Thursday, July 10, 2008

mahu dikatakan dengan indah



malam tadi,
i pergi 'celebrate' housemate i punya 'bf'. dengan 'gf' dia sekali. i celebrate sebab dia selalu belanja i & satu housemate i. baik hati sungguh dia. i memandu masaot i menuju ke pasaraya HERO yang bersebelahan dengan UO yang ada MBO. i pelik dengan nama-nama satu tempat yang mempunyai suku kata yang sama. tapi, i pura-pura buat tidak peduli walaupun, i tahu i memang peduli.



sampai-sampai saja i dan mereka di restoren WANG SOLO, dan dengan sebutan yang lebih kurang sama yang berkemungkinan ada sumpahan huruf O di kawasan tersebut. kalau tidak, barangkali perniagaan mereka mungkin boleh jatuh bankrap bagi satu-satu jenis perniagaan tersebut.
i pelik, i peduli lagi.



sampai sana, i ambil tempat. tempatnya lebih kurang gambar foto begini.


sekadar gambar hiasan

ada meja segi empat tepat, ada bantal bagi duduk bersila.

dan sebelah ala-ala kubikel i pada malam tadi, ada pasangan chinta yang bergaduh (tidak ada kena mengena dengan foto diatas). i pelik lagi. bila bergaduh pun, boleh makan dengan senang hati walaupun mata sudah merah-merah menangis.



i order menu. i mahu terasa kelainan. i order es campur, jus poligami dengan teh tarik. lauk pula, i pilih menu biasa-biasa. i tak ingat nama menu tersebut. mungkin sebab sudah di'jawa'kan menu tersebut. semalam, i banyak hilang ingatan. i jadi pelupa. yang i tahu, perut i mesti kenyang.


sekadar gambar hiasan

menu-menu i lebih kurang dengan gambar foto di atas pula. (makcik-makcik ini pun sekadar gambar hiasan).

i rasa, makanan-makanan di situ, hanya biasa-biasa. ataupun, tekak i selera lain. lagipun, i rasa cuma nama saja bertukar, ataupun pelayan-pelayan di situ hanya di import dari indonesia. lagi sekali i ambil peduli walaupun i sudah kenyang.


*****

oklah, i sibuk. i mahu sambung buat kerja. :D


15 comments:

Anonymous said...

oit! amik gamba aku tanpa permission!!!

Anonymous said...

pastu apesal letak gamba aku kat caption pasangan begaduh! weh! remove cepat!!!

ain fadzal said...

bukan lah, aku dah edit. nanti aku crop gambar pulak.

:D

ujie said...

err ingatkan aku tersalah masuk blog tadi sebab ko guna i you i you tu hehe :D

ain fadzal said...

manusia boleh berubah ujie~

rainz said...

i and u? ko neh kenapa ain sejak akhir - akhir ni? dilamun percintaan ke? hohoh...ngan aku nak ber i u, dlm blog pon same..hahha...bek ko citer...

ain fadzal said...

haih...

aku plak kena,
xde kije nak berchinta skang ni. aku ade revolusi patut aku lakukan.

ya.. benar~

:P.

ke ko nak bgtau yg ko dah berchinta dgn will smith ni?

cerita la kat kiteorg. nak tau jugak. sorok-sorok jek bila dah ade abg eh..

:(

Anonymous said...

apesal :( ? ko nk ader abg jugak?

rainz said...

ntah ain...sejak biler ko ader abang? hohoho....

ain fadzal said...

ape nih?

aku plak kena~

Rockstar said...

xpe ain.. kita wat pakatan lain yer..

mahu?

rainz said...

ain kene tag...haha

ain fadzal said...

pais : aku tau, ko pun dah berpunya.

xmo kaco~

arfa : name tag ke?

Soraya Zainal said...

will smith?

brad pitt?

haha..

ain pon dah ebralih arah ke hollywood gini. asek ber i-u je...

ain fadzal said...

manusia boleh berubah~

aku tukar ganti nama jer~

lain sama~