Thursday, July 31, 2008

jangan bagi terperanjatlah


esok!


gua mahu buat surprise.


___________________



nak tahu?

tunggu~






p/s : gua dah cancel surprise tu.
tak payah la korang semua nak berdebor-debor lagi tunggu surprise dari gua. :P




Wednesday, July 30, 2008

cikgu matematik special edititon

cuba, try, test kaedah pengiraan ini.


dongeng? nehi~



gua tahu drama melayu sangat tipikal. mesti dapat agak jalan cerita sampai endingnya. sebab gua melayu. hidup gua pun dah separa drama samarinda. tapi gua tengah respek cerita ezora. putar belit banyak.


semalam gua tak jadi pergi stadium, member-member gua cakap jalam jem. gua pikir kalau sangkut lagi payah. kalau gua ada motor kat kl ni, gua dah pergi dengan member gua tu.

malam tadi gua layan drama. cinderella. 30 minit last baru gua tekan channel tv3. gua baru tau watak-watak dalam drama tu. zoela, hussien, haidar, butang. yang lain gua tak kenal nama. tau zoela ada mak tiri dengan abang tiri saja. gua tahu gua banyak ketinggalan kalau nak di bandingkan dengan wiwin dan ilya yang memang mengikuti dari awal kisah tu.


gua nak komen la dengan cerita tu dari persepsi gua.

satu saja gua puas hati dengan cerita tu,
akhirnya watak zoela tak terima cinta dua-dua mamat tu.
sorang langsung takde pendirian, yang sorang lagi tak tahu dia betul-betul cintakan minah tu atau tidak walaupun si mamat tu dah usung perempuan tu ke hulu ke hilir macam patung lilin.

yang lain-lain gua tak puas hati.


pukul 10 ada cerita kisah kaisara.
tapi tilam dah panggil-panggil gua.



Tuesday, July 29, 2008

belah kiri ke belah kanan lagi afdhal?



ada satu story gua mahu cerita lagi.

gua ingat tahun 2003, company abah gua buat family day di port dickson. gua adik beradik bengang, sebab biasanya kitaorang pergi pulau-pulau berombongan naik bas, naik bot besar. tapi kali itu gua naik kereta saja. nak-nak bila umah gua dengan port dickson cuma satu jam perjalanan.

rupanya-rupanya company abah gua satu melaka turun. gua suka betul sebab banyak pemandangan indah dekat situ. ye la, tengok abah gua punya rakan-rakan tak adalah hensem mana, tapi masya-Allah, alhamdulillah, banyak benar pemandangan indah hasil perkongsian perkahwinan rakan-rakan abah gua tersebut. sebab tu gua tak rasa menyesal sangat ikut trip abah gua kali itu.

malam tu gua tidur dekat apartment family gua. takkan la gua nak tidur bilik orang lain kan. adik-adik gua dah merayap mana pun gua malas nak ambil kisah. lagipun, siang tu gua dah main macam-macam game. dari atas darat, masuk kolam renang lepas tu masuk laut pula.

malam tu gua betul-betul tak larat. gua penat.
tiba-tiba adik gua call. suruh turun bawah. gua ingatkan ada emergency, gua dah cuak.

rupa-rupanya adik-adik gua dengan geng-geng diaorang tengah bergambar dengan artis. time tu, muka gua memang dah kelat. gua dah nak seligi adik-adik gua lepas budak-budak tu bergambar. gua buat muka kelat bergambar juga. gua dah tak jadi seligi adik-adik gua.



pernah nampak orang pakai baju tidur bergambar dengan artis tak? gua dah pun pernah buat.




gua nak tanya sikit. harap korang boleh jawab.

agak-agak korang la siapa lagi bangga dapat bergambar dengan gua?



Monday, July 28, 2008

gua dah kata malaysia suka main bola kocek



malam rabu nanti, ada bola.

chelsea lawan malaysia.

member gua janji nak bagi tiket free walaupun gua tak minta.
tapi,
gua tengah kira-kira nak pergi tengok ke tak dengan member-member gua.

yang pasti, ballack ada.
gua fikir seram bila chelsea tibai malaysia entah berapa banyak nanti.
malu la gua kalau jadi penyokong team malaysia.
takkan gua nak duduk diam dalam stadium, kan?



