Friday, January 23, 2009

cuti panjang raya cina


''anda boleh bertolak dari kl ke alor gajah selepas pukul 8 malam hari ini.''
lebih kurang begitulah bunyi pesanan daripada radio hotfm pagi-pagi ini. kepala otak saya sudah mula mengakses untuk pulang ke kampung dengan segera walaupun selasa petang hari tu saya sudah pulang ke simpang empat kerana mengambil sijil-sijil untuk sesi temuduga di seremban kelmarin.

+
+
+

kepada puan afzan (merupakan penolong pendakwaraya di batu pahat),
saya mahu meminta maaf kerana jika ada terlepas kata untuk bahan-bahan gurauan. saya tidak juga menyangka ayat yang sedemikian itu rupa-rupanya diambil peduli dengan begitu serius. afzan, saya mahu
puan meninggalkan attitude di mahkamah jika sedang berbual dengan rakan-rakan. kita bukannya rakan sekerja. cuma mungkin saya boleh menjadi pesalah jenayah di batu pahat itu nanti. lagipun, asal usul datuk sebelah abah saya merupakan orang kg. peserai. dan rajin juga kebelakangan ini saya pulang sekejap-sekejap di sana untuk melawat nenek saudara saya.


dan kepada rakan-rakan lain,
saya akan bercuti selama 11 hari bermula esok sehingga 1 februari 2009. dan blog ini mungkin tidak akan di update dalam tempoh sebutan. dan sesungguhnya saya pasti rindukan anda semua.


dan saya benar-benar merindui burger prosperity di mc' donalds.



sekian.



ain fadzal
(minah yang akan bercuti lama memandangkan bos sangat percaya pada feng shui.)


p/s : cuti panjang ni, saya nak berkebun belakang rumah. mana tau boleh kutip hasil nanti. :D

Thursday, January 22, 2009

bimbo itu seronok juga! (part 2)


bila shopping dijadikan sebagai rawatan. namanya shopping treatment kan?



salah satu pencarian yang berjaya di beli.



my new bimbo pink handbag. (masih belum ada nama.)


Tuesday, January 20, 2009

surat bagi yang memboikot


"
salam semua...


tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.


sekian.


Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443 "


p/s : aku pun ada rasa nak boikot benda-benda alah tu semua, tapi rasanya tak sampai hati sebab adik aku merangkap pekerja di pizza hut akan di buang kerja jika tiada bisnes. bukankah menganiaya orang islam namanya. rata-rata orang islam bekerja di bawah naungan orang kafir dan yahudi. yang penting pokok pangkalnya hati, kan?


ada duit, sumbangkan pada palestin. itu saja kita rakyat malaysia mampu buat.

dan katakan!


Monday, January 19, 2009

cuti hari minggu saya (dengan tidak lebih 120 patah perkataan).


hari minggu yang lalu, saya bersama 4 rakan yang lain iaitu lala (teman sebilik), lin (adik pekji yang berada di bilik lain tetapi masih serumah dengan saya), nik (rakan sekolah teknik lala) dan juga rozi (rakan lala yang sama-sama bersekolah teknik dan berstatus sudah berkahwin 2 tahun yang lalu serta masih isteri orang).

kami berlima telah berjanji akan bertemu di zoo negara memandangkan kenderaan saya dan kenderaan rozi masing-masing datang dari berlainan daerah. setelah menunggu mereka berdua sampai (nik dan rozi) yang masih tidak sampai--sampai lagi, kami (saya,lala dan lin) berjalan kaki menuju ke tempat menjaja di bawah terikan sinaran matahari untuk mengalas perut dengan memakan burger daging dan air tebu yang sedap yang berjumlah rm3 setiap seorang.


kami memasuki gerbang zoo negara lebih kurang dalam pukul 11.40 pagi dengan penuh semangat yang membara memandangkan harga tiket sebetulnya beharga rm15 setiap seorang dewasa. kami telah di sambut oleh encik-encik zirafah kesayangan saya dengan masa yang tidak tepat, iaitu masa makan tengahari mereka. dan saya mula sudah merasa sedih kerana tidak di sambut dengan ceria oleh mereka bertiga.


