Friday, September 26, 2008

esok hari raya! esok hari raya! versi senario


semalam gua cuma buke puasa dengan bubur nasi campo benda goreng-goreng sikit. sebab gua punya peti sejuk dah takde benda boleh masak. lagipun budget tinggal sorang-sorang je buke semalam. tapi nasib baik gua ada teman serumah yang balik tetibe.


perjalanan gua nanti petang dah lebih 2 marhalah. kira gua ni betul-betul musafir la.

dan kalau gua tak tahan lapor, gua boleh buke. kan?


p/s : rainbows, kalau jem sangat, kite buke sama-sama la yek kat hiway nanti.
p/s/s : pasa, bile nak flight nanti jangan jadik tak keruan pule lompat sana sini yer. ;)).
p/s/s/s : selamat hari raya eidulfitri, maaf zahir dan batin dari wargakerja
http://ainfadzal.blogspot.com kepada semua yang mengenali diri ini.



Wednesday, September 24, 2008

help me, please...


kebelakangan ni gua ada satu sifat.

malas nak fikir panjang.
macam sikit sifat mazmumah. kan. gua konpius tang sifat mahmudah ngan mazmumah ni. ntahlah, gua pun baru belajar tak berapa kerat kitab mutaalbadrin darjah 4 time sekolah ugama dulu-dulu. bahasa arab tinggi gua pun dapat 7 je pun.


*****

so, gua rasa. better mintak pandangan lu semua. kalau tak kisahlah. tak pun luangkan sedikit masa untuk gua.
persoalan dalam benak kepala gua sekarang ini,

1. gua tetap nak kekalkan rambut panjang. (kalau boleh). tapi rambut depan dah kokak gua kerjakan hari tu. dan di sebabkan raya, gua nak repair gak rambut gua untuk nampak raya. so, gaya apa terkini yang kena dengan bentuk muka gua yang kachak ni?

2. hari jumaat nanti, last day gua kerja. kena compulsory leave. so, gua akan rasa terbeban dengan perjalanan pulang gua ke kampung nanti. gua rasa, pukul 5 baru dapat keluar opis. agak-agak pukul berapa jem akan start kat mrr1 ke hiway? dan pukul berapa gua patut balik kampung nanti. gua malas nak tunggu sampai sabtu sebab pagi tadi gua dah nyanyi-nyanyi lagu raya dalam bilik air.


Tuesday, September 23, 2008

kuih raya campur ketupat


3 hari setengah lagi adalah hari bekerja. macam nak tunggu emas turun harga rasanya.

bukan sebab mood nak raya, mungkin sebab bila gua dah berbaik dengan orang tua, hati dah meronta-ronta nak balik sana. padahal, minggu lepas je pun skipped balik kampung. gua nak di ikutkan tak berapa berguna raya ni, sebab awal-awal lagi rumah gua kat kampung dah siap kemas. nak tunggu gua buat kuih-kuih, failed. nak tunggu gua anyam ketupat, sampai nenek gua dah alzheimer pun gua failed lagi. gua lagi sanggup cuci bumbung rumah gua dari pagi sampai petang.

*****

pagi tadi, sebelum gua pergi office klien gua hantar tender, gua terkesima dengan 2 makhluk paling seksi hari ini.

cantik, hot, walaupun mereka-mereka hanya ni duduk dalam kereta. gua pandang pakai cermin pandang belakang. lama.




p/s : agak-agak lu semua, minah-minah ganteng ni pandai anyam ketupat tak?

p/s/s : sarung ketupat siap sedia pun dah beharga dekat 40 sen.


Monday, September 22, 2008

: )



hari ni gua macam tak ada rasa nak mengupdate blog.



Friday, September 19, 2008

belum ada depan mata

dalam banyak-banyak jenis makanan, gua dah lama giler tak nampak mereka-mereka ni kat atas meja makan di rumah gua. di bulan puasa.