Friday, July 25, 2008

mana nak cari purdah malam nanti?



seperti mahu menjauhkan diri daripada semua orang hari ini.
takut serpih-serpih nasib malang gua nanti terkena pada lu semua.


gua bangun awal. gua punya roommate tak terperanjat sangat seperti 2 hari lepas, sebab gua bangun subuh awal, 7 pagi. hari ini gua amik turn nombor 2 mandi manda, tak macam selalu, nak di ikutkan gua selalu jadi orang last untuk mandi. gua senyum bangga.

gua bangun pagi-pagi jumaat ini sebab gua mahu kejar beli tiket pagi ini. gua balik kampung walaupun gua dah janji gua tak balik ini minggu dengan rakan-rakan pelangi gua. tapi, last minute, mak gua telefon suruh gua balik sebab dia bagi 2 option, balik kampung teman mak gua pergi tangkak atau pergi kenduri anak buah gua hari ahad nanti di pinggir kuala lumpur. gua memang suka pilih option nombor satu, sebab gua tak suka jadi nombor 2.

gua pergi kaunter tiket, sebab mahu beli tiket balik kampung. gua tau, mamat-mamat dekat kaunter tiket memang cam habis gua punya muka, gua punya dressed up. selekeh macam mana pun gua, brother-brother tetap kenal gua. gua memang naik itu bas saja. pakcik-pakcik driver bas tu pun memang kenal sama gua, cuma mereka tak tau nama gua. mak gua, adik gua, kereta mak gua, dieorang tetap cam. glamour kan gua?


3 minggu lepas,

gua salah beli tiket. gua nak kata salah gua, tak boleh juga sebab gua tak teliti tiket tu betul-betul, tapi mamat kaunter tu tak pandai nak bezakan siang dengan malam. gua beli 3 tiket. masa gua nak naik bas, baru gua buka tiket-tiket tu.

pergh…

menyirap gua time tu. gua tengok tiket pagi. cuba lu semua bayangkan, gua nak naik bas malam tapi gua dapat tiket pagi. masa tu gua pikir, gua nak berambus je dari bas tu, tapi adik gua tahan. dia kata tunggu kosong. masa tu, gua mula mendidih. mulut gua dah bising-bising, adik gua dah menangis-menangis. gua pikir gua nak balik terus sebab tengok adik gua dah hindustan dekat situ, malu la gua.

gua pergi kaunter, gua bagi tiket tu pada brother sorang ni. gua memang tak boleh layan kalau gua tengah marah, orang buat siput depan gua. gua dah mula nak meletup. dia siput lagi. last-last gua cakap, ambil tiket ni balik. gua tak mau naik bas ni lagi. tapi gua naik juga last-last sebab ade seats kosong. gua marah driver tu, tapi driver tu pujuk gua cakap salah faham.

masa tu, gua tak peduli. gua marah, ok.


itu cerita 3 minggu lepas.


hari ini,

gua beli tiket lagi. kaunter yang sama. gua dah terperasan brother yang gua campak tiket tu kerja shif pagi pula. last week, orang lain, ini minggu dia pula. gua dah maki-maki diri gua. gua beli tiket pada orang sebelah dia, kaunter sama. masa tu, brother yang gua serang tu dah mula hendap-hendap gua. lepas tu dia cakap bisik-bisik pada brother yang gua tengah beli tiket ni. mungkin pasal gua. argh… lantak la. kata hati gua. gua memang kerap monolog sekarang ni.

tapi,
gua dah start malu bukan main time tu. tiket gua nak balik dari kampung pergi KL dah habis pula. saja dieorg nak kenakan gua. sabotaj gua. gua maki-maki dalam hati lagi.

lepas tu, perjalanan gua nak balik rumah gua dah ok. gua nak ambil masaot gua pergi ofis. tapi, time gua nak pergi ofis gua macam-macam jadi pula.

gua rasa, brother tadi tu dah mula sumpah-sumpah gua.
gua doa dalam hati, doa-doa semuanya selamat.

tapi gua tengah pikir malam ni,
gua nak pakai purdah tutup muka gua la.


tapi, mana gua nak cari purdah balik kerja nanti?




Thursday, July 24, 2008

dah mula rasa ombak dalam kepala otak




makcik-makcik aku selalu sangat cakap,

''hati kau besar sangat, asyik nak jadi lilin.''



sampai satu tahap,
aku sambung cakap,

''tunggu jadi NGV nanti.''



Wednesday, July 23, 2008

cerita separuh tragedi malam tadi



siang ni perut i senak.
sumpah!


i tak tahu apsal?

i makin kalut!


*****


mungkin ini tragedi semalam.


agaknyalah.



*****


orang kata, bulan rejab bulan yang mulia.
itu i tahu,
dan yang penting setiap bulan adalah mulia.


i ambil keputusan,
i berpuasa.


semalam,
i rasa bila 'hang out' dengan kawan-kawan i macam ada sedikit tragedi.

kami lepak jauh. bangi. kl ke bangi. jauh juga.
mahu ikut ilya makan tom yam, pakapau dengan pakimau.
mula-mula.

i janji dengan jane, tunggu i pukul 7.30. di lrt menuju sri petaling,
dan i ambil tiket terus ke sri petaling.

azan dah masuk,
i telan air liur.
i belum buka-buka puasa lagi.

sebiji haram gula-gula pun tiada dalam dompet i.

