Tuesday, July 29, 2008
belah kiri ke belah kanan lagi afdhal?
ada satu story gua mahu cerita lagi.
gua ingat tahun 2003, company abah gua buat family day di port dickson. gua adik beradik bengang, sebab biasanya kitaorang pergi pulau-pulau berombongan naik bas, naik bot besar. tapi kali itu gua naik kereta saja. nak-nak bila umah gua dengan port dickson cuma satu jam perjalanan.
rupanya-rupanya company abah gua satu melaka turun. gua suka betul sebab banyak pemandangan indah dekat situ. ye la, tengok abah gua punya rakan-rakan tak adalah hensem mana, tapi masya-Allah, alhamdulillah, banyak benar pemandangan indah hasil perkongsian perkahwinan rakan-rakan abah gua tersebut. sebab tu gua tak rasa menyesal sangat ikut trip abah gua kali itu.
malam tu gua tidur dekat apartment family gua. takkan la gua nak tidur bilik orang lain kan. adik-adik gua dah merayap mana pun gua malas nak ambil kisah. lagipun, siang tu gua dah main macam-macam game. dari atas darat, masuk kolam renang lepas tu masuk laut pula.
malam tu gua betul-betul tak larat. gua penat.
tiba-tiba adik gua call. suruh turun bawah. gua ingatkan ada emergency, gua dah cuak.
rupa-rupanya adik-adik gua dengan geng-geng diaorang tengah bergambar dengan artis. time tu, muka gua memang dah kelat. gua dah nak seligi adik-adik gua lepas budak-budak tu bergambar. gua buat muka kelat bergambar juga. gua dah tak jadi seligi adik-adik gua.
pernah nampak orang pakai baju tidur bergambar dengan artis tak? gua dah pun pernah buat.
gua nak tanya sikit. harap korang boleh jawab.
agak-agak korang la siapa lagi bangga dapat bergambar dengan gua?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Very nice blog you people have here!
kau bergambar ngan artis mana tuh.
nampak cm mamat2 tu yang nk amik gmbr ngan kau
oit! delete segala komen di atas (kecuali ilya's)..
aku baru perasan gamba ko pakai topi koboi. stylo seh! hehe..
delete 2nd komen.. yg first tu x yah..
hahahahaha... x pernah dlm sejarah :P
steve ballmer : terror gak baca bahasa melayu ni.
suspek gua!
ilya : ye ker?
ahaha~
jane : gua mmg stylo bab2 tak tentu pasal ni. :D
gua dah deleted.
soraya : sejarah ape?
pakai baju tidur bergambar ek?
try le buat, mesti memori abis...
lalala~
antara dua gambar tu,
yang mana mintak no telefon??
opaq : dua2 tak.
lagipun, dieorg tu suami orang beb!
jgn bagi muka~
peh... feymesnye ko. sampe artis pun nk amik gambo ngan ko. hihihi...
apsal gua tak kenal artis tu?
ke lu yg artis?
sultan : kan aku dah ckp, korang tak caya.
ahaha~
adobe : sebelah kiri tu riezman, sebelah kanan tu gua panggil abu bakar bekor jek.
selalu main drama je mamat2 tu.
hahaha...gler pemes ko neh...
hahahah...
ain..nak pnjam baju tidur ko tuh..mane la taw kot2 pasni aku amik gambo ngan beckham pakai baju tdor yang same ...
Post a Comment