Friday, May 30, 2008

Name Tag


Tagged again.



The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.

2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.



Fact #1: Degil, Keras Kepala, Kasar, & Suka Mencarut.

Fact #2: Rasa suxx kalau sorokkan apa-apa hal dari parent s
aya. & parent saya tahu semua kegiatan haram, halal, makruh, sunat, saya. Sayakan anak manja.

Fact #3: Hendak mendirikan rumahtangga apabila mencecah umur 27 atau 28 tahun. Sesiapa yang berminat, sila harap bersabar.


Fact #4: Kegembiraan adalah kekuatan saya.

Fact #5: Belum pernah pergi ke spa atau buat facial. Kamu mahu belanja?

Fact #6: Gosok gigi hanya pada pagi hari. Once a day sahaja.

Fact #7: Tidak suka berahsia.


Fact #8: Memikirkan jalan penyelesaian masalah terus sampai Z.


Choose the next 8?

1. Jembalang
2. Hantu raya
3. Pontianak
4. Sundel Bolong
5. Toyol
6. Pochong
7. Jin
8. Kamu

Komen : Kamu semua yang terlibat ditagged, jangan lupa buat tag saya ni. Heh!!


Thursday, May 29, 2008

saya masih perlukan .....



saya dan zirafah.

sangat signifikan.



bagai isi dengan kuku. eh, bukan. bagai aur dengan tebing.

ish, salah pepatah kot.
ada idea untuk betulkan saya?


patung dalam kereta - sirafah


tabung di meja kerja - nidji



di dalam kereta sudah ada. di meja tempat saya bekerja juga sudah ada.


1 - patut berada di rumah sewa di kl.
1 - patut berada di rumah di kampung
1 - patut di jadikan key chain


kiranya, saya memerlukan 3 barang lagi berbentuk zirafah.



ada siapa-siapa lagi nak presentkan saya apa-apa yang berbentuk zirafah?



eheh.. :)


Tuesday, May 27, 2008

16 tahun , bro



noorulfaiz
(nama sebenar).


anak cikgu-cikgu.
saya mengenalinya sejak sekolah rendah dahulu. saya bersekolah bersama-samanya sehingga tingkatan 5. sudah hampir mengenalinya selama lebih 16 tahun.

ingin mengenalinya?


personalitinya dari kacamata saya :-
  • sarcastic
  • tak banyak mulut
  • manja
  • suka mengambil gambar curi
  • cumei









p/s : kamu mau?


Monday, May 26, 2008

3 tag



4 hari dunia tanpa blog. hidup masih di teruskan. seperti biasa.


-----


* tag dari en. wiwin


badan uniform di alam persekolahan


entah siapa punya idea, darjah 4 saya dikehendaki masuk puteri islam. kamu bayangkanlah, ain - pink.
dan dengan sifat kemanusiaan abah saya yang mahu melihat saya menjadi doktor, saya telah berjaya menjadi ahli persatuan bulan sabit merah sedangkan hati saya mahu menjadi ahli pengakap muda yang tidak menerima murid perempuan pada masa itu. sampai darjah 6, saya masih aktif berpersatuan bulan bintang semalaya.

naik tingkatan 1, kebanyakkan pbsm terdiri daripada arbok-arbok yang tidak aktif. hanya memakai t shirt putih dan berseluar putih. maksud dalam ayat bisnes, ahli tidur. bayar yuran bulanan untuk menghadiri jamuan hujung tahun. duit untuk jamuan, duit untuk hadiah-hadiah ajk yang langsung tidak aktif. rugi kan?

dan di sebabkan arbok-arbok yang semakin ramai di dalam persatuan tersebut, rata-rata ahli yang cekap seperti saya, huda, ainulhana dan mariyah telah meninggalkan aktiviti arbok-arbok semalaya tersebut. kami nekad meninggalkan aktiviti-aktiviti tersebut. kami mahu jadi bomba. memegang pancuran hos untuk memadam kebakaran. suci murni niat kami. nampak segak dalam uniform yang mahal. bukannya percuma seperti kadet polis ketika itu. naik tingkatan 5, setiap rabu di wajibkan memakai uniform. kawad setiap rabu selain hari sabtu. saya suka aktiviti luar. saya suka berjemur. saya suka memegang hos pili bomba. saya suka bercamping. saya suka mewakili sekolah ketika itu. saya gila berpersatuan.

ada suatu ketika, tingkatan 4, semasa bercamping ada pertandingan memasak. kami bomba puteri muncul juara. kenapa bukan puteri islam? kerana masakan asam pedas kami berjaya membuka selera ustaz saufi. bangga bukan main ketika itu. hadiah hanya hamper makanan ringan. mungkin di sebabkan masakan tersebut, saya di calonkan menjadi naib pengerusi kadet bomba.

