Friday, November 21, 2008

1, 2 jus!


antara tenaga dengan otak, gua lebih perlukan tenaga. macam minum pearl kacip fatimah setiap pagi. bagi promote sikit, mana tahu lu semua boleh menang reward 1,000,000.00 ke. nasib orang ade beza bai! untung-untung melekat dapat premium, dapat lak cabutan. apa lagi, sambar la apa yang patut. sebijik rumah dah cukup lah. buat aset.

tapi, bila bekerja gua lebih banyak guna otak. macam mana nak auta klien pasal hal site diary dan perancangan kerja yang di buat dulu tak berapa ngam. mesti sakit. minggu ni, gua suka nak mengupas satu kegiatan, baca blog ke blog. memang penat nak cari. tapi best.


gua nak tekankan pada lu semua, minggu ni gua kuat berfoya-foya sikit. main internet lebih. kerja, sikit-sikit gua settlekan. dateline lambat lagi. lu semua pun tahu, gua jenis last minute punya manusia. tak kisah kena kunci bila balik dah malam janji gua rehat lebih. lagipun, sebab gua belum ada laptop mahupun internet kat rumah. nantilah, bila ada senang sikit, gua akan dapat tibai punya dekat low yat. bagi sebijik.

gua minat banyak blog. tak kira la, mereka-mereka tersebut tu, kuat bohong ke, emo ke, jenis berpeleseran ke, sebab gua punya sukalah. life dieorang. kata muda. bak kata pasa, gua muka sejuk. senang orang nak tegur. tu belum tengok muka gua mengamuk, setan pun lagi cun bai.

gua memang jenis yang tak suka teka teki. dulu, masa sekolah pun dah cukup pening nak jawab walaupun kat belakang buku mesti ada jawapan. gua dengan teka teki pun tak berapa ngam. mesti ada problem punya. tak gua, mesti teka teki tu yang ada problem dengan gua. sebab mesti 'dia' teka dalam hati, gua ni jenis malas nak pikir lebih-lebih.

tapi, apa yang gua dapat teka, benda tersebut dah boleh di sangkal. sebab, gua dah suka permainan minda. macam dalam blog
magenta ni. dan gua rasa, gua lebih gunakan otak kanan gua.

gua kuat pikir. imaginasi. tapi belum lagi pasal sex life gua. tak tentu jodoh dengan siapa pun lagi. kan? mana boleh pikir lebih-lebih. dosa yang ada pun belum terampun. gua minat muzik. kalau dapat drum sebijik gua rasa memang gua dah cukup hangat. gua nak kalahkan andy estranged tu. huh, dia memang ngam. hensem habis. nak-bak muka dia yang terkini. ada bulu-bulu kat muka. maskulin beb. gua kuat juga dengan 3-D. memang ngam. kalau bagi sebarang jenis 2-D, gua akan sedaya upaya nak tingkatkan ketajaman otak ni. sebab autocad sekarang pun dah main 3-D. tak lama lagi 4-D. yang ni gua belum jumpa lagi siapa yang cool nak cerita kat gua. orang sekarang suka nak cerita pasal MLM. cari duit lebih. orang selalu kata gua peramah, senang nak pujuk orang masuk untuk kerja-kerja ni. tapi, gua tahu skil gua takat mana. takat nak cerita kosong dengan kerja, boleh la sikit-sikit. gua ni jenis miscommunication. cepat salah paham. kalau bahasa perli tu, memang dah belajo jugak dari kecik. sebab abah gua treat gua macam tu. bila kena anak zaman sekarang, tak boleh kata apa. janji jangan durhaka sudah. bila tengok gambo otak tu, dah cukup menggambarkan gua selalu pakai otak kanan. sebab tu gua selalu kena migraine. belah kanan. bila sakit tu memang denyut-denyut, campo pulak kalau tengah PMS. tak boleh belah. nak cool pun, tak sempat. kalau dari segi art pulak, nak-nak dari lsegi lukisan, gua failed. kalau buat lukisan pemandangan, mesti ada gambar pantai, rumah kampung, matahari, sampan dengan pokok-pokok. agak-agak kalau masuk galeri art boleh dapat juta-juta tak?



