Tuesday, November 4, 2008

tarik nafas panjang-panjang


***
sambil membuang masa memikirkan ayat-ayat rasmi untuk tujuan kerja adalah sangat memenatkan. lebih baik saya ambil masa untuk fikirkan sedikit kegembiraan. dan itulah personaliti saya.

kamu cemburu tak dengan saya?


***


petang ini saya mahu cerita pasal kartun. ya cartoon.

seperti puan jane, saya juga adalah peminat cerita siri yang berunsurkan kartun. kamu perlu tahu, saya merupakan peminat encik spongebob squarepants. spongebob mempunyai personaliti yang sangat baik. dan saya juga bukan peminat encik squidward yang tersangat sombong itu yer puan. saya tersangat suka sangat-sangat apabila encik spongebob itu di alihsuarakan kepada bahasa melayu. ia nampak lebih tipikal dan kelakar. ditambah pula dengan suara encik patrick yang sangat besar itu.

saya dapat merasakan suara saya dan encik spongebob mempunyai persamaan. tersangat nyaring dan tidak merdu. itu suara saya. ya, memang tidak enak di dengar. puan arfa, saya tahu kamu sedang menyanyikan lagu wonderpets sekarang ni, kan?

sejak kecil, saya merupakan peminat cerita-cerita kartun. di ulang sekali lagi. siri kartun. bukan AF ya kawan-kawan. dulu, ada satu kartun woodpecker. dan ada pokok ini.


(gambar sekadar hiasan)

di sebabkan saya sangat percayakan cerita kartun tersebut, saya telah meletak kepala paip pada batang pokok kaktus di atas. kamu percayalah, tiada air pun yang keluar dari kepala paip tersebut.

& owh... saya tahu, saya tersangat bodoh ketika itu. dan kebodohan saya kadang-kadang memang menyerang apabila saya menonton cerita kartun. dan saya mahu anggap ia patut di realitikan. nampak lebih berkesan. sehingga kini.
+
+
+
+
+

(saya mahu sambung buat kerja. ia lebih rare!)

8 comments:

Anonymous said...

woody wood pecker la.. aku suka squidwart. patrick pun. spongebob x bape sbb bodow. hahaha!

ain fadzal said...

jane : ok, woody woodpecker yang berlari laju yg sedang di kejar oleh musang di padang pasir.

spongebob bodow yg baik tau. i'm lovin' it. yaey!

rainz said...

aku suke satria baja hijau...

ain fadzal said...

apah : satria baja hitam lah... best kan? kan? kan apah kan?

tp, skang ko suke sgt dengan wonderpets. kan? kan? kan apah kan?

13may said...

aku suka tengok en. crab :D

ain fadzal said...

13 may : anak encik crab adalah seekor paus.

:)). sungguh menakutkan!!! dan sgt kelakar...

ijan said...

haha... ko penah cuba blajo silat tarian udara x. adik aku dl skit lg nk caye silat tarian udara tu wujud...

ain fadzal said...

sultan : mula2 bace ayat ko ni... aku rase bende tu wujud. tapi bile 3 kali bace, dah sikit konpius.

wujud ke tarian udara tu? ke nak kna naik flight baru tau ade silat udara tu?

apekah?