1. nasi berani gam
dulu, time gua baru tengah naik. gua sanggup dari melaka turun bp sebab nak makan beriani gam time orang lain sembahyang jumaat. dengan gua punya subkon dengan member lain terpaksa skip jumaat dieorang. gua rasa, dosa tak sembahyang jumaat tu memang jatuh banyak kat gua.


2. air limau

gua punya feveret selain daripada kopi o. minuman ini dapat menahan tekak daripada loya. Bila mahu makan lebih, pastikan ada air limau panas suam-suam di sebelah depan kanan gua.


3. mee bandung

lagi satu aktiviti gua kalau pergi muor. tak kira la kedai mana pun, lebih kurang jugak rasa kalau pergi sana. lagi satu, gua suka sangat kalau mak gua yang masakkan mee bandung tu. toksah susah-susah sampai nak naik muor. tapi, kalau takat kat kl ni, lu semua pasti dapat makan mee bandung perak. yang ni gua tak berapa gemar. Mati selera gua.


4. air tebu
dari kecik gua dah di besarkan dengan air tebu. dulu air tebu cuma 30 sen dah dapat seplastik beso. Tapi tu dulu la. sekarang ni rm3.50 satu plastic. Boleh bezakan dua-dua tu tak? Bukan main mahal. Warna air tebu tu kena di pastikan hijau kekuning-kuningan. Nampak marvelous.


5. nasi ambeng
yang ni paling payah nak dapat. berchinta. bukan main payah nak jumpa. waktu zaman sekolah dulu, memang dasat kalau letak nasi ambeng dalam dulang. gua paling suka aktiviti nasik dulang-dulang. rupa lauk dah buat gua terliur.


p/s : kalau ada sesiapa yang sudi nak jemput gua makan hanya dengan besertakan dengan aneka lauk-lauk diatas. di persilakan. gua memang teringin sangat-sangat.

p/s/s : gua nak upload gambo, tapi blogger buat hal. karang-karang la gua upload. terbang plak monitor ni gua kerjakan kang.

p/s/s/s : pasa sanda, jangan lupa makan obat yer. nanti gua takde partner nak gosip-gosip lagi. :D


Thursday, September 18, 2008

dugaanNya - hujan



lagi 12 hari lagi mahu raya. sedikit persediaan pun aku tak mahu lakukan.

kebiasaan raya-raya yang lepas, aku paling sibuk menyuruh mak aku itu, ini, itu balik. tahun ni bagai semua tak kena. bagi diri aku. cuma sedikit simpanan mahu dilaburkan untuk duit raya sahaja sudah disediakan.

*****

aku paling benci diri aku tatkala ego diri sudah mula setinggi langit. walaupun dengan mak abah aku. serius. kalau aku mati sekarang ni, mungkin neraka tertinggi tempat aku kelak. aku lancarkan perang dingin dengan mereka minggu lalu. biasanya, dan hatiku tak seperti selalu menunggu untuk hari jumaat ni. aku tak mahu pulang dulu ke kampung. hati aku tengah membeku. aku marah diri aku. sebab aku tak mahu marah orang lain. dan aku tak boleh sakitkan hati sesiapa masa ni sebab raya nak dekat. nanti kena minta ampun dan maaf sambil berjuraian air mata. itu aku malu.

*****

tahun-tahun yang lepas, kalau raya sudah dekat. aku macam mak-mak orang. daging, ayam, itik, ketupat, langsir, jambangan bunga, kuih raya, pelita, bunga api, mercun, baju raya, rambut raya semua mahu perlu disediakan. ada tugas masing-masing. itu gunanya adik beradik ramai-ramai. itu mak abah aku untung. bila hari raya, tugas masing-masing dah dijadualkan seperti askar. cuma kami manis berbaju kurung wajib 3 hari awal di hari raya. mak abah aku cuma perlu layan tetamu. aku sudah jadi jeneral pada adik-adik yang lain.

