aku betul-betul sudah lama tidak membaca buku. kalau ada pun setakat membaca 'main point' dalam dada-dada akhbar. ku kira, aku makin bengap. tiada satu input pun yang masuk ke dalam kepala otak sendiri yang aku kira-kira saiznya sebesar buah bali berbaja organik. tak cukup besar seperli buah bali di tambun perak.
kiri kanan, depan belakang kamu semua mengadap susunan buku-buku yang makin menggunung. tak kira la apa jenis bahan bacaan pun. novel omputih, novel jiwang, majalah pengantin, majalah fesyen, itu-itu hanya kulihat dari kejauhan.
aku bosan. aku tak cakap kamu bosan. aku cakap, aku yang bosan. ya, ain yang makin bosan.
aku mula berangan. bukan berangan pasal kamu-kamu. aku tak peduli keinginan kamu. kamu-kamu lain. kamu-kamu semua hidup di atas landasan yang normal. kamu-kamu penuh jadual. aku pula sudah hapuskan kuasa jadual.
aku berangan jika hidup aku sekarang seperti di dalam pengembaraan epik dahulu kala. jika aku bila berkata-kata, bila berbicara seperti sang pujangga. bila melahirkan emosi seperti sang pujangga. tapi, aku tak mahu berpakaian seperti dalam pengembaraan epik itu. geli la!
aku luahkan rasa dan keinginan aku kepada keluarga besarku. mereka-mereka dikalangan golongan yang lebih tua dariku amat tidak bersetuju dengan keinginan yang betul-betul meluap.
aku mahu berpindah kerja. dalam istilah lain, aku terasa seperti mahu berhenti kerja yang sekarang ini. aku bosan. aku mahu duduk di dalam keadaan yang gelap, berhutan, jauh daripada orang-orang awam. hanya aku dan pohon-pohon yang mampu berinteraksi di antara satu sama lain. aku mahu bila aku lena, aku indah dalam mimpi. aku mahu jiwa aku betul-betul suci. aku mahu jauh dari kepekakkan dan lolongan orang-orang kota. aku mahu hilangklan sarat dalam minda luar sedarku.
aku mahu hidup dalam khayalan yang aku ciptakan sendiri. tapi, itu semua khayalan yang belum kunjung tiba.
16 comments:
Nak hidup di tengah hutan? Semoga berjaya jadi teman Mr. Tarzan :p
aku takmo jadik teman mr. tarzan.
lagipun, jane kan ade.. ;p
wish me luck tau kalo aku berjaya dok di tengah hutan...
Hutan adalah sejenis tempat yang sebising kota, Kota adalah tempat yang berbau karbon monoksida manakala roti bila dimasak akan berbau bau yg melaparkan penghuni hutan.Oleh itu Hutan mmg selese diduduki oleh org yang rajin makan roti...wahahaah..ape aku menggerapu ni...tgk ain...ko merapu aku menyapu..
-D-
ok.. ok.. teori ko ni mcm boleh pakai oleh org sengal mcm aku nih..
sama-sama la kita semua jadik penyapu yg membersihkan keadaan sekeliling ni..
bersihkan kota!
amik la tarzan tu. aku x mau.
weh..
suke2 jek nak bagi tarzan kat org lain..
aku pun takmo gak...
die pakai cawat jek. aku alergik!
pergh..ain..
ayat ko..da mcm mntak penampo jek..hahahahaha
tampo la aku tika aku separa sedar..
adeh... aku dah rase penampo ko..
di alam maya..
hahahaha...siot
Jgn pegi Hutan kat Kota Damansara..nnti sesat..
kota damansara ade hutan ke?
kat area2 sg. buloh ek? aku penah dok sane la, ade ke utan?
adeh.. makcik makin konpius nih...
hah apox..
nasib baik tgn ko cumei.. kurang la sakit ni ha..
:(
orang yang menyanyi = penyanyi
orang yg berlakon = pelakon
orang yg memimpin = pemimpin
orang yang menyamun = penyamun
orang yang menyapu = penyapu
apa yang aku merapik ni..haha kira aku ni perapik la
huhuh..
weh, kata kerja bagi merapik tu sama dengan merepek ke?
;p
merepek plak same dgn kerepek...
byk mkn kerepek jd merapik...atau merepek smbil mkn kerepek...
hahaha..pening...
kite pusingkan balik ayat2 tu...
ahahaha...
Post a Comment