Monday, January 5, 2009

galak tahun baru!

gua tak pernah sambut new year.

kali ni, tahun 2009 gua dapat rasa. betul-betul rasa kahau pergi celebrate new year. nak carik parking satu hal. nak berjalan bersesak-sesak masuk the curve tu dah satu hal.


sebelum tu, gua tanya gak pendapat mak gua. tapi gua kata tempat gua pergi ni tempat tengok bunga api. ada keluar iklan dekat tv. tak lama lepas tu, mak gua kasik jugak pergi rasa nikmat dunia, jangan tak rasa lepas ni katanya. cuma jangan buat perkara bukan-bukan. gua seloroh, kat situ mungkin tak ada bukak-bukak botol champagne ataupun buat parti sex bebas. kalau ada, gua kena
pandai-pandai sendiriklah nanti.

betul, gua ada tanya gak geng-geng gua apa rasa sambut new year? rama-rama dalam perut gua dah terbang dari petang tu sampai bawak ke malam. nervous! sebab, ini betul-betul kali pertama. kakak opis gua pun suruh gua pakai seluar jeans. untuk keselamatan
katanya.

sesampainya gua kat sana, gua yang terlebih excited gamaknya. atas divider yang tinggi
pun gua dapat naikkan gen 2 member gua. nak bikin bunyi tak dapat, kalau tak mahu menapak gua balik sentul nanti.

tengok jelah hasil sebelum dan selepas dari kegiatan malam tahun baru 2009 ni.













p/s : adik gua nombor 6 dah sibuk-sibuk suruh bikin parti buih untuk dia sambut besday bulan febuari nanti.
tengok, gua dah ajar adik gua berjalan macam ketam kan?


10 comments:

rainz said...

asal bergambo jek mesti aku kene duduk depan..siot jek..

ain fadzal said...

kalau aku dok depan, mestilah aku dah blocked muka2 korang.

:))

Fikri Misti said...

Party seks? WTF!

ain fadzal said...

mungkin tidak ada, ok?

(heh, aku mcm pernah mimpi aku ckp psl blog, sex, dan new year.)

karma ke?

ijan said...

ape cite mlm tu aku layan filem tamil...

ain fadzal said...

sape berlakon weh?

sivaji ke?

ijan said...

bkn dia tu. sape ntah. cite citizen...

fauzi said...

saya amat tidak menggalakkannya!

Rockstar said...

rosak ahklak belia remaja..

p/s: org tempat lain..

Anonymous said...

parti buih di awal muharam ?