tugas aku pada adik-adik. bawa mereka pergi membeli belah. 4 sudah siap. tinggal lagi satu. itu pun dia sudah pujuk aku untuk pulang minggu ini. tapi aku matikan air. sebab dia sudah ada lesen penuh kereta. aku suruh dia pergi sendiri. adik aku yang sudah berkahwin pula mahu aku temankan pergi membeli belah. itu aku akan fikirkan dulu. sekarang ni, aku tidak boleh cakap sebarang dengannya. sebab aku akan jadi ibu saudara tidak lama lagi. hebat kan? mak yong ain. mungkin itu panggilan aku nanti. aku dah mula berangan. anak buah sendiri. siapa tak berangan.

aku tahu marah itu takat mana.

nanti bila pagi raya, aku paling dramatik antara adik beradik yang lain. itu sudah pasti. dan paling lama menghadap abah dan emak. itu aku. dan yang paling lama dapat nasihat di telinga kanan ini nanti. yang pasti, tudung aku pasti kuyup.

aku mahu kumpulkan dulu kekecewaan, kemarahan. dan mahu melepaskan di pagi raya.

*****

sekarang. aku mahu hold hati ini. hati aku takkan pergi mana-mana sehingga suatu ketika. dan aku tahu ketika itu juga bakal sampai nanti.

Wednesday, September 17, 2008

ketuk-ketuk kepala gua


Imaginasi seharusnya menajamkan lagi kekuatan fikiran otak kita.
Hebat bukan?

Bikin gempak, penuh provokasi. Superb.
Yang selalu orang lain tak dapat fikirkan apa yang telah diluahkan.

& gua sebenaranya lebih suka kepada bahasa kias, indirect. Tapi, gua masih dapat tangkap maksudnya dengan jelas.


p/s : Imaginasi pada bulan puasa hanyalah semata-mata pada makanan. Bosan bukan?

Tuesday, September 16, 2008

tazkirah sebagai peringatan.


Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'


Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. ( yang ni selalu je pun. :D )
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. ( abah still bayarkan lagi. )
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. ( baru lepas buat. :( )
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. ( kadang-kadang malas gi masjid sebab macam nilah jadinya. )
Kelima, orang yang suka minum arak. ( nauzubillah~ mintak dijauhkan. )

p/s : sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam

Monday, September 15, 2008

keinginan



teringin mahu makan bubur lambuk.




ada siapa-siapa yang mahu pedulikan saya?

Friday, September 12, 2008

dengan sepenuh hati


Malam tadi, I layan cerita GODA drama di 8tv. Nampak serabut, tapi oklah. Masih boleh layan. Lagipun nak demand lebih-lebih, rumah sewa I ni memang tak pasang astro.
I nak cerita perihal lelaki dengan rambut mereka. Dari perspektif i.

Rambut mahkota bagi seorang wanita. Begitu juga lelaki.

Macam selalu, I ada sebut-sebut tentang pemandangan indah dan jerung. Pada I, hal jerung dan pemandangan indah tu memang lumrah. Lagipun, kita dicipta dengan pelbagai bentuk dan rupa. Ciptaan tuhan. Rugi kalau tak pandai menghargai.

Dan seninya seseorang tu mungkin pada criteria masing-masing. Hal rambutnya, hal pemakaiannya, hal bagaimana dia bergaya. Tapi I melihat mereka pada mereka appreciated diri mereka masing-masing. Dan macamamanapun rambut mereka kerinting, tapi mereka tetap dengan diri mereka. Dengan rambut mereka.

& ramai yang ingat I lelaki walaupun rambut I dah panjang.

Teringat tiba-tiba pada iklan syampu clear, tapi I nak buat versi I. Hi, nama saya Ain.


