Monday, June 30, 2008

satu ringgit, 2 ringgit, 3 ringgit, ......

fuhhh...


nasib baik!



betul-betul,
ingatkan kali ini, dapat untung.



lain kali, jangan gatal-gatal buka mulut nak beating.


tau ?????!!!!!



kalo tak rugi serat!




Friday, June 27, 2008

nafsu - nafsi = nafsa?



sudah tidak boleh ikut nafsu amarah. kena fikir secara realistik.

sebab ini zaman millenium. bukan zaman 'rotanlogi'. bukan zaman nomad.

zaman dulu,
aku selalu ikut nafsu. selalu ikut nafsu amarah.


bukan hanya setakat melempang. tapi selalu sangat bersiap sedia dengan sepak terajang. siap sedia dengan pijakan. tidak boleh tepis.
adik-adik dari yang nombor 2, sampai nombor 7, semua pernah rasa. sama rata.
tidak ada yang 'missed'.

betulkan?

aku bukan jenis pilih kasih walaupun aku kasihkan mereka.

aku pernah marah sampai terketar-ketar. sampai mengigil-gigil.
sampaikan aku fikir, jika di malaysia senang-senang meluluskan akta senjata api, mungkin aku merupakan salah seorang yang memiliki senjata tersebut.

tapi, ini malaysia. bukan amerika syarikat.
lebih realistik.

kini,
umur sudah suku abad.
kena fikir impian sendiri.
kena paksa fikir secara global.

'set'kan minda dengan matang dengan berfikir secara waras yang aku adalah merupakan seorang perempuan sejati yang tidak mahu hidup dalam ketakutan
. lalalala~

seorang perempuan yang dulu hanya mempunyai 'skill' sebagai naib pengerusi ahli persatuan kadet bomba di smkas. seorang ketua dorm safiah. seorang ahli prs. seorang naib bendahari kelab kembara sekolah. seorang ketua tingkatan 3 othman. seorang ahli rumah biru. seorang yang tidak fasih berbahasa inggeris. seorang bla..bla..bla... (sila fikir menggunakan deria ke 6).

aku tidak pernah belajar taekwando. kalau aku pernah mengangguk bila kala orang-orang sibuk tanya pernah belajar taekwando, itu semua satu penipuan.
siapa suruh kamu percaya? skill aku zero. telur itu sudah pecah tembelang.


satu lagi, aku tidak pernah belajar silat secara berbayar. semuanya secara percuma dari tunjuk ajar seorang rakan lama, pn. pitonk yang kini sudah mempunyai 2 orang anak. (owh.. sekarang mungkin sudah mahu masuk 3.) *
thinking!!!*


aku tahu sikap baran itu masih boleh 'handle'. patut tahu, siapa diri aku.
aku sudah malas. umur pun sudah suku abad.
lagipun,
aku perlukan kekuatan bila menghadapi setiap situasi.


itu adalah zaman dahulu. sudah jadi sejarah.
dan dengan harapan, sejarah itu tidak akan berulang.

+
+
+
+
+


kini, adalah zaman sekarang.

ini, zaman yang perlu alasan logika.
setiap perkara mesti ada alasan.
alasan yang perlu dicipta.
alasan serupa perkara yang perlu dipilih.
WAJIB. sama ada di beri pilihan a, b, c, d ataupun e (semua yang diatas).
tidak boleh tembak suka-suka hati, melainkan buta huruf.
bukan zaman yang dicipta untuk menurut kata hati semata-mata.
ini zaman rasional.


zaman yang perlu direalisasikan impian-impian.
ini zaman kejar-mengejar bagi aku.
(suka-suka, gatal-gatal aku mahu fikir macam itu.)

aku tahu, setiap impian tersebut masih belum pasti.
aku sendiri yang cipta impian itu.

&

aku sendiri tidak pasti, apa yang perlu untuk impian itu.



( * sekarang, impian 'short film' - mahu makan pau yik mun di tanjung malim. ngeh~ )





Thursday, June 26, 2008

sebenarnya, saya memang bukan lelaki...



& saya menyatakan mempunyai satu permasalahan.

