Friday, July 10, 2009

cerita gambir, kacip fatimah dan juga tongkat ali



sabah. ya, saya pernah ke sana. beberapa bulan yang lepas. hanya beberapa daerah saja saya berupaya untuk jejaki. sabah besar. selebihnya, tunggulah saja pada masa akan datang. mana tahu, ada rezeki tersangkut lain kali.

salah satu aktiviti yang sempat saya buat adalah membeli belah. di pasar tamu. selain daripada pokok kaktus yang saya hadiahkan kepada tuan rumah yang kami tumpang selama 3 malam, saya juga berjaya memperolehi sebiji bola kristal sebesar tapak tangan. buat kenang-kenangan.

selain daripada hasil pembelian bola kristal tersebut, saya juga menjejaki sebuah kedai yang di penuhi dengan hasil tanaman kering untuk di gunakan sebagai ubat-ubatan. ubat selsema, ubat demam, ubat sakit kepala dan juga ubat kuat. tujuan utama saya adalah melihat gambir dengan secara lebih dekat. dengar kata orang-orang tua, boleh buat ubat sakit gigi. al maklumlah, di semenanjung di jual secara sorok-sorok mengikut tempahan.


ikut hati saya, mahu juga cari ubat sakit gigi. sekilo pun boleh. tapi, puas juga pakcik tersebut mengetawakan saya. pelan-pelan beliau buka cerita. a sampai ke z. memang lama saya di kedai tersebut. cuba mendalami cerita pakcik tersebut.

kini, saya boleh dikatakan agak memahami itu, ini mengenai nilai perubatan tradisional mereka. tak sangka, saya juga ada kawan yang berminat dalam ilmu tersebut.




ye jane. percayalah yang saya sedang cuba mempercayai anda.




8 comments:

Anonymous said...

cis hampagas ko ain. aku ni dgn niat suci murni bg gamba aku kat ko, x sangka ko mensabotaj aku. aku nak saman ko. see u in court!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

takut x? :P

ain fadzal said...

:P

tak!

Anonymous said...

ok, aku failkan saman aku esok!

aku nak saman ko RM1 juta (mcm azwan ali saman ogy dulu2).

ain fadzal said...

ampun! amun!!!

mak tak ada duit~

opaq said...

apa yang panjang2 tu ain??

bekenan aku...

AmatMizi said...

Jane...bl blk labis lg?

nak kirim Jane...

ijan said...

tongkat ali ke tu. bapak panjang gile...

dalam simpanan aku ada sejengkal pun aku dah rasa bangga sikit2...

rainz said...

tongkat ali ke jagung bakar tuh?