Friday, July 31, 2009

menang lagi?



ini bukan cakap bohong!



ini kali ke-2 gua menang cabutan bertuah untu
k power root. kalau tak caya, klik kat gambar kasi besar.




hari isnin ini gua terpaksa cuti, al maklumlah baru mula nak jadi artis. perlu mula belajar shooting-shooting lagi. nak senyum pun takut terketar-ketar. kau orang doa-doa gua jadi glemer sudahlah. boleh juga gua buat kenduri kuih lepas ni.



p/s : ada kiriman salam untuk duta-duta power root silalah berhubungi untuk berurusan dengan gua.


Thursday, July 30, 2009

melaka,


secara umumnya ia merupakan dalam kelompok negeri-negeri kecil di malaysia.


*****

negeri melaka boleh dijadikan percutian paling bermakna, kerana :-


1. kebanyakkan tempat bersejarah dan warisan dunia berada di sini. contoh peninggalan terbaru merupakan artifak/kubu orang inggeris yang terdapat di sekitar bukit st. sthadyus (kota merah). hanya muzium atau tempat pameran yang mengenakan yuran masuk, selainnya percuma.





2. ada bot persiaran yang menyusuri sungai melaka. tiketnya sekarang sudah menjadi rm10, jika dulunya hanya rm5 sahaja. rumah-rumah melaka, jambatan-jambatan kecil yang menghubungkan antara jalan-jalan di bandar, air pancut, tempat bersiar-siar pejalan kaki dan taman hiburan kecil untuk warga tempatan rakyat negeri melaka.






3. selain dari jejakan bersejarah, melaka juga terkenal dengan makanan laut. contohnya di perkampungan muara sungai duyong. selain makanan yang dikatakan agak sedap, ia juga sangat murah. selain ikan siakap di masak 2 bahagian, ikan pari, ketam, pepahat, sotong, kailan cuma berharga rm132.





4. selepas menikmati makanan pada malam hujung minggu, pelan seterusnya semestinya pergi bersuka ria di tempat-tempat hiburan tempatan yang biasa. untukmenonton wayang filem tempatan arahan profesor razak moheiden, anda tidak perlu rasa kecewa dengan jalan cerita tersebut. ia cuma beharga rm7 sahaja.






next:-

tunggu~


Friday, July 24, 2009

pulangkan kembali warna warni kepada saya


perempuan,

mula-mula dapat memang jadi madu, dan bila sudah simpan lama boleh jadi racun.


- dasar pandangan lelaki yang kecewa


*****


pada awal minggu ini, saya pergi dipertemuduga. antara dua negeri wilayah persekutuan kuala lumpur dan melaka. negeri sembilan di tengah-tengah. lokasinya di seremban 2. tapi saya tahu, masih tidak nampak sebarang logiknya saya ke seremban. melaka atau kuala lumpur. saya masih bercelaru. tapi saya berupaya memandu. setengah saja perjalanan dari alor gajah ke kuala lumpur. ringkasnya, kacang saja.

saya mahu tampak formal. bersuit seluar hitam, bertudung, berbeg tangan dan berkasut secara totalnya warna coklat gelap. saya cepat setengah jam dari masa yang telah di aturkan. longlai saya menaiki tangga ke pejabat penemuduga. sebab masih tidak fikir logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. tol lebuhraya 6.40 ringgit malaysia. setengah kosnya dari alor gajah ke kuala lumpur.

saya daki tangga. buka kasut. buka pintu pejabat. saya lemparkan senyuman yang tak pasti ke mana hala tujunya. depan mata saya, ada 3 orang wanita dan 3 orang lelaki. kebanyakannya pada pertengahan umur. setiausaha bos besar hulurkan borang permohonan kerja kepada saya. saya ambil dan cari tempat duduk. sebab masih tidak rasa logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. tapi saya isi borang kosong di hadapan mata saya. sejujur-jujurnya, saya tidak nampak langsung bayangan nakal saya di situ. yang ada mungkin hanya kerjaya yang belum mampu saya tanggung.

selesai saja tugas saya mengisi borang tersebut, saya angkat lemah muka saya menuju ke bilik pengarah urusan. kemudian masuk seorang lelaki yang duduk di sebelah saya tadi. dia tersenyum, mungkin dia cuba membalas senyuman yang saya lemparkan apabila mula-mula masuk ke pejabat tadi. saya diam mengambil nafas. secara teratur. sebab masih tidak mungkin ada logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. kembali tenang dan berlagak setenang yang mungkin. saya hulurkan borang permohonan, resume dan fail sijil saya di hadapan mereka. saya tersenyum sebaik yang mungkin kerana saya masih belum yakin.