****

saja nak upload gambar-gambar ni. sebab nampak kami sangat gembira menikmati juadah.


meja sebelum



sebelum tarik satu nafas


sesudah satu nafas

Thursday, September 11, 2008

jangan terkena tempias aku

Kadang-kadang bila tengah marah-marah, aku malas nak libatkan orang lain. Aku lebih suka marahkan diri sendiri daripada marah orang lain. Baik bermonolog dengan diri sendiri. Konon-konon ada bidadari dan setan dalam masa yang sama yang bergayut di bahu kanan dan kiri. Itu lumrah diri aku, dan kau tak perlu jadikan contoh dan ikutan.

Macam sekarang.

Kadang-kadang aku malas mahu fikir diri sendiri dan aku memang malas. Dan aku mahu libatkan diri dengan orang lain. Dengan masalah mereka. Sebab aku sudah biasa jadi macam tu. Memang tak boleh elak. Macam mana aku mahu pentingkan diri pun, mesti aku akan terfikir masalah orang lain. Masalah itu yang akan berlegar-legar dalam kepala otak aku.

Aku mahu marah. Aku mahu mengamuk. Macam dulu-dulu. Mungkin itu dapat mengurangkan sedikit beban kemarahan aku. Dan aku akan mula menyalahkan diri sendiri sekarang ini. Sebab aku tak dapat nak luahkan kemarahan aku kepada siapa. Atau aku tak mahu di cop dengan nama singkatan bagi gadis macam aku pada satu masa akan datang. Aku mahu lebih realistik dalam hidup dan lebih kepada tanpa perancangan. Dan itu juga kau tak perlu jadikan ikutan.

Aku juga mahu rasa patah semangat, mahu hilang semangat, tetapi masih tidak boleh.

Kalau ada pun, kadang-kadang aku pernah terhilang semangat sekejap. Tapi, tak pernah lama. Semangat aku masih kuat. Masih dasyat seperti dulu. Kencang. Aku masih boleh bergembira. Seperti tiada apa-apa pernah berlaku dengan diri. Dan kebiasaannya, sekarang ini macam selalu ada suara yang sama selalu berbisik dalam mimpi-mimpi aku. Yang membuat aku sekejap-sekejap terbangun dari lelap. Adakah itu lumrah?


p/s : kalau kau dah menyampah dengan aku, kau tak perlu rasa nak ambil tahu pasal diri aku lagi.

Wednesday, September 10, 2008

raya dengan apa?


hari ni merupakan hari ke sepuluh berpuasa. tapi hati i tidak meronta-ronta seperti biasa untuk beraya seperti tahun-tahun yang lepas. biasanya i beraya sakan.
& i musykil juga.
dan bila i mula check gambar-gambar dekat photobucket baru i tahu kenapa.

step 1.
mula-mula i pilih secara random, 3 gambar jer.










step 2.

ada 3 gambar yang berlainan

step 3.
bezakan 3 variasi warna baju yang berlainan.


results:
yang buat i happy jadi perempuan dewasa mungkin sebab berbaju raya baru kot.
dan tahun ni i dah beraya dulu dengan baju raya yang di ketiga-tiga gambar di atas. so, kalau nak tengok baju raya i, yang ni jelah yer. opppsss... dan ada satu lagi rupenye yang tertinggal dalam ni. baju langkah bendul. ;))


Tuesday, September 9, 2008

best wishes!


hari ni, besday afzan @ janez @ jaiz, bak kata arfa.
gua nak cakap, dah sebaya pun lu dengan kiteorang semua.
ahahaha~
so, lu tak boleh perasan muda lagi.




lu dah balik johor, kejar cita-cita lu kat sana. kira lu dah sampai hajatlah sekarang ni. gua cuma dapat tumpang gembira. macam gua selalu buat.

lepas ni, sorang lagi ahli rainbow balik kampung jugak. faiz. kurang 2 ahli sekarang. faiz pun kejar cita-cita kat sana. ataupun kejar marka?
whateverlah...


*****

sekarang ni, gua memang rasa sayu habis.

gua nak kejar cita-cita gak lepas ni.
mungkin nak menetap kat planet utarid ke. marikh
ke. mana-mana yang sudi terima gualah kiranya. kerja sana pulak.


