours punye kat ayer keroh..

ini la muke2 lapo kiteorg..








blah jek dari situ, trus gi air panas.. mandi beb!!

yang kelakonye, org ingat aku ngan adik2 aku tu kawan2 sekolej dari kl.. wakaka..




sorry la beb.. gambo ni time aku bukak spec.. mane nmpk org2..

huhuh.. aku cakap semue org, aku panggil budak.. muahaha..

kat melaka, maki memaki tu adat la..

-----

jumaat ni nak gi air panas selayang pulak..

yezza..

ku sangkakan panas hingga ke tengah malam

ho chak!!

*****

pe bende la aku nak membebel ni, idea putus beb.. criter je la.. layan..

actually, aku mati akal.. otak, hati aku packed. sorry guys..

*****

last night,

terperanjat jugak la aku ngan lala dan hezri serta mai yang menyelebrate aku..


dengan pakaian ala2 nak tido, aku berpakaian singlet, cardigan ngan tracksuit, kami berempat makan kat kedai baru kat area2 umah aku.. dok bersila tau.. ade pondok. nice view..

kronologi kek aku yg di sponsored sepenuhnye oleh cik lala:







ni plak, hidangan kiteorg tau, tetinggal kerabu seafood pulak..



lain kali, maria tunku sabri patut panggil kiteorg2 ni gi masuk dalam rancangan jalan2 carik makan.. huh..

ini lala dan juga hezri

ni la mai.. ;)

thanks a lot buddies..

dan gambar2 aku tersangat la nampak ceria.. :)