Thursday, January 15, 2009

rindu untuk semua kalau kamu masih anggap aku kawan

masa di zaman sekolah dulu adalah masa yang paling lama mahu ditamatkan dalam hidup. juga, aku kena pakai uniform dan kasut sekolah saiz 9.

dan masa di zaman sekolah dulu, kita semua mula berkenalan. dalam erti kata lain, berkawan.

aku bukan jenis yang nak fight markah dengan kawan-kawan masa belajar. aku suka duduk belakang walaupun abah memang pesan dengan aku mesti kena duduk depan masa dalam kelas. kredit untuk aku, sebab saiz tubuh badan menjangkaui orang dewasa. itu aku jadikan alasan. dari tahun ke tahun, walaupun aku mula bersekolah daripada tadika. mesti aku cari tempat duduk belakang. dan aku berkawan rapat dengan mereka-mereka yang dikalangan duduk di belakang. siapa duduk depan, memang aku tak pandang. tak heran!

aku rasa, aku mungkin seorang menjengkelkan pada pandangan orang lain. jenis yang suka ketawa besar-besar, suka nak cakap kuat-kuat, suka nak bergaduh ludah-ludah atau sepak-sepak terajang.

bak kata ilya, "siapa tak kenal aku memang bukan satu sekolah dengan kau agaknya".
umar pun cakap, "ain sekarang adalah ain di zaman sekolah".

betul, aku tengah rindukan zaman sekolah. aku rindukan keriuhan waktu rehat. aku rindukan bunyi loceng dan dalam masa yang sama aku terkejar-kejar nak masuk dalam kelas. hanya untuk ambil kedatangan. perangai aku memang tak pernah berubah. sekalipun tidak berubah. walaupun bah berkali-kali datang melanda. sampai sekarang. cuma bezanya, aku sekarang dalam zaman bekerja.

aku rindukan kawan-kawan.

kawan-kawan dari mula zaman tadika walaupun aku ingat-ingat lupa. mungkin yang dari kedah ramai yang berhijrah ke kl ini, dan dalam masa yang sama bila terserempak pun mungkin hanya berselisih kosong saja. aku rindukan kawan-kawan sekolah rendah. baik dari sekolah di buluh kasap atau pun di pogoh segamat. aku rindukan kawan-kawan yang berada di sekolah simpang renggam. waktu aku makin terserlah dengan sikap terejal. tapi masih seorang penakut. sangat-sangat penakut.

aku mula tunjuk belang bila melangkah ke sekolah menengah. makin mafia. walaupun kau senior lelaki, aku tak pernah respek. cuma keadaan memaksa. buat-buat dan pura-pura nampak baik untuk tutup muka terejal. yang bezanya, aku amat respek dengan super senior kami. walaupun mereka di kalangan nakal-nakal juga. aku lebih selamat di situ. dah ada zon selesa. dan dom aku, memang bukan dikalangan alim dan baik solehah. cuma gadis-gadis biasa. tak ada yang ekstrem. kalau tidak, mahu juga cabut dari sekolah lama tu awal-awal lagi. menakutkan. tudung dah sampai separuh badan. lengan terkatup rapat. berbeza dengan sekolah dulu, mesti sengseng baju sampai lengan supaya bahagian di lengan itu nanti tidak kotor. penerapan yang sangat luar biasa.

kredit untuk sekolah menengah dulu, aku mula kenal ujala. baju putih akan nampak biru-biru keunguan. kalau tak pandai menila, mesti bercapuk.

aku rindukan mereka bila mula subuh menjelang. mesti berdedai-dedai di koridor surau untuk tunaikan kewajipan. aku, masih liat di pinggir katil. 6.50 pagi baru nak bersesak-sesak ke tandas. aku rindukan mereka bila ada ceramah-ceramah daripada student-student daripada uia. dan aku rindukan ustaz ustazah yang suka berleter dekat aku. bilik kaunseling pun dah macam kelas tambahan. aku rindukan dewan makan, ikan jaket, ayam masak merah, buah percuma, susu kambing bila tiba waktu periksa dulu masa zaman pmr. dan aku rindukan kenangan nasik lemak mentah dengan 2 biji telur rebus dewan makan itu.

aku memang rindukan kawan-kawan. cuma aku nampak tak pernah nak rindukan mereka. aku rindukan sifat lemah lembut mereka. hilai tawa mereka. aku rindukan maki hamun mereka. kutuk-kutuk kasar mereka. dan aku sangat rindukan sikap benci mereka pada aku.


huh~

en. doraemon, ada mesin masa lagi tak untuk saya kembali lihat zaman sekolah saya dulu?
saya rindukan mereka! sikap mereka. sifat mereka.

16 comments:

alif-mikail said...

zaman sekolah..
serius.. saya mau jadi macam detective conan seronok weh!

ain fadzal said...

me = tetap nak jadik nobita. :))

Ilya said...

aku pun rindu time sekolah.semua kes yg bentang dlm mesyuarat pengawas semua aku yg terlibat..hahahaha...benci tul kalau pg meeting pengawas yg sgt skema itu.

Ilya said...

ain aku ngan kau penah masuk bilik kaunseling same kan.hahaha

ain fadzal said...

yoyok : mase skolah dulu mmg byk miting. aku suke buat miting, tapi malas nak attend. bleh ngulor tmpt lain. :))

ala, aku pnah masuk dgn ujie, aku pnah masuk sorg2. aku pnah masuk dgn ramai org kat bilik kaunseling tu. ustaz shaari kan kamceng ngan aku. :))

rainz said...

ain..ko rindukan sape? jurimah? paiman? ke bawang?

ijan said...

ko ingat x time kite calarkan kete cikgu john pastu campak mercun kat dlm tandas cikgu...

ah... musti ko x ingat kn...

ain fadzal said...

arfa : bawang kecik ke bawang putih?

mcm familiar la nama bawang tu? lelaki ek?

jurimah tu = cikgu kucing gatai. ;))

sultan : aku ingat. tp, mcm berlaku dlm mimpi kot.

tp, aku nak tanye ko ni, aku ngan ko satu skolah ke dulu?

Ilya said...

mmg la kau rapat ngan ustaz shaari tu.die kan penasihat PRS kau kan naib pengerusi PRS.aku ni masuk sbb special case.haha

ain fadzal said...

:)).

nakal gak ko rupenye ye yok?

tp, ustaz shaari tu best. kalo amin jdk mcm die pun ok wat. x serius. manis jek aku tgk.

ujie said...

sedihnya post ni ain huhuhu....

halimunanisasi said...

sekarang nih ko dah tau nila baju ke

ain fadzal said...

ujie : jgn le nangis, x rock la..

:D

halimunan : dah tau dah. :P

Im Single said...

kenapa aku terasa mcm aku satu dorm ngn ko...

ain fadzal said...

samel : mase tu ko lom ade misai lagi kan? kan?

Im Single said...

masa tu category kumis.