Wednesday, July 23, 2008
cerita separuh tragedi malam tadi
siang ni perut i senak.
sumpah!
i tak tahu apsal?
i makin kalut!
*****
mungkin ini tragedi semalam.
agaknyalah.
*****
orang kata, bulan rejab bulan yang mulia.
itu i tahu,
dan yang penting setiap bulan adalah mulia.
i ambil keputusan,
i berpuasa.
semalam,
i rasa bila 'hang out' dengan kawan-kawan i macam ada sedikit tragedi.
kami lepak jauh. bangi. kl ke bangi. jauh juga.
mahu ikut ilya makan tom yam, pakapau dengan pakimau.
mula-mula.
i janji dengan jane, tunggu i pukul 7.30. di lrt menuju sri petaling,
dan i ambil tiket terus ke sri petaling.
azan dah masuk,
i telan air liur.
i belum buka-buka puasa lagi.
sebiji haram gula-gula pun tiada dalam dompet i.
& rupanya i salah isi barang dalam dompet i.
i diamkan diri.
tahan. sabar.
sampai-sampai saja i di sri petaling,
i mula cari jejantas.
i dah mula rasa pelik,
i langsung tak nampak jejantas, i hanya nampak flyover 3,4 atas kepala i dan juga lrt punya car park.
sudah!!! i dah mula rasa semacam.
i call kawan-kawan i.
i cakap, i dah sampai.
dan depan mata, i dah nampak myvi warna putih, mirip sandy kepunyaan jane.
i mula menapak menuju ke myvi putih tersebut,
dan tiba-tiba talian telefon i di sambungkan.
i tanya,
mana? dia kata dah sampai, ada di jejantas.
i memang cuak.
habis. depan mata i ni siapa?
ceh,
nasib baik i tak sampai tepi pintu myvi tu lagi.
kalau tidak,
dapat juga berkenalan secara percuma dengan jejaka tersebut.
heh~
jane tanya i dekat mana,
i cakap dah sampai. ada di sri petaling.
jane dah ketawa,
i memang dah sah-sah pelik, dia cakap, turun sungai besi.
i suruh jane orderkan air untuk i.
i ambil tiket lagi sekali.
i tengok peta laluan lrt. nasib baik lagi cuma 2 stesen.
i bayar 70 sen untuk harga tiket pada 'brother' yang dah tersengih-sengih macam kerang busuk tengok i yang sudah mula terpinga-pinga.
i turun tangga, i tunggu lrt.
2 'train' lesap depan mata i.
i berang. i mula rasa macam-macam.
bila sampai 'train' ke 3, pintu terbuka,
i lesap masuk dalam perut 'train' tersebut.
sejuk jua hati akhirnya.
i sampai-sampai terus i call jane,
i seberang jejantas,
i mula lari-lari anak, i lari turun tangga, i lari-lari pecut untuk jumpa jane.
i nampak jane,
terus i sambar air teh o limau ais.
i sapu bersih i tu. i haus.
2 sedut, air sudah kering dalam gelas tu.
i bayar di kaunter kecil tu,
terus masuk pula perut sandy pula.
i dan jane mula cari jalan menuju ke upm.
mula-mula mahu sesat juga, tapi inikan ain.
bila jane salah ambil lorong,
i suruh juga dia susur lorong tu.
kalau siapa-siapa tahan i,
nanti i nak cakap, i sesat.
lagipun, i orang johor. (yang ini i tak bohong, ic i johor tau.)
bila i dah sampai upm,
i call faiz pula, i minta belikan coklat.
i cakap, i belum makan apa-apa lagi.
dia macam faham.
jane, ilya, su naik pula oyen blink2 pergi ke bangi.
berhenti di pit stop ke 2, faiz pula tunggu kami di sana.
i terus masuk perut jem-jem pula,
i tanya, mana coklat i.
faiz terus tunjuk 1 kotak coklat.
i tergamam.
banyak.
dan i mula jadi tamak.
i makan habis satu bar.
dengan beramai-ramai, kami sampai juga di seksyen 1 bangi.
jem-jem dengan oyen blink2 'parking' depan-depan.
i rembat lagi 2 bar coklat tu.
i letak dalam dompet i lepas i keluarkan 2 biji hp i.
duduk-duduk di meja makan, datang seorang pelayan.
dia ambil order.
i cakap,
i nak fresh oren gelas besar.