-----


* tag dari cik sue


makanan kegemaran saya


adalah tempe dan tauhu, yang di cecah sambal kicap berlada.

ringkas lagi sihat.


-----


* tag dari cik yoyox

taggelicious

What was the first thing you thought this morning?
selamat sampai ke pejabat ketika mata sangat pedih.

What did you do last night?
di hospital menemani abah, buat lawak untuknya.

What do you hope to do this weekend?
balik kampung seperti biasa.

What song are you listening to?
halusinasi - meet uncle hussien

Have you ever told someone of the opposite sex you loved them?
of course, dude.

How’s your heart lately?
berkecamuk.

What were you doing this afternoonat 12 p.m.?
kerja.

What was the reason you last cried?
abah

What was the last movie you saw in theaters?
what happen in vegas. aku sedih.

Have you ever cried while in the shower?
x ingat. rasanya belum. macam scene dalam filem pulak.

Have you ever, in anyway, been betrayed by someone you trusted?
ada. malaun-malaun musibat. dan aku akan berdendam.


When was the last time you were given roses?
konvo. mak yang kasi. 20 batang red roses. :)

Is there anything that you are craving for right now?
bila aku dapat menggantikan abah ketika ini.

Where did your last hug take place?
anywhere.

Do people ever make stupid mistakes when spelling or saying your name?
yes. ein and ayin. terasa macam Chinese girl.

Do you drink tea?
jarang-jarang. prefer kopi o.

Does someone like you?
ada ke?

Where do you like to keep your money?
bank untuk semua.

How do you want to get married?
naklah. suatu hari nanti.

Would you ever dye your hair blonde?
belum.


What’s the closest pink thing to you?
my blog. my spec. my baju kurung. my hp.

Do you have plans for tonight?
hospital. melawat pak long. dan selebihnya, tidur.

Are you wearing anything you borrowed from someone?
tudung adik, baju kurung adik. aku balik kampung sehelai sepinggang.

Do you know anybody named Eric?
eric, my shipper yang berasal dari jalan genuang, segamat.



Wednesday, May 21, 2008

buka bumbung tempat teduh kamu


bila saya berjalan-jalan di tempat yang tidak berbumbung, suka benar saya memandang ke atas.

saya suka benar pandang bulan, matahari, pelangi, bintang, langit, awan, hujan. memandang kejadian tuhan. memandang keajaiban yang telah di ciptakan. dunia penuh magis.

seperti pelangi.

dahulu, pada zaman batu, warna masih belum wujud. tetapi, pelangi sudah diciptakan.

manusia mula mengaplikasikan pelangi itu sebagai warna. dari bunga, wujudlah warna. dari daun, wujudlah warna. sumber alam di tambah pemikiran, maka terhasillah objek yang boleh diguna pakai.

saperti rakan-rakan pelangi saya,

arfa - warna merah
soraya - warna ungu
ilya - warna biru
afzan - warna oren
faiz - warna kuning
ain - warna hijau


ujie, kamu bintang. fikri kachak, kamu hujan. zen, kamu awan. c'an, kamu kilat.

kamu-kamu di sana juga kawan-kawan saya.



mungkin, suatu hari nanti, perpisahan akan terjadi juga.


tetapi, kehidupan sekarang yang akan membentuk peribadi kita suatu hari nanti. kamu lihatlah dunia tanpa teknologi yang amat luas. dunia yang berputar pada paksinya sendiri.

Tuesday, May 20, 2008

; )



kebanyakkan rakan-rakan serta readers saya menunggukan saya menceritakan sesuatu yang betul-betul berkaitan dengan diri saya.

cerita
cinta hati saya.

saya tidak akan mempertontonkan untuk readers tentang cerita cinta hati saya. dia terlalu bermakna bagi saya ketika ini. ;). ia kisah antara saya dan dia.



fullstop.





blogspot buat hal. cerita lain-lain saya sambung esok-esok je lah yer.

