Thursday, September 4, 2008

kudung dapat cincin


kadang-kadang tahap sabar kita ada hadnya.

ni boleh sampai rosak hati aku kali ini. serius!

tapi, bila rasa nak meletup, memang jadi boleh macam-macam. seperti putus kawan contohnya.
itu akulah. takde kena mengena dengan korang pasal putus-putus kawan ni.

lagipun die gelarkan aku perempuan gila. bersama pula dengan tunang kesayangan dia. (owhho...)
tapi lebih baik kau gelarkan aku gadis gila. nampak sedikit nice. ye tak?

mula-mula,
aku mahu abaikan, tapi tak boleh. aku marah sangat. campur sedih. sebab tak sangka selama aku anggap dia sebagai kawan yang aku boleh susah senang, dia gelarkan aku macam tu sekali. sampai aku tak boleh tidur. walaupun aku pejamkan mata lama.


skil aku memandu memang agak gila-gila. suka hati akulah, kereta aku. dah ada dua pun. motor pun aku ada. aku ada dapat rebat. kau ada apa, perempuan? basikal pun belum tentu ada lagi! cuma ada tunang je pun dengan barang-barang branded. tu pun baru sekarang kau terbabit dengan barang-barang branded ni. dulu kau tak ada pun.

mulut kau mungkin manis depan kami semua. dan orang pun nampak kau gadis suci yang berhati budi tahap dewi. tapi tidak aku. aku tahu hati kau takat mana. depan manis, belakang sampai tak boleh kata. lama aku tahan, sampai boleh terbakar otak dengan hati aku kali ini. sebab aku tak usik kau pun walaupun kau mengadu macam-macam pada abang kau pasal hal-hal rumah kita. hal kau tak nak pulak bagitahu abang kau. mencicit-cicit cari kunci rumah nak menyamar konon-konon stay dekat rumah. padahal selama ni kau melepak aje dekat rumah tunang kau. aku tak pernah usik pun. budak-budak rumah yang lain jenis baik. tapi aku tidak. sorry. kau jumpa orang macam aku.

dengan budak rumah lain, boleh la kau nak kondem. tapi kau silap. kami tak pernah buat salah apa pun. gejala-gejala sosial memang boleh dielakkan. masih tahu batas, tahu halal haram. tapi kau tahu apa? biasanya, siapa yang banyak syak, dia yang lebih-lebih lagi. kan?

yang aku tak boleh belah, masa cincin kau bertunang kau masuk dalam jamban rumah, kau mintak tolong aku carikan dalam lubang jamban tu. lepas kau seluk jamban tu, aku pulak seluk untuk aku tunjukkan erti setiakawan. bangun pagi-pagi, aku belum mandi, berjalan-jalan pula mahu cari pengganti cincin kau yang hilang dekat kedai-kedai emas yang lain supaya kau tak sedih sangat. tu baru seminggu kau bertunang. tapi aku mahu kau tabahkan hati kau. tu erti setiakawan. tapi mungkin peten kau memang macam tu. aku pun jadi malas nak terkait dengan kau pasal apa-apa lagi. rasa macam orang neraka jumpa orang syurga nanti.


aku mahu gelarkan kau 'kudung dapat cincin'. boleh?

14 comments:

Rockstar said...

bulan puasa ni semuanya digandakan..

Anonymous said...

aIn SuDah AmUk...
;P

ain fadzal said...

adobe : aku tau, aku punye dosa pun berganda-ganda gak.

:(

burpp : aku dah kata, aku nak letak gak dlm blog.

sapa suruh bagi aku mengigil. nak jek aku bagi demam kelenjar ni kat die.

bru tahu erti sakit nanti.

ahahaha~

xpe, ade part ii nanti.

Ilya said...

chaiyokk...ain.

persetankan 'gadis mulia' cm tu.

perbanyakkan bersabar ye :D

rainz said...

tu ar...
aku benci dowh pmpuan camtu ...
two three face...
die ingat die sorang jek ade tunang? ain, kang ko kalo tunang, ko suh jek tunang ko tumbok die..

(nape aku jadik kejam nih?)

ijan said...

sgguh mulia ati ko eh...

arghhh... pulaukan saje bdk tu...

opaq said...

tak semua paham maksud kawan...~
kan??

kadang2,kawan bikin sawan...

SayaBudakPemalas said...

mmg ade peten org mcm tuh.. nk wat cane lg dah...

Pekji said...

Seluk lubang jamban????
Oh tidakkkkkk....

Tapi memang lubang jamban itu kawan.

ain fadzal said...

ilya : teringat 'MULIA' sekarang ni. ape citer la cikgu tu.

aku sabor la ni. tgh control bad temper.

lalalala~

arfa : ntah la, susah nak ckp org mcm tu. kite plak langsung jdk blur nanti.

ahaha~

apox, ape kata aku pinjam bakal tunang ko dulu, bleh x?

sultan : hati aku bese-bese jek. x berapa mulia. time tgh setan, setan gak.

hakhakhak~

aku ingat nak hntr gi perairan kepulauan aden la, agak2 boleh x?

opaq : aku tau, ko mmg takde kawan kan?

kesian kawan2 ko sesawan ke?

dyana : kawan makan kawan.

eh tak, die tgh diet tu. so, die mmg confirm tak mkn aku la.

so, dyana. kite buat bodoh sudah...

:))

pekji : kalo ko perlukan khidmat aku bgtau la P.

ala, aku tau jamban ko mmg sentiasa jadik best partner ko tu.

kan?

;))

Soraya Zainal said...

ish... gitu punye org pon ade ke? dah wat salah tu sendiri tanggung la, ni nk harapkan org kaevr line plak..

bab cincin tunang masuk toilet tu lawak betul la... ptt nye ko gelak je, x yah sesusah nk seluk jamban tuh...

xpe ain, sabar ye nek?

ain fadzal said...

sabo.. sabo...

:))

Unknown said...

sakitnya hati bila org yg kita anggap kawan sejati buat gini mmg perit...

gelar kan la dia pape pun..bagi dia sedar skit

ain fadzal said...

ape kata, kite abaikan.

:))