& rupanya i salah isi barang dalam dompet i.

i diamkan diri.
tahan. sabar.


sampai-sampai saja i di sri petaling,
i mula cari jejantas.

i dah mula rasa pelik,
i langsung tak nampak jejantas, i hanya nampak flyover 3,4 atas kepala i dan juga lrt punya car park.


sudah!!! i dah mula rasa semacam.


i call kawan-kawan i.
i cakap, i dah sampai.
dan depan mata, i dah nampak myvi warna putih, mirip sandy kepunyaan jane.
i mula menapak menuju ke myvi putih tersebut,


dan tiba-tiba talian telefon i di sambungkan.
i tanya,
mana? dia kata dah sampai, ada di jejantas.


i memang cuak.
habis. depan mata i ni siapa?

ceh,
nasib baik i tak sampai tepi pintu myvi tu lagi.

kalau tidak,
dapat juga berkenalan secara percuma dengan jejaka tersebut.
heh~

jane tanya i dekat mana,
i cakap dah sampai. ada di sri petaling.

jane dah ketawa,
i memang dah sah-sah pelik, dia cakap, turun sungai besi.
i suruh jane orderkan air untuk i.

i ambil tiket lagi sekali.
i tengok peta laluan lrt. nasib baik lagi cuma 2 stesen.
i bayar 70 sen untuk harga tiket pada 'brother' yang dah tersengih-sengih macam kerang busuk tengok i yang sudah mula terpinga-pinga.


i turun tangga, i tunggu lrt.
2 'train' lesap depan mata i.
i berang. i mula rasa macam-macam.


bila sampai 'train' ke 3, pintu terbuka,
i lesap masuk dalam perut 'train' tersebut.

sejuk jua hati akhirnya.

i sampai-sampai terus i call jane,
i seberang jejantas,
i mula lari-lari anak, i lari turun tangga, i lari-lari pecut untuk jumpa jane.

i nampak jane,
terus i sambar air teh o limau ais.
i sapu bersih i tu. i haus.
2 sedut, air sudah kering dalam gelas tu.


i bayar di kaunter kecil tu,
terus masuk pula perut sandy pula.

i dan jane mula
cari jalan menuju ke upm.
mula-mula mahu sesat juga, tapi inikan ain.
bila jane salah ambil lorong,
i suruh juga dia susur lorong tu.

kalau siapa-siapa tahan i,
nanti i nak cakap, i sesat.
lagipun, i orang johor.
(yang ini i tak bohong, ic i johor tau.)

bila i dah sampai upm,
i call faiz pula, i minta belikan coklat.
i cakap, i belum makan apa-apa lagi.
dia macam faham.


jane, ilya, su naik pula oyen blink2 pergi ke bangi.

berhenti di pit stop ke 2, faiz pula tunggu kami di sana.

i terus masuk perut jem-jem pula,
i tanya, mana coklat i.

faiz terus tunjuk 1 kotak coklat.
i tergamam.
banyak.
dan i mula jadi tamak.

i makan habis satu bar.

dengan beramai-ramai, kami sampai juga di seksyen 1 bangi.
jem-jem dengan oyen blink2 'parking' depan-depan.
i rembat lagi 2 bar coklat tu.
i
letak dalam dompet i lepas i keluarkan 2 biji hp i.

duduk-duduk di meja makan, datang seorang pelayan.

dia ambil order.
i cakap,
i nak fresh oren gelas besar.

2.

tapi,
satu lagi ilya la yang pesan.

faiz order set A.
i tunggu air.
bila air sampai,
i sapu separuh gelas.

sambil makan-makan,
i dah terlupa pantang larang jangan makan ulam dengan air, tak elok.

tapi,

i dah lupa semua tu.
i minum sampai habis.


lepas tu,
sampai pula air free, jus tembikai satu jug.
faiz tuang dalam gelas.
i sedut. habis segelas. ada lagi segelas depan mata.
i tengok siapa-siapa belum sedut air tu, i terus ambil.
sedut sampai habis.

lepas kenyang,
i teruskan aktiviti i.
gosip liar, ok.


su dah mula cakap pasal jerung,
lepas tu,
i tokok tambah lagi,
bagi best cerita tu.


bila semua dah lesap licin dalam pinggan, mangkuk, gelas,

diaorang ambil keputusan mahu pulang pula.

kali ni, i naik oyen blink2 balik.
i balik dengan ilya sebab ilya dah janji nak hantar i balik rumah i.

lagi sekali, i teruja.

i masuk 'smart tunnel' pula.
i suruh ilya berhenti tengah-tengah jalan tu untuk i ambil gambar.
ilya ikut juga kata i.


