Thursday, July 3, 2008

'rider ' kencang


Flashback

Aku tengok gambar-gambar zaman aku muka ‘nerd’.
Zaman bila pakai baju yang mak aku pilihkan. Selalunya corak belang-belang.
Banyak betul.

Mungkin itu fesyen zaman dulu.

*****


‘chapter’.

Kenderaan.
Pasal kenderaan.


****

1 – buaian.

Dulu, nenek pernah bilang, bila mak kau nak pergi bilik air pun, diheretnya juga buaian tersebut.


2 – baby walker

Kali ni pun, mak aku jugak yang sumbatkan aku dalam walker tu. Maksudnya, dieorang tak sabar nak tengok aku berjalan. Kan?


3 – basikal

Yang ni aku ingat betul. Bmx warna merah. Tinggi dari bmx warna biru anem. Masa belum tahu mengayuh, tunggang basikal dalam rumah. Pusing-pusing dalam hall rumah. Ada roda la pastinya. Pandai sikit, bawak keluar rumah, cabut roda sebelah. Mula campur dengan kawan-kawan. Geng basikal. Pergi tadika, bawa basikal.

Al kisah.

Sejak aku bergaul dengan geng-geng basikal, mulalah aku naik tocang. Campur semua orang. Tak mahu orang ingat aku bukan jenis ‘peghak’.

Satu kejadian.

Aku belajar satu perkataan. Babi.
Bila balik, aku praktik. Pergh… tak memasal, aku kena cabai dengan mak.
Apa lagi, kena tahan wad, la. 3 hari dalam hospital. Fuh…. Abah ‘back up’ betul-betul anak dia yang ini.

Masa tu, serik jugak la nak men'carut'. Ingat sedap ke kena cabai.. Mc seminggu.


4 – motor

Aku belajar bawa motor dah lambat. 16 tahun masa tu. Itu pun pusing keliling taman je. Lepas spm, terus ambil lesen B2 dan D. lepas ada lesen, malas nak sambung belajar, aku mula cari kerja. Jadi ‘cashier’. Pergi kerja, balik kerja pinjam motor abah. Dapat kerja ‘upgrade’ sikit, aku gelar kerja tu ‘rayau-rayau’. Petang baru masuk pejabat. Aku dapat keluar sebiji motor. akMAL. Hala tuju berubah. Mula jadi, ‘rider’ tegar. Ke hulu-hilir. Eksiden, berlanggar, jatuh, bangun balik. Itu ‘standard’. Pernah patah-patah. Patah brek, saja.


5 – kereta

Ambil kereta. Bila mak mula bising-bising. Ke hulu-hilir masuk hutan, keluar hutan sesorang.
Anak dara, katanya. Turutkan kata orang tua. Mereka lebih arif.
Aku berjaya keluarkan MASAOT. Si jejaka hebat.

Sejarah jadi ‘bumper car’ – banyak kali.

Selain kenderaan pacuan, 4WD, jimny dan seumpama dengannya, dulu saya selalu meng'drive' lori 3 tan.

Rasa HEBAT!
Tak percaya, cubalah~





p/s : dengan ini, mengetag 'kenderaan anda dulu dan kini' kepada para pemblog. aku tahu, ramai yang ada sejarah. lebih-lebih lagi macam afzan, faiz, arfa, soraya, ujie, ilya dan semua.
sekian.

12 comments:

Anonymous said...

kesimpulan:

1) buaian - mak kau sgt sygkan kau

2) baby walker - mak kau sgt harapkan kau cepat berjalan supaya bole tolong dia di kemudian hari

3) basikal - kalau kau ckp babi lg, aku cabai mulut kau

4) motor - kau x reti bawak motor, hahaha.

5) kereta - kau handal memandu kereta

sekian

ain fadzal said...

no 4 tu, jom gi fight, sape lg rempit.

mau?

ijan said...

hah... aku x bole dengo ayat cabar2 ni...
mmg trus aku bingkas bangun...

tp lumba kete bole ka...

aku xde lesen moto... :D

Anonymous said...

nak g rempit ker....meh ar...ajk org skali....ha3

ain fadzal said...

sultan : jom.. jom.. aku pakai masaot, buat rally.

bior minah2 mcm kiteorg je gi merempit.

anonymous : jom ... jom... ade geng gak ni.

naik kl tau!

Anonymous said...

mau!!! kuala lumpur, aku cabar kau!!!

erm.. aku kan lawyer.. lawyer adalah officer of the court. kalau aku rempit, aku melanggar undang-undang. maka batalkanlah hajat itu.

~^_^~

ain fadzal said...

ala,

dah kurang satu orang.

nanti, terbatal penyertaan.

aku cabar, arfa, su, zen dan pais kat sini.

ilya dah kat kelantan.

huhuh~
dah kuor senarai awal2...

Anonymous said...

merempit mmg mesti melanggar peraturan jalan raya ke afzan?

ujie said...

kna tag eh huhu im on my way ni hehe

rainz said...

aku kene tag..tapi aku ngah berjiwa sensitif neh..so tak leh wat...

ain fadzal said...

anonymous : tu biar cik lawyer yg jwb.

akta2, aku failed.

ujie : bagus! bagus! teruskan usaha anda!


wink!

arfa : ko di maafkan.

xpe, lain kali tag bende lain lak.

mcm cerita biskut ko ke?
mcm main bowling ke?

ehehe~

rainz said...

okies...aku ok jek..hahha...