2.
tapi,
satu lagi ilya la yang pesan.
faiz order set A.
i tunggu air.
bila air sampai,
i sapu separuh gelas.
sambil makan-makan,
i dah terlupa pantang larang jangan makan ulam dengan air, tak elok.
tapi,
i dah lupa semua tu.
i minum sampai habis.
lepas tu,
sampai pula air free, jus tembikai satu jug.
faiz tuang dalam gelas.
i sedut. habis segelas. ada lagi segelas depan mata.
i tengok siapa-siapa belum sedut air tu, i terus ambil.
sedut sampai habis.
lepas kenyang,
i teruskan aktiviti i.
gosip liar, ok.
su dah mula cakap pasal jerung,
lepas tu,
i tokok tambah lagi,
bagi best cerita tu.
bila semua dah lesap licin dalam pinggan, mangkuk, gelas,
diaorang ambil keputusan mahu pulang pula.
kali ni, i naik oyen blink2 balik.
i balik dengan ilya sebab ilya dah janji nak hantar i balik rumah i.
lagi sekali, i teruja.
i masuk 'smart tunnel' pula.
i suruh ilya berhenti tengah-tengah jalan tu untuk i ambil gambar.
ilya ikut juga kata i.
2 kali ilya berhenti tengah-tengah jalan,
sebab tak cukup fokus kamera hp i tu.
bila mula masuk terowong,
i ingat i nak buka tingkap, lepas tu jerit kuat-kuat, macam dalam filem dulu-dulu selalu buat.
tapi,
i pikir negatif.
i takut terowong itu runtuh atas kepala i.
i cakap dalam hati i,
i cakap, yang i ni belum kawen lagi. belum lagi rasa nikmat dunia.
bila i sampai rumah,
i dah tak pikir lain.
i cari tandas.
i buat apa-apa yang patut la sampai la i terlelap.
tapi sebelum terlelap tu,
sempat juga i sapu nugget tempura 3 biji dalam pinggan atas meja rumah i.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
sebelum tdo kau sempat menghorton
bile kau tak balas aku tau kau dh terlelap dlm kehortonan
;))
siot.
tp, best la sebab i dah kembali menghorton.
mungkin sebab coklat tu kot.
kehkehkeh~
kalau stok yang lebih tu pais yang mkn mesti pais pon leh jadik horton
Salam...
elow kawan, pose mcm x pose jek....mentekedarah x hingat dunia....mane nak rase nikmat berpuase kalau mkn x berkire2.....hehehe
-syida-
yok : tak dpt di bayangkan pais jadi horton.
WoW!
syida : ntah, semalam mcm ala-ala kebulur beb.
kuikuikui...
sorry krn mlm td kita hampir2 diseret treler :|
tu la,
byk kali dah aku ckp,
bwk kete meraban jek.
prblem tu pikir kendian.
ok?
problem aku disbbkn signboard ke upm yg memeningkan. dah la kita berdua x tau jln.
bestnye lepak same2 huhu..klu da bullet train mesti aku boleh sampai kl dlm mase 2 jam je kn hehe :D
jane : tu la,
signboard tu bengap sangat.
sengal.
tp, kire boleh dikatakan kite berani mati ek?
ahaha~
ujie : huh!
nunggukan lrt dr sri petaling nak patah balik ke kl macam hampeh rasenye.
nak nunggukan jenuh jugak.
takpe la,
nunggu aku jadi mak menteri pengangkutan la nanti, yer kome2 semue.
menteri horton ade tak?
tu pak menterinya zen kan?
;p
Post a Comment