2 kali ilya berhenti tengah-tengah jalan,
sebab tak cukup fokus kamera hp i tu.


bila mula masuk terowong,

i ingat i nak buka tingkap, lepas tu jerit kuat-kuat, macam dalam filem dulu-dulu selalu buat.

tapi,
i pikir negatif.
i takut terowong itu runtuh atas kepala i.
i cakap dalam hati i,
i cakap,
yang i ni belum kawen lagi. belum lagi rasa nikmat dunia.


bila i sampai rumah,
i dah tak pikir lain.
i cari tandas.

i buat apa-apa yang patut la sampai la i terlelap.



tapi sebelum terlelap tu,

sempat juga i sapu nugget tempura 3 biji dalam pinggan atas meja rumah i.





Tuesday, July 22, 2008

bila janji sudah dipatri


bila i selongkar album lama-lama i,
i terjumpa gambar di atas ni.


i suruh mak i ambilkan gambar 'pose' begini untuk jadikan kenang-kenangan bagi baju yang i pakai.
hadiah khatam quran dari mak i.

i rasa rambut i huduh sangat.
macam jebon sudahnya.

sejak dari hari itu,
i akan terus potong pendek rambut i. buat V shape atau gaya GQ.

masa PMR,
i nazar simpan rambut panjang kalau result i ok.

SPM pun sama.
hinggakan, rambut i dah pernah panjang sampai bawah pinggang.

tak lama lepas tu, rambut i pendek balik,

macam asal.



sekarang ini,

kira-kira nak buat apa yer pada rambut ni?





Monday, July 21, 2008

fear factor edisi heroin kampung




bulan ini adalah musim buah-buahan. durian, rambutan, manggis dan termasuk ubi kayu.
i dah makan buah-buahan di atas kecuali durian.

hendak di ikutkan, kebun sebelah rumah bukannya milik keluarga i pun,
melainkan milik jiran tetangga kami, mak lang.


mak lang punyalah baik hati bersedekah kepada keluarga i,
minta kami sama-sama kutip buah-buah tu untuk dimakan.

sampaikan saudara mara sepupu sepapat kami yang jauh-jauh pun sama-sama mengandaikan kebun ini milik kami walaupun sudah berkali-kali i beritahu mereka ini milik jiran tetangga kami.

setiap tahun i beritahu mereka, ok.
setiap tahun.
mahu juga berbuih mulut dibuatnya.



gambar ini,
adik i yang ambilkan.

gambar 5 tahun lepas.
gambar i masih student.

guna kamera analog. kamera yang menggunakan filem.
masa tu, satu gulung kodak 36 keping, & harganya plus minus rm12.

sabtu hari tu,
i panjat pokok, melainkan pokok durian.
serta sambil mengenakan topi cowboy abah i.

macho tak i?


pokok yang i panjat ni dah makin tinggi dan besar sejajar dengan pertambahan usia i juga.

macam dalam cerita FEAR FACTOR,
bila i yang jadi heroin musim buah-buahan.


& satu hari nanti,
kebarangkalian adalah takut i gayat sahaja nanti.
huh?

Friday, July 18, 2008

entiti paranormal


dude,

aku benci teka teki!



Thursday, July 17, 2008

superheroes



i cuba untuk berseronok hari ini.


walaupun,

i teruk kena marah.
& kerja i datang bertimbun-timbun.



tiba-tiba,

i mahu jadi
superwoman!
& bukannya superman~



Wednesday, July 16, 2008

macam berlakon dalam siri survivor di china


hidup i sekarang macam drama.
i jadi pengarah sambil pegang skrip.
& u pelakon.


*****


hal ini memang serius.
mungkin tidak pada u. tapi pada i.


situasi :
i dapat sms daripada seorang rakan i.
namanya raslan.
asal-asal dia kata, dia salah nombor. salah hantar mesej dekat i.
tapi, lantak la.
dia tetap tahan dengan i,
walaupun i mengaku yang nama i ini fadzal, umur 53 tahun dan i tinggal di alor gajah.
& yang penting, sampai sekarang raslan tidak tahu nama i.

dan 2 hari lepas dia kata nak telefon i. i cakap tak payah. i nak tidur.
kalau tak percaya, boleh tanya zura sebelah tilam i. i memang tidur cepat kebelakangan ini.

semalam,
lepas i balik kerja, i duduk bersila, tengok drama. ezora.

i buka inbox i. i terkedu.
tapi lepas tu, i menjerit.
& mungkin abang-abang seberang blok sana dengar suara i.


i tidak pernah berkawan yang mengaku dirinya 'gay boy'. ok?

i sms dia. i hendak tahu lebih lanjut pasal dia.
i : u gay ek? as gf ke bf?

dia diam. lama.

raslan : ada. tetapi 'laki' orang. kenapa?

dan i mula 'sekolah'kan dia.

i : u lembut ke? dan kenapa u bagitahu semua ni?
raslan : gay boy tak lembut, ok. i kan kawan u. blablabla~~~
i : u tak rasa u kecewakan diri u sendiri ke?
raslan : i dah tak kisah. tapi buat apa nak setia dekat dia.

i diam. dan sebenarnya i tengah tidur.

dia merepek lagi.

raslan : kalau i boring, i pergi sauna dekat melaka. dekat situ banyak gay boy. blablabla~~~
raslan : & satu hari nanti, mungkin i akan berubah. hanya Allah saja yang tahu.


