Friday, July 24, 2009

pulangkan kembali warna warni kepada saya


perempuan,

mula-mula dapat memang jadi madu, dan bila sudah simpan lama boleh jadi racun.


- dasar pandangan lelaki yang kecewa


*****


pada awal minggu ini, saya pergi dipertemuduga. antara dua negeri wilayah persekutuan kuala lumpur dan melaka. negeri sembilan di tengah-tengah. lokasinya di seremban 2. tapi saya tahu, masih tidak nampak sebarang logiknya saya ke seremban. melaka atau kuala lumpur. saya masih bercelaru. tapi saya berupaya memandu. setengah saja perjalanan dari alor gajah ke kuala lumpur. ringkasnya, kacang saja.

saya mahu tampak formal. bersuit seluar hitam, bertudung, berbeg tangan dan berkasut secara totalnya warna coklat gelap. saya cepat setengah jam dari masa yang telah di aturkan. longlai saya menaiki tangga ke pejabat penemuduga. sebab masih tidak fikir logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. tol lebuhraya 6.40 ringgit malaysia. setengah kosnya dari alor gajah ke kuala lumpur.

saya daki tangga. buka kasut. buka pintu pejabat. saya lemparkan senyuman yang tak pasti ke mana hala tujunya. depan mata saya, ada 3 orang wanita dan 3 orang lelaki. kebanyakannya pada pertengahan umur. setiausaha bos besar hulurkan borang permohonan kerja kepada saya. saya ambil dan cari tempat duduk. sebab masih tidak rasa logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. tapi saya isi borang kosong di hadapan mata saya. sejujur-jujurnya, saya tidak nampak langsung bayangan nakal saya di situ. yang ada mungkin hanya kerjaya yang belum mampu saya tanggung.

selesai saja tugas saya mengisi borang tersebut, saya angkat lemah muka saya menuju ke bilik pengarah urusan. kemudian masuk seorang lelaki yang duduk di sebelah saya tadi. dia tersenyum, mungkin dia cuba membalas senyuman yang saya lemparkan apabila mula-mula masuk ke pejabat tadi. saya diam mengambil nafas. secara teratur. sebab masih tidak mungkin ada logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. kembali tenang dan berlagak setenang yang mungkin. saya hulurkan borang permohonan, resume dan fail sijil saya di hadapan mereka. saya tersenyum sebaik yang mungkin kerana saya masih belum yakin.

sedang dalam proses dipertemuduga oleh mereka berdua, saya cuba kumpul ketenangan dan semangat yang saya lempar entah di kaki tangga tadi. saya dongakkan muka. tegakkan kedudukan dan cuba berbual secara formal. mungkin saya sudah biasa beramah tamah di dalam apa jua keadaan, saya bisa bertemuduga. di situ saya nampak logiknya bakal pekerja dan bakal bos berbual tentang bakal kerja yang akan di terima-di tawarkan. mereka kata saya tenang. mereka kata saya cerewet. mereka kata saya teliti. sebab masih tiada gesa di mana ada logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. secara amnya, saya berbual formal dengan mereka berdua. mereka berdua berbual secara tidak formal dengan saya. secara khasnya, mereka kenal pelanggan saya. dan saya menguruskan kerja-kerja pelanggan saya dan lebih tepat rupa-rupanya mereka dan pelanggan masing-masing ada kerjasama diantara kedua-dua pihak. dan secara linearnya, saya mengenali mereka dalam suasana formal dan bukannya di kafe kopi bertaraf 3 atau 4 bintang.

secara keseluruhannya, mereka kata mereka nampak kualiti yang ada pada diri saya. tenang, cerewet, teliti. katanya, kualiti yang ada sesetengah lelaki tidak boleh lawan saya. yang menjadi permasalahannya, cuma aspek teknikal.

saya sedar. saya faham. sebenarnya, saya datang tanpa berjuang. saya datang tanpa logika. saya datang dengan mental dan jiwa yang bercelaru.




nah! ini yang buat saya takut! saya takut saya tak cukup cool lagi untuk mengaburi pandangan semua orang terhadap saya.



saya takut saya tak mampu buat orang ketawa lagi.




5 comments:

rainz said...

takpe..ko plak ketawakan orang.

nah!mudahkan?

:P

rainz said...
This comment has been removed by the author.
opaq said...

xpaham...

sungguh sastera...hahah..
tapi aku paham ko...
hhahaha...

13may said...

pompuan...dia la madu, dia la racun...dan dia juga lah penawar :)

Rockstar said...

AKU NAK KOMEN, TP TAKUT KO KECIK HATI..