abah, abah,
engkaulah raja hatiku,
bila ku berduka,
engkau selalu temankan ku selalu.
abah, abah,
engkaulah raja hatiku.
engkaulah raja hatiku,
bila ku berduka,
engkau selalu temankan ku selalu.
abah, abah,
engkaulah raja hatiku.
memetik dari lirik lagu susu terdahulu, saya susun lirik mengikut gaya inovatif sendiri.
*****
saya merupakan anak sulung dari tujuh beradik. 6 perempuan. yang bongsu baru lelaki.
fuhhh... abah saya bernasib baik kerana ada pewarisnya sendiri. nasib baik juga bagi kami adik beradik, ada adik lelaki dari satu ibu yang sama. kalau tidak, mungkin wujud juga ibu tiri bagi kami.
sekarang, beliau sudah berumur lebih setengah abad. sudah tidak segagah dahulu. cepat jatuh sakit. disebabnya sakit itu, saya juga tidak sekuat dahulu. saya semakin lemah.
kamu bayangkan bila ayah kamu tiba-tiba jatuh pengsan.
begitu juga saya.
semangat = zero.
saya teringat ketika beliau mula-mula mahu ditempatkan di wad bulan lepas. hanya saya dan mak yang boleh berada di unit kecemasan. mak sudah pucat lesi. bertemankan saya yang hanya menguatkan semangat yang makin hilang entah ke mana.
saya tidak boleh tunjuk muka sedih, nanti abah marah saya. beliau akan kata saya lemah. selemah mak saya. selemah adik-adik saya yang lain. belaiu tidak suka saya nampak lemah.
beliau kata, saya punya tanggungjawab yang berat selepas ini. tanggungjawab kepada keluarga jika berlaku apa-apa kepadanya selepas ini.
*****
semalam hari bapa. sempat saya nyanyikan lagu yang saya reka sendiri. untuk hiburkan hati beliau, abahku.
8 comments:
semangat ayah adalah anak-anak
ayah aku pernah menangis tgk aku lemah
dia ckp aku adalah semangat dia
kalau aku lemah semangat dia hilang
tak salah kalau kita pura2 kuat depan ayah kita kan time tgh down
selamat hari bapa :D
abah ko dah ok, ain?
selamat hari bapa..ain..sediey ar..
dah la hari neh hari isnin..ko wat lak posting yang sediey2..huhuhu...
yoyox : ayah kau sensitif jugak eh?
abah aku susah nak tgk die nangis.
hehehe..
jane : alhamdulillah, masih terkawal lagi. abah aku makin manja ngan mak aku.
jeles seh aku...
;)
apox : selamat jugak...
mane de sedih entry ni, hehehe...
dah2... buang sifat sedih tu.
;p
huhu sedihnye bace post ni...aku slalu gaduh ngan ayah aku tapi bile ayah aku repairkan keta aku tiap kali aku blk umah mesti aku sedih huhuhu aku juga sayang ayah aku..
selamat selamat :)
ujie : sementara masih ada, hargailah!
lelaki ni byk yg tersirat dari yang tersurat.
hahaha...
13may : selamat.... insyaallah.
;)
org x wish pon Happy Fathers days kat ayah org....tp org mmg sayang giler kat mak & ayah org...tp org x pandai ler nak show kan feeling ni...nnt dorg ckp dah besar2, tp ngade2 lg....huhuhu
love
syida
Post a Comment