Friday, July 25, 2008

mana nak cari purdah malam nanti?



seperti mahu menjauhkan diri daripada semua orang hari ini.
takut serpih-serpih nasib malang gua nanti terkena pada lu semua.


gua bangun awal. gua punya roommate tak terperanjat sangat seperti 2 hari lepas, sebab gua bangun subuh awal, 7 pagi. hari ini gua amik turn nombor 2 mandi manda, tak macam selalu, nak di ikutkan gua selalu jadi orang last untuk mandi. gua senyum bangga.

gua bangun pagi-pagi jumaat ini sebab gua mahu kejar beli tiket pagi ini. gua balik kampung walaupun gua dah janji gua tak balik ini minggu dengan rakan-rakan pelangi gua. tapi, last minute, mak gua telefon suruh gua balik sebab dia bagi 2 option, balik kampung teman mak gua pergi tangkak atau pergi kenduri anak buah gua hari ahad nanti di pinggir kuala lumpur. gua memang suka pilih option nombor satu, sebab gua tak suka jadi nombor 2.

gua pergi kaunter tiket, sebab mahu beli tiket balik kampung. gua tau, mamat-mamat dekat kaunter tiket memang cam habis gua punya muka, gua punya dressed up. selekeh macam mana pun gua, brother-brother tetap kenal gua. gua memang naik itu bas saja. pakcik-pakcik driver bas tu pun memang kenal sama gua, cuma mereka tak tau nama gua. mak gua, adik gua, kereta mak gua, dieorang tetap cam. glamour kan gua?


3 minggu lepas,

gua salah beli tiket. gua nak kata salah gua, tak boleh juga sebab gua tak teliti tiket tu betul-betul, tapi mamat kaunter tu tak pandai nak bezakan siang dengan malam. gua beli 3 tiket. masa gua nak naik bas, baru gua buka tiket-tiket tu.

pergh…

menyirap gua time tu. gua tengok tiket pagi. cuba lu semua bayangkan, gua nak naik bas malam tapi gua dapat tiket pagi. masa tu gua pikir, gua nak berambus je dari bas tu, tapi adik gua tahan. dia kata tunggu kosong. masa tu, gua mula mendidih. mulut gua dah bising-bising, adik gua dah menangis-menangis. gua pikir gua nak balik terus sebab tengok adik gua dah hindustan dekat situ, malu la gua.

gua pergi kaunter, gua bagi tiket tu pada brother sorang ni. gua memang tak boleh layan kalau gua tengah marah, orang buat siput depan gua. gua dah mula nak meletup. dia siput lagi. last-last gua cakap, ambil tiket ni balik. gua tak mau naik bas ni lagi. tapi gua naik juga last-last sebab ade seats kosong. gua marah driver tu, tapi driver tu pujuk gua cakap salah faham.

masa tu, gua tak peduli. gua marah, ok.


itu cerita 3 minggu lepas.


hari ini,

gua beli tiket lagi. kaunter yang sama. gua dah terperasan brother yang gua campak tiket tu kerja shif pagi pula. last week, orang lain, ini minggu dia pula. gua dah maki-maki diri gua. gua beli tiket pada orang sebelah dia, kaunter sama. masa tu, brother yang gua serang tu dah mula hendap-hendap gua. lepas tu dia cakap bisik-bisik pada brother yang gua tengah beli tiket ni. mungkin pasal gua. argh… lantak la. kata hati gua. gua memang kerap monolog sekarang ni.

tapi,
gua dah start malu bukan main time tu. tiket gua nak balik dari kampung pergi KL dah habis pula. saja dieorg nak kenakan gua. sabotaj gua. gua maki-maki dalam hati lagi.

lepas tu, perjalanan gua nak balik rumah gua dah ok. gua nak ambil masaot gua pergi ofis. tapi, time gua nak pergi ofis gua macam-macam jadi pula.

gua rasa, brother tadi tu dah mula sumpah-sumpah gua.
gua doa dalam hati, doa-doa semuanya selamat.

tapi gua tengah pikir malam ni,
gua nak pakai purdah tutup muka gua la.


tapi, mana gua nak cari purdah balik kerja nanti?




21 comments:

Anonymous said...

nape dh x ckp i-you?

