Thursday, January 8, 2009

nak tolong menyibuk cari nama ala pak arab


semalam rasa marah betul. sangat-sangat. tapi mood saya mudah berubah.
(entry ini adalah klise kepada yang mengatakan aku yang pathetic yang belum mahu berkahwin. dan juga untuk mengatakan aku bukan seorang lesbian tegar kerana belum mempunyai bf or whatsoever dan kerana aku mempunyai split personality).


bagai menggelakkan orang-orang tua yang berdating di tasik titiwangsa di tempat terang-benderang sambil menyondol-nyondol apa yang patut di tepi laluan kaki lima tempat saya dan soraya berjogging. tak romantik ok? kan kami dengan mudah melihat dengan jelas.


*****




adik saya, yang perempuan berbaju kebaya moden warna hijau. bersama pasangannya. anem dan asral.

di melaka, yang meriahnya adalah adat menjulang. walaupun kami adik beradik tak dinobatkan sebagai pengikut adat perpatih, tapi abah saya merupakan orang tulen adat perpatih. cuma kami adik beradik yang mengikut adat temenggong, mengikut mak. bersempena dengan permintaan abah saya, adat menjulang sepatutnya memang tidak boleh di buat oleh orang temenggong. kami akan dikenakan penalti. atau bahasa orang kampung adalah sama dengan = denda. harganya tak banyak, hanya dalam sen-sen kalau tak silap saya. adat kan cuma budaya. bak kata abah saya, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek, masuk reban ayam, mengokok.

sekarang, sudah masuk 5 bulan adik saya membawa perut. bila kami berjumpa, makin meninggi perutnya. hah, bunting pelaminlah katakan. tak sempat nak berhoneymoon. pergi yang dekat-dekat pun tidak. buat penat kak lia menaja tempat percutian. penang lagi. syurga makanan dan jeruk buahan-buahan. pasembor dan laksa, dan juga nasik kandar (sambil bermimpi!).

pagi-pagi lagi sambil memandu ke pejabat, anem menelefon. di khabarkan jantina anak buah saya nanti. sambil ye dan oh kan saja. mengantuk dan memandu, saya tetap menjerit keriangan juga dalam hati. cuma tak mahu anem tahu saya yang terlebih excited! buat malu mak long je pun. selamat jugalah duit untuk beli emas nanti. nak yang mahal saja, gelang kaki emas lagi.

takpelah, nanti untuk anak buah mak long, mak long mahu belikan kasut bola. semangat kesukanan ni. manalah tahu, satu hari nanti boleh jadi aidil zafuan. akan ikut jejak maknya yang kahwin muda. ;))



p/s : saya dah cakap dengan abah, esok-esok kalau mahu kahwin nanti nak naik gajah atau kereta lembu. nak lain dari yang lain.

tapi, abah tetap nak membantah suruh buat menjulang jugak. kasihan pada sepupu-sepupu lelaki saya yang tak berapa besar nak menjulang nanti.

macam mana ni nak ringankan badan dan tulang? matilah saya tak makan nanti.



14 comments:

fauzi said...

kau kawin pun nnt kene julang ke nanti?

ain fadzal said...

agaknya lah. aku pun tak mcm nak berangan nak kena julang ni. :))

weh, nak kasik tau, bukan semua melaka yg buat mcm ni. melainkan ikut adat perpatih jek.

MANGKAT DIJULANG!

Ilya said...

bestnye kene julang.tak yah la naik kete lembu.busuk ya amat

ain fadzal said...

ilya : mase kecik2 dulu, kalo gi bandar hilir, mesti naik kereta lembu satu family.

:))

mmg nostalgia + tragik tau. :))

Anonymous said...

mintak tlg koboi2 kat a'famosa julang ko. hehe.

Fikri Misti said...

Honeymoon dekat-dekat pun, boleh dapat anak juga...

p/s : Waktu kau dijulang nanti, aku nak tolong....:p

Tolong tengok.

Rockstar said...

aku pun nak tolong..

tolong tengok wiwin tolong tengok..

ain fadzal said...

janez : koboi2 tu kuat & mampu ke?

;)).

wiwin : kslsu ko nak tolong tgk pun aku dah cukup suka kalau dpt dtg.

ha win, nnati dtg bwk bini dan anak2 yer. sbb aku rase mmg lmbt lagi.

adobe : aku pun suke ko nak tolong wiwin tolong tengok.

jgn lupa, bawak bini dan anak2 nanti.

tau!!!

ijan said...

suro je la sepupu2 ko mkn banyak2 start dr skrg. haha...

ain fadzal said...

sultan : tak boleh!

nanti runtuh la umah kmpg tu nanti. sian nanti dieorg nak dok mane.

13may said...

masuk kandang harimau...lari...jgn dok mengaum plak...

Dani Izwan zainol said...

series nnt aku kawin pun nk org julang aku mcm ni..series!

ain fadzal said...

13 may : agak2 kalau rasa2 nak membunuh diri, ok jugak kalau masuk kandang rimau.

kot la. ko tgh patah hati ke?

dani : kalo nak kna julang, ko kna pastikan kna kurus gak tu. nanti, aku carik manpower suruh julang ko nanti.

nak?

rainz said...

time diorg julang ko mesti time tuh ko da kurus..besela slalu orang nak kawen neh kurus...nk bagi muat baju pengantin and saving punye pasal..hehe..