Friday, May 16, 2008

mahu pergi mana kak?



yang di ceritakan oleh rakan saya, arfa.


arfa : kak, karaoke tingkat berapa?

salesgirl kedai kasut : adik nak yang ada perempuan ke family?
kalau yang perempuan atas ni je. kalau yang family kena keluar pergi arah maybank, naik lif dekat situ, amik tingkat 3.

arfa : oo.. terima kasih. (adat orang melayu jangan lupa yer, tiru budi bahasa arfa ni rakan-rakan).



sambil kami berbincang ke mana hala tuju yang seterusnya. persoalan di benak kepala belum di rungkai. dengan keadaan yang berbelah bagi ketika itu, saya memutuskan untuk pergi ke set yang family walaupun kami ini hanya rakan-rakan. hendak ke tempat perempuan buat apa, sedangkan kebanyakkan kamikan perempuan. ramai-ramai perempuan sangat karang boleh nyanyi koir pulak.


akhirnya, selampi-lampi saya baru faham maksud 'perempuan' tersebut. rupanya
anak ayam.





p/s : ceh.. nasib baiklah saya tak terbawa mereka ke tempat ayam-ayam tersebut. kalau tidak...

Thursday, May 15, 2008

drama makcik tamil



aku tahu ilya dalam mood drama percintaan atau lebih kepada perkahwinan. faiz pula drama game (nampak keras bro). & , si arfa aku tahu kita mengalami perasaan yang sama. suraya, percayalah dengan hukum karma. si afzan, hidupnya lebih teratur, tiada apa yang mampu mengganggu gugat jiwanya ketika ini. fikri kacak bak kekacang, belum apa-apa kau dah mengalah awal, mana cakap besar kau bro). aku tunggu saat kau tiba. kau pegang kata-kataku. dan tak lupa sahabatku ujie, belajar teliti seperti zila ye. kita serupa. lalalala....



*****



berikutan dengan apa yang terjadi kebelakangan ini, aku tersangat kusut. aku mahu buka simpulnya cepat-cepat. aku mahu tenang. setenang yang mungkin. sejernih air di ulu yam. ok, di sini, bukannya tempat aku nak meluahkan perasaan. biar aku simpan sahaja niat itu. aku lagi suka jika kamu-kamu semua melihat aku dalam blog ini tanpa jiwa. tanpa perasaan. aku kan kuat. bila lemah, akan matilah jiwa blog ni.



*****


aku mahu berangan sebentar ya...

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

berangan mahu semuanya kembali normal seperti biasa.


'' Selamat Hari Belia SeMalaysia '' untuk pembaca sekalian.

Wednesday, May 14, 2008

4 rasa

kerabu mangga (nama sebenar)


secukup rasa. 4 rasa. manis, masam, pahit, masin. macam rasa makanan. banyak betul rasanya.

manis : bila datang manis, pedu je rase manis tu. manis tak terkira. manis-manis yang betul-betul manis. manis kelat-kelat, manis pedas-pedas. manis-manis buah. macam-macam type manis ni.

masam
: masam pun banyak type. masam-masam kelat. masam-masam masam.

pahit
: datangkan pahit, terus tak boleh telan. tapi, orang tua kata, pahit itu ubat.

masin
: bila masin, tambah air. tambah perasa lain. baru lah kurangnya rasa masin tu.





life kita pun macam tu jugak. pelbagai. ada masa kita rasa gembira. ada masa kita rasa nak marah gila. ada masa kita jadi orang paling buntu. ada masa rasa nak mati pun ada. (nauzubillah, cakap orang tak ada akal macam ni lah).

bila kita pandang dari segala aspek. segalanya subjektif. masih banyak pilihan. tapi pilihan terletak pada diri sendiri.

bila sedar wujudnya pilihan, maka akan terciptalah alasan. sama ada alasan itu kukuh atau tidak, terpulang kepada insan-insan yang menilainya. kau kena terima. tidak boleh katakan tidak. itu hakikat.

kau kena terima dude!