(owhh.. bukan satu sahaja, banyak sebenarnya).

tapi di sini, hendak di'noted'kan yang saya mempunyai konon-kononnya ada satu masalah.

-----


tajuk : cepat lapar
____________________

simptom : kelaparan


nyatakan permasalahan :

kebelakangan ini, saya mempunyai satu tabiat.
berkondisi kelaparan. lapar~
bila saya kesejukan, memang lagi lapar.
bila hujan turun, saya lapar juga.
bila saya pulang dari kerja, lagi-lagi lapar.
hendak puasa? pukul 9.30 sudah menggodak air nescafe. setengah jam sahaja berpuasa. sudah tidak tahan dugaan. kedengaran bunyian berdenting-denting apabila sudu dan gelas berlaga-laga. bagaikan ada satu aura. suatu kuasa yang lagi hebat dari naruto, si jelmaan musang berlawan dengan si
orichimaru.

bila saya berkata, saya kekenyangan, biasanya, saya tetap habiskan makanan tersebut.
(untuk pengetahuan, doa dibaca sebelum ataupun semasa menhadap hidangan).


objektif : (dalam pembikinan)

kaedah : (dalam perancangan)

keputusan : (masih belum tahu)

kesimpulan : (keputusan belum ada, mana boleh sukahati hendak disimpulkan)

rujukan : (kamu semua)



zaman 12 tahun dahulu



*****



dahulu,
pelajar-pelajar lelaki merasakan diri mereka hebat di mata-mata pelajar-pelajar perempuan.
ada 'market' kata mereka.
lagipun, mereka memang suka test power.

kebiasaannya, mereka buat muka ala-ala macho, rambut sikat belah tepi, pakai minyak tebal-tebal yang boleh buat goreng ikan, bedak tabur sapu dekat muka. sikat dalam poket belakang seluar, baju bergosok siap nila ujala, seluar boleh hiris bawang, kasut kapur hari-hari walaupun 2 bulan sekali baru basuh. lepas itu, suka bersidai ramai-ramai dekat koridor depan kelas ataupun mengendap celah tingkap dalam bilik dorm kawan-kawan di asrama putera.
tapi biasa mereka selalu terlupa satu perkara, selalu terlupa pakai deodorant.


teringat kisah seorang sahabat.

ada seorang minah, boleh dikategorikan hitam, kurus & kecil. geng-geng kenok-kenok menggelarkan minah tersebut, 'black bla..bla..bla..'. hari-hari bila lalu depan mata mereka, memang tak lepas di ejek. bertubi-tubi. macam orang hutan menjerit-jerit dalam hutan sepilok. menyahut-nyahut lepas seorang demi seorang mahu mengejek. tapi, tidak pernah sekalipun, minah tersebut mahu melenting. hanya deraian air mata sahaja dapat dilihat apabila pulang ke asrama.
dia memang tabah.
tak macam aku, kuat melenting. pantang sikit. haih... akibatlah...


kini, minah tersebut hebat.

hebat di mata lelaki.


terang-terang lelaki memang suka terlupa satu benda.
mereka terlupa yang memang suka mengutuk orang. buat perempuan macam tiada perasaan.


*****

selagi kita dinamakan manusia , kita tidak boleh melarikan diri dari kenangan.
kecuali
kau hilang ingatan, dude!



p/s : opsss... aku tak benci lelaki, ok?

;p

Wednesday, June 25, 2008

bangsar ooo bangsar



selama lebih kurang 1 tahun 7 bulan 25 hari saya tinggal di kota kl ini, baru 3 kali saya menjejakkan kaki ke bangsar.

pertama kali ke maplay iaitu restoren pelita menemankan rakan-rakan saya iaitu cik afzan, cik soraya menjamu sup urat dan sup ekor.

lihat sahaja riak wajahnya.

seorang lagi rakan kami encik faiz, hanyalah melihat ogre-ogre tersebut menikmati hidangan mereka sambil dia memesan nasi goreng ayam.