kami menyambung perjalanan menuju ke tempat siti dan cibon berada. dan saya juga telah berkenalan dengan mereka berdua untuk menbina sebuah persahabatan diantara kami bertiga.


mood saya kembali stabil setelah di sambut baik oleh siti yang sangat kelaparan dan juga cibon yang tidak pandai merebut makanan dari siti. kasihan juga pada cibon yang mungkin juga pemalu jugaa jika mahu dibandingkan dengan siti.

kami berjalan-jalan, penuh semangat.

+
+
+

burung berparuh yang berjaya mengigit jari telunjuk tangan kanan saya.


spesis burung punk rock jenis keriting kasar.

rusa yang telah di rejected oleh pakcik santa claus kerana kerap menjelirkan lidah. tapi sexy kan?


maskot puma yang semakin tua dan malas untuk melakukan sebarang aktiviti.

saya tiada dalam gambar diatas. mungkin telah menjadi sangat pemalu di zoo negara.

kura-kura yang telah diambil dari dalam kolam untuk photo shoot bersama tangan saya.

orang utan yang sudah kekenyangan. atau boleh dikatakan sangat buruk lantak?

haiwan haram yang tak pernah menganjing tetapi perlu dibabikan.


+
+
+

seronok, memang seronok.
tak terhingga, okeh!



Friday, January 16, 2009

rasa macam nak balik melaka ni~

masa dulu, gua kerja dalam loji penapisan sungai udang, melaka. kira masa tu memang tak cun la kalau keluar dari melaka. separuh jati melaka la katakan. tapi, nak jugak teruskan tradisi abah gua, hidup mesti nomad. berjaya jugak abah gua alirkan darah nomad kat gua. nama pun anak beranak, mestilah sekepompong punya.

masa dulu, gua kije kuli sub kon kat dalam loji tu. tempat gua lepak petang-petang kat kedai mee sup buatan pakcik tepi corner nak masuk kem terendak. tak tahulah, masih bukak lagi atau tidak kedai mee sup tu. kalau teringin nak makan mee rebus pun memang gua port kat situ punya. tok sah susah-susah gua carik port kan main jauh. gua main dekat-dekat je pun zaman dulu. sebab badan gua memang tak tahan jalan jauh-jauh kalau dah 24-7 duduk stay dalam site. memang gua base kat situ dulu.

kalau mengular pun masa breakfast dengan lunch. memang jauh gua hilang. tenaga tengah kencang masa tu. budak-budak kat situ panggil gua dulu pun kuda. tak pandai penat punya perempuan dulu. gua slow bila ada function je pun. kena pakai baju kurung. gua bawak lak watak orang perempuan. masa tu, longkang dengan gua pun nak berapa ngam. gua tak pandang longkang waktu-waktu nak menfemininkan diri gua ni. sebab bila gua pandang longkang je, mesti berdebor. debor lain macam. mesti nak tengok, longkang ke sump ke tersumbat atau tidak. masa tu kalau pandang longkang, kencang gua punya jantung memang lain macam. laju! 100 meter kalau kau lari pun, tak macam tu punya kencang. melainkan gua lari 300 meter nak pergi masuk lari 400 meter time sekolah dulu. memang haru. sampai habis sekolah, gua jadi bahan sebab lari takat 300 meter. gua nak juga pertikai, siapa suruh gua masuk 400 meter. gua nak masuk 200 meter je pun. masa tu, ketua rumah sukan gua saja nak naya gua, kot. ah, pi lantak la. sampai la ni, gua lari pun pancit-pancit.