Tuesday, May 13, 2008

who am i?


aku seorang
LOSER yang real...





Friday, May 9, 2008

kami kongsi bersama

entry kali ini hanya untuk golongan berjiwa sensitif sahaja.

*****

cerita 1


umur 19 tahun, dia sudah ada seorang anak. bila umurnya menginjak seusia denganku sekarang, dia sudah punya 3 orang anak.

dia tempat aku bermanja, mengada-ngada, bergaduh, berkawan, menasihati, tempat luah segala dan tak terkira jika hendak di nyatakan.


aku dan dia adalah rakan gelak ketawa, pukul-pukulan, pinjaman tubuh. mungkin sebab jarak umur yang tidak terlalu beza bagi kami berdua. aku amat senang dengannya. lagipun, tiada apa yang dapat memisahkan kami sehingga akhir hayat. jika aku pergi dulu, dia ada bahu yang lain. & jika dia pergi dulu, aku sudah tiada bahu untukku menumpang segala perasaan yang sudah terbuku.


*****

cerita 2


dia rock! suaranya, tingkah lakunya, jiwanya, sangat rock! dan di sebabkan itu juga, aku ikut rock sepertinya.

dia emo! suaranya, tingkah lakunya, jiwanya, sangat emo! dan di sebabkan itu juga, aku ikut emo sepertinya.

dia tangkas! suaranya, tingkah lakunya, jiwanya, sangat tangkas! dan di sebabkan itu juga, aku ikut tangkas sepertinya.

*****

cerita 3

dan ada suatu ketika, ketika kami berantakan. dia betul-betul tak puas hati dengan aku. di sebabnya, aku hanya mendiamkan diri.

kamu tahu, dia menangis teresak-esak dengan teruknya. dan dia berjaya menjaja ceritaku di sana-sini. segala-galanya tentang aku.

jalan penyelesaiannya, ku pinjamkan bahuku.

*****

cerita 4


dia nyawaku. cuma tubuh kami berbeza. tak beberapa tahun lagi usianya akan masuk separuh abad, dan aku pula suku abad. & suatu hari nanti, jika tuhan mengizinkan umurku makin panjang, aku akan kecapi umurku separuh abad juga.


*****

cerita 5

kamu tahu, aku ni jenis yang lalai. tengah berjalan-jalan pun aku boleh tersungkur menyembah bumi. nah, akibatnya, aku tergeliat dan terseliuh di tangan. dia perasan dengan tingkah lakuku. dalam diam-diam, dia mengaturkan pertemuanku dengan tukang urut. aku menyuruh membatalkannya dengan keadaan yang kelam kabut. kami perlu pergi ke majlis nanti. dia menangis lagi, aku lemah. aku perlu tegas dengannya. ku nyatakan tiada apa-apa yang akan berlaku. perkara biasa bagiku.


ketika majlis mahu ke penghujung, aku berborak bersama lelaki yang aku namakan dia sebagai mr.player S tunangan orang. bila aku dan encik itu akan terjadinya perkara seperti anjing dengan kucing (tapi dia anjing. sebab anjing tu haram. nanti aku kena samak diri aku pulak). bila aku di kutuk, dia akan mengutuk balik kepada orang yang mengutuk aku. hah, padan muka kau mr.player S tunangan orang. baru kau tahu, kena buku dengan ruas.


*****


cerita 1 + cerita 2 + cerita 3 + cerita 4 + cerita 5 = dia

dia = mak aku



mak = puan rozita binti hj. ramlan



selamat hari ibu, mak. jiwa mak akan along bawak hingga akhir hayat. :)

Thursday, May 8, 2008

jika aku dapat melawan kemarahan


wanita-wanita yang tabah
+
seorang lagi wanita tabah bersama seorang bombo a.k.a supir yang amat tabah (pic removed)



kamu tahu, umur 25 tahun bagi seorang wanita adalah ideal untuk belajar erti tabah.

tabah menghadapi putaran hidup. dunia kan berpusing seperti roller coaster. kadang di atas, kadang di bawah.


sambil berborak secara di alam maya bersama kebanyakkan rakan-rakan rapat yang lain. saya berjaya mengumpul sedikit fakta daripada mereka, tentang diri saya.