kali kedua ke bangsar ketika hari sudah larut malam, sudah pagi sebenarnya ketika itu. ketika itu pula, kami menuju ke mc'donalds yang betul-betul menghadap sebuah butik pengantin bernama lasposa. walaupun sudah kenyang ketika itu, cik arfa, encik faiz dan juga cik afzan serta saya tetap menikmati hidangan larut malam.

kali ketiga saya menuju ke majlis perkahwinan seorang yang boleh dikatakan saudara. tetapi saya lebih menggemari menggelarnya saudara sekampung. jika mahu dihujahkan, mahu berjela-jela untuk mengaitkan antara saya dan dia, si pengantin.


dan selepa
s ini,
saya perlu untuk lebih kerap berkunjung ke bangsar.


saya rasa, saya perlu menjadi ahli kelab cimb di bangsar.

saya rasa, saya perlu mengunjungi restoren rebung di bangsar.





di situ, acapkali hadir seorang lelaki bernama Dr. SMS. ;)




wow ! teruja



saya memang teruja!


saya sudah ada Titus warna putih. (nama masih belum diberi).

jika mahu dibandingkan dengan cincin belah rotan, saya lebih rela untuk memakai jam. lagipun, harga emas sekarang tidak berbaloi untuk di beli. kalau saya hendak emas, ia adalah sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian yang banyak karat. lagi besar dari cincin perkahwinan adik saya.

harhar~


tapi satu tahu, itu cuma mimpi.
mimpi yang tidak akan menjadi realiti.




tetapi,
sekonyong-konyongnya,


saya sudah ada Titus yang saya perlu tunggu untuk di pakai selepas majlis perkahwinan itu nanti.




haih...

lambatnya masa berlalu...


pesanan penaja : sesiapa yang mahu bermalam di kampung saya di alor gajah pada 15hb ogos malam, sila tinggalkan nama untuk tempahan villa dangan kadar segera.

:)


Monday, June 23, 2008

igauan = bakal di laksanakan



semalam.

saya mimpi dia.




betul...

hari ini, saya kena cari dia.




*****


realistikkan mimpi itu?



revolusi minda bagi menjana insan


Rasa-rasanya, saya masih beruntung jika di bandingkan dengan sesetengah pelajar dan rakan-rakan yang lain.

Mempunyai keluarga yang sangat memahami.
Walaupun ada ketika, berperang bagai nak rak. Selalu bersenjatakan kata-kata kebanyakkannya bila perang tercetus. Itu lagi zalim dari M16 dan bom atom. Seperti selalu, ia bisa makan dalam.

Serius.

Saya betul-betul beruntung.
Kebebasan saya UNLIMITED.

Walaupun saya duduk di kota metropolis mahupun apabila balik ke kampung.

Pukul berapa saya keluar rumah, pukul berapa saya masuk rumah, ibubapa saya seperti tidak kisah. Lagipun, kunci rumah saya tidak pernah sesekali men'duplicate'. Bila mahu pulang ke rumah, pagi mahu ke subuh pun, ibubapa saya yang akan membukakan pintu. Tidak mahu main curi-curi ayam.


SYARAT
nya, Beritahu kemana hala tuju saya yang sebenar dan pukul berapa saya akan mahu pulang. Saya pegang kata-kata mereka. Cuma pesan ibubapa, jangan conteng arang ke muka.

Benda-benda jahil, minta dijauhkan. Saya takut kufur. Kufur nikmat.


Nafsu, siapa yang tidak punya nafsu. Kalau mahu,BATASkan.
Kata alim ulamak, perempuan ada 9 nafsu, 1 akal. Tidak seperti lelaki, yang ada 9 akal, 1 nafsu.

Beruntung benar kaum lelaki. Tidak perlu bersusah payah mahu membataskan nafsu. Lagipun, mereka punya 1 sahaja.

Kami, perempuan. kami (kata imbuhan) SEKAT!



Friday, June 20, 2008

suka ria sama dengan suka hati ke ?




semalam, hari khamis malam jumaat.