paling jauh gua makan lunch dulu, dekat bp. masa tu gua teringin nak makan nasi beriani gam. 3 jam pergi balik. kencang tak kencang gua memandu dulu. masa tu, gua pinjam sub kon gua punya pikap. kereta baru. memang lajulah gua henjut. masa tu gua belum kenal drift, drift ni lagi. gua belum ada geng masa tu. tapi, masa tu masaot gua memang glemer. asal lalu jek kat smoking shelter tu, budak-budak jantan teriak. asal lalu kat smoking shelter jek, budak-budak jantan teriak. ntah ape hal, gua pikir masa tu gua memang tak seksi langsung. pakai tudung, coverall nomex dengan safety boot aje pun. kau orang ada nampak daya tarikan apa tak? baju pulak saiz L. lagi lah x nampak seksi, kan? masa tu, gua kecik lagi. nampak kurus. gua tak tipu langsung okeh.

dulu, gua memang kuat semangat. berpeluh pun macam pergi sauna hari-hari. sekejap gua dah masuk longkap, kejap gua daki pondok tinjau, kejap gua panjat tangki air, kejap dah ade sebelah skip bin, kejap dok mengintai mamat-mamat atas pokok. gua penyegan dulu, asal ada mamat-mamat pergi kat port gua, mula la gua serabai carik pokok nak bertenggek. atas dahan sukun pun gua boleh lepak nak elak orang mengurat gua dulu. tempat gua paling layan, kat longkang belah depan main gate loji penapisan dulu, sebab kat situ macam gua pergi berkelah hari-hari. siap ada kopi o dengan biskut cap ping pong kat pak guard main gate tu.

kadang-kadang, gua pikir gua memang untung duduk situ. sebab gua sorang je pun perempuan yang duduk base dekat site. pergi mana-mana pun ada orang teman. tu mesti takut gua kena culik. yang teman gua dulu pun, pakcik pakcik petronas yang kamcing melepak dengan gua dulu. kadang-kadang datang angin, gua curi-curi letak mata kail kat tepi jeti dulu. gua katalah pergi letak ubat cegah serangga kat situ dulu. siap buat permit work order minta izin dari ketua station lagi.


sat,

gua ada gambar muka serabai, gua nak tunjuk kat korang semua betapa hitam berkilatnya gua dulu.



time ni, gua dah cabut coverall nomex. balik rumah pun pakai selipar aje. bau dalam kasut pun dah rupa longkang. mak gua pun tak tahan, apatah lagi korang semua.


heh korang, berpeluh tu seksi ke?

Thursday, January 15, 2009

rindu untuk semua kalau kamu masih anggap aku kawan

masa di zaman sekolah dulu adalah masa yang paling lama mahu ditamatkan dalam hidup. juga, aku kena pakai uniform dan kasut sekolah saiz 9.

dan masa di zaman sekolah dulu, kita semua mula berkenalan. dalam erti kata lain, berkawan.

aku bukan jenis yang nak fight markah dengan kawan-kawan masa belajar. aku suka duduk belakang walaupun abah memang pesan dengan aku mesti kena duduk depan masa dalam kelas. kredit untuk aku, sebab saiz tubuh badan menjangkaui orang dewasa. itu aku jadikan alasan. dari tahun ke tahun, walaupun aku mula bersekolah daripada tadika. mesti aku cari tempat duduk belakang. dan aku berkawan rapat dengan mereka-mereka yang dikalangan duduk di belakang. siapa duduk depan, memang aku tak pandang. tak heran!

aku rasa, aku mungkin seorang menjengkelkan pada pandangan orang lain. jenis yang suka ketawa besar-besar, suka nak cakap kuat-kuat, suka nak bergaduh ludah-ludah atau sepak-sepak terajang.

bak kata ilya, "siapa tak kenal aku memang bukan satu sekolah dengan kau agaknya".
umar pun cakap, "ain sekarang adalah ain di zaman sekolah".

betul, aku tengah rindukan zaman sekolah. aku rindukan keriuhan waktu rehat. aku rindukan bunyi loceng dan dalam masa yang sama aku terkejar-kejar nak masuk dalam kelas. hanya untuk ambil kedatangan. perangai aku memang tak pernah berubah. sekalipun tidak berubah. walaupun bah berkali-kali datang melanda. sampai sekarang. cuma bezanya, aku sekarang dalam zaman bekerja.

