Thursday, November 13, 2008

en. wiwin


TIADA KATA SEINDAH BAHASA : UNTUK WIWIN YANG SEDANG MELELAKIKAN DIRINYA

~

Esok, saya bakal meraikan ulangtahun kelahiran seorang rakan tapi majlis yang adakan adalah secara telepati atau jarak jauh. Cukuplah sekadar saya tahu dan dia tahu saya menyambut bersama. Dan ini bukan kontroversi. Sekadar sedikit ucapan dari seorang yang sangat teruja dengan perubahan yang bakal dilakukan oleh rakan ini. En. Mohd Fikri Bin Misti~

~

Mungkin agak sukar untuk dia melakukan perubahan dek kerana faktor usia yang semakin meningkat, faktor persekitaran; dalaman dan luaran, faktor adik beradik mungkin, faktor kewangan mungkin. Saya yakin bahawa sekarang ini dia semakin giat berubah dari dia yang dahulu. Yang pernah saya kenal dulu.
~

Zaman sekolah. Dia agak konservatif berbanding dengan rakan lelaki yang lain. Bermulut senyap dan berperwatakan sedikit lembut. Namun ciri-ciri lelaki timur masih dijaga. Dalam dia cuba bersifat kelelakian, saya dapat lihat bahawa jauh dalam lubuk hatinya, nilai keperempuanan itu masih menebal. Saya tidak begitu rapat dengan dia. Saya tidak selalu bergaul dengannya. Jarang sekali dapat berborak dari hati ke hati dengannya. Apatah lagi bersembang kosong dengannya. Tapi dari apa yang saya lihat waktu itu, dia bersifat perempuan, cuma tidak mahu menyamatarafkan dirinya dengan lelaki-lelaki lain di dalam kelasnya. Dia suka dibuli. Tidak suka di pandang tinggi. Dia tidak mahu suaranya didengari ramai. Tidak diambil peduli. Tidak minta perhatian. Dan tidak lebih dari itu.
~

Selepas sekolah. Agak lama terputus hubungan dengannya. Cuma sesekali terdengar beritanya dari beberapa orang rakan lain. Kali pertama selepas zaman persekolahan ialah pada reunion NTMTTS di Port Dickson pada tahun 2004. Quit a long time. Dia masih lagi sama macam dulu. Bersuara agak perlahan. Gelak sangat kecil dan perlahan. Tapi sedikit perubahan pada rambutnya yang memang pendek. Sangkakan saya, dia sudah berubah selera ke teman sejenis. Rupanya salah sama sekali. Sorry.
~

Kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah pada majlis perkahwinan seorang rakan pada malam krismas. Ya, dia masih lagi seperti dahulu. Cuma kali ini lebih semakin sopan. Dia tidak pernah menyerang bahagian seksualiti. Terpandang-pandang “barang baik” rakannya. Mana yang best, mana yang tak. Mahu compare dengan barang baik miliknya. Bergurau pun malu-malu.
~

Kamu ada rupa yang charming. Ada suara yang kecil. Susuk tubuh melindungi. Tapi bila tiba bahagian bersosial selain dengan teman terdekat, bagi saya anda gagal. Agak susah nak meninggalkan tabiat lama. Ketawa perlahan-lahan. Suara pun asyik susah nak keluar. Anda boleh berubah. Dan saya merindui untuk melihat perubahan itu.
~

Saya tak janjikan apa-apa jika anda berubah. Saya tak akan berjanji untuk masuk meminang. Saya tak akan berjanji untuk belanja makan di restoren mewah ala metropolis. Tapi yang saya boleh janji, i will treat you as a men.. Real men. I meant it. Try me.
~

Jika ada apa-apa yang tersentap, tersentuh hati, terguris perasaan atas entri ini, seribu jutaan ampun dipohon. Tapi inilah dunia. Sampai bila nak dengar yang baik jika yang buruk yang orang asyik perkatakan. Aku mahu kau berubah. Tak dapat banyak, sikit pun jadi la.
~

Mulakan dengan membaca novel lasak. Ia berkesan :-)


p/s : lagu paling best kala ini. cuba kamu semua layan. pasal hal nak tutup blog, minta maaf banyak-banyak dulu.


6 comments:

rainz said...

heppy bezday wiwin and ain...da jangan nak bercakar..hahha... cheers!!!

win, aku ilang no tipun ko.. tipun aku kan ilang...

Rockstar said...

bila nak tutup blog ni..?

ijan said...

owh... ko gado ngan member ko ni ke ape...

ain fadzal said...

apah : aku sok bln 3. lame lagi!

adobe : :(

sultan : x ar. mana ade?

;))

Fikri Misti said...

Aku ni tak cukup lelaki ke untuk aku melelakikan aku semula?

Nak test power?

Btw, copy paste entry aku untuk jadikan entry kau memang not so cool la bro.

ain fadzal said...

win : ko marah ke?

ada member aku ckp, aku x cool tapi hot. betul ke?

;))