Ilya said...

tak yah pakai furdah

make up cun melecun abis2

confirm org tak kenal

mesti dorang ingat pasa sanda yang naik bas dorang

ain fadzal said...
This comment has been removed by the author.
ain fadzal said...

jane : gua tengah marah~

x sempat i,u lagi...

ahahaha~

ilya : takmo la,

nanti deorg ingat i fasa sanda celup.

geli la~

AmatMizi said...

Ko tutup muka guna kain batik je..buat mcm ninja tu..

tak pun ko beli topeng power ranger, aku penah belikan anak sedara aku kat stall ujung sekali, dpn platform Cepat ekspress..

tak pun ko solek muka ko mcm badut..sure brother tu tak jadi nak sumpah2 ko..

ain fadzal said...

bagi option sampai 3, bagus-bagus jugak tu.

tp, satu pun tak bleh pakai.
sbb, gua pakai tudung.

kalau ikut option nombor 1,
gua nampak cam pendatang asin.
so, awal2 gua rejected.

kalau option nombor 2 pulak,
orang kat pudu tu nanti seret gua pergi tanjung rambutan.
rejected jugak.

option nombor 3,
gua rasa, gua memang kalau solek memang mcm badut sikit.
tapi, gua tak sudi nak jadi badut free la.

so, gua rejected jugak.

ujie said...

aiseh gua lu lak eh hehe..

x payahla pakai purdah..ko pakai cam angkasawan pakai tu je..bkn takat tutup muke tapi seluruh bdn ko tutup hehe :D

ain fadzal said...

gua rasa,

gua nak buat teknik penyamaran la.

mcm naruto buat semalam.

gu jadi jejaka jambu ke hape ke.

ek?

۩۞۩ FaHReeN ۩۞۩ said...

hehhe hehe.. mcm2..

rainz said...

aku taw cmne..ko pakai tudung labuh beli tiket..konfem brother tu tak kaco..mesti die ckp ko da insaf..hoho...

Ilya said...

aku rase kau kene pinjam baju sheikh muzaffar la yang gi bulan tu.ok gak idea ujie tu

ain fadzal said...

arfa : masalahnya,

gua dah sedekah tudung2 labuh gua pada adik2 buah gua.

gua tak simpan stok lagi.

macam mana?

ilya : pergh...

nak kna ada skandal dgn syeihk muzafar dah satu hal.

korg tunggu je la berita bila gua balik kampung naik soyuz.

ahax~

ijan said...

oit... ganas betol entri ko ni...

cr mane2 awek yg cam baik muka dia kat stesen bas tu. suro dia tolong beli kn.

eh... cam genius plak rasenye aku ni...

Ojie said...

salam singgah :-)
suka ngan entry lue..
gue link kamu ya ;-)

SayaBudakPemalas said...

ala, wat muka tebal keras takde perasaan je.

tapi kalau nk wat purdah gak, cari je mane2 kain saiz kecik dari A4 untuk dijadikan purdah.

dah buat dah. ;)

ain fadzal said...

sultan : pergh...

nak mencarik awek tu dah satu hal.

tggu gua jadi jejaka jambu dulu.

wakakaka~

astaga ain...
insaflah~

ojie : salam...
tq ojie.
sila la lu linkkan.

gua lagi besar hati mcm biasa.

kuikuikui...

ain fadzal said...

dyana : kira lu sokong gua ke ni?

tapi, time2 mcm ni gua nak carik kain pun satu hal.

batik lepas ada la kat umah sewa gua tu.

;))

SayaBudakPemalas said...

aik takde ke sapu tangan ke kain lap kereta ke? erk?

singgah la beli kain dulu kat kedai. apekah?

entah la. tengah pening ni. semoga berjaya! ;)

Anonymous said...

aku ingt nak pakai purdah psl dh insap..

13may said...

jgn arr pakai purdah...nanti aku susah nak cam ko..

ain fadzal said...

dyana : kain lap keta?

apakah?

sapu tangan ok lagi, buat2 ala2 selsema.

cun jugak tu. :D

anonymous : gua insap sikit jer.

:D

13may : susah la gua nak buat dajal kalau lu cam gua.

:D