-----

tentang = kemarahan




  • marah guna hati.
  • marah guna otak.
  • marah guna badan.



saya cuba-cuba korek pasal mereka.

ilya : akan bawa kereta jika kunci kereta ada pada dia sambil mendengar lagu. kalau tak sedar, dia kata bawa laju-laju. kalau kunci takde dalam tangan dia, dia cuma tidur sahaja.

dia cakap, dia dah pandai control, dulu dia suka mengamuk. (ilya mengamuk macam harem jek dulu).

kak lia : dia akan menangis sehingga sampai senyap. (mungkin kelenjar air mata dia dah tak dapat nak mengeluarkan bendalir kot).

arfa : dia akan membebel. lepas tu, makan coklat banyak-banyak. (nyum-nyum seronoknya coklattttttttt).

suraya : dia marah, dia mengamuk! (kamu jangan dedahkan dia dengan benda-benda tajam ketika dia sedang marah, bahaya!).

zen : bila marah, boleh jadi hilang akal. pernah tumbuk orang sampai tergeliat tangan dia. biasanya tunang dia akan menjadi sasaran. (baik betul tunang dia).

azura : sumpah seranah dulu. takpun diamkan diri. (dia kata dia cepat lega).

faiz : bila dia marah, dia akan sign out dari ym. (invi je kot, ;p).



itu cerita tentang mereka.



kebanyakkan soalan-soalan yang saya tanya mereka, seorang je yang cakap saya pernah marah. yang lain kata saya tak pernah marah.

secara statistiknya, saya ni bukanlah pemarah orangnya. (auta ke fakta?).



kamu tahu, bila saya marah?

& kamu takkan dapat tahu bila saya marah.

sebab utama :

1) saya memang memandu secara laju walaupun sedang ketawa, belum marah, sedang marah, atau tengah mendidih 100 darjah celcius.

2) saya suka mendiamkan diri sehingga tiada seorang pun yang tahu saya sedang marah.

3) saya dan makian itu umpama cebisan darah daging saya. itu bukan zikiran ya.

4) saya akan memegang pisau ketika mahu memasak ataupun memotong-motong benda yang perlu.

5) saya belasah orang tu macam dah jadi asam garam lumrah kehidupan. kalau tengah melawak pun saya boleh belasah orang ye.



-----

ohh.. kamu-kamu jangan lah cuba berani buat saya marah.

nak sangat ke tengok saya marah? :d

Wednesday, May 7, 2008

aku, kamu dan dia

aku betul-betul sudah lama tidak membaca buku. kalau ada pun setakat membaca 'main point' dalam dada-dada akhbar. ku kira, aku makin bengap. tiada satu input pun yang masuk ke dalam kepala otak sendiri yang aku kira-kira saiznya sebesar buah bali berbaja organik. tak cukup besar seperli buah bali di tambun perak.

kiri kanan, depan belakang kamu semua mengadap susunan buku-buku yang makin menggunung. tak kira la apa jenis bahan bacaan pun. novel omputih, novel jiwang, majalah pengantin, majalah fesyen, itu-itu hanya kulihat dari kejauhan.

aku bosan. aku tak cakap kamu bosan. aku cakap, aku yang bosan. ya, ain yang makin bosan.

aku mula berangan. bukan berangan pasal kamu-kamu. aku tak peduli keinginan kamu. kamu-kamu lain. kamu-kamu semua hidup di atas landasan yang normal. kamu-kamu penuh jadual. aku pula sudah hapuskan kuasa jadual.

aku berangan jika hidup aku sekarang seperti di dalam pengembaraan epik dahulu kala. jika aku bila berkata-kata, bila berbicara seperti sang pujangga. bila melahirkan emosi seperti sang pujangga. tapi, aku tak mahu berpakaian seperti dalam pengembaraan epik itu. geli la!

aku luahkan rasa dan keinginan aku kepada keluarga besarku. mereka-mereka dikalangan golongan yang lebih tua dariku amat tidak bersetuju dengan keinginan yang betul-betul meluap.

aku mahu berpindah kerja. dalam istilah lain, aku terasa seperti mahu berhenti kerja yang sekarang ini. aku bosan. aku mahu duduk di dalam keadaan yang gelap, berhutan, jauh daripada orang-orang awam. hanya aku dan pohon-pohon yang mampu berinteraksi di antara satu sama lain. aku mahu bila aku lena, aku indah dalam mimpi. aku mahu jiwa aku betul-betul suci. aku mahu jauh dari kepekakkan dan lolongan orang-orang kota. aku mahu hilangklan sarat dalam minda luar sedarku.




aku mahu hidup dalam khayalan yang aku ciptakan sendiri. tapi, itu semua khayalan yang belum kunjung tiba.

