hari ini hari jumaat.
*****
bila saya bertemu dengan 'orang lama' akan jadi sedikit janggal lebih2 lagi apabila berkomunikasi. gaya percakapan yang sangat mendalam maksudnya. mungkin raut wajah saya tak cukup tenang untuk direnung. mungkin sebaliknya. siapa yang tahu. saya tidak mungkin dapat mengorek apa yang sebenarnya 'orang lama' tersebut cuba hendak sampaikan.
selepas selesai diskusi berkenaan kerja-kerja yang perlu di siapkan. saya sudah mahu pulang. sudah bangun sebenarnya untuk meninggalkan orang lama tersebut. en. b namanya. saya senyum ketika kaki mahu melangkah pergi meninggalkannya. tapi ada sesautu yang mendesaknya untuk menuntut perbualan dengan saya. PERIBADI. saya sudah dapat syak selepas selesai saja diskusi tadi. mungkin ada yang bermain2 dimindanya.
en. b berjaya menahan saya. sedikit rasa hormat saya sebenarnya. seperti bapa dengan anak. saya duduk kembali. saya mula tidak selesa. en. b perhatikan lagi raut saya. saya hanya tersenyum. tak mahu fikir yang bukan2. takut tersalah tafsir.
soalan pertama yang keluar dari bucu mulutnya, bila nak kawen? saya tersenyum. kalau saya malas nak menjawab, saya suka sangat tersenyum. dia cuba korek lagi, mula tunjukkan gambar2 yang lain, anak2 saudaranya yang baru berkawen, rakan2nya yang berkawen 2, 3. en. b tanya lagi, bila lagi? ooo, saya cakap, bulan 8 ni adik saya akan berkawen. jemput datang ye, tapi kad pun belum buat lagi. dia tanya lagi, saya tanya awak. ooo.. saya belum hendak lagi. muda lagi. dia tersenyum. wah, sudah nak mengikuti gaya saya nampaknya en. b. saya mula rimas. saya tukar topik.
betul lah, die betul2 orang lama. setelah pusing2, dia sampai ke tempat tujuannya yang sebenar. ok, cara saya matikan perbualan pasal topik tu dengan perkataan ikhlas.
ikhlas.. (dalam kepala saya teringat filem dunia mau kiamat. tak ingat judul yang sebetulnya, tapi jalan ceritanya saya ingat.)
berapa ramai orang yang betul2 ikhlas pada tuhannya, pada rasulnya, pada dirinya, pada orang lain, pada keluarganya, dan pada kenalannya? susah nak jawab, kan? sebab ia bersifat umum. kita sendiri tak tahu nak mengklafikasikan ikhlas itu seperti apa? kenapa? dan bagaimana?
saya katakan padanya, saya kena benar2 ikhlas pada diri saya sendiri, baru saya fikirkan hal2 yang lain. en. b terkedu dengan jawapan saya. saya hanya menunduk. mungkin bila berbicara begini, saya tampil sangat dewasa mungkin.
dan, saya angkat kaki dan terus berlalu pergi.
*****
IKHLAS
renung2kanlah dan selamat bermesra.