aku rindukan kawan-kawan.

kawan-kawan dari mula zaman tadika walaupun aku ingat-ingat lupa. mungkin yang dari kedah ramai yang berhijrah ke kl ini, dan dalam masa yang sama bila terserempak pun mungkin hanya berselisih kosong saja. aku rindukan kawan-kawan sekolah rendah. baik dari sekolah di buluh kasap atau pun di pogoh segamat. aku rindukan kawan-kawan yang berada di sekolah simpang renggam. waktu aku makin terserlah dengan sikap terejal. tapi masih seorang penakut. sangat-sangat penakut.

aku mula tunjuk belang bila melangkah ke sekolah menengah. makin mafia. walaupun kau senior lelaki, aku tak pernah respek. cuma keadaan memaksa. buat-buat dan pura-pura nampak baik untuk tutup muka terejal. yang bezanya, aku amat respek dengan super senior kami. walaupun mereka di kalangan nakal-nakal juga. aku lebih selamat di situ. dah ada zon selesa. dan dom aku, memang bukan dikalangan alim dan baik solehah. cuma gadis-gadis biasa. tak ada yang ekstrem. kalau tidak, mahu juga cabut dari sekolah lama tu awal-awal lagi. menakutkan. tudung dah sampai separuh badan. lengan terkatup rapat. berbeza dengan sekolah dulu, mesti sengseng baju sampai lengan supaya bahagian di lengan itu nanti tidak kotor. penerapan yang sangat luar biasa.

kredit untuk sekolah menengah dulu, aku mula kenal ujala. baju putih akan nampak biru-biru keunguan. kalau tak pandai menila, mesti bercapuk.

aku rindukan mereka bila mula subuh menjelang. mesti berdedai-dedai di koridor surau untuk tunaikan kewajipan. aku, masih liat di pinggir katil. 6.50 pagi baru nak bersesak-sesak ke tandas. aku rindukan mereka bila ada ceramah-ceramah daripada student-student daripada uia. dan aku rindukan ustaz ustazah yang suka berleter dekat aku. bilik kaunseling pun dah macam kelas tambahan. aku rindukan dewan makan, ikan jaket, ayam masak merah, buah percuma, susu kambing bila tiba waktu periksa dulu masa zaman pmr. dan aku rindukan kenangan nasik lemak mentah dengan 2 biji telur rebus dewan makan itu.

aku memang rindukan kawan-kawan. cuma aku nampak tak pernah nak rindukan mereka. aku rindukan sifat lemah lembut mereka. hilai tawa mereka. aku rindukan maki hamun mereka. kutuk-kutuk kasar mereka. dan aku sangat rindukan sikap benci mereka pada aku.


huh~

en. doraemon, ada mesin masa lagi tak untuk saya kembali lihat zaman sekolah saya dulu?
saya rindukan mereka! sikap mereka. sifat mereka.

Wednesday, January 14, 2009

majlis sambut-sambut


ini kisah malam tadi.

kisah malam ulang tahun kelahiran. (sambil bernyanyi-nyanyi dan bertepuk-tepuk tangan menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun, Sayang dari penyanyi asal imran ajmain.)





dan,
ini budak yang sambut besday ke-22, Lin.



juga ini,
kami, satu isi rumah.




p/s : bila kita dah tak tahu jalan, baik bertanya pada yang tahu walaupun mereka bukan anak jati negara ini.


moral of the story,
kalau dah bawa map tapi masih sesat lagi, memang jadi huru-haralah hidup ni. walaupun kau dah pergi banyak kali.


