Thursday, November 27, 2008

mimpi, adalah kunci


mimpi macam mainan tidur.

mula dari minggu lepas, mimpi abah meninggal. aku yang pangku kepalanya. aku menangis, terus aku terjaga. hari pulak dah pagi. malam tu, aku tidur umah adik dekat bangi. aku tak mahu kongsi cerita ni dengan dia.

lepas tu, aku mimpi bulan-bukan. terjaga kejap-kejap. tapi sempat mimpi. sambung-sambung. macam drama rtm. nasib baik tergantung macam tu aje. pagi-pagi tu, aku suruh mak aku gosok baju kebaya hijau aku sebab nak balik kl kerja dan aku dah terbangun lewat hari tu.

2 hari lepas, aku mimpi jane sakit. masa dekat court, tiba-tiba dia pengsan. dia paki jubah hitam sambil pegang bukti. memang nampak betapa kecilnya dia dalam court tersebut. dia pengsan, dan aku menangis. apakah?

malam tadi aku, aku dan arfa menganjurkan bachelor's party untuk encik amat. tapi memang tak ada stripper buat pole dancing la pulak.


amat paling kiri. malam tadi dia pakai baju tu jugak. tengah biru la katakan.


si arfa tegah magiskan soraya bagi nampak statik tapi tak jadi-jadi.


ha, aku apa lagi, mentekedarah je la. terkila-kial guna chopstik time tu, sampai give up.


konon-konon balik dah malam, harap tak dapat mimpi apa-apa. lagi sekali, aku termimpi duit simpanan aku dalam bank negara, dah jadi 4 kali ganda. dah jadi teka teki juga sebab aku tak ada saving dalam bank negara bila aku terbangun dari tidur pagi tadi.

kau orang ada duit dalam bank negara?


p/s : aku tahu, sekarang ni musim semua orang ada masalah. aku pun ada. banyak juga. sampai kau orang tak boleh kira. siapa yang aku dah kaunseling tu, faham-faham ajelah. sebab aku ni memang selalu tak betul.


15 comments:

Rockstar said...

4 kali ganda duit dlm bank negara?

baik ko beli ASW 2020 yg dijual mulai hari ini..


apsal mee tu tutup?

ain fadzal said...

adobe : maksudnya mimpi aku ni memang ada terkait ke?

hah? apakah?

bagus la mee tu aku dapat makan. so what?

opaq said...

aku pon sangat miserableskrg..

btol cakap ko...
skrg musim dia..

Anonymous said...

huhu problemm..problemm -pasa sanda-

ain fadzal said...

opaq : ko miserable la sorang-sorang. aku tak mau campo.

well, cakap aku mmg slalunye betul. :))

weh, siap kutuk aku kat blog jane. siak abis!!!

ain fadzal said...

pasa : aku tau, ko tgh problemo. ko pun dah nak pindah, kire orait la tu. ko toksah pikir bukan2 ar bro, tunggu je bini ko dtg sana nanti. :D

Anonymous said...

apox pakai baju baru seyh! haha! nak tido jgn lupa basuh kaki, baca doa sblm tidur, al-fatihah, ayat kursi & mengucap, okay?

ain fadzal said...

jane : baju biru tu mmg bau kedai betul.

aku slalu mengucap b4 nak tido jek, janez...

ijan said...

ape cite aku dah lame gile x mimpi ni...

Dani Izwan zainol said...

mimpi2 mcmni series menakutkan..apatah kalo melibatkan kematian..damn

rainz said...

baju baru? aku memang banyak baju baru..hahaha.... baju baru basuh..

ain fadzal said...

sultan : apa kata ko jgn ikut ckp cik puan janez tersebut. mesti ko dpt mimpi paling dasat punya.

:D

dani : tu ar, nasib baik xde trauma. kalau x haru la member sebelah tilam aku tu nanti. ;))

arfa : ececece... aku nak pinjam baju baru ar, bleh? tapi mcm x muat jek. :D

Pakcik Luar Otak said...

Bagus, cuba pakai chopstik. Tapi, buruk. Berusahalah.

Hey. Umbai sepam.

ain fadzal said...

pakcik luor otak : ahahah, yosh memang nampak buruk. yakinkan aku untuk mencuba benda baru.

hey, jom la... kau open table. ade beran?

MaSHee said...

Org cakap mimpi org mati maknanya org tu panjang umur ler...dun wori..insyaAllah..