*****

p/s utk JANE :


kiteorang dah makankan cheese tart the loaf untuk lu. ape macam?




Monday, September 8, 2008

grrrrr~


sebelum acara berbuka puasa, gua seperti selaku ketua kutu-kutu rambu yang lain dok merayau dalam times square sampai terbabas dalam kedai ni.

walau macamana pun, lu semua patut bangga. kitaorang masih mampu buat gaya macam ni sebelum tiba waktu berbuka. hebat, kan?

i'm hungry!!!!!!!!!! tapi apox n pais boleh buat muke cute.


Pirates of Caribbean 4 : me, apox, dak abg


arfa @ apox @ rainz
ilya @ yoyok

gambar dua diatas ni, mana satu lagi nampak real?



one nation emcees, copyright dude!


p/s : nak yang lagi hebat dan thrill dari kitaorang, sila lawati link sebelah page gua, apox @ sweetnessofrainbow.


Friday, September 5, 2008

rahsia bulan puasa

Sebenonye bulan pose ni boleh dikatakan ramai umat islam yang kreatif.
Katakanlah korang tak boleh pose atau korang monteng pose. Maka, akan wujudlah tetibe mentol atas kepala. Ye tak?

Contoh terdekat gualah.
Time sekolah dulu. Lepas sekolah pagi. Dapat 2 orang dalam dorm gua untuk cukupkan korum. Ambil kain batik lepas, pasang keliling katil tingkat bawah sampai tak nampak cahaya. Stok makanan jangan lupa. Okeh? Air paip bila dah darurat pun onkan aje.

Tu zaman busuk sekolah gua dulu.
So, korang dah nampak usaha untuk mendapatkan makanan?

Bila kita kerja swasta, biasanya bidang macam gua biasa memang akan jadi subcon. Pun busuk gak dieorang bagi gelaran kat kiteorang. Tak kisahlah, janji rezki tu gua carik sendiri. Tak mintak derma ikhlas dari orang beso-beso. Kalau nak derma, sebat jelah. Rugi kalau tolak. Rasa yang memberi pun dapat pahala berkali ganda.

Tapi, bila bulan pose ni, memang kamceng abis antara budak subcon dengan maincon. Mula-mula, carik port nasik bungkus. Tapi, setiap tahun port tu tak pernah berubah pun. Yang rasa ntahapehape tu, dengan gua-gua sekali pun pernah terlibat. Tapi, gua jadi tukang makan jer la pun. (eheh~). Port utama budak-budak situ kat nursery tempat gua jaga. Memang masyuk abis, lepas makan pulak masing-masing dok membongkang kat tempat gua tu. Memang happening abis sampaikan gua kena merempat port lain. Memang tak boleh belah masa tu.

La ni, duduk dalam opis. Line manjang tak clear. So, bila datangkan tak boleh pose tu, menyamar gak jadik orang pose. Kadang-kadang terlebih jadik orang pose. Betul-betul thrill kan?


p/s : teringat masa opismate gua menyamar jadik benggali sebab nak tapau mc’d. memang haram 'J' jadiknye. Macamlah tak boleh drive thru.

Thursday, September 4, 2008

kudung dapat cincin


kadang-kadang tahap sabar kita ada hadnya.

ni boleh sampai rosak hati aku kali ini. serius!

tapi, bila rasa nak meletup, memang jadi boleh macam-macam. seperti putus kawan contohnya.
itu akulah. takde kena mengena dengan korang pasal putus-putus kawan ni.

lagipun die gelarkan aku perempuan gila. bersama pula dengan tunang kesayangan dia. (owhho...)
tapi lebih baik kau gelarkan aku gadis gila. nampak sedikit nice. ye tak?

mula-mula,
aku mahu abaikan, tapi tak boleh. aku marah sangat. campur sedih. sebab tak sangka selama aku anggap dia sebagai kawan yang aku boleh susah senang, dia gelarkan aku macam tu sekali. sampai aku tak boleh tidur. walaupun aku pejamkan mata lama.