Monday, January 12, 2009

boleh tolong tak?

saya cuma tahu, dekat sabah hanya banyak sumandak. sumandak yang putih, bersih dan gebu. cantik-cantik.
di sana, lelakinya rendang-rendah. juga putih, bersih dan gebu. dan lelaki, saya mahu panggil apa? adakah seorang landak.

berkemungkinan,
kebarangkalian sumandak dan landak adalah berkadar terus di antara satu sama lain.

memang saya belum pernah sampai sabah lagi. sarawak pun belum. tapi pais pernah sampai di batang ai. dan anum sudah mengajar di politeknik di kota kinabalu, bah, tahun lalu.

yang seronoknya nanti, penginapan kami adalah percuma. duduk di rumah warden politeknik kota kinabalu, mungkin dapat rasa dan feel sebenar seperti ustaz zainal ataupun ustazah jurimah.

saya tahu, di KK hanya ada gunung tertinggi di malaysia. dan KK adalah negeri di bawah bayu. dan saya tak punya tourist guard.

dan saya cuma tahu, di negeri bawah bayu ini punya sumandak-sumandak yang putih, bersih dan gebu. cantik-cantik.


siapa mahu order ini sumandak-sumandak bawak bekal jadi isteri?




Thursday, January 8, 2009

nak tolong menyibuk cari nama ala pak arab


semalam rasa marah betul. sangat-sangat. tapi mood saya mudah berubah.
(entry ini adalah klise kepada yang mengatakan aku yang pathetic yang belum mahu berkahwin. dan juga untuk mengatakan aku bukan seorang lesbian tegar kerana belum mempunyai bf or whatsoever dan kerana aku mempunyai split personality).


bagai menggelakkan orang-orang tua yang berdating di tasik titiwangsa di tempat terang-benderang sambil menyondol-nyondol apa yang patut di tepi laluan kaki lima tempat saya dan soraya berjogging. tak romantik ok? kan kami dengan mudah melihat dengan jelas.


*****




adik saya, yang perempuan berbaju kebaya moden warna hijau. bersama pasangannya. anem dan asral.

di melaka, yang meriahnya adalah adat menjulang. walaupun kami adik beradik tak dinobatkan sebagai pengikut adat perpatih, tapi abah saya merupakan orang tulen adat perpatih. cuma kami adik beradik yang mengikut adat temenggong, mengikut mak. bersempena dengan permintaan abah saya, adat menjulang sepatutnya memang tidak boleh di buat oleh orang temenggong. kami akan dikenakan penalti. atau bahasa orang kampung adalah sama dengan = denda. harganya tak banyak, hanya dalam sen-sen kalau tak silap saya. adat kan cuma budaya. bak kata abah saya, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek, masuk reban ayam, mengokok.

sekarang, sudah masuk 5 bulan adik saya membawa perut. bila kami berjumpa, makin meninggi perutnya. hah, bunting pelaminlah katakan. tak sempat nak berhoneymoon. pergi yang dekat-dekat pun tidak. buat penat kak lia menaja tempat percutian. penang lagi. syurga makanan dan jeruk buahan-buahan. pasembor dan laksa, dan juga nasik kandar (sambil bermimpi!).

pagi-pagi lagi sambil memandu ke pejabat, anem menelefon. di khabarkan jantina anak buah saya nanti. sambil ye dan oh kan saja. mengantuk dan memandu, saya tetap menjerit keriangan juga dalam hati. cuma tak mahu anem tahu saya yang terlebih excited! buat malu mak long je pun. selamat jugalah duit untuk beli emas nanti. nak yang mahal saja, gelang kaki emas lagi.

takpelah, nanti untuk anak buah mak long, mak long mahu belikan kasut bola. semangat kesukanan ni. manalah tahu, satu hari nanti boleh jadi aidil zafuan. akan ikut jejak maknya yang kahwin muda. ;))



p/s : saya dah cakap dengan abah, esok-esok kalau mahu kahwin nanti nak naik gajah atau kereta lembu. nak lain dari yang lain.

tapi, abah tetap nak membantah suruh buat menjulang jugak. kasihan pada sepupu-sepupu lelaki saya yang tak berapa besar nak menjulang nanti.

macam mana ni nak ringankan badan dan tulang? matilah saya tak makan nanti.



Wednesday, January 7, 2009

what the ****!

ape ke bendenye ni?



p/s : meh la tengok ninja warrior kat tv9 setiap 7.30 malam. best wooo~

Tuesday, January 6, 2009

gosip atau fakta


"rambut sama hitam tapi hati lain-lain."