Tuesday, May 6, 2008

live life naturally !

aku kering idea..

berserabut? oh.. lebih kurang la. tolong la aku bina semula cerita meraban ni.. (bagi pelajar-pelajar semua tak sesuai buat rujukan, ok?)



kamu-kamu semua dah tahu banyak pasal aku.. aku malas nak cerita pasal aku lagi (tipu btol!!). ahahaha (ala-ala gelak anak setan). lagipun, rangkaian cerita-cerita aku biasa jer. tambah-tambah makin paranoid. what the F***?

selasa ini, aku mulakan pagi dengan carutan.. eh.. eh.. satu hari suntuk aku mencarut sudah. yang terlepas jangan cakap la. dalam hati sama banyak dengan yang terlepas. hello! kan aku dah cakap, aku bukan angel!

internet aku mcm shial!!! satu hari takde connection. aku salah setting semalam. salah aku gak, nak tunjuk terror konon!

last-last, panggil org luar tolong setting balik.





dah la.. aku nak main game! xde mood nak berblogging.. kang korang terasa aku mencarut lak..


p/s : lepas ni aku budget ada la DAKUWAKA a.k.a dewa jerung. boleh cuci-cuci mata gak.




Friday, May 2, 2008

terapi itu milik saya



kalau saya penulis, kamu pilihkan tajuknya:-


1. apox : 99 guide to laugh
2. zen : 99 ways of laughing for dummies
3. sue : an idiot's guide to ain's laughing


dari bangun pagi semalam di rumah suraya, sambil mas
ak2, bila keluar rumah berkelah, minum petang di kopitiam, sampai la saya balik semula ke singgahsana saya yang tak seberapa tu, saya asyik mengekek saja.

eh, ini bukan saya tau..

saya jenis yang amat suka ketawa. dalam pelbagai keadaan, dalam pelbagai emosi, dalam pelbagai cara. saya tak peduli orang dan keadaan keliling saya. anda fikir saya makin spastik? ok, saya mengaku, saya makin spastik,ok.. anda label la saya apa-apa pun, saya tak kisah. itu mungkin menjadi kelebihan dan kekurangan diri saya.


bila saya diam, orang-orang akan tanya, kenapa ko ain?

huhu.. macam la saya ni puppet yang asyik bercakap dan ketawa. (sian saya tau..). kadang-kadang saya nak jugak jadik pendiam, ;p


*****

ain kata (saya lah tu) : ketawa itu satu terapi.


bila saya tengah susah hati pun saya akan diamkan diri, lepas tak berapa minit, saya ketawa. (ok, serius, mungkin saya memang tengah susah hati, tapi sapa yang peduli). baik saya ketawa.

ketawa itu kan terapi saya.

percaya atau tidak, ketawa boleh menggembirakan orang lain, tak kira la bila kedengaran bunyi ketawa itu betul-betul ikhlas atau tidak. eheh! ( biasa saya ketawa ikhlas je, ;p ).


ada elaun tak untuk si pengetawa seperti saya? uhuhuh..

cara-cara kekekan anda sudah cukup untuk :-

a. menggembirakan atau membahagiakan orang lain di keliling kamu-kamu semua.

b. orang tidak akan sedar kamu susah hati sebenarnya.

c. menguatkan otot-otot muka serta tubuh badan. ( kalau tak percaya cuba ketawa sampai berdekah-dekah. nanti kan bergerak-gerak badan tu..)



cuba,

kamu bangun pagi, kamu senyum dan ketawa (tanpa dilihat orang lain la, nanti orang ingat kamu gila pulak), emosi kamu makin jadi stabil. ekspresikan diri kamu bila kamu ketawa. jangan ketawa tertahan-tahan, nanti sakit jantung kamu tau!

p/s : kalau ada problem, bagitau kakak yer.. ;)