Thursday, September 18, 2008

dugaanNya - hujan



lagi 12 hari lagi mahu raya. sedikit persediaan pun aku tak mahu lakukan.

kebiasaan raya-raya yang lepas, aku paling sibuk menyuruh mak aku itu, ini, itu balik. tahun ni bagai semua tak kena. bagi diri aku. cuma sedikit simpanan mahu dilaburkan untuk duit raya sahaja sudah disediakan.

*****

aku paling benci diri aku tatkala ego diri sudah mula setinggi langit. walaupun dengan mak abah aku. serius. kalau aku mati sekarang ni, mungkin neraka tertinggi tempat aku kelak. aku lancarkan perang dingin dengan mereka minggu lalu. biasanya, dan hatiku tak seperti selalu menunggu untuk hari jumaat ni. aku tak mahu pulang dulu ke kampung. hati aku tengah membeku. aku marah diri aku. sebab aku tak mahu marah orang lain. dan aku tak boleh sakitkan hati sesiapa masa ni sebab raya nak dekat. nanti kena minta ampun dan maaf sambil berjuraian air mata. itu aku malu.

*****

tahun-tahun yang lepas, kalau raya sudah dekat. aku macam mak-mak orang. daging, ayam, itik, ketupat, langsir, jambangan bunga, kuih raya, pelita, bunga api, mercun, baju raya, rambut raya semua mahu perlu disediakan. ada tugas masing-masing. itu gunanya adik beradik ramai-ramai. itu mak abah aku untung. bila hari raya, tugas masing-masing dah dijadualkan seperti askar. cuma kami manis berbaju kurung wajib 3 hari awal di hari raya. mak abah aku cuma perlu layan tetamu. aku sudah jadi jeneral pada adik-adik yang lain.

tugas aku pada adik-adik. bawa mereka pergi membeli belah. 4 sudah siap. tinggal lagi satu. itu pun dia sudah pujuk aku untuk pulang minggu ini. tapi aku matikan air. sebab dia sudah ada lesen penuh kereta. aku suruh dia pergi sendiri. adik aku yang sudah berkahwin pula mahu aku temankan pergi membeli belah. itu aku akan fikirkan dulu. sekarang ni, aku tidak boleh cakap sebarang dengannya. sebab aku akan jadi ibu saudara tidak lama lagi. hebat kan? mak yong ain. mungkin itu panggilan aku nanti. aku dah mula berangan. anak buah sendiri. siapa tak berangan.

aku tahu marah itu takat mana.

nanti bila pagi raya, aku paling dramatik antara adik beradik yang lain. itu sudah pasti. dan paling lama menghadap abah dan emak. itu aku. dan yang paling lama dapat nasihat di telinga kanan ini nanti. yang pasti, tudung aku pasti kuyup.

aku mahu kumpulkan dulu kekecewaan, kemarahan. dan mahu melepaskan di pagi raya.

*****

sekarang. aku mahu hold hati ini. hati aku takkan pergi mana-mana sehingga suatu ketika. dan aku tahu ketika itu juga bakal sampai nanti.

7 comments:

rainz said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
tak elok mara mara ain..

Ilya said...

alaaaa ain..shediyyynye bace post yang ni.tak pe ain.nnt bile kau dh kawen kau dh terbiasa ngan tanggungjawab.tak kekok.

Anonymous said...

sure ko nangis pg raya nanti.. kan?

rainz said...

si ratu air mate...

ain fadzal said...

apox : huhuhu~

i'm so sad...

ilya : aku x kisah sgt dgn tggngjwb. tp, jgn bagi aku sakit ati jer.

jane : eleh, ko pun same, kan?

apox : ko raja. ;))

Rockstar said...

x baik nangis2..


ain kalau ada prob bgtau abg okey..

ain fadzal said...

adobe : kalo ko dah xde.

camane?