entry kali ini hanya untuk golongan berjiwa sensitif sahaja.
*****
cerita 1
umur 19 tahun, dia sudah ada seorang anak. bila umurnya menginjak seusia denganku sekarang, dia sudah punya 3 orang anak.
dia tempat aku bermanja, mengada-ngada, bergaduh, berkawan, menasihati, tempat luah segala dan tak terkira jika hendak di nyatakan.
aku dan dia adalah rakan gelak ketawa, pukul-pukulan, pinjaman tubuh. mungkin sebab jarak umur yang tidak terlalu beza bagi kami berdua. aku amat senang dengannya. lagipun, tiada apa yang dapat memisahkan kami sehingga akhir hayat. jika aku pergi dulu, dia ada bahu yang lain. & jika dia pergi dulu, aku sudah tiada bahu untukku menumpang segala perasaan yang sudah terbuku.
*****
cerita 2
dia rock! suaranya, tingkah lakunya, jiwanya, sangat rock! dan di sebabkan itu juga, aku ikut rock sepertinya.
dia emo! suaranya, tingkah lakunya, jiwanya, sangat emo! dan di sebabkan itu juga, aku ikut emo sepertinya.
dia tangkas! suaranya, tingkah lakunya, jiwanya, sangat tangkas! dan di sebabkan itu juga, aku ikut tangkas sepertinya.
*****
cerita 3
dan ada suatu ketika, ketika kami berantakan. dia betul-betul tak puas hati dengan aku. di sebabnya, aku hanya mendiamkan diri.
kamu tahu, dia menangis teresak-esak dengan teruknya. dan dia berjaya menjaja ceritaku di sana-sini. segala-galanya tentang aku.
jalan penyelesaiannya, ku pinjamkan bahuku.
*****
cerita 4
dia nyawaku. cuma tubuh kami berbeza. tak beberapa tahun lagi usianya akan masuk separuh abad, dan aku pula suku abad. & suatu hari nanti, jika tuhan mengizinkan umurku makin panjang, aku akan kecapi umurku separuh abad juga.
*****
cerita 5
kamu tahu, aku ni jenis yang lalai. tengah berjalan-jalan pun aku boleh tersungkur menyembah bumi. nah, akibatnya, aku tergeliat dan terseliuh di tangan. dia perasan dengan tingkah lakuku. dalam diam-diam, dia mengaturkan pertemuanku dengan tukang urut. aku menyuruh membatalkannya dengan keadaan yang kelam kabut. kami perlu pergi ke majlis nanti. dia menangis lagi, aku lemah. aku perlu tegas dengannya. ku nyatakan tiada apa-apa yang akan berlaku. perkara biasa bagiku.
ketika majlis mahu ke penghujung, aku berborak bersama lelaki yang aku namakan dia sebagai mr.player S tunangan orang. bila aku dan encik itu akan terjadinya perkara seperti anjing dengan kucing (tapi dia anjing. sebab anjing tu haram. nanti aku kena samak diri aku pulak). bila aku di kutuk, dia akan mengutuk balik kepada orang yang mengutuk aku. hah, padan muka kau mr.player S tunangan orang. baru kau tahu, kena buku dengan ruas.
*****
cerita 1 + cerita 2 + cerita 3 + cerita 4 + cerita 5 = dia
dia = mak aku
mak = puan rozita binti hj. ramlan
selamat hari ibu, mak. jiwa mak akan along bawak hingga akhir hayat. :)
17 comments:
pesal smue org post sdiey2 ni...adeh..isk isk isk..uwaaa...
pais rembat idea aku dulu..
huwaaaaa....
rembat ke? bukan hari ibu dah dekat ke? ko sorang je boleh sambut?
aku yg bgtau hari ibu ni dis week..
kau sambut la dgn ibu kau!
sape plak larang??
aku: haha.. ayat ko tu mcm aku xtau je bila hari ibu.,..
nur fadzal: hahah
nur fadzal:
aku: mcm ko sorang je tau bila hari ibu
nur fadzal: opsss..
nur fadzal: aku ingat last week
nur fadzal: rupenye dis week
nur fadzal: tu pun
nur fadzal: yoyok yg bgtau
nur fadzal:
nur fadzal: biase aku semberono jek
anonymous yg namanya tak mau di kenali (konon2nya) :-
pegi la mat*.....
huhu anda juga bakal ibu 1 hr nnt kan..so hope ank ko pn akn post cmni kt blog die.. (maybe mase tu name die bkn blog lg la hehe ;p)
aku tak boleh bayangkan aku jadik ibu sekarang la..
sebab aku lom berangan mcm pais...
ahahha..
mungkin aku x berjiwa sensitif...
ooo..
ok..
anda mungkin terlalu beristirehat sehingga anda tak berjiwa sensitif.
;)
mak ain mmg rock.sgt best
yg aku ingat ain cite..
mase ain lahir songsang (ish dh la anak first)
byk tu jahitan (inilah pengorbanan seorang ibu)
mak ain masuk toilet pun bawak ain jugak sbb sayang sgt2
ingat tu ain
ibu kamu sangat sayangkan kamu :)
kali nih post anda mmg menarik ain syabas saya ucapkan...saya bukan kwn pelangi anda
alololo.. meh la join pelangi.. kami x kisah..
yoyok : aku gase, aku tak buat kat anak aku la mcm mak aku buat aku kot.. kuikuikui... aku ni mcm ala2 zalim jek.. ;)
anonymous : timasih..
anda mahu jadik hujan?
jane : pelangi 8 kaler, 6 dah ada tinggal 2 kosong.
nak interview jumpe jane dan apox..
huhuh..
sgt suke bace ini blog...sgt suke ini entry...sgt suke tgk anda..pelbagai version muke tp yg paling cute "about me" punye gamba..jgn marah saye hanye memuji...teruskan membloging saye akan bace setiap hari...blh kann??..;-) -zoulk-
zoulk,
bak kata kwn saya sue, saya ni extreme org nye..
cam tau2 saya nak marah, mcm dah ade soklan bocor lak..
anyway,
thanks sudi baca blog saya. wink!!
Post a Comment