*****


ha!
lepas ni, kalau tengok uniform putih budak ALAM, pergi sauna. DAH TENTU punya.

& yang perempuan, janganlah taruh hati pada lelaki-lelaki tersebut.
buat PADAN MUKA nanti~



Tuesday, July 15, 2008

yang penting, kau bukan lemah! kau cuma manusia biasa.



esok,

16 haribulan julai.
maka,
genap sebulan majlis bakal berlangsung.


aku tahu,
bukan dia yang sedih.
bukan dia yang akan menangis teresak-esak.
bukan dia yang akan berjujuran dengan air mata.


mungkin,

di hujung sudut sana,
seseorang yang akan menangis tersedu sedan.
seseorang yang akan mengalirkan laju air mata yang murah harganya.
seseorang yang akan mengelap hingusnya.


takutnya pada hari itu.
takut pada apa yang di'mungkin'kan itu benar-benar akan terjadi.


masih belum cukup kuat untuk harungi setiap detik.
masih belum cukup masa memikirkan kehidupan yang bakal berlaku.
masih belum cukup menggembirakan hati-hati di sana.

tetapi,

dengan masih berharap padaNya,

agar dapat
kuatkan hati, kentalkan jiwa.
seperti biasa.




strawberi cecah coklat cair



malam ni, i nak lepak dengan kawan-kawan pelangi i.

hendak makan strawberi cecah coklat cair macam siti nurhaliza selalu bikin.

''ilya, jangan lupa bawa strawberi u dari cameron ye...''
mungkin di port baru biasa kami lepak dekat kedai makan di pantai dalam selain CKT kerinchi.

sudah 2 kali, 'brother' yang sama mesti duduk sebelah meja kami.

satu kebetulan (kot!).

& 'brother' tersebut sungguh tidak 'gentle' sebab dia ingat ada shared dengan tauke kedai makan.
lagi satu.
dia ni hendak dikatakan sengal memang patut, sebab menyamakan motor dia dengan lori. entah-entah, isi minyak diesel dalam tangki motor.


haih...

Monday, July 14, 2008

bila mat jenin hendak terjun dengan labunya




2 hari lepas, ada kenduri arwah nenek i.

i kena masak rendang cili padi daging, bersama-sama mak i.
i 'crop'kan gambar di atas kerana muka i nampak 'sebek'.

malam tersebut, i bersama sepupu-sepupu yang terdiri daripada ahli-ahli bujang belum terlajak berkumpul bermesyuarah, membahagikan tugasan secara saksama bagi majlis yang bakal menjelma.

semalam,

lagi sekali di rumah sepupu i ada jamuan.
program makan percuma secara besar-besaran amat berleluasa bila balik kampung.
nak-nak bila musim durian macam sekarang. akhirnya, i nampak macam rugi sebab rambutan belum masak lagi.

petang, i buat aktiviti mengemas halaman rumah. i tebas pokok-pokok renek di keliling rumah i. i pegang mesin rumput, tapi tak sampai 10 minit, i letak balik. i terketar-ketar sudah macam makcik sakit parkinson. last-last i lepak saja tengok halaman. ahaha~



ish... i rasa, i dah salah urat ni~




Friday, July 11, 2008

u tak kenal i pun



saya tahu,
saya jauh sangat-sangat dari awak.


cuma,


kali ini,

saya mahu terlebih dahulu,

ucapkan :
selamat hari lahir~

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa diberkati dari yang Esa.




p/s : itupun kalau awak baca blog.


hal kejadian malam tadi


i nge'date' dengan my very BBF malam tadi. lagipun, i ada minta pertolongan dia.

i rasa, i perlukan masa untuk selesaikan semua perkara.
termasuklah perkara pertunangan bbf dengan 'cewek'nya itu nanti.

i tahu, u semua nak kata i ni,

SO SWEET
~
kan?

i bincang dan terfikir satu projek,
i nak buat part time bila malam menjelang.
i nak buat projek kecil-kecilan.

projek 'open space'.
i suka yang 'open-open'. sesuai dengan kehendak i. i suka campur orang,
tapi i x suka orang bila mahu campur tangan urusan hal bukan rasmi i.

lepas ni, kalau u semua jumpa i di tengah-tengah kesibukan kota, say HI! dekat i yer~

manalah tahu,
kalau masa itu i tengah baik hati. boleh dapat free gift juga, kan?



p/s : kesiannya nora danish.

