Wednesday, November 26, 2008
mahu jadi 'orang' yang berguna satu hari kelak
di riwayatkan kisah seorang aku.
benar, nama penuhku adalah Soket Elektrik. dilahirkan di sebuah kilang yang tidak berapa besar di daerah Ulu Kelang natijahnya kerana terlalu banyak kawasan yang mengeluarkan perkakasan seperti aku. namun, kira aku bernasib baik juga kerana tidak muncul menjadi barangan tiruan di negara kelahiranku, Malaysia yang cantik gemilang.
sejak aku dilahirkan, pelbagai tangan yang menggamit tubuhku. cuma bezanya, tangan mereka berlapik, dengan getah seakan kondom. entah, tiada ciri khas yang dapat rungkaikan di sini. pengetahuan amku terlampau sedikit. ini bezanya jika dilahirkan dengan ibu bapa dan mesin pembuatan. kasihan juga akan diri ini sekali sekala. namun, apakan daya. jika itu yang telah di takdirkan. aku cuma boleh redha dan pasrah.
sejak aku dibungkuskan ke dalam kotak coklat kuning, hidupku jadi gelap gelita. tiada ruang antara aku dan rakan-rakanku. kami menjadi rapat. berbincang, bertukar-tukar pendapat. setelah bertambah rapat, kami mula dipisahkan. ya, oleh keadaan. dan mungkin juga takdir. sekali lagi aku pasrah. namun, aku tidak keseorangan. ada bebarapa rakan yang lain yang menuju sama tempat denganku. aku bersyukur. masakan tidak, boleh jadi kera sumbang juga kalau dibiarkan tidak berkawan. walaupun disebuah kedai kecil di penempatan taman di sekitar sentul. aku masih baik. kondisi tempat itu bagus. amoi-amaoi beserta nyonyanya masih ganteng.
semalam, ada tiga orang rakan. serumah. 2 orang sebilik. dan satu lagi tinggal seorang dalam sebilik kerana temannya sudah bernikah. itupun, masih mencari lagi teman sebilik yang ok-ok. hah, perempuan. memang begini caranya. mesti mahu cari yang ok. ops... jantinaku, sama seperti mereka. perempuan. aku tak mahu komen lebih pasal perempuan, kerana aku juga seorang perempuan.
tiga orang tadi, sibuk mencari barangan perkakasan. yang pertamanya lesung batu. yang keduanya, pencungkil/agen untuk sinki atau lubang tersumbat dan ketiganya aku. salah seoarang diantara mereka menggelarkan aku, si suis tiga tungku. herm, sedap juga didengar sekali sekala. unik. sambung cerita aku. sebuah soket elektrik. katanya untuk digantikan dengan si tua ganyut yang sudah mula menopaus di rumah ruang tamu mereka. sudah pecah-pecah. cuma ditampal dengan selopene tape. bagi melekat ke dinding.
sampai-sampainya aku dirumah mereka. aku menarik nafas lega. sekurang-kurangnya aku sudah bertuan. walaupun nyonya yang ganteng tersebut menjualku dengan diskaun 90 sen. hah, ini kl. mana ada yang murah, batu dan kayu juga berharga di sini. aku tersadai di atas meja makan yang hitam yang makin menyerlahkan keputihan tubuhku.
selepas ketiga-tiga tuanku mengerjakan apa yang patut, aku masih lagi dibiarkan. salah seorang tuanku, menikmati nasi goreng ayam hasil beliannya di pasar malam berdekatan. yang dua lagi mengerjakan lubang sinki yang tersumbat. sampai mereka berdua putus asa, yang seoarng lagi masih meneruskan kegiatan makan-makannya.
tak berapa lama, mereka bertukar shift. yang seorang tadi sudah habis makan. yang berdua tadi pula sambung makan. yang seorang tadi, mula menjejak kelicikan lubang tersumbat tersebut. memang menyakitkan hati. bauan, sampah. sudah sangat memualkan. tapi masih boleh ditahan. sehingga berjaya juga digodehkan oleh tuanku tersebut. menjerit keriangan. dan akan kembali semula rutin sinki tersebut untuk aktiviti hariannya.
dan, aku masih tersadai di atas meja makan yang hitam yang makin menyerlahkan keputihan tubuhku. lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
KeH..kEH..KeLaKo GaK eiK..
pAsnIe kO buAt Kisah Batu LesUng PuLaK eIk.
hummmph : aku nak buat gak nanti. tp bile kite dah start gune buat sambal la.
;))
maknanye ko masih berada di tmpt di mana kebolehan ko masih lg belum bole ditonjolkan. betol x...
sultan : apa ko bgai falsafah mcm ni weh.
susah nak translate la bai...
atau ko nak ckp, aku ni skillful ke?
;))
ye... tepat...
meh naik ke pentas ni utk menerima piala pusingan. haha...
sultan : yaey!!!
tahun depan aku boleh dapat lagi ke piala tu?
:D
ko ni memang anak didik normah hitam!! yang jati!!
tapi normah hitam kata tidak.
bagaimana?
hitam kata normah hitam la..
putih kata normah putih la...
baru ku hendak mewar-warkan normah hitam itu kepunyaan siapa?
Post a Comment