Kadang-kadang bila tengah marah-marah, aku malas nak libatkan orang lain. Aku lebih suka marahkan diri sendiri daripada marah orang lain. Baik bermonolog dengan diri sendiri. Konon-konon ada bidadari dan setan dalam masa yang sama yang bergayut di bahu kanan dan kiri. Itu lumrah diri aku, dan kau tak perlu jadikan contoh dan ikutan.
Macam sekarang.
Kadang-kadang aku malas mahu fikir diri sendiri dan aku memang malas. Dan aku mahu libatkan diri dengan orang lain. Dengan masalah mereka. Sebab aku sudah biasa jadi macam tu. Memang tak boleh elak. Macam mana aku mahu pentingkan diri pun, mesti aku akan terfikir masalah orang lain. Masalah itu yang akan berlegar-legar dalam kepala otak aku.
Aku mahu marah. Aku mahu mengamuk. Macam dulu-dulu. Mungkin itu dapat mengurangkan sedikit beban kemarahan aku. Dan aku akan mula menyalahkan diri sendiri sekarang ini. Sebab aku tak dapat nak luahkan kemarahan aku kepada siapa. Atau aku tak mahu di cop dengan nama singkatan bagi gadis macam aku pada satu masa akan datang. Aku mahu lebih realistik dalam hidup dan lebih kepada tanpa perancangan. Dan itu juga kau tak perlu jadikan ikutan.
Aku juga mahu rasa patah semangat, mahu hilang semangat, tetapi masih tidak boleh.
Kalau ada pun, kadang-kadang aku pernah terhilang semangat sekejap. Tapi, tak pernah lama. Semangat aku masih kuat. Masih dasyat seperti dulu. Kencang. Aku masih boleh bergembira. Seperti tiada apa-apa pernah berlaku dengan diri. Dan kebiasaannya, sekarang ini macam selalu ada suara yang sama selalu berbisik dalam mimpi-mimpi aku. Yang membuat aku sekejap-sekejap terbangun dari lelap. Adakah itu lumrah?
p/s : kalau kau dah menyampah dengan aku, kau tak perlu rasa nak ambil tahu pasal diri aku lagi.
8 comments:
eh,jgnla mcm tu..i tak penah menyampah dgn u. eh?
:0
ukeleh..ni nape tetibe emo...hoho
minta maaf...
aku dah bertobat..
peace..
aik asal semua emo ni..elmo tolonggg....
jangan meminte perkare yang buruk-buruk. kerane yang buruk-buruk itu bukanlah untukmu.
kau emo dgn sape ni?
hmm.. jgn mrh! senyum selalu! ;p
aku dah ok...
tq yer korg2 semue.
;))
Post a Comment