Thursday, July 10, 2008

again & again


As tagged by Arfa. lalala ~~~~~



*****

“The rules of the game get posted at the beginning.

Each player answers the questions about themselves.

At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged.

Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Questions:

1) What were you doing 5 years ago?

Student.
Praktikal, jumpa abang angkat yang sama-sama praktikal.
Mungkin sekarang ini sudah punya 2 anak.
Tak pun, dia tengah tunggu i.
Kot la... :))



2) What are 5 things on your to-do list for today?

a. ber YM & berblogging
b. buat kerja sampai pengsan
c. malam ni, mahu lepak dengan best friend i, si epit.
d. nak cari seluar sedap dekat uptown setapak.
e. balik, watching ezora.

3) What are 5 snacks you enjoy?

a. kacang ngan yin
b. coklat cadbury stok besar
c. coklat
d. ais krim cornetto
e. nugget tempura ayam


4) What are five things you would do if you were a billionaire?

a. beli rumah flat satu bangunan, lepas tu sewakan pada student.
b. beli kereta kancil banyak-banyak, lepas tu sewakan pada student.
c. main saham sampai jadi kaya sangat. lepas kaya, baru bagi duit pada parent. setuju?
d. jalan-jalan cari makan di pulau-pulau sambil bersnorkeling.
e. belikan sesuatu yang sangat berfaedah untuk diri sendiri seperti jam tangan, lagi~



5) What are five jobs you’ve had?

a. HOP di refinery dulu. banyak pemandangan indah sama-sama pakai coverall.
i like it~
b. jadi PA, 2 bulan. i like that datuk. dia still ingat i lagi.
c. i prefer kerja di site, sebab i tak payah nak berblogging.
d. round-round rambu ramba di seluruh melaka. i suka nganga mulut makan angin sambil pakai helmet.
e. kerja sekarang :- tak best! i duduk office mengadap monitor, jarang-jarang tengok pemandangan indah. kalau keluar pun, banyak pencemaran ibu kota. bosan la~


I'm going tag five (5) peoples....

1) Faiz
2) Amat
3) Ujie
4) SM
5) C'an





mahu dikatakan dengan indah



malam tadi,
i pergi 'celebrate' housemate i punya 'bf'. dengan 'gf' dia sekali. i celebrate sebab dia selalu belanja i & satu housemate i. baik hati sungguh dia. i memandu masaot i menuju ke pasaraya HERO yang bersebelahan dengan UO yang ada MBO. i pelik dengan nama-nama satu tempat yang mempunyai suku kata yang sama. tapi, i pura-pura buat tidak peduli walaupun, i tahu i memang peduli.



sampai-sampai saja i dan mereka di restoren WANG SOLO, dan dengan sebutan yang lebih kurang sama yang berkemungkinan ada sumpahan huruf O di kawasan tersebut. kalau tidak, barangkali perniagaan mereka mungkin boleh jatuh bankrap bagi satu-satu jenis perniagaan tersebut.
i pelik, i peduli lagi.



sampai sana, i ambil tempat. tempatnya lebih kurang gambar foto begini.


sekadar gambar hiasan

ada meja segi empat tepat, ada bantal bagi duduk bersila.

dan sebelah ala-ala kubikel i pada malam tadi, ada pasangan chinta yang bergaduh (tidak ada kena mengena dengan foto diatas). i pelik lagi. bila bergaduh pun, boleh makan dengan senang hati walaupun mata sudah merah-merah menangis.



i order menu. i mahu terasa kelainan. i order es campur, jus poligami dengan teh tarik. lauk pula, i pilih menu biasa-biasa. i tak ingat nama menu tersebut. mungkin sebab sudah di'jawa'kan menu tersebut. semalam, i banyak hilang ingatan. i jadi pelupa. yang i tahu, perut i mesti kenyang.


sekadar gambar hiasan

menu-menu i lebih kurang dengan gambar foto di atas pula. (makcik-makcik ini pun sekadar gambar hiasan).

i rasa, makanan-makanan di situ, hanya biasa-biasa. ataupun, tekak i selera lain. lagipun, i rasa cuma nama saja bertukar, ataupun pelayan-pelayan di situ hanya di import dari indonesia. lagi sekali i ambil peduli walaupun i sudah kenyang.


