"
salam semua...
tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.
untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)
tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.
sekian.
Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443 "
p/s : aku pun ada rasa nak boikot benda-benda alah tu semua, tapi rasanya tak sampai hati sebab adik aku merangkap pekerja di pizza hut akan di buang kerja jika tiada bisnes. bukankah menganiaya orang islam namanya. rata-rata orang islam bekerja di bawah naungan orang kafir dan yahudi. yang penting pokok pangkalnya hati, kan?
ada duit, sumbangkan pada palestin. itu saja kita rakyat malaysia mampu buat.
dan katakan!
21 comments:
Yea..yea..tengkiu 4 da info! Hohohoho....aku bleh makan Zinger Burger lepas ni...tengkiu!
aku..dia..kamu : sama-sama.
semlm seblom aku dpt email ni, aku dah mkn burger tower kfc sebab tak jumpe mee goreng best.
thanks tu cik lala kerana memfoward email ni pagi tadi.
aku boikot mekdi je
janez : aku suke mekdi. dah lame x mkn mekdi. double prosperity ayam tu lom mkn lagi ni.
cemane?
u'rE WeLcOmE..
BaLiK niEh Leh BeLi ToWeR bUrGer tu BebAnYak LaGi..NyEhEhE..
lalalalala : jom jom!
Makan Marrybrown la..buatan Malaysia..
amat : marrybrown susah nak carik gak tu.
aku x sanggup nak mkn mekdi :(
tp terpulang la pd ko nak mkn ke x..
jane : xpe, sok2 dah ok la tu kot.
(den dah konpius ni...)
pasni leh ar aku makan kfc... halalan toiyiba..
kire xde hal la kalo sape2 nak blanja aku kentaki pas ni...
arfa : aku dah mkn seblom dpt email lagi. ;))
darurat weh...
sultan : kalo nak piza, dtg umah aku after midnight.
(ini bukan tipu, ini betul-betul)
lgpun, adik aku slalu bwk piza free tgh mlm. :))
aku nak datang malam ni..buleh?
boikot barangan terpilih dan mampu saje..sikit-sikit mula..jangan memakse sampai terpusing 360 darjah..terkejut jadinye.
yang piza free tu kalau kau nak bole ke?
arfa : dtg jumaat mlm ni. mase tu mgkin aku dah smpi kpmg agaknye.
boleh ajer...
fauzi : 90 drjh pun dah terkejut sikit2 tau. ;))
psl piza free ni ko ke aku yg nak?
" KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja."
agak agak berapa la diorang bayar ek untuk yuran penggunaan nama?
ain: silap2..aku nak..typing error
arfa: untuk gunakan nama KFC tu bkn murah. mahal gile die bayor. tapi tak diketahui la berape. sebab tu KFC kat HQ di di oversea nun kayo....
Ade member yg bukak franchise Papa Roti. Untuk guna nama tu pun berpuluh-puluh ribu kena bayor. tu bukak kiosk kecik je. Kalau yarikat KFC yang busar tu tak tau la
aku juga amat bersetuju dgn pendapat anda..kalu kite boikot,bisness tkdak,ramai mane umat kite jobless..?huhuhuhuh..
derma hanya mampu dan doa..
boikot prison break. ngan myspace.
Post a Comment