Wednesday, July 9, 2008

alif ba ta



umur 10 tahun, saya pernah tinggal rumah kuarters. rumah kerajaan. rumah papan, dapur batu. tidur pula berkongsi bilik bersama anem. ada tilam dreamland tiada katil. ada banyak bantal. ada almari tinggi. 3 kali ganda tinggi dari saya. sakit tengkuk bila mendongak.


waktu darjah 4, sesi persekolah bertukar ke sesi pagi. rutin bertukar bangun pagi awal. hendak mandi, ada air jerangan. pergi sekolah, balik sekolah, naik bas. bas pakcik usop namanya. kadang-kadang naik van kontotnya. bila tiada kesempatan pulang ke rumah waktu tengahari, saya selalu pergi ke rumah rakan untuk menunggu waktu masuk ke sekolah agama. rutin harian.

balik sekolah, mandi, pergi mengaji. usung rehal, al-quran ke hulu ke hilir dengan beg buruk.


saya mengaji dengan mak endon yang punya banyak anak bujang. bila giliran saya berhadapan dengan anak-anak bujangnya, tangan mula sejuk, badan menggeletar, gigi berketap-ketap. kesejukan. pelik, tiada penghawa dingin pun yang kelihatan. bila mula mengaji, idgham, izhar, ihfak hakiki, semuanya lari. tiada nada yang sepatutnya. satu mukasurat pun rasa payah mahu dihabiskan.



kadang-kadang bila rajin, mahu cepat khatam al quran, saya pergi untuk sesi malam. kebiasaanya mencabar. pergi sendiri, kadang-kadang berkawan. gelap, senyap sunyi. bunyi-bunyi katak dan cengkerik bersahut-sahutan. di gagahkan jua.



bila sampai ke rumah mak endon, sambil berlari-lari dan melepaskan lelah. saya duduk, buka rehal, letak al quran. ada batang lidi buat petunjuk. mula mengaji. dengan mak endon.

nah, 4 mukasurat habis. lancar. tiada gugup walaupun kadang-kadang mak endon garang.


hujung darjah 5, ada seorang anak bujang mak endon yang akan berkahwin. nama saya naik. mahu buat majlis khatam katanya. bercelaru juga dibuatnya. sehari kena habiskan 8 mukasurat. kadang-kadang surut juga anak tekak. haus dan kering. rasa tiada air liur dalam mulut.



bila majlis diadakan, saya dikehendaki duduk di sebelah pengantin lelaki. duduk bersimpuh, mikrofon di depan muka. hadirin tidak mendengar, di kuatkan lagi bacaan. periksa pula mikrofon. masih berbunyi setelah di periksa berkali-kali.


saya 'test' pula suara.
berbunyi akhirnya mikrofon tersebut.

haih... rupa-rupanya dari tadi, saya baca dalam hati.

12 comments:

Anonymous said...

orh rase mase kite kecik2 jadual pack giler.....yelar blk sekolah pg g lak sekolah ptg, blk g ngaji,pas tu buat keje sekolah....sb2 ahad pon kdg2 ader buat kelas ganti ler, 2syen ler, latihan sukan ler.....tp still happy waktu 2....cuma biler dah besar skrg ni jer sume berubah..........i miss my childhood n my friends



-syida-

ijan said...

kalo cam ni la gayanye...

kalo g karaoke open, mau 2, 3 patah perkataan je kuar dr mulut ko...

x pun xde bunyi gak...

keh keh keh...

SayaBudakPemalas said...

mesti rasa konfiden je baca kan mase baca dlm hati tu..hehe~~

rainz said...

mesti ko da berlagu2 abes mengajii dalam ati tuh kan?hohoho...

ain fadzal said...

syida : tu lah, pack gila. nak ponteng time abah aku gi kursus jer.

zaman skolah rendah aku slalu masuk mahkamah juvana je. dibicarakan atas kesalahan.
belum lagi masuk mahkamah tinggi. nak2 bila peksa dpt byk nombor. bleh bersepai daging dibuatnye.

ahahah~

sultan : aku tau ko jeles.

jeles kan? sore aku sedap.

wakakaka.

dyana : tu lah...
memang konfiden abis.

skali kuor sore, tersekat2.

ape keheinye ntah...

apox : tulah, aku buat cam ala-ala berzanji.

ada lagu2. cam taranum. buat bayati.

hukhukhuk~

Anonymous said...

ok laa tu... pandai ngaji... dah khatam boleh kawen da nehh... huhu
-pasa sanda-

ain fadzal said...

asal khatam, kena kawen.

asal kawen, kena khatam.

asal,

semuanya...

Anonymous said...

pasa sanda? sape tu? haha.. lawak2.. cite ko pun lawak.. aku penah khatam masa makcik aku kawen.. masa tu umur aku 13.. org siap bole konfius igtkn aku ni pengantin pompuan.. apeda..

ain fadzal said...

huih...

matured daa~

nasib baik, pengantin lelaki x salah pengantin ek masa tu?

ahahah~

tp, aku lom baligh lagi masa tu. x leh kawen kan?

Ilya said...

best la mase kecik...aku slalu ponteng skolah agama.malas betul nk pg.hahaha sbb tu aku skolah agama sampai darjah 4 je.nasib bek dpt masuk smkas.kalau skolah sts lg rancak aku monteng.

AmatMizi said...

aku nak masuk smka baru reti baca quran..

terer la ko ain..

ain fadzal said...

yoyok ; dulu, aku xmo masuk smkas.

ahahaha~

amat : tipu la tu...

:p