*****

oklah, i sibuk. i mahu sambung buat kerja. :D


Wednesday, July 9, 2008

alif ba ta



umur 10 tahun, saya pernah tinggal rumah kuarters. rumah kerajaan. rumah papan, dapur batu. tidur pula berkongsi bilik bersama anem. ada tilam dreamland tiada katil. ada banyak bantal. ada almari tinggi. 3 kali ganda tinggi dari saya. sakit tengkuk bila mendongak.


waktu darjah 4, sesi persekolah bertukar ke sesi pagi. rutin bertukar bangun pagi awal. hendak mandi, ada air jerangan. pergi sekolah, balik sekolah, naik bas. bas pakcik usop namanya. kadang-kadang naik van kontotnya. bila tiada kesempatan pulang ke rumah waktu tengahari, saya selalu pergi ke rumah rakan untuk menunggu waktu masuk ke sekolah agama. rutin harian.

balik sekolah, mandi, pergi mengaji. usung rehal, al-quran ke hulu ke hilir dengan beg buruk.


saya mengaji dengan mak endon yang punya banyak anak bujang. bila giliran saya berhadapan dengan anak-anak bujangnya, tangan mula sejuk, badan menggeletar, gigi berketap-ketap. kesejukan. pelik, tiada penghawa dingin pun yang kelihatan. bila mula mengaji, idgham, izhar, ihfak hakiki, semuanya lari. tiada nada yang sepatutnya. satu mukasurat pun rasa payah mahu dihabiskan.



kadang-kadang bila rajin, mahu cepat khatam al quran, saya pergi untuk sesi malam. kebiasaanya mencabar. pergi sendiri, kadang-kadang berkawan. gelap, senyap sunyi. bunyi-bunyi katak dan cengkerik bersahut-sahutan. di gagahkan jua.



bila sampai ke rumah mak endon, sambil berlari-lari dan melepaskan lelah. saya duduk, buka rehal, letak al quran. ada batang lidi buat petunjuk. mula mengaji. dengan mak endon.

nah, 4 mukasurat habis. lancar. tiada gugup walaupun kadang-kadang mak endon garang.


hujung darjah 5, ada seorang anak bujang mak endon yang akan berkahwin. nama saya naik. mahu buat majlis khatam katanya. bercelaru juga dibuatnya. sehari kena habiskan 8 mukasurat. kadang-kadang surut juga anak tekak. haus dan kering. rasa tiada air liur dalam mulut.



bila majlis diadakan, saya dikehendaki duduk di sebelah pengantin lelaki. duduk bersimpuh, mikrofon di depan muka. hadirin tidak mendengar, di kuatkan lagi bacaan. periksa pula mikrofon. masih berbunyi setelah di periksa berkali-kali.


saya 'test' pula suara.
berbunyi akhirnya mikrofon tersebut.

haih... rupa-rupanya dari tadi, saya baca dalam hati.

Tuesday, July 8, 2008

si horton yang patah gading


aku jadi horton,
bila aku senang hati.

tapi,

sekarang ni.
aku tengah tak horton.



tau?

Friday, July 4, 2008

obsesi



arfa kata, dia ada dejavu.

teringat-teringat juga apa yang dicakapkan itu.

-----

& i rasa,

i nak mengalami perkara yang sama.

tengah 'mood' aura kuning keorenan.


-----

bayangkan,

barang-barang,


macam :-

  • 333 tong minyak mentah
  • 333 dulang emas india (916 pun, ok juga!)
  • 333 biji kereta


hebat tak ?




Thursday, July 3, 2008

'rider ' kencang


Flashback

Aku tengok gambar-gambar zaman aku muka ‘nerd’.
Zaman bila pakai baju yang mak aku pilihkan. Selalunya corak belang-belang.
Banyak betul.

Mungkin itu fesyen zaman dulu.

*****


‘chapter’.

Kenderaan.
Pasal kenderaan.


****

1 – buaian.

Dulu, nenek pernah bilang, bila mak kau nak pergi bilik air pun, diheretnya juga buaian tersebut.


2 – baby walker

Kali ni pun, mak aku jugak yang sumbatkan aku dalam walker tu. Maksudnya, dieorang tak sabar nak tengok aku berjalan. Kan?


3 – basikal

Yang ni aku ingat betul. Bmx warna merah. Tinggi dari bmx warna biru anem. Masa belum tahu mengayuh, tunggang basikal dalam rumah. Pusing-pusing dalam hall rumah. Ada roda la pastinya. Pandai sikit, bawak keluar rumah, cabut roda sebelah. Mula campur dengan kawan-kawan. Geng basikal. Pergi tadika, bawa basikal.

Al kisah.

Sejak aku bergaul dengan geng-geng basikal, mulalah aku naik tocang. Campur semua orang. Tak mahu orang ingat aku bukan jenis ‘peghak’.

Satu kejadian.

Aku belajar satu perkataan. Babi.
Bila balik, aku praktik. Pergh… tak memasal, aku kena cabai dengan mak.
Apa lagi, kena tahan wad, la. 3 hari dalam hospital. Fuh…. Abah ‘back up’ betul-betul anak dia yang ini.

Masa tu, serik jugak la nak men'carut'. Ingat sedap ke kena cabai.. Mc seminggu.