& selepas bacaan yasin (auje), kami berempat iaitu lala, mai, hezri dan saya menuju puncak dengan berpakaian ala kadar, seperti mahu berjogging di tasik titiwangsa.
kami menuju ke level 3 mtv karaoke yang tiada anak ayam di ampang park. untuk bersuka ria.



yehaa... :))

dalam keadaan saya berkondisi batuk-batuk yang tidak mahu-mahu juga berhenti, serta pemilihan lagu daripada mereka bertiga, saya tidak berjaya membawa lagu seperti kumpulan search, ella dan xpdc.



tidak boleh menarik nafas lega.
langsung tidak rock.
eheh!

tapi saya suka part lagu 'goyang inul'.


:x


Thursday, June 19, 2008

kelam & kelabu



sejak dua menjak kebelakangan ini, kehidupan saya seakan kelam.
tiada warna-warna ceria. tiada warna-warni pelangi. kelabu dan makin gelap. bagai tiada sinar yang dapat menembusi ke arah warna tersebut.


saya cemburu dengan persekitaran saya. rakan-rakan saya. adik-adik saya. & kamu-kamu semua.

ternyata, apa yang semua saya buat kini bagai serba ada yang tidak kena.

hendak bercuti-cuti, cuti pun tinggal hanya 5 hari. tinggal untuk majlis perkahwinan di kampung saya serta cuti hari raya sahaja.
surabaya, insyaAllah, tunggu sajalah kedatangan saya nanti, ya.



haih...

saya kuat mengeluh kebelakangan ini.



bila masa dan ketika akan datang sesuatu yang mampu bagi ummph... kepada saya.

saya akan terus menunggu. :)



Wednesday, June 18, 2008

perempuan tersebut adalah paling sempurna



perempuan.


  • cantik
  • berhati mulia
  • berbudi bahasa
  • bersopan santun
  • lemah lembut
jangan kata anak bujang saja yang suka. bakal mak mertua lagi gembira.


cukup PAKEJ!

macam anak-anak dara ni. eheh. ;p


-----


saya suka awak.
:x


itu adalah dialog kebanyakkan lelaki.
bukan dialog seorang perempuan kepada perempuan yang lain.


-----


saya straight, ok.



Tuesday, June 17, 2008

bila kata-kata itu lebih tajam dari pedang



kehadapan saudara fikri bin misti,


di sini saya ingin memohon kemaafan secara terbuka di atas ketelanjuran kata yang sedikit sebanyak telah mengguris hati saudara.

bukanlah balasan kemaafan yang saya pinta melainkan saudara hidup dengan gembira di kala masih berada bersama-sama rakan nun jauh di selatan semenanjung malaysia.



* siapa kata panda tak pandai menari?


jiwa yang satu



kadangkala,



penipuan adalah baik untuk jiwa.




(macam selalu aku buat engkau!)


puas hati?





Monday, June 16, 2008

dia, abahku


abah, abah,
engkaulah raja hatiku,
bila ku berduka,
engkau selalu temankan ku selalu.


abah, abah,
engkaulah raja hatiku.

memetik dari lirik lagu susu terdahulu, saya susun lirik mengikut gaya inovatif sendiri.


*****


saya merupakan anak sulung dari tujuh beradik. 6 perempuan. yang bongsu baru lelaki.
fuhhh... abah saya bernasib baik kerana ada pewarisnya sendiri. nasib baik juga bagi kami adik beradik, ada adik lelaki dari satu ibu yang sama. kalau tidak, mungkin wujud juga ibu tiri bagi kami.

sekarang, beliau sudah berumur lebih setengah abad. sudah tidak segagah dahulu. cepat jatuh sakit. disebabnya sakit itu, saya juga tidak sekuat dahulu. saya semakin lemah.


kamu bayangkan bila ayah kamu tiba-tiba jatuh pengsan.
begitu juga saya.

semangat = zero.


saya teringat ketika beliau mula-mula mahu ditempatkan di wad bulan lepas. hanya saya dan mak yang boleh berada di unit kecemasan. mak sudah pucat lesi. bertemankan saya yang hanya menguatkan semangat yang makin hilang entah ke mana.

saya tidak boleh tunjuk muka sedih, nanti abah marah saya. beliau akan kata saya lemah. selemah mak saya. selemah adik-adik saya yang lain. belaiu tidak suka saya nampak lemah.

beliau kata, saya punya tanggungjawab yang berat selepas ini. tanggungjawab kepada keluarga jika berlaku apa-apa kepadanya selepas ini.

