Friday, November 28, 2008

aku suka nak balik kampung sebab .....


aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni cuti sekolah. dan rumah aku dekat kampung memang akan jadi haruk-pikuk. walaupun rumah aku banyak kaum perempuan. lelaki yang ada cuma abah dan aiman saja pun. bila adik ipar balik bertambah lagi seorang lelaki. jadi totalnya baru ada tiga lelaki dalam isi rumah kampung aku tu.


aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni adik nombor 4 aku, ijat kerja pizza hut. dan tempat kerjanya dengan rumah aku dekat kampung boleh dikatakan tidak jauh. dan aku suka ambil dia di tempat kerja kerana aku boleh makan pizza jenis baru panas-panas dalam kereta. bila sudah sampai rumah, biasanya pizza yang jenis yang biasa-biasa saja yang tinggal. kadang-kadang bila adik aku closing habis semua isi dalam pizza hut dia bawa balik. sup, salad, spageti dan pizza tak boleh cerita. memang ngam punya.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku malas nak masak melainkan ada sebab. dan dekat rumah aku akan bagi alasan penat dan malas nak ke dapur. aku akan ke dapur untuk buat cekodok tepung dan tambah kentang dan teh feveret abah aku. waktu lain, tengok tahap kerajinan aku. sebab bila pikir-pikir balik tak best juga kalau asyik jadi rajin. kira aku bagi can dekat adik-adik aku yang ramai tu buat kerja rumah.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku rasa best bila terbaring depan sofa melepak sampai tengah malam kalau tak ada kegiatan luar. rasa macam nak simpan tulang belakang dalam beg sandang lepas tu pakai balik bila nak balik ke kl. memang best sebab askar-askar dekat rumah aku suka dengar perintah am walaupun kena bagi upah. cara tu saja yang boleh mengajar budak-budak sekarang untuk jadi lebih rajin dan cekap.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku dalam mood nak belasah adik-adik aku. hari tu, adik-adik aku kata aku dah berubah kerana dah tidak menghambat mereka lagi. tapi tidak semenjak mereka cuti sekolah. aktiviti hambat menghambat ni dah jadi rutin aku balik. dieorang? memang tak senang duduk bila aku ada dekat rumah. kira aktiviti sihat untuk aku juga la bila dapat buat aksi kejar mengejar begitu.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku sedang membuat pelbagai aktiviti persiapan majlis perkahwinan sepupu aku. kali ini, aku jadi pengurus majlis juga sebab tracked record aku memang baik selepas majlis kahwin adik aku haritu. kira tak sia-sialah apa yang aku dah buat dan capai selama ni jadi kenyataan.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni rumah makcik-makcik aku dekat kampung semuanya dah jadi batu. aku juga jadi tukang komplen sana sini untuk kontraktor yang bikin rumah-rumah diaorang. dan aku dengan kontraktor tu juga boleh dikatakan kamceng walaupun tak minum semeja dengan aku bila mengeteh dekat luar.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni mak beserta makcik-makcik aku suka nak lepak pergi luar dari simpang empat. tak kira lah pergi melepak ke kelemak dan melaka untuk window shopping. dan kebiasaanya kalau dah bawak mak-mak orang ni memang besar juga habuan yang bisa dapat. cuma aku ada hutang bawa mereka naik bot di sungai melaka. lain kali aku mahu minta belanja naik eyes on malaysia yang ada dekat situ nanti.

aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni aku sangat rindukan keluarga aku. dan aku rasa aku tak sanggup nak berjauhan dari mereka. sebab tu aku kata kl dengan alor gajah tu tak jauh mana. jauh perjalan dan waktu macam dari sentul nak ke kampung melayu subang bila tak ikut hiway. bak kata mak aku, kau jangan kahwin dulu long. nanti tak balik macam anem.


dan sekarang ni,
aku pikir aku suka nak balik kampung sebab sekarang ni kuku aku dah tersangat panjang dan aku nak ajak adik-adik aku main bumper car dekat melaka.


sekian saja karangan hari ini untuk anda semua.

17 comments:

aku_sani said...

1.selamat balik kampung..
2.selamat belasah adik2 ko..
3.selamat main "kete langgar"..
enjoy your holiday.

ain fadzal said...

hoh! ok! baikzzz!

Anonymous said...

balik kg sbb nak suruh adik2 potong kuku ko ke?

aku juga suka blk kg. aku suka blk kg kerana aku suka blk kg. hahaha.

ain fadzal said...

jane : balik kampung sebab nak suruh abah atau ijat potong kuku aku. :))

aku tau ko suka balik kampung sebab ko sekarang sudah suka balik kampung.

uit, ko dah boleh berterima kasih pada cik sandy yg sungguh kuat itu.

Anonymous said...

ya, cik sandy yang laju (dan hampir boleh terbang). haha!

ain fadzal said...

jane : oh gosh... dasatnye~

mascara aku gak x leh terbang. sobsob...

rainz said...

mascara pakai kat mata la..mane leh wat terbang..

ain fadzal said...

hey, mata aku boleh etrbang tau...

wuhuuu~

Im Single said...

sempoi la lu...

Rockstar said...

kampung suka kalau ko balik...?

blackpurple @ jowopinter said...

Lepas ni balik kampung selapas 12 malam. Jimat bayar tol!

Anonymous said...

aku dpt balik kl pon dah syok ahaha..-pasa sanda-

ain fadzal said...

im single ke? : eheh~. bile nak link kiterog samel?

adobe : suke!!! apsal? kampung ko x suke ko balik kmpg kan? kesian kau!

blackpurple : ala, 10% jek. mcm x ape2 jek. :D

pasa : ahahah~ bagus ar... kesian bini ko dok kat bandar tun razak tu tinggal sesorang kan. :D

Soraya Zainal said...

aku ade kampung ke? mcm takde je... huhu

same je umah kat jhr dgn umah kl ni level sunyi die.. setakat balik kampung untuk bersunyi2an.. baik aku dok kl je~


*mode malas nk balik raya*

ain fadzal said...

soraya : kalau takat nak bising2 jom ar araya umah aku. :D

13may said...

bila ko nak ajak aku balik kg ko nih ain???

hehhe heheh ;)

ain fadzal said...

13 may : moh ar turun melaka. :D