Thursday, June 26, 2008

zaman 12 tahun dahulu



*****



dahulu,
pelajar-pelajar lelaki merasakan diri mereka hebat di mata-mata pelajar-pelajar perempuan.
ada 'market' kata mereka.
lagipun, mereka memang suka test power.

kebiasaannya, mereka buat muka ala-ala macho, rambut sikat belah tepi, pakai minyak tebal-tebal yang boleh buat goreng ikan, bedak tabur sapu dekat muka. sikat dalam poket belakang seluar, baju bergosok siap nila ujala, seluar boleh hiris bawang, kasut kapur hari-hari walaupun 2 bulan sekali baru basuh. lepas itu, suka bersidai ramai-ramai dekat koridor depan kelas ataupun mengendap celah tingkap dalam bilik dorm kawan-kawan di asrama putera.
tapi biasa mereka selalu terlupa satu perkara, selalu terlupa pakai deodorant.


teringat kisah seorang sahabat.

ada seorang minah, boleh dikategorikan hitam, kurus & kecil. geng-geng kenok-kenok menggelarkan minah tersebut, 'black bla..bla..bla..'. hari-hari bila lalu depan mata mereka, memang tak lepas di ejek. bertubi-tubi. macam orang hutan menjerit-jerit dalam hutan sepilok. menyahut-nyahut lepas seorang demi seorang mahu mengejek. tapi, tidak pernah sekalipun, minah tersebut mahu melenting. hanya deraian air mata sahaja dapat dilihat apabila pulang ke asrama.
dia memang tabah.
tak macam aku, kuat melenting. pantang sikit. haih... akibatlah...


kini, minah tersebut hebat.

hebat di mata lelaki.


terang-terang lelaki memang suka terlupa satu benda.
mereka terlupa yang memang suka mengutuk orang. buat perempuan macam tiada perasaan.


*****

selagi kita dinamakan manusia , kita tidak boleh melarikan diri dari kenangan.
kecuali
kau hilang ingatan, dude!



p/s : opsss... aku tak benci lelaki, ok?

;p

4 comments:

Ilya said...

aku benci budak2 laki time smkas...suke ejek aku achooommmm...aku benci...aku benci.

ain fadzal said...

itulah hakikat...

harhar~

Bercinta Laju-Laju said...

aku pun benci.

Betty A. said...

sape huh akak itu? hurrmmmm.......