''anda boleh bertolak dari kl ke alor gajah selepas pukul 8 malam hari ini.''
lebih kurang begitulah bunyi pesanan daripada radio hotfm pagi-pagi ini. kepala otak saya sudah mula mengakses untuk pulang ke kampung dengan segera walaupun selasa petang hari tu saya sudah pulang ke simpang empat kerana mengambil sijil-sijil untuk sesi temuduga di seremban kelmarin.
+
+
+
kepada puan afzan (merupakan penolong pendakwaraya di batu pahat),
saya mahu meminta maaf kerana jika ada terlepas kata untuk bahan-bahan gurauan. saya tidak juga menyangka ayat yang sedemikian itu rupa-rupanya diambil peduli dengan begitu serius. afzan, saya mahu puan meninggalkan attitude di mahkamah jika sedang berbual dengan rakan-rakan. kita bukannya rakan sekerja. cuma mungkin saya boleh menjadi pesalah jenayah di batu pahat itu nanti. lagipun, asal usul datuk sebelah abah saya merupakan orang kg. peserai. dan rajin juga kebelakangan ini saya pulang sekejap-sekejap di sana untuk melawat nenek saudara saya.
dan kepada rakan-rakan lain,
saya akan bercuti selama 11 hari bermula esok sehingga 1 februari 2009. dan blog ini mungkin tidak akan di update dalam tempoh sebutan. dan sesungguhnya saya pasti rindukan anda semua.
dan saya benar-benar merindui burger prosperity di mc' donalds.
sekian.

ain fadzal
(minah yang akan bercuti lama memandangkan bos sangat percaya pada feng shui.)
p/s : cuti panjang ni, saya nak berkebun belakang rumah. mana tau boleh kutip hasil nanti. :D