lukisan 1 : gua dah updated bagi nampak colourful. ape macam, bergaya tak?

tapi, ada satu jek macam tak berapa betul. kat gambo dalam link tersebut, kalau pengguna otak kanan, dia jenis left handed control. tapi gua langsung tak kidal. semua pakai tangan kanan. kalau pegang penukul, paku kiri, penukul kanan. kalau pegang screw driver pun kat belah kanan, skru belah tangan kiri. kalau pakai kasut pun mesti belah kanan punya. cuma satu benda je lalu pakai tangan kiri. kat sini, tok sah cakap la apa kegunaan tangan kiri bagi yang tak kidal. buat muntah hijau aje pun. kan? ha, lagi satu. kalau tengah betul-betul lapar, tangan kiri kanan sekali jalan. rupa lahap ke macam tu? tak ar, ada gak gua control sekali sekala. yang ni pun tok sah lah cakap dalam blog. korang boleh teka punya benda macam ni. bukan susah pun nak pikir pun.

gua rasa, ada sikit-skit masalah negara pun boleh jadi beban dekat gua. tapi, pasal obama gua tak boleh belah sangat. orang kata bapak betul dengan bapak tiri dia islam. gua pun belum cek lagi biografi dia. takpelah, takat dalam negara ni boleh la gua nak paham. pasal hal recession pun dah boleh jadi sakit kepala kalau layan lebih-lebih. nasib baik gua bukan tercebur masuk dalam hal-hal ekonomi. mahu lagi serabut bai.

tapi,
kalau lu semua tengok gaya gua dalam penulisan blog ni, agak-agak gua boleh jadi seorang pengajar ke?


p/s : sebab gua seorang ni, macam-macam gua nak jadi. tapi dalam banyak-banyak pilihan kerjaya, gua tak mahu jadi diktator hati. gua rejected awal-awal sebab payah nanti. sampai main osom-osom tak pun 1,2, jus. apa jadahnya?

p/p/s : gua mahu lu semua doakan gua berjaya untuk kuatkan semangat dan teruskan dengan percaturan hidup ni. sekali sekala best juga cabar diri. macam main dam aji dekat warung sambil minum air ketum.


13 comments:

Anonymous said...

panjangnye...

ain fadzal said...

anon : selalu bagi entry pendek2 jek. ni sampai ujung bulan punye entry. kalo tak cukup, boleh tambah lagi bagi sedap. ape mcm?

bipeds earthdweller said...

nak jadik pengajar ?
arr..erm..arr..erm..arr..erm..

ijan said...

agak2 ko belog aku dlm kategori mane...

umah tu... detail betol ko lukis. haha...

aik... ko nk apply jd ckgu ke ape...

Rockstar said...

panjangnyee

ain fadzal said...

bipeds : erk... erk...

sultan : tu ar, lukisan tu leh letak dlm galeri x?

xde ar, xde talent pung.

mute : suke la... :P

AmatMizi said...

Gua kidal..

ain fadzal said...

amat : ko dah boleh ganti man kidal, jadik amat kidal.

kuikuikui~

Anonymous said...

ko minat blog aku x? haha!

p/s: aku rasa ko patut jadi cikgu kelas mengaji quran. uatazah, it is.

ain fadzal said...

jane : aku minat. ye la, blog layer la katakan. weh, semlm aku kat bp lama gak. smpi pkul 6 ptg tau.

p/s : kadang-kadang aku minat jugak mari mengaji kat tv9 tu. lpas tu smbg yg kelas taranum pulak. hey, dulu aku slalu ngajo adik aku nagji tau. :D

Soraya Zainal said...

Ustazah Ain... Aminnnnnn...


Syukur alhamdulillah...

ain fadzal said...

soraya : :D

yo!

yarhamkillah~

Anonymous said...

apesal g bp x roger aku? mencis!