*****

semalam hari bapa. sempat saya nyanyikan lagu yang saya reka sendiri. untuk hiburkan hati beliau,
abahku.

Friday, June 13, 2008

ubat kuat !!!???? - part ii


rasanya. pahit. payau. oh, tiada rasa menthol. tidak berangin.

hari ini, kesan jangka pendek yang dapat di lihat pada diri daripada pengambilan satu dos MENTALK semalam.


  • lapar yang terlampau.
  • sakit kepala.
  • fikiran melayang-layang.
  • mengantuk setiap masa.
  • seram sejuk serta panas-panas.
  • rasa marah-marah.
&
  • ketawa mengekek tak kira tempat.



* ini ubat ginseng ke ubat tidur ?


p/s : esok ramai-ramai tuntut rebat di pejabat pos. boleh enjoy duit tu. ;)

Thursday, June 12, 2008

ubat kuat !!!???



kamu tahu pasal metamorfosis kehidupan?

jaringan kehidupan.

d
ari awal sesuatu itu tercipta, dinamakan budak, kemudian muda belia, sehingga dia mencapai suatu masa optima, di namakan dewasa.

& apabila sehingga ia akan menurun jatuh ke takat yang di kehendaki oleh YANG MAHA ESA, maksudnya mati. jika dalam bahasa sainsnya, jika TUHAN tidak menarik roh seseorang tersebut, maka, dia bermaksud TUA.




aku baru lepas makan kandi tersebut. itupun selepas membaca akhbar. seDOS.

kamu fikir apa akan terjadi selepas ini?



haih...


p/s : aku dah edited... ;)

apakah?

kedengaran suara-suara sumbang bercakap dan bersiul di hadapan. butir-butir percakapan suara-suara sumbang tersebut, tidak di endahkan.

tidak peduli dengan apa yang mereka bebelkan.
terdetak juga dalam hati, "aku tak usik engkau, ok?".


mata masih meliar-liar mencari kekosongan untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong. berbunyi-bunyi minta di isi. menahan kepala berat, menuju ke destinasi yang sepatutnya.

''nah, berjaya juga!''. terdetak dalam hati.


suara-suara merdu di sampingku sempat melemparkan kata, buah keras semacam saja bunyinya.

gerangan siapakah yang mereka katakan. lagi sekali aku tak mahu ambil peduli.
aku merasakan perut aku lebih penting dari bunyi-bunyian yang bertebaran di sekeliling tika itu.


perut minta di isi. "dik, ambilkan akak air suam satu, setelah agak lama adik lelaki tersebut menunggu patah-patah kata dari aku. mahu sumpah seranah mungkin. air suam yang di pinta.
mengisi kekosongan perut, sampai kenyang.

baru aku peduli keadaan sekeliling.




'' kau cakap apa tadi?''



"harap muka cantik, tapi pekak'. balas sang gerangan tuan-tuan punya suara merdu itu.

Wednesday, June 11, 2008

mimpi cuma mainan tidur ???


malam semalam,

susah betul mahu lelapkan mata walaupun sudah betul-betul bersedia mahu tidur.

saya teringatkan sebuah cerita masa kecil saya. abah selalu menjadi pencerita saya.

*****

(di alam mimpi, sebuah buku cerita yang berkartun, abah membaca sambil menyanyi menemani di sebelah katil saya.)


bangau oh bangau, kenapa engakau kurus?
= macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul.

ikan oh ikan, kenapa engkau tak mahu timbul?

= macam mana aku tak timbul, rumput panjang sangat.

rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat?
= macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.

kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?

= macam mana aku nak makan, perut aku sakit.

perut oh perut, kenapa engkau sakit?
= macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.

nasi oh nasi, kenapa engkau mentah?
= macam mana aku tak mentah, kayu api basah.

kayu oh kayu, kenapa engkau basah?

= macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.

hujan oh hujan, kenapa engkau turun?
= macam mana aku tak turun, katak panggil aku.

katak oh katak, kenapa engkau panggil hujan?
= macam mana aku tak panggil, ular nak makan aku.

ular oh ular, kenapa engkau nak makan katak?
= macam mana aku tak makan, dah memang makanan aku.




kenapa jadi begini?





haih...



Tuesday, June 10, 2008

kamu kata gagah itu kuat?



ain : apa yang kamu sendalkan badan kamu pada batu gergasi tu?

lelaki gagah : batu gergasi ini mahu tergolek ke sana. (sambil menunding jari ke tasik buatan manusia).

lagipun, aku mampu menahan batu ini.

ain : sudah! sudah! jangan kamu seksa diri lagi!

tunggu aku salin suit sebentar.


*****

tidak berapa lama kemudian.


lelaki gagah : wargh... superwoman sudah kembali!

ambil balik batu gergasi kamu itu.

ain : haih...

kata gagah!

Monday, June 9, 2008

puteri-puteri

puteri-puteri negara kita.
penjana bangsa negara kita.
pemangkin ekonomi negara kita.

kebanyakannya rajin bertafakaur menelangkup di atas meja di belakang kelas.


setelah kekenyangan di pagi hari selepas bangun dari tidur.


kelas prep di siang hari, menuju ke dewan makan sekolah kebiasaannya.


berjalan-jalan selepas waktu makan malam di luar asrama.


ketika baju kurung sebatch sudah siap, semua bergambar kenangan.


kenang-kenangan di signboard hadapan sekolah.


muka-muka atlit puteri kita. aku main tenpin bowling, ok?


depan bas sekolah pun nak bergambar. mana pakcik anip?



muka2 belakang tembok asrama puteri tingkat 3.

look at her!


kepura-puraan bukan penting dalam hidup.




jalan lurus & jalan bengkok. ia tetap jalan.



saya suka jalan lurus yang sedikit bengkang bengkok.









saya
gembira dengan jalan tersebut??!!




mana BRAZIL, team favorite saya?

Friday, June 6, 2008

:ll

kehadapan,

para pelangi, bintang-bintang, bulan, awan, petir dan alam sejagat sekalian...


maafkan aku.

&

sangat jelas sejak kebelakangan ini aku banyak menyakitkan hati orang-orang di sekeliling secara tidak sengaja.



masalah aku mungkin disebabkan kerana RM20 yang tidak semahal mana.

sebelum


selepas



p/s : cantik view gambar ni. tahniah zen. semoga kamu dapat semarakkan lagi api cinta.





Thursday, June 5, 2008

sudah berpatah balik


saya menuang minyak di shell.

bukan petronas.


walaupun,


1) petronas malaysia pengeluar minyak utama dunia.

2) saya pernah bekerja sebagai sub-kon die loji penapisan petronas di melaka.

3) stesen petronas di kampung saya paling dekat dengan rumah.

4) saya ada cimb credit card untuk dapat tambahan rebet di petronas.


bila sudah sangat terdesak, tangki sudah betul-betul E,
& pilihan terakhir saya barulah petronas.

orang lain nak kata saya sokong belanda. kata sajalah.
saya tak mahu peduli kamu nak kata apa.


kamu lihat dalam masa tempoh 2 minggu lagi,
sudah tentu semua barang naik lagi.


tetapi, gaji juga yang tak mahu naik-naik.


haih ...

Tuesday, June 3, 2008

cantum, skru & tukul



aktiviti memasang almari cik afzan.


2 jam ambil masa.

skil saya makin kurang cekap. akibat banyak makan, lebih tidur. haih...


* saya buat sebab ada erra zirafa (edited) tau... ;)

Monday, June 2, 2008

tak pernah sekalipun memaksa ...



mak saya percaya dengan saya.

abah saya juga amat percaya dengan saya.



saya takut, apabila saya buat sesuatu, semua menjadi kesalahan.

& akan luntur sifat percaya dengan diri saya sendiri.



tapi walaubagaimanapun,


abah tetap percayakan saya.

begitu juga mak yang sangat percayakan saya.




kenapa saya perlu runsing?



* haih mr. pimples, kenapa kamu bermaharajalela di wajah saya?