Monday, January 5, 2009

sibuk macam chipsmore


masa jumpa Jaja bulan lepas, dia pernah tanya cita-cita nak jadik chef masih ada lagi ke? masa tu, terpinga-pinga jugak nak memikirkan perkara-perkara bila berada di dalam kesesakan lalulintas dan disebabkan kesesatan jalan menghala keluar dari pudu raya.

masuk sekolah agama, atuk aku bagi cita-cita suruh jadik ustazah. tapi, nasib mak abah aku tak pernah nak sambut cabaran paling tak layak untuk aku. masa tingkatan 3, aku heboh nak jadik chef. chef masakan. paling handal dekat malaysia. dan tingkatan 5, aku pernah mimpi jadik botanist dan dekat manila kad aku tulis cita-cita aku nak jadik botanist. sebab aku sukakan warna hijau. bau rumput. bau ladang. tapi pernah jadik habit suka duduk melepak dekat dengan orang mesin rumput untuk cium bau rumput. aroma rumput yang baru di potong sungguh enak. sangat harum. umpama rumput yang digoreng tanpa minyak. aku pernah kongsi perasaan tu dengan makcik-makcik lanskap dulu.

cabaran paling besar untuk diri aku untuk ketahui takat jauh mana aku boleh pergi. cita-cita perlu idealistik. itu aku pernah setkan dalam kepala otak sampai sekarang. juga ikut rezeki. juga ikut kemahuan mak abah.


aku rasa aku manusia yang kurang cerdik sebab aku buat kuiz lepas terjaga dari tido depan monitor komputer.


warna feveret, adalah warna hijau, merah dan kuning. warna biru? macam ada sesuatu yang tak ngam antara kami walaupun dari dulu aku budak rumah biru.



ranking nombor 2 tersebut adalah paling tidak logik dalam kamus harian sebab aku tak pernah mimpikan pergi ke german. ataupun berkahwin dengan lelaki german sebab aku bukannya maya karin.



aku paling setuju dengan personaliti kali ni. cuma nombor 4 tu ada kurang sikit sebab aku jenis yang inovatif.


macam dapat petanda dari mimpi kerja dan kerja dan kerja lagi. kalau tak macam mana nak bayar hutang-hutang keliling pinggang, kan?

galak tahun baru!

gua tak pernah sambut new year.

kali ni, tahun 2009 gua dapat rasa. betul-betul rasa kahau pergi celebrate new year. nak carik parking satu hal. nak berjalan bersesak-sesak masuk the curve tu dah satu hal.


sebelum tu, gua tanya gak pendapat mak gua. tapi gua kata tempat gua pergi ni tempat tengok bunga api. ada keluar iklan dekat tv. tak lama lepas tu, mak gua kasik jugak pergi rasa nikmat dunia, jangan tak rasa lepas ni katanya. cuma jangan buat perkara bukan-bukan. gua seloroh, kat situ mungkin tak ada bukak-bukak botol champagne ataupun buat parti sex bebas. kalau ada, gua kena
pandai-pandai sendiriklah nanti.

betul, gua ada tanya gak geng-geng gua apa rasa sambut new year? rama-rama dalam perut gua dah terbang dari petang tu sampai bawak ke malam. nervous! sebab, ini betul-betul kali pertama. kakak opis gua pun suruh gua pakai seluar jeans. untuk keselamatan
katanya.

sesampainya gua kat sana, gua yang terlebih excited gamaknya. atas divider yang tinggi
pun gua dapat naikkan gen 2 member gua. nak bikin bunyi tak dapat, kalau tak mahu menapak gua balik sentul nanti.

tengok jelah hasil sebelum dan selepas dari kegiatan malam tahun baru 2009 ni.













p/s : adik gua nombor 6 dah sibuk-sibuk suruh bikin parti buih untuk dia sambut besday bulan febuari nanti.
tengok, gua dah ajar adik gua berjalan macam ketam kan?