Monday, January 19, 2009

cuti hari minggu saya (dengan tidak lebih 120 patah perkataan).


hari minggu yang lalu, saya bersama 4 rakan yang lain iaitu lala (teman sebilik), lin (adik pekji yang berada di bilik lain tetapi masih serumah dengan saya), nik (rakan sekolah teknik lala) dan juga rozi (rakan lala yang sama-sama bersekolah teknik dan berstatus sudah berkahwin 2 tahun yang lalu serta masih isteri orang).

kami berlima telah berjanji akan bertemu di zoo negara memandangkan kenderaan saya dan kenderaan rozi masing-masing datang dari berlainan daerah. setelah menunggu mereka berdua sampai (nik dan rozi) yang masih tidak sampai--sampai lagi, kami (saya,lala dan lin) berjalan kaki menuju ke tempat menjaja di bawah terikan sinaran matahari untuk mengalas perut dengan memakan burger daging dan air tebu yang sedap yang berjumlah rm3 setiap seorang.


kami memasuki gerbang zoo negara lebih kurang dalam pukul 11.40 pagi dengan penuh semangat yang membara memandangkan harga tiket sebetulnya beharga rm15 setiap seorang dewasa. kami telah di sambut oleh encik-encik zirafah kesayangan saya dengan masa yang tidak tepat, iaitu masa makan tengahari mereka. dan saya mula sudah merasa sedih kerana tidak di sambut dengan ceria oleh mereka bertiga.


kami menyambung perjalanan menuju ke tempat siti dan cibon berada. dan saya juga telah berkenalan dengan mereka berdua untuk menbina sebuah persahabatan diantara kami bertiga.


mood saya kembali stabil setelah di sambut baik oleh siti yang sangat kelaparan dan juga cibon yang tidak pandai merebut makanan dari siti. kasihan juga pada cibon yang mungkin juga pemalu jugaa jika mahu dibandingkan dengan siti.

kami berjalan-jalan, penuh semangat.

+
+
+

burung berparuh yang berjaya mengigit jari telunjuk tangan kanan saya.


spesis burung punk rock jenis keriting kasar.

rusa yang telah di rejected oleh pakcik santa claus kerana kerap menjelirkan lidah. tapi sexy kan?


maskot puma yang semakin tua dan malas untuk melakukan sebarang aktiviti.

saya tiada dalam gambar diatas. mungkin telah menjadi sangat pemalu di zoo negara.

kura-kura yang telah diambil dari dalam kolam untuk photo shoot bersama tangan saya.

orang utan yang sudah kekenyangan. atau boleh dikatakan sangat buruk lantak?

haiwan haram yang tak pernah menganjing tetapi perlu dibabikan.


+
+
+

seronok, memang seronok.
tak terhingga, okeh!



10 comments:

Anonymous said...

kena sembur dgn gajah tu x? aritu aku nyaris kena..

p/s: teringat iklan KFC yg shooting kat zoo negara masa kita kecik2 dulu. gile nmpk mcm happening. haha.

Ilya said...

aku teringat lagu kfc tu la jane.haha

ain,ko sesuai jd duta zoo la.

ain fadzal said...

janez : aku x kena sembur. tp, antara kami ada yg kna berak dgn burung kat dahan pokok tu.

tp, muncung gajah tu mmg kasar tau. aku meraba2 die. ;))

rainz said...

hahhaha...memang ar... ko bau perfume zoo tak aiN?heheh.. pastu.. ko jmpe ar borhan ek? pastu ko takde minat ke pasni nak bela haiwan?heheh..

ain fadzal said...

ilya : ye ke?

aku rase, aku nak jadik volunteer kat zoo tu. tp, yg malasnye, nak kna buat housekeeping kandang2 dieorg. leceh la.

kalau tak, boleh masuk zoo free, kan?

ain fadzal said...

arfa : tak bau kot rasenye time tu!

:))

aku nak bela zirafah jek. tapi, aku rase, umah aku mmg susah nak jadik kandang la. x cukup tanah, tak cukup ketinggian.

tp kan pah, direk dari balik zoo, masuk klcc okeh.

beli beg pink bimbo.

;))

rainz said...

haha..ko tuh selain manusia, haiwan pon ko nak raba..apeda..

orang kat klcc tuh takde yang pengsan ke ain?

ain fadzal said...

arfa : nak ckp, pegang tu mcm tak logik la. aku suke guna perkataan meraba.

mcm fantastic skit.

takde kot yg pengsan. masih steady lagi kot dieorg tu rasenye. atau diorg tahan hidung sbb nak merebut beg dgn aku kat isetan tu.

:))

rainz said...

sob sob...tak leh makan kfc da..

ain fadzal said...

arfa : baru lepas makan kfc tower satu set tadi. beli dkat ngan orang bisu dan pekak nye kfc.

tolong jugakkan pekerja yg tak bersalah?