sedang dalam proses dipertemuduga oleh mereka berdua, saya cuba kumpul ketenangan dan semangat yang saya lempar entah di kaki tangga tadi. saya dongakkan muka. tegakkan kedudukan dan cuba berbual secara formal. mungkin saya sudah biasa beramah tamah di dalam apa jua keadaan, saya bisa bertemuduga. di situ saya nampak logiknya bakal pekerja dan bakal bos berbual tentang bakal kerja yang akan di terima-di tawarkan. mereka kata saya tenang. mereka kata saya cerewet. mereka kata saya teliti. sebab masih tiada gesa di mana ada logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. secara amnya, saya berbual formal dengan mereka berdua. mereka berdua berbual secara tidak formal dengan saya. secara khasnya, mereka kenal pelanggan saya. dan saya menguruskan kerja-kerja pelanggan saya dan lebih tepat rupa-rupanya mereka dan pelanggan masing-masing ada kerjasama diantara kedua-dua pihak. dan secara linearnya, saya mengenali mereka dalam suasana formal dan bukannya di kafe kopi bertaraf 3 atau 4 bintang.

secara keseluruhannya, mereka kata mereka nampak kualiti yang ada pada diri saya. tenang, cerewet, teliti. katanya, kualiti yang ada sesetengah lelaki tidak boleh lawan saya. yang menjadi permasalahannya, cuma aspek teknikal.

saya sedar. saya faham. sebenarnya, saya datang tanpa berjuang. saya datang tanpa logika. saya datang dengan mental dan jiwa yang bercelaru.




nah! ini yang buat saya takut! saya takut saya tak cukup cool lagi untuk mengaburi pandangan semua orang terhadap saya.



saya takut saya tak mampu buat orang ketawa lagi.




Thursday, July 23, 2009

saat berjimba-jimba pada malam 2 minggu lepas




















p/s : cuma hamparan gambar foto, tiada entri karangan buat kali ini.

Friday, July 10, 2009

cerita gambir, kacip fatimah dan juga tongkat ali



sabah. ya, saya pernah ke sana. beberapa bulan yang lepas. hanya beberapa daerah saja saya berupaya untuk jejaki. sabah besar. selebihnya, tunggulah saja pada masa akan datang. mana tahu, ada rezeki tersangkut lain kali.

salah satu aktiviti yang sempat saya buat adalah membeli belah. di pasar tamu. selain daripada pokok kaktus yang saya hadiahkan kepada tuan rumah yang kami tumpang selama 3 malam, saya juga berjaya memperolehi sebiji bola kristal sebesar tapak tangan. buat kenang-kenangan.

selain daripada hasil pembelian bola kristal tersebut, saya juga menjejaki sebuah kedai yang di penuhi dengan hasil tanaman kering untuk di gunakan sebagai ubat-ubatan. ubat selsema, ubat demam, ubat sakit kepala dan juga ubat kuat. tujuan utama saya adalah melihat gambir dengan secara lebih dekat. dengar kata orang-orang tua, boleh buat ubat sakit gigi. al maklumlah, di semenanjung di jual secara sorok-sorok mengikut tempahan.


ikut hati saya, mahu juga cari ubat sakit gigi. sekilo pun boleh. tapi, puas juga pakcik tersebut mengetawakan saya. pelan-pelan beliau buka cerita. a sampai ke z. memang lama saya di kedai tersebut. cuba mendalami cerita pakcik tersebut.

kini, saya boleh dikatakan agak memahami itu, ini mengenai nilai perubatan tradisional mereka. tak sangka, saya juga ada kawan yang berminat dalam ilmu tersebut.




ye jane. percayalah yang saya sedang cuba mempercayai anda.




Wednesday, July 8, 2009

lucky laki - aku bukanlah superman


saya cakap pada emak, saya mahu pergi backpack. jalan-jalan hanya dengan beg galas sahaja. mungkin secara solo. kalau berteman pun mungkin seorang. kawan saya, mary. mak saya setuju. tapi dengan syarat, kalau boleh pergi jengah rumah saudara mara saya.

saya cakap, saya mahu pergi backpack. semenanjung dulu. bajet terhad. dan mahu menghayati keadaan persekitaran sekeliling saya, menaiki kenderaan awam. kalau ada sesiapa yang mengenali saya, jangan jemput saya datang ke rumah.

saya luahkan suara hati saya lagi. saya kata saya mahu potong rambut pendek. lagipun, saya dah rasa bosan dengan potongan rambut sekarang.


senget/serong. tapi mak saya suka. makcik-makcik belah abah saya pun suka. mereka kata saya nampak muda. kalau diatur-atur kedudukan kami adik beradik. saya jatuh nombor 3. alamak! saya sangat muda. baru mahu masuk 22 tahun. terasa manisnya 21 tahun tersebut. muda remaja.


saya sudah minat dengan satu potongan rambut. baru malam tadi menontonnya. di shear genius 2.



+
+
+

sekarang, mak saya tak cukup cool.





untuk kawan-kawan,


ini video anak ahmad dhani (faiz yang kata).