Thursday, October 23, 2008

malang tidak berbau juga

dah lama saya tak rasa takut macam ni.

malam tadi, on the way saya nak melepak dengan si arfa ni. satu kemalangan telah terjadi. lori yang di pandu lelaki india telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki.

patutlah jammed sangat.

disebabkan kedegilan mahu juga melihat, saya perlahankan kereta dan telah melihat muka lelaki yang telah mati tersebut. sungguh menggerunkan kerana arwah terlentang dengan darah berlumuran di kepala.

masa mahu pulang ke rumah, seorang cik motor telah menghimpit di sebelah 'mascara' saya pula tanpa dia sedari. mungkin keadaan hujan lebat membuatkan dia tak begitu perasan dengan keadaan lalulintas. cik motor tu pun hanya menaiki 4 stroke motor di lane paling kanan. marah juga kalau ikut kata hati saya. nasib baik juga cik motor tu tak apa-apa. jika tidak, mahu juga terlentang seperti lelaki tadi.

yang kebetulannya, kejadian berlaku di tempat yang sama. kalau tidak, mungkin juga saya akan di dakwa di mahkamah. huh! sungguh menggerunkan.

p/s : aku tak boleh bawak diri kalau rasa penakut macam sekarang. harap-harap ada benda kelakar yang akan kunjung tiba untuk melupakan rasa takut tu. harap-harap.

13 comments:

alif-mikail said...

ngeri..
koi pernah tengok org ajarkan syahadah lagi..

ain fadzal said...

alif : mati eksiden ke mati sakit?

kalau mati sakit, aku pun pernah.

Anonymous said...

org pecah kepale kene langgar lori lari ngeri...

-D-

rainz said...

kalo aku wat kelakar ko pnye takut leh kurang ke? nak aku pakai suar trak bomba ngan keretapi tuh jumpe ko ke?haha..acah jek..

ain fadzal said...

anon : huh! teringat gambo pakcik aku yg polis dulu pecah kepala kuor otak dlm longkang beso.

dasat! tp, xde la cuak sgt. mgkin sbb gambo kot!

apah : ha!!!

aku nak tgk ko pakai sluor tu jumpe aku kat oldtown. bleh?

teringat ade minah tu pakai sluot tido lepak situ mlm td. lucu jgk!

ijan said...

adoi... aku x bole la benda darah2 ni. yg ko g tgk tu apasal. kn x pasal2 aku plak yg rase x sedap perut ni...

ain fadzal said...

sultan : nasib aku x amik gambo paste dlm blog ni. kalo x, mau jugak ko demam seminggu.

ish, kire aku ni baik la jgk! ;))

rainz said...

tuh ar..leh ar minah tuh pakai suar pendek suar tido ngan warna pink lusuh lepak oldtown malam tadi..hahahhaharun salim bachik sungguh beliau!!

ain fadzal said...

apah : gile sempoi yg cun minah tu.

tapi, tmpt tu cantik gilos. mcm nak lepak situ lagi. selalu-selalu.

nak?

rainz said...

nak nak nak...

Anonymous said...

mascara ko hitam.. org x nampak.. lenkali beli mascara maybelline yg ada warna putih tu.. water proof lg.. huhu..

ain fadzal said...

apah : hoyeah~

best tuh!

janez : mascara itam senang. boleh pakaikan si burhan tu ngan mascara gak. :))

kalau warna putih, dah mcm cik sandy. waterproof tuh. ;))

fauzi said...

wiwin pernah kata yang malangnya berbau...sebab kena seterika, jd bau daging terbakar....