4 – motor

Aku belajar bawa motor dah lambat. 16 tahun masa tu. Itu pun pusing keliling taman je. Lepas spm, terus ambil lesen B2 dan D. lepas ada lesen, malas nak sambung belajar, aku mula cari kerja. Jadi ‘cashier’. Pergi kerja, balik kerja pinjam motor abah. Dapat kerja ‘upgrade’ sikit, aku gelar kerja tu ‘rayau-rayau’. Petang baru masuk pejabat. Aku dapat keluar sebiji motor. akMAL. Hala tuju berubah. Mula jadi, ‘rider’ tegar. Ke hulu-hilir. Eksiden, berlanggar, jatuh, bangun balik. Itu ‘standard’. Pernah patah-patah. Patah brek, saja.


5 – kereta

Ambil kereta. Bila mak mula bising-bising. Ke hulu-hilir masuk hutan, keluar hutan sesorang.
Anak dara, katanya. Turutkan kata orang tua. Mereka lebih arif.
Aku berjaya keluarkan MASAOT. Si jejaka hebat.

Sejarah jadi ‘bumper car’ – banyak kali.

Selain kenderaan pacuan, 4WD, jimny dan seumpama dengannya, dulu saya selalu meng'drive' lori 3 tan.

Rasa HEBAT!
Tak percaya, cubalah~





p/s : dengan ini, mengetag 'kenderaan anda dulu dan kini' kepada para pemblog. aku tahu, ramai yang ada sejarah. lebih-lebih lagi macam afzan, faiz, arfa, soraya, ujie, ilya dan semua.
sekian.

Wednesday, July 2, 2008

insan yang sedikit kudus



kebelakangan ini,

aku rase,
blog ni macam ada satu macam.
suka menghasilkan 'entry' ber'falsampah'.
secara terbuka.

sebab aku bukan kata ini bukan blog berfalsafah
kerana,
falsafah tidak menuntut emosi kerajaan hati. tidak mengikut emosi.
tiada akal untuk mengimbangi kedua-dua sifat tersebut.
sekejap rasa hitam, sekejap rasa pink, sekejap rasa kelabu pekat, sekejap rase putih. rasa hijau kadang-kadang.




haih...


semacam rasa,

hendak tukar blog ini pergi ke 'link' friendster
serupa macam sahabat aku buat.


*****

(surat kepada seorang yang dinamakan sahabat)


sahabat,

tukar la link tu.
buat blog balik.
post entry.

rindu kat entry-entry ko.

nanti aku komen, tapi tak 100% la aku janji tau.


yang benar,
ain



*****

kepada :

ahli pelangi,


malam ni, jom buat parti buih @ parti baju tidur @ makan pop corn banyak-banyak @ lepak-lepak di CKT kerinchi.

kebosanan ni~







Tuesday, July 1, 2008

cerita hujung bulan june - ke tanjung malim



minggu ini, saya sedikit seronok. sedikit saja.

tidak banyak rasa keseronokan seperti rakan-rakan yang lain.


malam jumaat yang lalu, saya bersama emak dan wawa (adik no.6) menuju ke tanjung malim.
bersebab.
pergi 'menjemput'- itulah aktiviti saya kebelakangan ini.

tiada cuti-cuti 'gila-gila' sehingga pertengahan bulan ogos nanti. meng'eskot' mak abah saya pergi berziarah.


kembali ke topik ke tanjung malim,
saya di ajak bertemu oleh mak dengan emak 'ex-bf' dan kak ngah 'ex-bf' mak saya.
kira boleh dikategorikan, nenek 'ex-bf' mak saya. & saya memanggilnya nenek serta mak ngah.

kisah cinta mak saya,
mestilah dikongsi bersama antara kami anak-beranak.

bak kata 'best-friend' saya, "kalau dah bagitau salah sorang, mesti satu rumah tau!''.

itu dialog biasa. tidak boleh ubah.
cuma sekarang, saya ada simpan satu rahsia. masih disimpan. eheh~
itu yang membuatkan saya serba salah.

berbalik kepada kisah cinta emak saya,

dulu, seawal umurnya 16 tahun, dia pernah ber'chinta' dengan si 'boin' (nama timang-timangan).
nenek bersama-sama mak ngah tersebut pernah menjadi batu api untuk memecah belahkan ikatan percintaan 2 manusia. diturutkan kata ibu dan kakak, dan dengan keputusan kedua-dua belah pihak, ikatan kasih-sayang tersebut putus dengan kasih yang mendalam. (tidak ada kena mengena dengan zaman sekarang).

dan sekarang,
nenek tersebut buka mulut mahu memaduk-madukkan saya dengan cucunya.
saya cuma.
kesengihan. penuh makna.



p/s : cuma nak bagitau:-


" dunia ni kan macam roda, sentiasa berpusing. "