skil aku memandu memang agak gila-gila. suka hati akulah, kereta aku. dah ada dua pun. motor pun aku ada. aku ada dapat rebat. kau ada apa, perempuan? basikal pun belum tentu ada lagi! cuma ada tunang je pun dengan barang-barang branded. tu pun baru sekarang kau terbabit dengan barang-barang branded ni. dulu kau tak ada pun.

mulut kau mungkin manis depan kami semua. dan orang pun nampak kau gadis suci yang berhati budi tahap dewi. tapi tidak aku. aku tahu hati kau takat mana. depan manis, belakang sampai tak boleh kata. lama aku tahan, sampai boleh terbakar otak dengan hati aku kali ini. sebab aku tak usik kau pun walaupun kau mengadu macam-macam pada abang kau pasal hal-hal rumah kita. hal kau tak nak pulak bagitahu abang kau. mencicit-cicit cari kunci rumah nak menyamar konon-konon stay dekat rumah. padahal selama ni kau melepak aje dekat rumah tunang kau. aku tak pernah usik pun. budak-budak rumah yang lain jenis baik. tapi aku tidak. sorry. kau jumpa orang macam aku.

dengan budak rumah lain, boleh la kau nak kondem. tapi kau silap. kami tak pernah buat salah apa pun. gejala-gejala sosial memang boleh dielakkan. masih tahu batas, tahu halal haram. tapi kau tahu apa? biasanya, siapa yang banyak syak, dia yang lebih-lebih lagi. kan?

yang aku tak boleh belah, masa cincin kau bertunang kau masuk dalam jamban rumah, kau mintak tolong aku carikan dalam lubang jamban tu. lepas kau seluk jamban tu, aku pulak seluk untuk aku tunjukkan erti setiakawan. bangun pagi-pagi, aku belum mandi, berjalan-jalan pula mahu cari pengganti cincin kau yang hilang dekat kedai-kedai emas yang lain supaya kau tak sedih sangat. tu baru seminggu kau bertunang. tapi aku mahu kau tabahkan hati kau. tu erti setiakawan. tapi mungkin peten kau memang macam tu. aku pun jadi malas nak terkait dengan kau pasal apa-apa lagi. rasa macam orang neraka jumpa orang syurga nanti.


aku mahu gelarkan kau 'kudung dapat cincin'. boleh?

Wednesday, September 3, 2008

kreatif la sangat ni~

Top 5 Creative Blogger


'ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN'
.
It should been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage, err, message for your nominees


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemblog dan juga pembaca sekalian.

semoga anda semua dirahmati dan di berkati di dalam bulan yang mulia ini.
bagi yang berpuasa, selamat berpuasa penuh untuk tahun ini. (senyum kembang kuncup hidungnya).

pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada cik dyana halim a.k.a budak pemalas kerana sudi mencalonkan saya bagi kategori ini.
alhamdulillah dan syukur nikmat yang tidak terhingga kepada-Nya.

(sila tepuk tangan beramai-ramai dengan kuat sekali).



(ok, cukup!).

di sini, saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang pernah memberi semangat untuk saya meneruskan era pemblogan. ketika mula-mula saya terlibat dalam bidang ini hanyalah sekadar sebagai pembaca blog rakan-rakan saya yang lain, iaitu cik soraya, cik afzan, cik ujie, en. faiz dan rakan-rakan yang lain. dengan desakan dan dorongan rakan-rakan yang lain, saya juga telah dengan tidak tersengaja terlibat dengan dunia pemblogan ini.

(dengan lelehan air mata yang menjejer-jejer di pelupuk mata).

dengan blog ini, sedikit sebanyak dapatlah saya berkongsi cerita, meluahkan rasa, menunjukkan emosi terpendam bagi memenuhkan ruang lingkup siber yang semakin berkembang maju seiring dengan pencapaian teknologi sekarang ini. jika tiada anda semua siapalah saya pada hari ini. insan kudus ini hanyalah makhluk tuhan yang merempat di muka bumi tuhan semata-mata berbekalkan keazaman yang sekejap-sekejap naik meluap-luap dan turun terjunam mengikut kadar inflasi yang menyerang malaysia sekarang ini. (
hadiah wang tunai berapa ringgit yer kalau menang kategori ni?).

sudah berjela-jela saya membuat ucapan. kalau boleh panjang lagi, saya tambah lagi. tapi cukup-cukup sudahlah. kering anak tekak sekarang ni. dengan ini saya ingin membuat pencalonan kepada 5 rakan-rakan pemblog yang kreatif untuk pencalonan ini.

dengan ini saya menamakan :-
1. apox - blog sukaria
2. wiwin - blog otak kreatif
3. jane - blog fakta
4. yoyok - blog cerpen
5. pais - blog sarcastic

tambah satu pencalonan lagi :-
6. sue - blog emo

kalau boleh, saya ingin menambahkan kepada beberapa pencalonan lagi bagi rakan-rakan saya yang lain untuk menunjukkan ketulusan hati dari insan kudus ini. tetapi apakan daya, setakat 5 orang sahaja yang dapat dinamakan untuk award ini.

apa yang dapat disimpulkan disini, anjakan pardigma dapat membentuk negara kita akan datang.

sekian, jutaan terima kasih dari saya untuk anda semua. (terharu!)

majulah blog untuk semua.

(tepuk tangan bramai-ramai dengan gemuruh sekali. sambil buat ombakkkkk...)



p/s : bagi yang telah dinamakan, sila buat tag ini. jika tidak, pencalonan anda akan di tarik balik.
(lagi satu, bayar duit yuran pencalonan sorang seribu masukkan dalam akaun bank aku. penat aku jolok juri tau!).



Tuesday, September 2, 2008

fakta vs auta

7 Fakta Mengenai Diri Saya (7 Facts about Me..)

  1. degil
  2. suka nak kena paksa
  3. belasah orang
  4. paling benci orang bila mula bohong
  5. kuat
  6. emo
  7. kuat makan

7 Perkara Yang Menakutkan Saya Di Dunia (7 Things that Scare Me in the World..)

  1. mati putus kepala atau meletup satu badan
  2. jadi bisu
  3. first night
  4. takde kawan dan family
  5. bantal hilang
  6. kena bunuh
  7. hilang ingatan

7 Lagu Kegemaran Buat Masa Sekarang (7 Current Favourite Songs)

  1. she moves in her own way
  2. there she goes
  3. matahariku
  4. she's a rainbow
  5. bertanya dalam hati
  6. cahaya kehidupan
  7. jiwa kelajuan

7 Perkataan Yang Selalu Saya Sebut (7 Words Mostly I Said..)

  1. babi! babi!
  2. pukimak
  3. lahanat
  4. sial
  5. bangang
  6. bodoh
  7. benci

7 Perkara Yang Bernilai Bagi Diri Saya (7 Valuable Things for Me)

  1. mata hati jiwa
  2. mak, abah, adik-adik, mak cik, pak cik, nenek, atuk, atuk sedara, nenek sedara
  3. kengkawan
  4. ego
  5. otak
  6. maruah
  7. (kosong lagi.)

7 Pertama Kali Dalam Hidup Saya (7 First Time in My Life)

  1. langgar van polis
  2. kena cili padi
  3. kena bedah
  4. kena bantai
  5. derma darah
  6. jadi kakak pengantin
  7. dapat loan
7 Orang Yang Bertuah Untuk Menjawab Soalan-soalan Di Atas (7 “Lucky” Peeps That Need to Waste Their Time Doing This)
  1. wiwin
  2. poji
  3. amin
  4. amat
  5. pekji
  6. zen
  7. dyana halim